Followers

Showing posts with label perkahwinan. Show all posts
Showing posts with label perkahwinan. Show all posts

Tuesday, July 12, 2011

Welcome to real life~

Salam korang!
Yup, itu ucapan seseorang yang ku adore sejak semalam. She never said, "welcome to the club" like what others tends to say for pengantin baru. Mulanya tidak ada rasa apa-apa perbezaan tetapi bila seseorang itu mula buka mulut, saya mula rasa bersyukur dipertemukan Allah SWT dengannya.

Jika sebelum ini kurasa macam kurang jelas makna sebuah perkahwinan tetapi semalam kumula merasakan betapa mencabarnay kehidupan yang bakal kulalui nanti. Yeah, bila difikirkan adakalanya keluar juga air mata ini dan doa yang tak putus kepada Allah SWT supaya ku mampu menjalani hidup sebagai seorang isteri yang baik untuk suami yang soleh. Serta dengan harapan dikurniakan anak cucu cicit dan seluruh keturunan yang solah serta solehah serta sentiasa dilindungiNya dan diberkatiNya. Sampai satu masa kuterfikir mampukah ku untuk menghadapinya dengan sabar.

Seseorang yang budiman itu berpesan beberapa perkara iaitu, sentiasa redha dengan segala apa yang suami lakukan. Jangan simpan perasaan kecil hati kepada suami kerana kelak suami susah untuk menjadi tenang, sukar untuk mencari rezeki. Katanya mulut isteri ini 'masin'. Jadi doalah yang baik-baik sahaja untuk suami. Sentiasa memaafkan suami. Paling penting katanya minta Allah kurniakan 'kesabaran' yang tinggi kerana rumahtangga memang akan diuji Allah SWT. Katanya semua itu menguji tahap kematangan suami isteri itu sendiri. Dan katanya lagi, jika kita rasa tidak mampu untuk bertahan, serahkan kepada Allah SWT. Berdoa kepadaNya, lepaskan segala rasa kepadaNya kerana ujian itu datang daripadaNya. InsyaAllah, kita akan rasa tenang.

Ilmu yang baik patut dikongsi, jadi saya kongsikan apa yang saya perolehi ini untuk kawan-kawan serta pembaca yang sudah berkahwin, baru berkahwin dan juga yang akan berkahwin. Semoga rumahtangga kita dilindungi dan setiasa diberkatiNya. Ameen yaa rabbal'Alamin.

Friday, July 8, 2011

Esok..

Esok..
Hari bermakna buatku.
Hari bahagia buatku.
Walaupun sudah hampir sebulan diijabkabul.

Esok..
Hari penutup acara.
Hari bertandang.
Walaupun esok hari yang tak terjangkakan.

Esok..
Harapan menggunung.
Urusan dipermudahkan.
Perjalanan kami lancar sampai ke majlis.

Doa dan harapanku agar BERSIH 2.0 tidak mengganggu kelancaran majlis kami.

Friday, April 1, 2011

Cemas: Katering punya pasal!

Salam korang..

Semangat berkobar-kobar nak update tapi kadang-kadang bila semangat itu datang tidak kena masapun tak guna juga kan? Lagi-lagi biola idea pula datang mencurah-curah masa di office. Perghh..memang tak boleh nak buat apalah kan. Kalau saya terlebih masa free barulah saya taip dulu guna email kerja dan direct send to email personal. Tapi jarang sangatlah masa free itu datang. Sebabnya lunch break saya suka tidur. Tidur sebelum zohor kan elok.

Sebenarnya hari ini merupakan hari mencabar jiwa raga saya bilamana saya baru sedar yang katering belum ditempah. Fuh, sudahlah majlis saya itu buat time cuti sekolah dan lagi 2 bulan sahaja daripada sekarang. For sure orang berebut nak gunakan khidmat katering. Makcik yang tolong handle urusan katering masa my sis kahwin dahulupun gagal dihubungi pula. Walaupun kami dah inform dia dulu tarikh untuk booking tapi hati tetap dup dap dup dap mana tahu pakcik katering itu lupa sebab bookingpun pakai mulut sahaja kan.

Di office tadi puas saya search internet waktu rehat 10 minit. Sudah tak fikirlah kena marah sebab online atau tidak sebab dok risau kalau katering tak dapat. Ini kira back up plan lah kalau catering yang kami nak itu tak dapat. Puas saya cari tapi kebanyakannya dah fully booked pada tarikh yang saya nak. Hampir menangis jugalah kan. Siap buat sajak lagi tadi gara-gara nak lepaskan tekanan. Nanti-nantilah saya kongsi sajak tak seberapa itu. Langsung tak ada seni tapi tetap degil juga nak tulis.

Saya siap bagitahu my sis lagi pasal problem ini tapi dia rilek sahaja tak jawab call dan mesej saya. Berapilah juga. Tunggu melerup sahaja. Siaplah dia bila saya balik nanti. Itu sahajalah yang ada dalam kepala saya yang runsing berpusing masa itu. Masalahnya petang kena balik lewat sebab ada jamuan syarikat. Dalam dok risau itu seronok jugalah sebab nama saya naik untuk mendapat cabutan bertuah. Walaupun dapat jug kettle tapi tetap bersyukur. Dalam 600++ pekerja itu saya antara 30 orang yang bertuah. =)

Balik sahaja terus terjah my sis. Dengan muka cool dia menjawab masalah dah settle. Rupanya ayah dah contact direct to pakcik caterer. Dan berjaya book khidmat katering untuk tarikh itu. Saya mengucap syukur yang amat sangat. So, masalah besar sudahpun selesai. Sekarang ini dok fikir pasal kad jemputan dan juga doorgift sahaja.

ok da,next time saya share sajak itu ye.
Malas dah nak edit.
haha~

Sunday, March 27, 2011

Persediaan Perkahwinan :Susahnya mencari Cincin Silver

Salam korang!

Apa macam sekarang ini? Hujung minggu apa bikin. Macam biasa menjelang hujung minggu blog memang agak terabailah kan. Lagi-lagi bila si kecil Aliya tinggal dengan kami sejak jumaat hari itu. Mama dia ada trip ke Macau sampai selasa ini. So, kena jadi baby sitter sambilanlah.

Tapi, sabtu saya tetap keluar. Nak beli barang-barang hantaran yang belum settle iaitu baju kemeja, AlQuran/Tafsir dan juga cincin silver. Nak mencari kemeja dan AlQuran/Tafsir tak susah tapi nak mencari cincin bukan emas di kedai barang kemas memanglah payah. Di Poh Kong sahaja kami jumpa cincin silver. Itupun ada 3 bentuk sahaja. Diulang, hanya 3 bentuk. Yang lain bila tanya ada white gold sahaja. Kalau suasapun still ada campuran emas.

Lepas itu saya cadangkan beli di gerai kecil yang selalu ada di tengah laluan di mall. Di IOI Mall memang ada sebab dulupun masa zaman remaja saya beli cincin silver di sana. Pada mulanya dia keberatan juga. Bukan sebab nak memilih jenama ke hape tapi kalau beli di gerai tiada kotak cincin disediakan. Itulah masalah besarnya. Hmmm..tapi bila dah puas keliling mall. Masuk kedai jewellery itu dan ini tapi semua sama sahaja. Tak jual cincin silver. So, end up dengan beli juga cincin di gerai.

Tapi masalahnya untuk size dia untuk cincin yang berbentuk simple kebanyakannya sudah habis. Size kecil sahaja ada. Saya baru tahu yang sekarang ini ada cincin alternatif selain daripada silver iaitu stainless steel. Kalau tak kerana nak mencari cincin nikah mesti tak akan tahu. So, kami tengok-tengok cincin stainless steel pula. Nasib baik ada yang kena dengan mata dan size jari dia. So, grab sahajalah kan. =)

Kotak cinicin macam mana pula ye?
Apa lagi kena selongkar baliklah kotak cincin masa beli cincin tunang saya dahulu. Guna sahajalah kan. Janji ada kotak. Betul tak? Saya berfkir juga macam manalah lelaki diluar sana beli cincin nikah yea? Ke korang beli cincin platinum? Mahal tu. fuhhh~

ok da, tu sahajalah nak update kali ini.
k, bai!

Monday, March 7, 2011

Tips perkahwinan : Problem memilih Tema dan Pelamin

Salam korang!

Pejam celik pejam celik sudah masuk bulan March.
Semalam 6/3 saya pergi kenduri kahwin di KL. Pergh, dalam kawasan itu sahaja ada 3 majlis kahwin dan yang bestnya ketiga-tiganya bertema kaler ungu. Penangan 'Ungunya Cinta' kah?
Huhu.Sekarang dah dok risau kalau tiba-tiba pada hari majlis kahwin saya, ada 2,3 majlis di area yang sama dengan tema kaler yang sebijik sama kaler.

Perasaanku?
Tak bestnya sebab sharing warna sama dengan orang lain. Kalau boleh korang pilihlah warna yang bukan pilihan tahun tersebut. Dalam majalah apa ntah tahun 2010 dulu dah mention tahun ini tahun tema Ungu. Nampaknya memang betullah pula telahan diorang. Tapi macam mana diorang boleh tahu ye? huhu~

p/s : tema pilihan saya warna ungu.

##################################################################

Kelmarin pula my sis dok cerita pasal majlis pertunangan kawannya yang menggunakan khidmat wedding planner yang sama dengan yang bakal saya gunakan semasa majlis saya nanti. Hmm..

My sis kata kawan dia tak puas hati dengan pelamin decoration yang dibuat oleh pihak tersebut.
Pasaipa pula kan?
Pasainya dia request flower ball warna pink tapi pihak tu bawa warna putih.
Lagi satu pasai dia request ada flower stand di kiri kanan pelamin tapi pihak tu tak sediakan.
Tapi dek kerana dia bayar untuk pelamin itupun agak tinggi maka diapun berkeras untuk minta pihak itu sediakan juga flower stand. Akhirnya dapat juga.

Perasaan?
Risau pun ada tapi semua itu mungkin disebakan kesalahfahaman dan ketidakjelasan ketika berurusan sebelum majlis berlangsung. Dan juga mungkin kerana permintaan terhadap perkhidmatan pihak itu yang sudah makin tinggi disebabkan sudah popular.
Tapi bagi apapun customers is always right. Jadi tidak timbul pula term 'kita kena pandai bodek mereka' untuk mendapatkan khidmat yang terbaik sebab polisi business tak boleh nak pilih bulu kan. Mesti adil dan memuaskan hati pelanggan.
Once pelanggan tak puas hati, maka business korang akan terganggu juga. Betul tak?

Tuesday, February 22, 2011

Perlu ke diet bila...

Salam korang!

Hujung minggu lepas saya ada pergi jumpa wedding planner untuk majlis belah lelaki. Daripada pertemuan itu kan saya rasa macam majlis belah lelaki ini akan jadi meriah sangat sebab cara wedding planner tu present pada kami itu memang nampak grand. Tema warna sudahpun ada dan memang jarang saya tengok combination warna pilihan ini dalam majlis lain. Seronok pula bila dia tolong fikirkan dan plankan untuk kami. Tema masih lagi dirahsiakan. Nanti-nantilah saya reveal ye.heh~

Kami ada discuss pasal hiasan dewan, hiasan backdrop, meja makan beradap (tak ada pelamin ye), meja VIP, walkway dan meja-meja tetamu. Dia propose banyak design dan kami tinggal nak pilih sahaja. Senang kerja kan. Alhamdulillah, part itu semua macam ok cuma probnya adalah untuk confirm dengan penjaga dewan sama ada boleh sediakan dewan mengikut tema warna yang kami pilih itu atau tidak. Hmm..warna jarang orang pakai memang susah sikit kan.

Then, proceed pula kepada pakaian kami. Firstly, baju sayalah kan. Hmm..yang ini memang berfikir jugalah kan nak design apa. Puas saya belek majalah yang ada atas meja butik untuk cari design terbaik tapi tak jumpa. At last dia ada tunjuk design salah seorang customer dia. Baru dapat idea nak buat macam mana kan. Tiru sikit sahajalah design customer dia itu. Yang lain memang dapat idea daripada majalah dan juga baju yang saya admire iaitu baju yang dipakai Kak Ikin (isteri abang Zairi). Saya dapat contact wedding planner inipun daripada Abang Zairi.
Thanks bro! Then proceed to tudung dan juga kasut. Nantilah cerita details pasal ini.

Apa kena mengena dengan diet?

Ok, masa tengah cerita pasal baju, mak tunang dok ingatkan supaya dia (tunang) jaga makan aka diet supaya baju tak ketat bila majlis nanti. Sebabnya majlis nikah dengan majlis belah lelaki beza 4 minggu. At last, bukan mak dia sahaja yang susruh diet, tapi wedding planner sekali sebab dia kata lelaki ini bila sudah kahwin cepat naik lagi-lagi tang perut. So, 4 minggu itu kena dietlah kan. haha. Ok, ingatan itu juga adalah untuk saya sendiri. Diet ok!

ok, bai!

Friday, February 18, 2011

Pantang Larang sebelum diijabkabul!

Salam korang!

Heh, hari ini nak sentuh sikit pasal isu kapel dan bertunang. Pendek kata perhubungan antara lelaki dengan perempuan sebelum diijabkabullah kan. Lama rasanya tak jengah Zaharuddin.net. Sekali pergi sudah tukar wajah. Suka sebab guna background putih dan tulisan hitam. Senang nak baca kan.

Tertarik dengan tajuk cerita berkait dengan hubungan sebelum diijabkabul. So, saya ambil copy dan paste sedikit daripada entry beliau di SINI. Memang banyak juga isu lain yang berkaitan dikupas oleh Ustaz Zaharuddin tapi saya nak share yang ringkasan sahaja.

ringkasan perkara perlu ( semuanya menurut dalil al-Quran & Al-hadith) dijaga seperti berikut :-


  1. Haram bersentuh, menyentuh satu sama lain.
  2. Haram ber"dating" dan berkapel tanpa disertai mahram yang thiqah.
  3. Haram berbicara dan bersembang dengan syahwat sama ada sms, phone, chat, mesengger.
  4. Awas fitnah masyarakat sekeliling.
  5. Awas fitnah dalam diri anda dan pasangan.
  6. Haram melihat kepada aurat masing-masing.
  7. Awas daripada bertukar gambar.
  8. Awas daripada hebahan umum sebelum di ijab kabul.


Selebihnya korang baca sendirilah ye di blog zaharuddin.net.
So, peringatan ini bukan hanya untuk korang tapi juga untuk saya sendiri. huhu~
Salam Jumaat dari saya =)
bai!

Monday, February 14, 2011

Bagaimana kalau suami tak benarkan blogging?

Salam korang!

Well, akupun pelik dengan system blogger sekarang ini. Sebab setiap post yang asalnya scheduled jadi draft bila saya check kemudian. Dah beberapa hari jadi macam itu sampai saya terpaksa post auto bila saya check post itu 'draft'.

Saya memang tidak punya masa yang banyak untuk online lately. Masa terluang kena diperuntukkan untuk perkara lain yang lebih penting. Ehem..ehem..Lagu satu sejak 1 PC di rumah problem, saya dah kurang online sebab ada 1 PC sahaja di rumah yang terpaksa share dengan abang ataupun ayah. Abang saya kalau dah duduk depan PC memang akan melekat sahajalah. Kalau tidak layan video lawak-lawak di Youtube, dia akan layan FB ataupun paling best layan game tembak-tembak. Fuhh..

Saya memang banyak online di office sahaja itupun memang limited time. Time rehat sahajalah kan masa yang adapun. Lunch break 50 minit pulun baca blog, buka FB, check email dan baca paper online. Haih..

Saya tidak dapat bayangkan keadaan selepas berkahwin nanti. Ye la kan setiap yang bujang mesti nak kahwin juga kan. Cuma tak tahu bila sahaja. Sampai masa nanti kahwinlah kan. Hmm, kalau sudah ada suami mesti aktiviti beronline akan jadi semakin kurang. Tanggungjawab makin bertambah. Kalau suami tak benarkan berblogging macam mana eh? huhu~

Ok, dah. Stop berangan ye wahai noorafzan. Jauh sangat angan-angan itu.
Ok da, bai!

Friday, February 4, 2011

Permulaan 2011 : Meriah dengan Majlis Kahwin member-member

Salam korang!

Saya ingat tahun lepas akan jadi tahun paling ramai kawan-kawan kahwin. Tapi, rupanya bukan. Tahun 2011 ini lagi ramai geng-geng nak kahwin. Semunya nak 'tiru' saya lah tu. Bermula seawal tahun baru January 2011, dah banyak jemputan kahwin yang saya dapat. Sampai tak menang tangan nak memenuhi jemputan. Last jemputan yang saya penuhi ialah daripada Hidayah dan Fetry. Itupun dapat pergi sekejap sahaja sebab selepas itu ke majlis kahwin kawan tunang pula. Apapun tahniahlah ye kepada Hidayah dan Fetry. Kalau ikutkan hujung minggu ini kenduri belah Fetry pula tapi tak dapatlah saya join sebab dah ada urusan lain.

Bulan February 2011 pula seawal minggu pertama sampai berdouble triple jemputan tapi semua tak dapek saya penuhi sebab ada urusan penting. 2 hari straight sabtu ahad tu. 3 jemputan daripada kawan sekolah di Puchong iaitu Zanaria dan juga Farid. Lepas itu jemputan kahwin member sekolah teknik pula , Fetry. Semuanya pada hari yang sama iaitu Ahad ini 06hb Feb. Apapun tahniah saya ucapkan kepada mereka dan maaflah tak dapat pergi majlis korang.

Minggu depan pula dapat jemputan ke 2 Majlis pada 12hb Feb. Kawan satu kursus masa di UTM dulu, Fauzi dan juga seorang lagi rakan di teknik, Jaja. Minggu seterusnya pula ada 1 jemputan kahwin pada hari sabtu yang saya kena kerja iaitu Syawal (kawan kepada tunang sebenarnya). Maybe tak dapat joinlah kan sebab kena simpan cuti untuk majlis sendiri pula kan. huhu~

Hujung bulan February pun dapat jemputan kahwin juga. 2 pula tu pada hari yang sama. Dua dua jemputan datang daripada rakan sekolah teknik iaitu Nadia Norman dan juga Natasha. Tapi apakan daya saya sebab pada tarikh itu saya berada di Melaka. Ada program Family Day selama 2 hari 1 malam.

Itu baru cerita bulan January kan? Belum lagi bulan March. Dah nampak dah invitation event dekat FB tu. huhu. Meriah nnooo tahun ini.

Wednesday, January 19, 2011

Dah kahwin ke belum?

Lama sudah tak update sini. Last post pun pasal perkahwinan Lan. Sampai ramai pula yang ingat saya dah hampir tarikh untuk berkahwin.

Yup, memang this year saya akan bertukar status tapi macam awal sangat sahaja untuk diceritakan. Kitapun tak tahu untung nasib kita even seminit daripada sekarangpun. Masa depan itu milik Allah SWT kan. Apapun tentulah saya mengharapkan segalanya mengikut apa yang kami plan kan.

Long Haffiz dan Vio antara yang concern. TQ guys!

Buat yang concern tu janganlah risau sebab saya takkan lupa untuk menjemput korang ke hari bahagia saya nanti. Terpulanglah kepada korang sama ada nak attend ke tak. Hehe.Tapi kena tunggu kad siap dahululah. Ok, kad pun belum buat lagi. So, korang boleh bayanglah kan tarikh kahwin saya bukanlah dalam masa terdekat. Ada yang saya sudahpun bagitahu exact date tapi unofficially lagi-lagi pada orang yang jauh-jauh tu. Yang dekat-dekat ini dalam 2 bulan sebelum tarikh barulah saya announce. Boleh?

Oh, ye persiapan memang dah banyak dibuat. Rasanya lebih 50% completed. Alhamdulillah.

Jangan lupa baca update terbaru blog wordpress selfhosted  saya di SINI

Friday, January 7, 2011

Gambar perkahwinan Azlan and The Typewriter

Salam Jumaat korang!


Korang,seperti yang saya dah maklumkan blog saya dah berpindah ke wordpress self hosted. So, jom baca update terkini di blog noorafzan.com

Hari tu saya ada cerita pasal Perkahwinan Azlan from Azlan and The Typewriter pada 01.01.2011 lepas. Masa itu memang tak jumpa langsung gambar perkahwinan dia di alam maya. Yang adapun gambar semasa majlis pertunangan. Frust jugalah kan tak dapat nak tengok saat-saat indah dorang kan. Saya dah jumpa gambar perkahwinan dorang tahu.

 Klik link di bawah  ini ye untuk untuk tengok gamabr-gambar perkahwinan dorang!

Azlan and The Typewriter sudah berkahwin : Versi bergambar 

Tuesday, November 23, 2010

Tips Perkahwinan : Operasi mengira budget!

Korang kalau nak buat apa-apa yang pakai duit mesti korang buat kira-kira atau dalam bahasa omputehnya budget kan? Betul tak? Contoh paling mudahlah kalau korang nak masuk semester baru kan mesti korang akan kira-kira budget perbelanjaan yang korang perlukan sementara nak tunggu PTPTN atau duit scholar korang masuk. Ke korang memang tak kira dah? Asal habis sahaja terus call mak pak minta masukkan duit dalam akaun. (Err..macam pernah buat sahaja perangai macam gini dulu..)

Takpun kan kalau korang nak pergi shopping makanan, kudapan, mekap, shampoo, sabun, ubat gigi serta segala benda yang korang gunakan bila tinggal di asrama mesti korang kira-kira dahulu kan supaya duit yang korang bawa nanti cukup untuk beli barang-barang tu.  Kalau pergi naik teksi kenalah masukkan cost transport juga kalau tidak kena excercise balik jalan kaki pula kan. Macam ku dulu Taman U dengan UTM tak jauhpun. Kalau ditakdirkan kena jalan kaki balik pun redha sahajalah. (Macam ada pengalaman pula kan.?.=))

So, kalau nak kahwinpun kenalah juga kira-kira budget. Tapi kan kadang-kadang rasa macam bahaya bila kita kira-kira sahaja budget tu macam terlebih pula daripada actual savings yang kita ada. Hoo..rasa macam nak nangispun ada. huhu! Tapi korang kena pastikanlah budget yang korang draft itu biarlah yang paling maximum.

Then, kalau rasa budget yang korang draft itu melampau-lampau tingginya, korang kena fikirkan alternatif sama ada mengurangkan budget ataupun menambah savings. Uuu..I choose first option!.
Tapi nak kurangkanpun biarlah reasonable. Try dapatkan pakej/barang yang paling murah. Contohnya kalau barang-barang hantaran seperti kasut, handbag, perfume dsb tu better beli masa ada OFFER, MEGASALE, jualan hujung tahun. Haaa..dapatlah saving banyak kan!.

Lepas itu untuk pakej photoghrapher better korang carilah yang ‘baru nak naik’ punya. Kalau cari yang dah well known harganya memang mencanak-canaklah kan. Tapi kena pastikanlah quality gambar dia ‘kena’ dengan jiwa korang. Jangan disebabkan nak cut budget korang pun hentam keromo sahaja ambil pakej yang tak berkualiti. Bak kata orang kahwin ini sekali sahaja bai seumur hidup.

Samalah dengan pakej pelamin, baju dan mekap. Kalau boleh ambil pakej yang cover pelamin, mekap dan baju sekaligus. Confirm jimat punya! Dan nak caripun tak susah sebenarnya, korang boleh survey dengan kawan-kawan, jiran-jiran, makcik pakcik korang yang dah/akan kahwin dalam masa terdekat ini pakej apa yang dorang pakai untuk majlis diorang. Itupun kalau korang berkenanlah kan.

Macam sayapun telah berkenan dengan pakej yang salah seorang kawan saya ambil. Saya pernah update pasal majlis dorang di SINI. Rupanya pelamin kreatif itu adalah termasuk dalam satu pakej wedding dia (termasuk baju dan mekap). Korang tengok sendirilah betapa cunnya baju pengantin. Terus terjatuh cinta you.

Ok rasa macam dah panjang lebar penerangan saya pasal tips perkahwinan mengira budget. Padahal baru sahaja Ahad hari berbincang dengan incik tunang pasal budget ini. Masa itu memang rasa macam nak *pengsan sahaja sebab barulah sedar betapa tingginya kos nak mendirikan masjid zaman sekarang. Semua ini atas desakan budaya dan arus kemodenan. Member saya kata semua ini DUNIAWI BELAKA. Tapi itulah nak tak nak kena buat juga kan. Takkan nak nikah gantung sahaja kan. Semoga urusan kami dipermudahkanNya. Aminn..

p/s: Ahad lepas ternampak ada banner jualan gudang Off sampai 90% tilam/katil di area Subang tapi dia buat 11/Dec/2010 sahaja. Sehari sahaja ke? Nanti saya check baliklah. Kalau murah memang saya nak pergi beli satu! Kan saya pernah cakap yang bilik saya dah tak ada katil. Sob Sob!

Thursday, November 18, 2010

Tips Perkahwinan : Isu baju nikah!

Salam, bertemu lagi kita dalam segmen kahwin-kahwin. Kepada yang masih muda remaja dan belum mahu berkahwin, boleh juga baca untuk panduan korang nanti kan. Nak tak nak mesti satu hari nanti korang akan berkahwina juga kan. Dan kepada yang sudah berkahwinpun boleh sahaja baca. Mana tahu korang boleh bagi tips-tips ke. Jangan sesegan ok untuk luahkan di kotak komen.=)
Beberapa hari lepas berlakulah conversation dengan si dia. Erm, dek kerana kitorang dah beli kain untuk buat baju nikah so kenalah tempah kan. So..so.. kenalah ada design. Dan dia kata dah nak tempah bulan 12 nanti. OMG, tak fikir langsung pasal design-design ni kan. Macam my sis dulu dia nikah pakai baju yang disewa sahaja. So, pilih sahaja baju yang disediakan wedding planner dia lepas itu settle!.
Tiba-tiba datanglah penyelamat. Tetap  my sis itu juga yang tolong. Dia tolong guide orang yang tak reti langsung design macam ku ini macam mana nak design baju nikah. Kami just check baju nikah yang orang sekarang selalu pakai. Apaa lagi. Internet di hujung jari kan maka kliklah blog wedding planner dan juga wedding photographer untuk tengok design.
Mula-mula nak buat design kurung moden sahaja. Ada dua design kain. Satu yang jenis kembang di bawah dan satu lagi jenis kipas di belakang.
DSCN7571
  bila transform into reality jadi macam di bawah ini.
BJ-505
contoh baju + kain kembang di bawah petik from SINI
http://kurungpahang.files.wordpress.com/2008/04/baju-pengantin.jpg?w=291&h=300
contoh baju + kain ada kipas belakang petik dari google
Tapi bila tengok satu lagi blog ada pula design ala-ala jubah labuh. Macam cun juga kalau pakai time nikah.
DSCN7570  bila transform into reality jadi macam di bawah ini.
http://fea-elisa.com/wp-content/gallery/baju-ogos-2009/fe178.jpg
contoh yang design ala-ala jubah (err..kena longgar sikit kot). cunn tak? petik dari google je.
Hasil brainstorming memang dapat 2 jenis ini sahajalah. Korang ada idea lain kah?

Tuesday, November 2, 2010

Tips Perkahwinan : Pilihan Kerusi Pelamin!

Bila dah dekat hujung tahun ini mesti kad jemputan perkahwinan mencurah-curah masuk ke peti pos kan. Tak pun FB korang senua akan meriah dengan jemputan. Rasa-rasanya bermula bulan 10 lagi jadual hujung minggu saya penuh untuk memenuhi jemputan kawan-kawan. Walaupun saya lambat lagi nak kahwin tapi mulai sekarang dah kena mula fikir pasal preparation. Dan satu perkara memang saya dah settle kan awal-awal iaitu mekap untuk nikah dan sanding, pelamin, pakaian untuk sanding, deco bilik pengantin dan semua itu saya dapatkan dalam 1 pakej sahaja. Iaitu pakej Zaifie Zainal. Oleh kerana puas hati dengan dia masa wedding kakak saya awal tahun ini, sayapun tanpa segan silu cepat-cepat book dia. Alhamdulillah, berjaya juga dapat. hehe~

So, tadi saya godek-godeklah dia punya website. Konon-konon nak cari jenis-jenis kerusi pelamin yang dia ada. Banyak jenis tu.

Ini jenis kerusi besar gedabak. Yang tinggi melangit. Ada kaler hitam (macam di atas) dan juga putih. Orang panggil ‘kerusi Mawi’ sebab dia pioneer pakai kerusi jenis ini.

Ini pula jenis simple bentuk 4 segi semata , Kerusinya rendah dan tak ada tempat sandar.

Yang ini simpla juga tapi ada tempat letak tangan di kiri dan kanan kerusi. Tempat letak tangan tu sesuwai untuk buat tempat duduk bila sesi bergambar. Pun tak ada tempat bersandar.

Yang ini kusuka juga. Macam kerusi yang first tu tapi dia gabung kerusi lelaki dan perempuan.

Ini pula kerusi macam yang selalu jumpa di majlis kahwin. hehe~ No comment.

2 kerusi ini pula daripada ukiran besi. Dan diletakkan bantal sebagai tempat duduk. Tapi bila sandar tak comfy la kan. Duduk di pelamin kena tegakkan badan sahajalah.

Ini sempoi sangat. Rasanya sesuai untuk pelamin pertunangan. Kerusi baldu hitam berkaki pendek. hehe.

Ini kerusi pelamin paling sempoi punya. Dah tak boleh digelarkan kerusi dah sebab tak ada bentuk kerusi langsung. Hanya bantal alas duduk sahaja.hehe~

Ini pula macam ala-ala sofa. Tapi nice jugalah. Jarang jumpa di majlis kahwin pakai kerusi macam ini.

Yang last ini kerusi baru. Style kepak. Saya heart sama ini kerusi. So, tunggulah bulan 6 tahun depan. Dapatlah merasa duduk atas kerusi ini.hehe~

Korang yang duk area KL-Selangor yang dah nak kahwin tu ada ke yang masih mencari-cari wedding planner untuk majlis korang? Kalau berminat nak dapatkan khidmat wedding plan daripada Zaifie Zainal ni bolehlah terus klik ke Zaifie Zainal blog ataupun like Zaifie Zainal FB.Memang highly recommanded la.

Bukan setakat pelamin sahaja. Malam mekap, baju pengantin, hiasan bilik pengantin dan pintu gerbang (arch) ada kuga. Dia punya pejabat di Bandar Tun Hussein Onn sahaja.

p/s : Ramai sudah kawan-kawan saya dan kakak saya yang gunakan khidmat Zaifie Zainal ini. Terbaik ohh!


Korang, dah vote saya ke belum Nak vote kena pergi SINI dan tinggalkan komen. Kalau tak, undian tak valid maa~ Masih sempat lagi nak ngundi sampai 05/Nov/2010. Jomm!!


Monday, November 1, 2010

Tips Perkahwinan : Pelamin Kreatif (EGBB)

TERKINI!

MINTA TOLONG KORANG VOTE 'GUA' DI SINI. 01 - 05 NOV 2010 SAHAJA!

KEMENANGAN 'GUA' BERGANTUNG KEPADA UNDI ANDA.

JARI MENJADI JURI!


Tadi buka sahaja FB wall ada mesej best punya daripada Naz seorang Lelaki yang Sulit.

'”Afzan saya tag awak untuk join contest ya?”

Alamak, contest apa pula ini ye. Terus zass saya pi check blog dia punya latest entry. EGBB? Apa kebendanya itu? Baca sikit lagi baru tahu “Entry Gua Best Bangat” rupanya. Waduh waduh memang terkena sudah. Manalah ‘gua’ ada entry yang best. Dia banyaklah. Tapi terpaksalah ‘gua’ mengamalkan konsep SS iaitu Syok Sendiri (sama macam Naz juga ) untuk join contest kelolaan Akal Tunjang ini.


Sebelum apa-apa kena check dulu syarat-syarat contest. Syarat-syarat penting yang korang kena follow ialah korang kena jadi blogger dan mesti kena tag baru boleh buat. Lepas itu, korang kena pilih 1 entry korang yang lepas-lepas yang korang SS (ingat konsep tadi!) paling best bangat. Mesti best bangat ok! Seterusnya korang kena post balik entry tu tapi kenalah adjust sikit tajuknya iaitu <tajuk entry>(EGBB). Contoh macam tajuk entry post ‘gua’ inilah.Ada lagi syarat tambahan, dalam entry korang itu mesti ada ayat ini “ JOM JOIN EGBB dan link http://akaltunjang.blogspot.com/” . Pasal banner contest pula tak wajib masuk post tapi kena letak di sedebar sepanjang kempen pilihanraya berlangsung.

Lepas dah post entry, dah letak banner di sidebar, korang boleh terus terjah blog akal tunjang dan terus tinggalkan permalink entry tersebut di ruangan komen ENTRY INI.

Jangan lupa tag 3 orang rakan dan diorang mesti tahu yang diorang telah kena tag. Jangan tag pastu senyap-senyap pula. Tarikh tutup hari ini beb 01 Nov 2010. Sempat lagi nak join kan. Haha!

Lepas itu pemenang akan dipilih melalui sistem ala-ala pilihanraya. Kena undi beb. Ini yang ‘gua’ lemah ini. Tapi tetap nak support dan join juga. Undian akan di buka bermula hari ni (‘gua pelik juga kenapa undian hari ni pastu contest tamatpun hari ini). Tapi yang tercatat memang itulah mulai 01 Nov 2010 sehingga 5 Nov 2010. Korang pakat-pakatlah undi ‘gua’ ye sebab jurinya ialah anda. Tapi korang kenalah pergi blog akal tunjang itu untuk mengundi ok.

Alamak, mukadimahpun dah habis 1 page. Ok la, tanpa membuang masa ‘gua’ reveal entry best bangat gua ini.

------------------------------------------------------------------------------

Tips Perkahwinan : Pelamin Kreatif




Menarik tak pelamin ini? Rajin betul diorang ini decorate letak gambar-gambar pre wedding kan. Rasanya pelamin ini A to Z diorang buat secara DIY. Tapi tetap menarik!

Btw, ini pelamin Abang Zairi dan Kak Ekin. Abang Zairi ini seniorku masa di UTM dulu. Satu fakulti tapi lain bidang. Abang Zairi ini seorang pensyarah di UMP tapi dia juga part time Photographer. Tu yang pelamin dia penuh dengan koleksi gambar-gambar pre wed. Memang lain daripada yang lain betul konsep dia. Sebab, Bukan sahaja pelamin yang penuh gambar, malah setiap meja makan dan di beberapa sudut sekitar tempat majlis dihiasi juga dengan bingkai gambar mereka.


see, setiap meja ada ini.


ada juga di tepi pelamin


bingkai gambar di tepi meja makan beradap

Yang best nya lagi temanya pinky. Pink memang cantik tapi ini majlis belah lelaki tu. Kan jarang lelaki choose kaler pink.

cantik juga pink kaler. Suka baju pompuan tu.

Adakah trend letak-letak gambar di majlis kahwin ini akan jadi trend perkahwinan akan datang?
Apapun tahniah to both of them sebab dah mendirikan masjid. Semoga masjid yang di bina kukuh sepanjang hayat.

Picture credited to Syazwanul Badri, member di UTM juga.
------------------------------------------------------------------------------

Alamak, nak tag siapa ini? Sempat ke dorang nak buat? Ok lah saya main random pick sahajalah ye. Dipersilakan nama-nama dia bawah ini untuk join contest ini. Sempat lagi. Ada lebih 22 jam lagi. Chaiyok2..

1) Molmolla

2) Sumijelly

3) Kaizen

Joinlah sebab hadiah dia boleh tahanlah lumayannya.Akhir kata, JOM JOIN EGBB dan link http://akaltunjang.blogspot.com/

Monday, October 25, 2010

Tips Perkahwinan :pilihan Tema +Meja + Makanan

Salam to all.

Wah wah teruja bila tiba hari Ahad. Sebab hari Ahad hari hujung minggu. Eh, tiap-tiap minggupun akan jumpa hujung minggu kan? So, apa yang buat ku teruja pula ini. Sebabnya hari ini Hari persandingan pasangan romantis yang bercintaan palingggg lama di kalangan kawan-kawan kami. 1o tahun bercinta baru kawen. Ada seorang kawan kamipun mula bercinta lagi awal daripada mereka tapi diorang kahwin awal. So, tak sampai 10 tahun usia percintaan sudah kahwin. Alhamdulillah =)

Yang paling bestnya rupanya tarikh yang mereka pilih untuk bernikah 20hb 10 itu merupakan tarikh sama mereka mula bercintaan 10 tahun dahulu. Kiranya tarikh itu amat-amatlah cantik dek non. Mana tidaknya, Bernikah pada 20hb 10 ketika usia percintaan mereka tepat 10 tahun. Apapun ku mendoakan perkahwinan mereka berdua ini berkekalan sehingga ke akhir hayat. There are sweet couple.

Makin lambat kahwin sebenarnya lagi bahaya kan. So, aku amat tabik tabik spring pada mereka berdua ini yang begitu setia kepada pasangan masing-masing sampai 10 tahun. Tipulah kan kalau tak ada dugaan dan cabaran lagi lagi mereka mula bercinta sejak masih bersekolah. Tingkatan 3 masa nak dekat-dekat PMR. Nak melalui zaman-zaman remaja yang tak matang lagi. Ku masa lepas SPM membawa ke awal tahun pertama di UTM agak ‘nakal’.Hanya orang-orang yang kenalku masa fasa itu sahaja yang tahu tahap ke’nakal’an ku itu.Tapi ‘nakal’ itu kan sifat remaja. Bila dah kenal tunang kupun jadi ‘baik’. haha~

Tema yang menjadi pilihan mereka merah+hitam dan putih.

Memang cantiklah kombinasi warna hitam, putih dan merah kalau pandai disuaipadan. Merah dan putih warna utama pada khemah dan juga pelamin tapi terselit juga warna hitam pada pelamin. Untuk pakaian mereka ini kombinasi merah dan hitam dikenakan. Segak bergaya. Tapi gamabr tak ada lagi. Semuapun belum upload. Sibuk barangkali. Khemah sampai 9 buah(maafkan saya yang begitu details sampai khemah ada berapa pun kira). Memang meriah sebab majlis ini menggabungkan majlis perempuan dengan lelaki. Kami yang duduk di khemah ke 8 memang dah tak tahu apa yang berlaku di pelamin yang terletak di khemah pertama. Jauh beb. Nak berjalan ke pelaminpun malas.

Penggunaan meja bulat yang digunakan sebagai meja makan tetamu.

Serius cakap saya memang kurang berkenan dengan penggunaan meja bulat. Akan berlaku ketidakselesaan pada tetamu tertentu dan dalam masa yang sama berlaku pembaziran ruang. Biasanya kita akan jumpa meja bulat yang boleh memuatkan maximum 10 orang. Kalau kita datang 3 orang lepas itu tengok setiap meja ada 1 atau 2 sahaja tempat kosong. Mesti kita sanggup tunggu sampai ada 3 tempat kosong bAru kita akan duduk makan kan?. Ini contohlah. Sebab yang jadi malu itu sebab bila duduk meja bulat ini tempatnya macam tertutup dan kita akan menghadap semua orang di meja. Kalau yang jenis tak berapa malu tak apalah. Tapi kalau yang jenis pemalu. Susah juga nanti.

Lagi satu, meja bulat ini ‘makan’ ruang yang besar berbanding guna meja 4 segi. Meja 4 segi boleh di sambung-sambung menjadi bentuk memanjang. Dan susunannya lebih sistematik dan organized. Orangpun akan jadi tak berapa malu untuk mengisi ruang-ruang kosong sebab ruang untuk makan terbuka. Hanya mengadap orang yang makan di depan kita sahaja.

Meja bulat ini sesuai untuk jemputan VVIP. Sebab mereka selalunya akan makan berhidang dan meja bulat memang amat sesuai untuk memberi keselesaan mereka mengambil lauk pauk.

Makanannya.

Makanannya okay. Ada kombinasi ayam dan daging, sayur dan ulam-ulamanpun sudah cukup baik untuk satu majlis perkahwinan. Cukuplah dengan satu lauk masak berkuah dan satu lauk masak rendang atau sambal. Ikan kering goreng pun ada. Ada sambal belacan lagi. Buah? Tak perasan pula ada ke tidak tapi buh paling biasa jumpa di majlis kahwin ialah buah tembikai, tembikai susu dan juga limau sunkist. Mungkin masa saya sampai itu sudah kehabisan. Air pula ialah air pilihan ramai iaitu sirap.

Friday, October 22, 2010

Tips Perkahwinan : Pelamin Kreatif




Menarik tak pelamin ini? Rajin betul diorang ini decorate letak gambar-gambar pre wedding kan. Rasanya pelamin ini A to Z diorang buat secara DIY. Tapi tetap menarik!

Btw, ini pelamin Abang Zairi dan Kak Ekin. Abang Zairi ini seniorku masa di UTM dulu. Satu fakulti tapi lain bidang. Abang Zairi ini seorang pensyarah di UMP tapi dia juga part time Photographer. Tu yang pelamin dia penuh dengan koleksi gambar-gambar pre wed. Memang lain daripada yang lain betul konsep dia. Sebab, Bukan sahaja pelamin yang penuh gambar, malah setiap meja makan dan di beberapa sudut sekitar tempat majlis dihiasi juga dengan bingkai gambar mereka.


see, setiap meja ada ini.


ada juga di tepi pelamin


bingkai gambar di tepi meja makan beradap

Yang best nya lagi temanya pinky. Pink memang cantik tapi ini majlis belah lelaki tu. Kan jarang lelaki choose kaler pink.

cantik juga pink kaler. Suka baju pompuan tu.

Adakah trend letak-letak gambar di majlis kahwin ini akan jadi trend perkahwinan akan datang?
Apapun tahniah to both of them sebab dah mendirikan masjid. Semoga masjid yang di bina kukuh sepanjang hayat.

Picture credited to Syazwanul Badri, member di UTM juga.

Wednesday, October 20, 2010

Besday Mak | Tarikh Kahwin : Semuanya puluh-puluh belaka!

Birthday mak saya memang mudah untuk saya ingat. Semuanya puluh-puluh.

Mak saya lahir 20hb..
Mak saya lahir bulan 10..
Mak saya lahir pada 1960 masehi..
Mak saya menyambut ulang tahun kelahiran pada 20102010 yang ke 50..
Cantik..=)

kakak sulong, ayah dan mak. Saje letak gambar sisi mak.
Mak saya kecik sahaja. Bila semua anak-anak dah dewasa, dia jadi yang paling kecil dalam family. Semua anak-anak lebih tinggi daripada dia. Tapi walaupun kecik tapi hati mak besar! kan mak kan? (oh, mak saya tak reti main internet). Tapi bila saya tunjukkan video anak kucing cute yang orang share di FB, dia siap minta ulang sampai 3,4 kali. Cute katanya. Silap haribulan esok esok dia minta saya create kan akaun FB untuk dia hanya kerana nak tengokvideo kucing-kucing comel itu. huhu~

-------------------------------------------------------------------------------
Ingat tak ada ke orang yang nikah esok?
Ada tau! kawan saya salah "se"orang( eh, salah "dua"orang sebab dua-dua pun kawan saya) yang bernikah pada tarikh cantik itu walaupun esok hari RABU. Nikah sahajalah sebab majlis sanding menyanding dia buat ahad ini.
Buat Din dan Hawa setiap kali kuingat ulangtahun kelahiran mak ku akan kuingat jugalah ulang tahun perkahwinan korang ok. Sebab sama tarikh kan. Apa yang menariknya diorang ini memang dah bercinta 10 tahun sebelum diijabkabul. So, selamat Pengantin Baru in advance daripadaku ok !!..



saja nak tepek kad jemputan dorang di sini.

p/s : banyak betul puluh-puluhnya. =)

Monday, October 11, 2010

Majlis Kahwin : Meriah bergambar dengan pengantin!

Salam hari minggu kawan-kawan.
Tak ada apa yang mahu dikongsi di sini melainkan kemeriahan dan kesengalan kami di Majlis Yusz kawan kami masa bersekolah di Puchong (saya sekolah di Puchong daripada sekolah rendah sampailah awal from 4.. )Dia jemputpun melalaui FB sahaja. Disebabkan rumah dia yang dekat sangat dengan rumah saya maka sayapun tak segan silulah join.
Memang lama sudah tak contact dengan dia dan tiba-tiba sahaja sudah jemput ke majlis kahwin.
Jadi gathering kecil geng sekolah kali kedua. First masa Open House seminggu sebelumnya.
majlis inipun dah peram seminggu. hoho~

Layan sahajalah picture kami ini. Ohh..saya memang tak tahu temanya merah.
So, memang out of theme lah saya kan sebab pakai baju hijau. ohh..

Dari kiri Sheera, Hawa, Lieza dan saya. Hanya Lieza sahaja yang masih available!
Suka gamabr ini tak tahu kenapa.

Kami beramai-ramai merancang untuk merobohkan pelamin. haha!
Banyak sangat gambar yang kami ambil di sini. Sampai dah kematu kaki dan berbulu mata orang lain yang beratur di tepi pelamin sebab mahu turut sama bergambar dengan pengantin.
Maaflah ye cik kak cik abang semua sebab kami-kami ini ter over excited. hoho~


See, tak robohkan pelamin ini. Terbukti kami tidak berat. haha!


Smart pula tengok gambar ini. Stylo lah walaupun muka kami agak blur.


Guess what, gambar ini si kecil yang snap.
Rasanya budak tu paling-palingpun baru darjah 2.

Haa..si kecil berbaju kelabu coklat tu la yang snap gambar di atas nun.
Pandai betul nenek sedara dia ajar (nenek sedara dia yang di belakangnya itu la).
Kitorang panggil dia elisz masa sekolah dulu. Dan disebelahnya yang berrudung hitam itu Nora. Dia antara schoolmate kami yang kahwin awal. Tengoklah anak dia yang 2 orang itu. Sudah besarpun mereka.


Inilah pasangan tunang Din dan Hawa. Dorang ini couple sudah lama woo..
Siapa boleh challenge? 10 tahun dorang bercinta.
Dan 24hb ini mereka pula akan menyusul Yusz ke pelamin.
Yesszaa..akhirnya kan..


Aik, sudah tidak sabar nampaknya mereka berdua ini ye.
Sabar dek non tak lama lagi sahaja.
Seronok pula rasanya bagi pihak mereka berdua ini.

p/s : bulan October inipun bulan kahwin sebab tiap-tiap minggu ada jemputan.

Sunday, October 3, 2010

Perkahwinan : Perlu ke buat grand-grand?

Baru-baru ini di FB kecoh pasal video perkahwinan grand pasangan anak perempuan kepada boss NAZA. Seriously nama penuhnya panjang sangat dan saya tak ingatpun. Tapi tengok kepada video itu memang majlis mereka amat-amat mahal belanjanya kan. Semua orangpun memberikan komen untuk video. Antara yang saya ingat ialah;

"Macam fairy tale sahaja majlisnya"

"gempak betul cinematography dia"

"kena pastikan kekal ni... sudah berabih banyak.."

"Aku kagum dengan video editing ni.. memang klass.. tapi wedding ni dah ala ala barat dan tak sesuai dgn orang yang beragama Islam.. siap tepuk tangan lepas akad, ada pulak ala2 rome, lepas itu baling bunga selepas kawen tu.. dah macam kristian.."

Komen-komen inipun ku ambil ramdom daripada pautan video yang memang menarik tu kan.

Kalau ikutkan hati sendirikan tentu semuanya berbisik kagum. Ada jugalah yang teringin perkahwinan yang grand macam ini tapi kenalah 'ukur baju di badan sendiri' atau 'kira duit di akaun bank sendiri'. Adakah cukup untuk cover majlis se'grand' itu tambah dengan untuk cover expenses selepas majlis tersebut. Untuk hidup sebagai suami isteri selepas itu mestilah banyak pakai duit kan. Kalau orang kaya macam anak Allahyarham pengasas NAZA ini memang tak ada masalah dengan duit. Itu dari segi kalau nak ikutkan hatilah.

Kalau ikutkan agama kita, Islam pula perkahwinan grand-grand begini menang tak digalakkan walaupun kita lebih daripada mampu untuk membuatnya. Sebab Islam tidak sukakan 'pembaziran'. Apa yang lebih penting ialah keberkatan majlis itu dan juga paling penting bagaimana nak mengukuhkan masjid yang baru di bina. Memanglah material untuk membina masjid itu penting untuk menguatkan stuktur tetapi pengisian dan tujuan masjid itu sendiri dibina wajib dititikberatkan 'pembina'nya kan. Kalau tidak jadlah seperti masjid yan besar dan indah tetapi jemaahnya tak penuh satu saf pun. Biar tak grand tapi meriah. Betul tak?

Bab tiru-tiru budaya itu memang ku tak nak komen banyak-banyak. Meniru budaya mungkin tak salah tapi kena tengok jugalah budaya itu berkait dengan agama mereka atau tidak. Kalau sekadar budaya semata-mata rasanya tidak menjadi masalah besar selagi tak memudaratkan.

Blog Pasal Shaklee lah~

Related Posts with Thumbnails

Dah menjadi sejarah~

Web Analytics