Followers

Saturday, May 15, 2010

Journey to Pulau Kapas versi game pantai santai~

Kami lepak lagi di pantai.
Masa jalan nak ke tempat kawan2 mandi pantai, salah seorang daripada mereka melaung minta ambilkan bola.
Zihanpun pergi ambil bola dan pass pada mereka yang sedang enak berendam dalam air.

Ni muka2 yang tegar membasahkan pakain mereka buat kali terakhir sebelum berangkat pulang tengahari nanti.
Suka sangat tengok air laut yang biru kehijauan.Cantik!
Mereka dah dapt bola dan nak mulakan permainan.
Mereka membentuk bulatan dan 3 orang kena berada di tengah2 bualtan tu.
Nampak tak formasinya.
Apakah yang akan berlaku seterusnya?

Rupanya orang2 yang membentuk bulatan tu akan menyerang orang2 yang berada di tengah bulatan tu smapai mereka terkena bola.
Selagi tak kena, selagi tu lah mereka akan serang.
Tu Paan dah berjaya membaing bola mengenai se baju biru tu.
Bila dah kena, kenalah menyerah kalah dan keluar daripada bulatan.
Bila semua semua mangsa dah keluar gelanggang,
orang lain pula yang akan duduk di tengah bulatan tu, mangsa2 tadi boleh balas dendam pula.
Seronok pula main game macam ni tapi kenaap mereka tak buat awal2?
hoho~
kalau idak dah tentu saya join.
Saya tak nak beratkan beg dengan pakaian basah sebab berat la.
tu sahaja alasannya.

Mereka hanya berhenti bermain bila air dah makin pasang.
Bahaya sebab arus laut agak kuat masa ni.
Lagipun tak lama lagi dah nak balik.
Kenalah buat aktiviti mengemas dan packing barang sebelum balik.

Apa jadi pada sotong yang kami candat semalam ye?
Haa..kam minta tolong kafe chalet tu masakkan untuk kami.
Dia masak sambal sotong yang mabeles untuk kami makan sebagai lunch.
Berbaloi-baloi mencandat.

p/s : lepas ini saya akan buat entry penutup pasal percutian kami di Pulau Kapas.
Ada lagi ke kejutan. Memang ada, tunggu!

6 comments:

joegrimjow said...

nak mandi nak mandi

dah lama xmandi laut ni
huhu

Ur Other Half said...

aaaa.jelesnyee.. bper lame ne duk sane? x p snorkelling ker?

Ida Sazarina said...

wah!!! sangat sedap mkn sotong hasil sendri ye kak?? :P

noorafzan.blogspot.com said...

JOEGRIMJOW..
Mandi le..
turun Msia bila?

noorafzan.blogspot.com said...

aie..
ada la snorkeling..
2 kali beb..
seronok.
mmg nak pi lagi lepas ni.

noorafzan.blogspot.com said...

nanajoe..
betul2..
mmg sedap sangat dorang masak..
sotong fresh katakan

Blog Pasal Shaklee lah~

Related Posts with Thumbnails

Dah menjadi sejarah~

Web Analytics