Followers

Wednesday, June 30, 2010

Keretaku dah 100% pulih.

Sejak dapat tahu ada problem pada kereta, memang saya rasa risau.
Sejak bawa balik dia dari bengkel lagi masalah tu dah dikesan tapi sebab saya ambil kereta tu pun sabtu.
Dan orang perodua tu kata kena check masalah tu masa service sebab still under warranty kan.
Kenapalah dia tak terus check sahaja sebelum saya datang ambil sebab dorang sendiripun dah maklum problem tu kan.
Nak tunggu juga saya datang ambil baru nak ceritakan problem tu.

Nak service time tu juga memang tak boleh sebab dah full booked.
Kena pergi hari lain.
Hari lain tu maknanya memang semalam la.
Isnin saya still di Kedah kan.

So, semalam pergilah service kereta.
Saya siap minta service adviser tu dengar terus explanation daripada my F pasal problem kereta tu sebab saya sendiripun tak reti pasal technical term yang dia gunakan.
Lepas tu saya tinggal sahaja kereta tu sebab office dekat.
Berjalan kaki hanya makan masa 10 minit sahaja.

Petang dekat pukul 3 baru boleh ambil kereta tu.
Dan orang service perodua tu kata dia dah repair bahagian yang ada problem tu dan ia free sebab under warranty.
Lepas settle semua saya balik dengan hati yang lega.
Kereta dah pulih sepenuhnya.
Harap2 kereta ni tak ada problem lagi.
Saya tak mahulah kereta baru sahaja beli dah ada problem.
huhu~

p/s: problem kereta tu ada kaitna dengan auto ON OFF Aircond.

Tuesday, June 29, 2010

Journey to Utara~Intro pasal adik

Hari Ahad yang indah dan permai yang bakal meninggalkan sejarah tersendiri buat kami sekeluarga.
Adik bongsu kami akan kami hantar untuk mennggenggam segulung sijil.
Kepada yang dekat dengan kami tentulah faham kenapa kami rasa ini satu sejarah.
Orang yang lain mestilah kepelikan sebab apalah yang nak dibanggakan sangat kalau hantar pergi IKM sahaja untuk buat sijil.
Mungkin bagi mereka itu biasa sahaja.
Tapi bagi kami sekeluarga ia amatlah luar biasa.
Kenangan kami dengan adik di Kinabalu Park awal tahun ini.

Adik saya ni dia baik.
Baik sangat.
Satu sahaja problem dia.
Dia malas ke sekolah.
Dari kecil sampailah nak SPM, dia memang malas.
Malah, dia pernah diberhentikan sekolah masa Form 3 sebab tak datang sekolah sampai dapat surat amaran ke 3.
Lepas itu sebab dia masih ada semangat untuk belajar, ayah berusaha juga untuk masukkan dia semula ke sekolah.
Lepas dia masuk belajar semula, dia dah kurangkan aktiviti ponteng.
Rajin sikit berbanding dulu.
PMR dia memang agak teruk tapi still ada harapan untuk ambil SPM.
So, sambung sampailah dekat2 SPM dia jadi malas semula.
Sampai ujian lisanpun tak buat.(sebab tak pergi sekolah)
Alih-alih SPM dia teruk.

Untuk baiki result, dia ambil kertas July pula untuk Matematik dan Bahasa Melayu.
Nasib baik lulus juga.(Alhamdulillah..hasil belajar dengan saya dan my sis)
Lepas tu dia daftar juga 3 subjek SPM tapi dia tak pergi kelas juga.
Belajar sendiri sahaja.
Pergi jawab paper sahaja.
Alhamdulillah dia dapat kredit untuk Subjek Sains manakala untuk Pendidikan Islam dia lulus.
Lagi satu subjek dia still gagal walaupun ulang ambil.
Memang susah untuk dia score pun.

Salah satu sebab utama dia tak pergi sekolah sebab malas bangun pagi.
Ye la masa Form 1 and Form 2 sekolah petang.
So, tak ada masalah sangat. (jaranglah dia memonteng)
Bila masuk Form 3, haiiih..selalu sahaja terbabas.
Tapi memang dia tak pergi mana2pun.
Dia memonteng di rumah sahaja.
Tak adalah merayau tak tentu hala.
Dia tak buat perkara bukan2.
Itu yang buat kami rasa kurang risau bila dia ponteng.

Lagi satu punca dia malas ke sekolah sebab kakak2 dia tak ada di rumah.
2 orang sahajapun kakak dia yang sekolah tinggi sikit.
Kakak saya dengan saya.
Kami mula tak ada kat rumah sejak dia darjah 4 sampailah dia nak masuk tingkatan 5..
So, pemangkin untuk dia ke sekolah tak ada.
Tak ada siapa yang nak paksa2 dia pergi sekolah.
Mak dan ayahpun dah tak mampu nak paksa.
harapkan dia lepas SPM sahajalah.

Berbekalkan kelulusan itu dia apply IKM.
Alhamdulillah dapat juga.
Kami memang berbangga sangat dengan dia.
Atas usaha dia, dia dapat juga sambung belajar.

Harapan saya dia akan belajar bersungguh-sungguh.
Dulu di sekolah belajar teori sahaja.
Itu mungkin punca dia tak berminat untuk belajar.
Tapi sekarang dia akan belajar lebih kepada kemahiran/teknikal.
Mesti dia akan jadi rajin sebab dia belajar apa yang dia minat.

Huhu..
Cerita pasal adikpun dah cukup satu entry.
Next part saya akan story pasal perjalanan kami ke utara menghantar adik saya ni.
Go go Adik!

Journey to Utara~

2 hari lepas memang saya tak ada depan PC.
Saya ke utara hantar si bongsu pergi mendaftar di IKM, Sik.

Lepas ini kami sekeluarga akan merindui si kecik berbaju biru dalam gambar ni.
19 tahun hidup, dia tak pernah tinggalkan rumah lebih seminggu.
Kali ni dia kena tingggal di Kedah 2 tahun.

Semua post di publish secara berjadual.
Semuanya berjalan ikut plan masa kecuali malam semalam saya tak buat entry sebab dalam kepala dok pikir kami akan gerak balik dari utara ke KL dalam kul 1.
Tapi ada 1 benda yang buat kami delay sampai kul 7 baru gerak.
hoho~
Alamatnya pukul 1 pagi baru sampai rumah.
Apa lagi yang mampu saya lakukan masa tu selain daripada tidurrrr..

So, malam nanti saya akan start 'membebel' pasal journey saya ini.
Walaupun hanya 2 hari satu malam tapi banyak jugalah perkara yang saya rasa nak share di blog ini.
Sedikit gambaran ialah pasal makan2 di Sg Petani, Motor besar abang sepupu, perjalanan ke Sik dan sesi pendaftaran pelajar IKM yang menyesakkan dada dan membunuh semangat,serta sejam di R&R Sungai Siput.
So, tunggu malam ini ok.

Oleh kerana ada problem pada kereta, saya terpaksa ambil halfday hari ni.
Sekejap lagi nak pergi bengkel.
Lepas tu kalau ok boleh pergi kerja.
huhu~

p/s: hari ni nak mulakan kembali misi blogwalking yang tertunda 2 hari =)

Monday, June 28, 2010

Kereta dah ambil tetapi ada problem..huhu~

Rindukan baby oren yang dulu..

Baby Oren yang saya rindui sudahpun selamat diambil
Tapi tadi masa ambil tu tak sedap hati sebab ada problem pada aircond.
Kepelikan juga kenapa dia tak 'fix' kan sekali sahaja.
Dia kata problem tu boleh settle kalau buat service kete sahaja.
WT #$#%$%^$^%^%&^*

Saya sebenarnya agak tak puas hati jugalah dengan jawapan tu.
Tapi tengok my F ok sahaja, rileks sahaja maka sayapun secara automatik jadi sejuk.
So, sekarang aircond tak sejuk la.

Dari dulu benci nak hantar kereta ke bengkel.(sebab tengok pada pengalaman kakak dan abang sendiri)
Pilih Bengkel Perodua sebab 'percaya' tak akan ada problem selepas baiki.
Tapi, hampeh sebab first day ambil dah ada problem.

Lepas itu saya terpaksa pergi servis kereta itu awal daripada jangkaan.
Semua tu duit woo~
Oklah, antara duit dengan kereta tu, saya pilih kereta tu la.
Duit boleh dikumpul lagi tapi kereta tu tak leh biar.
Lagipun since warranty masih lagi ada, saya patutlah gunakan kelebihan itu sepenuhnya.
Harap2 lepas ini tak adalah problem lagi.

Kesimpulannya jagalah kereta jangan sampai kena masuk bengkel lama2.
Macam kes saya ini ayah saya syak something yang saya sebenarnya tak boleh nak terima sebenarnya. Pahit untuk di telan tapi macam itulah kenyataannya.
Bengkel apapun sama sahaja bagi saya sekarang ni. Semua nak kaut untung. Dia fix kan yang ini, dia buat problem kat tempat lain. Damn..kenapa saya terlalu negatif ni? Maafkan saya saya teremosional sebentar. Buat pemilik bengkel yang jujur lagi baik hati jangan terasa ye dengan statement saya ni.(err..ada ke pemilik bengkel kereta baca blog ni?)

p/s : Selasa ni nak pergi service kereta tu sambil report pasal problem kereta tu pada Service Centre. Kalau boleh nak settle semuanya tak nak ada problem lagi.
Off blogging dulu..nak redakan perasaan sat.

Sunday, June 27, 2010

Genre SERAM, Daripada Drama..Filem...terbaru Novel..

Tadi saya ada ke MPH OU untuk cari kalau-kalau bernasib baik dapat jumpa buku novel Lagenda Budak Setan (LBS).
Tapi hampeh sebab semua novel berkaitan dengan LBS zero stock..
Bukan itu sahaja, novel2 tulisan Ahadiat Akashah semuanya sama = zero stock kecuali ada satu novel yang tajuknya ada perkataan 'Klasik'
Tak ingat pula tajuknya. (Arrghhh..tolong maafkan kelupaan saya ini)

Disebabkan tak ada novel tu dan my F pula lesap entah ke mana, sayapun cari kalau-kalau ad buku yang compile cerpen di rak novel.
Tup2, jumpa satu rak yang bukunya semua berkulit hitam.
Bila saya close up rupanya itu deretan novel2 seram yang bukan karya Tamar Jalis tapi karya novelis lain.
Kalau Tamar Jalis ada 'lain' sikit garapannya.

Novel pertama yang saya belek sekali lalu ialah novel Cinta Gadis Pontianak..

Seram tak seramlah rupa kulit buku ini.
Sinopsis, harga dan details lain boleh check kat SINI

Lepas itu saya belek pula buku lain sampailah jumpa satu buku tu yang menghimpunkan kisah misteri/mistik.
Sayapun ambil buku tu dan baca.
Agak menarik juga.
Sebab ceritanya bukan seperti typical 'kisah mistik' tapi cerita yang unik dan ada yang tak pernah saya dengar sebelum ini.
Tapi minta maaf sekali lagi sebab saya lupa tajuk buku dan penulis buku.

Realitinya novel seram makin mendapat tempat di hati pembaca.
Kalau tak laku, mesti novel sebegini tak diterbitkan kan.
Selepas filem2 bergenre seram mendapat sambutan yang menggalakkan, drama2 bersiri dan telemovie seram makin banyak keluar di TV.
Dan sekarang ini pula, novel seram dah mula diterbitkan.
Hakikatnya, orang kita memang mudah tertarik dengan kisah2 sebegini walaupun dalam masa yang sama ada rasa takut.
Takut tapi mahu.. (replace malu dengan perkataan takut)

p/s : anda suka tak tengok cerita seram?

Anne Ngasri dan Wafi bercerai talak 3!

Gambar dipetik daripada HM

Kan kecoh pasal Anne atau nama betulnya Nasriah Ngasri dengan Wafi ni di mahkamah .
Erm, semalam saya terbaca dalam paper HM yang dah confirm Wafi dah lafaz cerai 3 kali pada Anne.
Sebelum ini hanya dua lafaz yang jelas manakala lafaz pertama berbentuk taklik masih diteliti.
Tapi, kelmarin mahkamah dah sah kan lafaz itu.
So, jadilah talak 3.
Kalau nak kembali semulapun agak payah la kan.

Apapun berita ini amatlah menyedihkan saya dan juga ribuan orang yang adore dengan kebahagiaan mereka.
They are so sweet together tapi jodoh pertemuan ajal maut semuanya bukan di tangan sesiapa jua di dunia ini melainkan hanya milikNya.
So, harapan saya mereka berdua dapat bekerjasama untuk memelihara anak2 mereka tu.
Dah la Anne pun sedang pregnant sekarang kan.
Sebagai ibu tunggal kepada 2 anak dan kini sedang mengandung pula anak ketiga tu memang besar dugaannya.
Semoga Allah beri kekuatan kepada Anne untuk hadapi semua ini.

Kitapun tak pasti apa cerita di sebaliknya.
Hanya mereka berdua dan Allah SWT sahajalah yang tahu.
Seperti yang selalu kita dengar, tak ada orang yang nak berkahwin untuk bercerai.
Semuanya berkahwin untuk hidup bersama sehingga ke akhir hayat kan tapi kalau dah ditakdirkan jodoh tak panjang, tetap akan berpisah jua.
Semuanya bersebab dan ada hikmah disebaliknya.

p/s : kawan saya kata dugaan lepas kahwin memang hebat dan kalau jenis yang tak kuat mudah sahaja tewas. Kuat tu dari segi tahap kesabaran, kesefahaman dan kena selalu bertolak ansur.
Wallahu'alam.

Saturday, June 26, 2010

Separuh masa pertama : Uruguay VS Korea Selatan~

URUGUAY 1 - 0 KOREA SELATAN

Tadi baru sahaja habis separuh masa pertama Uruguay menentang Korea.

Dan saya tak layan sangatpun sebab tak minat sangat kedua-dua pasukan.

Agak2 siapa akan menang?
Harap2 Korea Selatan dapat bangkit pada separuh masa kedua nanti.
Mesti mahu sokong Asia kan.
Dah la 2 sahaja yang dapat mara ke pusingan ke 2 ni iaitu mereka dan juga Jepun.

Cepat2 semua bagi semangat pada mereka!

Hmm..
Esok saya sudah mahu gerak ke Sik, Kedah.
Tapi tak lama la.
Tidur semalam sahaja di sana.
Hajat nak jumpa kawan baikpun mungkin tak tercapai dek akal sebab masa di sana terlalu suntuk.
Jalan2 cari pasalpun tak sempat.

Oklah, separuh masa ke dua perlawanan dah nak mula.
Kita tengok ramai2 k =)

Update :
Nampaknya nasib tak menyebelahi Korea Selatan
Walaupun berjaya menjaringkan 1 gol untuk menyamakan kedudukan, tapi tak berapa lama kemudian Uruguay berjya pula menjarakkannya semula dan keputusan itu kekal hingga tamat perlawanan dengan;

URUGUAY 2 - 1 KOREA SELATAN

Tahniah Uruguay sebab jadi pasukan pertama yang layak ke Suku Akhir!

Next game : USA VS GHANA

Petua nak kembali dengan Ex GF/BF anda ?

Saya ada baca satu artikel yang menarik jugalah.
Petua basic untuk kembali kepada bekas kekasih.



OK, Biasalah manusia kan tak pernah lari daripada kesilapan.
Kita semua pernah buat silap. Jangan rasa anda teruk sangat sebab anda tak keseorangan dalam bab ni.
haha~

Walaupun macam sengaja/tak sengaja melukakan hati bekas kekasih sampi dia sanggup minta putus walaupun anda tak rela.(diapun tak rela juga)
Bila kita dah buat silap, kita tak mungkin dapat baikinya semula TAPI kita boleh berubah dengan usaha yang bersungguh-sungguh untuk tak ulangi kesilapan itu.
Kena nampak bersungguh-sungguh ya baru lah si dia nampak effort anda.

Haaa..
Apa lagi.
Bila anda masih mahukan dia sebagai kekasih,
Minta maaf la kepadanya dulu as 1st step. (walaupun mungkin juga diapun buat silap).
Jangan sekadar ungkapan 'im sorry' , saya minta maaf' sebab ia tak berapa kuat untuk membuktikan anda benar-benar ikhlas untuk minta maaf.
Kenalah cuba untuk terangkan bahawa anda sangat faham kenapa dia sanggup tinggalkan anda dan letakkanlah 'kesalahan' itu pada diri sendiri (memang salah sendiripun kan)
dan cari jalan untuk buktikan yang anda berusaha supaya 'kesalahan' itu tidak akan berulang/berlaku lagi.
Kena tunjukkan 'usaha' anda tu pada dia supaya dia 'impress'.
Mungkin mengambil masa untuk mengembalikan kepercayaan si dia pada anda tapi at least anda berusaha.

Bila si dia mula mengungkit kisah silam yang menyebabkan dia tegar tinggalkan anda dulu, biarkanlah (ni menunjuk usaha anda hampir membuahkan hasil..ngeh2..)
Berikan sedikit ruang untuk dia berterus terang dan jangan sesekali membantah/melawan cakapnya.
Sebab kamu juga perlu bagi peluang padanya untuk beritahu apa yang dia fikirkan tentang anda.
Jadi, dia boleh berfikir secara rasional untuk membuat pilihan dan harap-harap akan mempertimbangkan usaha anda untuk kembali kepadanya.
=)



p/s : ada sesiapa ke nak guna pakai petua ni. hahahahaha~ petua ini mungkin hanya sesuai untuk yang clash pertama kali. (kalau dah banyak kali putus tu faham-faham sendiri la. Kamu berdua memang tak ngam untuk bersama.)

psss..picture semua ihsan google.

Friday, June 25, 2010

Tag ke 3 bulan Jun : Tag Fantastic Blogger.

Tag ni dah lama dapat.
Awal June hari tu (tak adalah lama sangat kan?)
Tag ni from Marina yang sangat suka jawab tag.
=)

Dia kaat nama tag ni bukan FANTASTIC tapi sebab kena pilih 15 fantastic blog, maka dia rebatch la tag ni.
Saya tukang sambung sahaja la.

Apa yang perlu dibuat untuk settle kan tag ni?

1. Thank and link the person that tagged you

Terima kasih Marina.
terharu sebab pilih blog saya ni sebagai fantastic blog.
huhu~
(lihatlah duniaaaaa...)

2. Tag 15 bloggers you've recently discovered and think fantastic

Banyak weyh sampai 15..
Jap pikir dulu 8 saat..

ok, calon2 nya adalah :

darkbatman
nanajoe
puterisengal
qellissa
niesz
ezany-kun
tehr
cheqppjoy
mia liana
qdine

lagi 5 tu siapa yang tegar2 datang sini hari2 bolehlah ambil.
Ikhlas ni =)

3. Contact that blogs and let them know they've been tagged

baiikkkk!!

4. State 7 things bout yourself
  1. blogger.
  2. mata besar.
  3. pencinta kucing.
  4. suka jalan2.
  5. suka tidur.
  6. family oriented
  7. lahir 12.04
Ok dah siap!
Saya malas nak pergi terjah calon2 yang terpilih tu la.
Biar diorang discover sendiri la.
uhuk2..
err..
oo..baru teringat peraturan ke 3..
orait2..nanti saya bagitahu mereka.

Hari terakhir bersama kereta kecil..(mode sedih)

Seminggu lebih guna kereta Kelisa my sis buat saya raas sayang dah kat dia.
Selain daripada saiznya yang menarik untuk menyelit-nyelit dicelah2 yang muat, kereta ni lah kereta pertama yang saya bawa dulu sebelum beli kereta sendiri.
Maklumlah mula2 drive takut nak bawa kereta saiz besar.
Tak dapat agak ruang kat jalan tu.

Cuma kereta ni buat saya rasa confuse bila nak tukar lane ke kiri.
Saya kena pusing kepala ke belakang tengok clear ke tak.
Cermin sisi kiri tu sebenarnya cermin kancil yang ayah beli dan tampal sendiri.
Err..cermin asal saya dah pecahkan. (maklumlah pemandu amatur masa tu)

Actually banyak kenangan gak la dengan kereta kecil ni.
Dua kali jugalah saya accident langgar kereta orang dengan kelisa ni.
Daripada kaler emas berubah wajah jadi warna blue grey.

Err..nilah rupa cermin sisi yang pecah saya kerjakan dulu.
Masa ni warna emas lagi.
Ni bila dah make over tukar kaler.


p/s : buat my sis, saya nak ucapkan terima kasih sebab sudi pinjamkan kereta dia. Saya memang tak berapa 'berani nak bawa WAJA sebab kereta tu 'panjang' la.
Kalau setakat bawa area kampung bolehlah. Tapi nak bawa dia redah kesesakan memang tak sanggup.

Thursday, June 24, 2010

MISG memang insuran kereta terbaik dalam Malaysia.

Dulu masa dapat surat daripada syarikat insurans kereta saya, saya confuse dan rasa macam pelik.
Syarikat apakah ini?
MISG? Tak pernah dengarpun?

Selalunya kalau insuran kereta yang biasa didengar ialah;

Takaful
Etiqa
Kurnia
MAA
Allianz
Prudential
AIA
dll..

Bila saya check forum2, jarang yang guna MISG ni.

Tapi, tak apalah.
Saya tunggu dulu setahun.
Lepas renew kalau nak tukar, tukar sahajalah yang lain.

Tapi, sekarang ni saya rasa macam nak ubah fikiran.
Saya nak teruskan dengan MISG sahajalah.

Ok, nak tahu kenapa?
Saya mendapat tahu bahawa salesman HONDA memang mengesyorkan pembeli kereta mereka menggunakan insuran daripada MISG. Track record insurance ni bagus agaknya.
Diskaun yang diberikan kepada kereta yang berjaya 'tak claim' insuran bila nak bayar road tax tinggi.
(Ini diterangkan sendiri oleh kawan yang sama2 involve dengan accident hari tu. Pekerja Perodua yang pakai kereta Honda..kuikui~)

Tapi dia tak pernah accident?
So, pengalaman claim insurance tak ada dengan MISG ni.
So, saya cakap dengan dia.
Tunggu macam mana process claim insurance kereta saya tu nanti.
(sambil dengan sayu memerhatikan kereta sendiri yang dah remuk di depan)

Oh ya, kami berdialog pasal MISG ni masa tengah tunggu urusan Police Report selesai.

Back to the topic, saya memang confirm tak jadi tukar syarikat insurance sebab..
Hari selasa lepas (15/Jun) saya baru sahaja report untuk claim insurance sebab kereta accident,
tup2 kelmarin (22/Jun) MSIG call yang insurance claim dah approve.
Dan yang terbaiknya, kereta saya dahpun siap repair semalam(23/Jun).
Tapi dek kerana tak sanggup nak ambil cuti, saya akan ambil kereta tu Sabtu nanti.
Harap2 kereta tu ok dan tak ada masalah.

Oh, dah mula rindukan kereta kesayangan.
Nanti bila dah dapat, akan saya tepekkan gambar2 dia di blog kesayangan ini.

p/s: Selain MSIG, Takaful Malaysia pun bagus. Cuma Kurnia dengan Etiqa sahaja yang caca marba sikit recordnya. Ada yang kata bagus dan ada juga yang komplen tak bagus.
Apa kata anda? Share la pengalaman di ruang komen.

Majlis Bercerai jadi trend di Jepun

Pelik2 sahaja orang Jepun ni.
Selalunya kalau nak berkahwin sahaja baru buat majlis.
Ini nak berpisahpun buat juga majlis.
Akhbar Kosmo hari ni ada menyiarkan berita berkenaan trend 'zaman moden' ni.
Kepada yang malas nak beli paper baca sahajalah terus kat bawah ni.
Saya copy dari SINI

Trend majlis perceraian di Jepun

SEORANG wanita menaiki sebuah beca untuk menuju ke rumah perceraian di Tokyo kelmarin.


TOKYO - Semakin ramai pasangan suami isteri di Jepun memilih untuk melafazkan cerai pada satu majlis perceraian di hadapan sahabat handai dan keluarga.

Majlis perceraian itu mula dianjurkan setahun lalu oleh seorang bekas jurujual, Hiroki Terai yang membina sebuah rumah besar yang dikenali sebagai rumah perceraian di bandar raya ini.

Sejak itu, kira-kira 25 pasangan memilih untuk menganjurkan majlis perceraian yang mirip majlis perkahwinan tetapi bertujuan untuk mengumumkan bahawa rumah tangga mereka telah berakhir.

Setiap pasangan dikenakan caj AS$606 (RM1,931).

Seorang ahli perniagaan yang hanya mahu dikenali sebagai Fuji berkata, dia mengadakan majlis perceraian itu sebagai tanda untuk memulakan hidup baru selepas bercerai dengan isterinya. - Reuters


P/s : Nak ceraipun kena bayar sampai ~RM2000. Membazir..membazir..

Wednesday, June 23, 2010

Dapat Buffered tapi iklan cam malu2 la pula.Nape eh?

Alhamdulillah, pagi tadi saya check2 kat nuffnang.
Tup2 dapat satu buffered.
Yang DiGi tu dah lama jugalah di situ (dah lebih dua minggu kot.)
Yang Nestle Coffee Mate Love Notes, macam malu2 la pula nak keluar.

Malam semalam sahaja dia keluar sekejap, pastu tak keluar2 dah.
Ke dia memilih masa2 tertentu sahaja untuk keluar ek?
Aiihh..kalau keluar tu kawan2 jangan tak klik ok.
kuikui~

p/s : pepun terima kasih daun keladi ye nuffnang. =) Sayang kamu ketat2.

Israel(Yahudi) buat hal lagi..

Setiap kali tengok online paper, saya akan baca perkembangan Palestin.
Hari ni Yahudi laknatullah buat hal lagi.
Kali ni nak rampas kawasan yang menempat kawasan perumahan yang menjadi kediaman Palestin di timur BaitulMaqdis.
Makin lama makin melampau mereka ini kan.

Berita penuh saya copy dari Berita Harian Online dan letak di sini.

Israel terus rampas tanah Arab

KANAK-KANAK Palestin bermain berdekatan runtuhan bangunan di timur  Baitulmaqdis, semalam. - AP
KANAK-KANAK Palestin bermain berdekatan runtuhan bangunan di timur Baitulmaqdis, semalam. - AP

Roboh 20 lagi kediaman Palestin di timur Baitulmaqdis bina rumah Yahudi

BAITULMAQDIS: Israel berhasrat meneruskan pelaksanaan sebuah projek perumahan lengkap dengan taman dan kompleks awam di kawasan yang kini menempatkan 20 rumah rakyat Palestin di timur Baitulmaqdis.

Pemimpin Palestin terbabit mengecam projek berkenaan yang digelar Israel sebagai ‘King’s Garden’, sebagai satu usaha negara Zionis itu untuk memperluaskan kawasan didudukinya, walaupun ada bantahan pihak antarabangsa supaya ia menghentikan kegiatan berkenaan.

Jawatankuasa perancangan majlis perbandaran Baitulmaqdis mengadakan mesyuarat bagi membincang cadangan bagi mengubah wajah kawasan terbabit semalam, sehari selepas Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu akur dengan tekanan antarabangsa agar Israel meredakan sekatan di Gaza berikutan serangan maut ke atas konvoi kapal bantuan kemanusiaan ke Gaza 31 Mei lalu.

berita lanjut boleh ke SINI


Kepada sahabat2 semua, Piala Dunia nak layan... layan juga..
tapi jangan lupa teruskan berdoa serta amalkan Qunut Nazilah di rakaat akhir selepas ruku'. sama seperti Qunut Subuh tetapi mendoakan keselamatan dan keamanan di bumi Palestin.
Allahuakhbar!

Tuesday, June 22, 2010

Kecoh pasal pemansuhan UPSR & PMR.

Beberapa hari lepas, kerajaan umumkan pemansuhan peperiksaaan awam UPSR dan PMR.
Apalah agaknya dala fikiran mereka yang membawa kepada pemansuhan exam ini.

Mungkin sebab fungsinya yang hanya terbatas untuk menentukan pemilihan ke sekolah berasrama penuh.
Dan juga penanda aras untuk subjek yang boleh diambil lepas PMR untuk SPM.
Sama ada ambil Sains Tulen, Sains Pertanian, Akaun, Seni dan lain2 la. Itu tak termasuk subjek teknikal seperti subjek2 Kejuruteraan dan LK (Lukisan Kejuruteraan).

Bagi lepasan UPSR, selain dijadikan sebagai penentu untuk ke SBP atau MRSM, result UPSR juga digunapakai untuk tentukan kelas2 yang dibahagikan ikut keputusan UPSR.
Yang dapat keputusan cemerlang, akan masuk kelas cemerlang.
Yang dapat keputusan sederhana akan masuk kelas pertengahan.
Yang dapat keputusan yang tak berapa sederhana pula akan masuk kelas2 'belakang'
(Err..itu sistem yang digunapakai sekolah saya dulu. Lain sekolah lain sistem kot.)

Tapi, kesan tak baiknya tetap ada bila peperiksaan2 ini dimansuhkan.
Pelajar2 sekolah mungkin akan jadi macam 'tak ada fokus' atau 'tak ada pemangkin' untuk belajar pada peringkat awal.
Sebaliknya akan mula fokus bila nak dekat SPM sahaja.

Itu pendapat peribadi saya sebab sistem persekolahan sekarang ini beorientasikan peperiksaan.
Dan pelajar kebanyakannya belajar bersungguh-sungguh untuk 'score' dalam 2 peperiksaan ini.

Tapi kerajaan tentu dah ambil kira semua ni sebelum keputusan ini diambil.
Kerajaan mesti dah rangka strategi perubahan dari segi silibus matapelajaran.
Sebab dulu ada 3 peringkat berbeza (dari segi silibus dan penilaian).
Tapi sekarang ada 1 peringkat sahaja..
Nak cakap lebih2pun tak berapa reti. Nilaikan sendiri sahajalah.

Lepas ni tiada lagi hanya SPM jadi target dalam kamus hidup student (picture ehsan google + edit sikit)


p/s : Masalah untuk pemilihan ke MRSM boleh di atasi dengan buat exam khas seperti yang diberitahu di SINI.

p/s : Rupanya kebimbangan saya ni telahpun diluahkan student sendiri. Sila check BERITA INI untuk lebih lanjut.

~~~PINKLOLIPOPS 1st FREE GIVEAWAY~~~

Saya ada dapat tag from Izzatul Iman
Tapi tag ni bentuk dia macam giveaway pula.
Trend baru agaknya.
Oleh kerana sayapun first time dengar pasal PINKLOLIPOPS ni, sayapun terjah la blog beliau.
Sedikit review pasal PINKLOLIPOPS milik Ayu Rosli....
Beliau adalah seorang yang gila menjahit..
Dia banyak ambil order jahit manik pada baju..
Cantik2 juga. hargapun berpatutan.
Yang terbaru saya tengok yang inilah.




Kali ini dia berbesar hati mahu beri hadiah kepada 4 orang yang bertuah.
Syarat2nya,

1. Jadi Follower blog dia. -->SUDAH
2. Link blog "http://pinklolipops.blogspot.com/" di blog sendiri. -->SAYA MASUKKAN UNDER 'BLOGGERSIFOLLOW'

3. create new post "~~~PINKLOLIPOPS 1st FREE GIVEAWAY~~~" di blog sendiri dan berikan sebarang comment @ review tentang PINKLOLIPOPS..sebarang comment positive @ negative pun dia tak kisah katanya.-->SUDAH SIAP
4. Tag 3 org rakan dlm post tersebut utk join sekali free giveaway ini.. -->DIBAWAH NI
5. Sudah settle semua syarat di atas?? then lastly tinggalkan link blog post di ruang "comment" post INI --> CHECK ENTRY K

Dengan ini saya tag;

1) Marina
2) Dila Azie
3) Puterisengal

Mari2 join sebab hadiahnya best sangat2.
Thanks Izzatul Iman tag saya untuk join giveaway ni.=)

Portugal macam 'lepas geram' sahaja semalam

Portugal di first game seri tanpa gol lawan dengan Côte d'Ivoire.
0-0

Tapi bila second game macam naik gila pula mereka ni.
Jadi lauk sahaja Korea Utara kepada Portugal kena belasah.

7-0

Gol ketujuh disumbangkan Christino Ronaldo.
Walaweeeyhh....
Senang sahaja bolos.
Apa dah jadi sebenarnya ye?

Sebelum ni Brazil lawan Korea Utara cuma menang tipis sahaja

2-1

Adakah Portugal mampu untuk buat kejutan untuk next game?
Kita tunggu dan lihat sahajalah siapa lebih kuat.
Atau siapa yang lebih bernasib baik?

Portugal atau Brazil?

p/s : apapun, tetap sokong Brazil..haha~

Monday, June 21, 2010

Ragam Peminat bola bila Piala Dunia~

Macam2 ragam bila Piala Dunia (WC) datang...
Saya cuma nak share 2 jenis ragam orang je..
Since tahun ni perlawanan bermula seawal 7.30 petang..
diikuti pula 2nd game pada pukul 10.00 malam..
dan yang terakhir game pukul 2.30 pagi..
Memang mencabar betul jadual game tahun ni kan untuk penonton di Malaysia.

First..


Bagi yang ada Astro di rumah..
Tiap kali kul 7.30, semua dah terpacak depan TV.
Game apepun layan je ramai2.
Maghribpun tak ada zikir2 panjang lepas solat.
(isk2, tak baik betul..)
Game pertama ni saya yakin ramai dapat ikut =)

Bila 2nd game mahu start ada 3 pula golongan..
Satu... yang skip game ni tapi tengok game 2.30 pagi..
Orang ini akan isyak lepas 1st game dan terus je tidur.
Lepas tu bangun 2.30 pagi untuk layan game terakhir.
Golongan ini jenis yang memilih game. Selalunya game yang hebat2 dibuat masa 2.30 pagi.

Dua... yang layan game ni dan terus tidur tanpa layan game 2.30 pagi..
Orang ni akan isyak lepas game ke dua sebelum masuk tidur sampai ke subuh.
Golongan ini jenis yang tak memilih game dan lebih sayang kerja/waktu tidur berkualiti daripada WC.
Tak sanggup nak ganggu masa tidur supaya dapat pergi kerja esoknya dengan wajah segar.
Peminat WC tapi tak berapa tegar la berbanding golongan yang terakhir ni.

Tiga... yang layan semua game sekaligus..
Isyak biasanya bila game pertama tamat sementara tunggu game ke 2.
Kadang2 tunggu habis 2nd game baru Isyak..(optional la)
Pastu, terus stay up sampai habis game terakhir.
Golongan ini ialah peminat tegar WC dan mungkin sanggup ambil cuti semata-mata untuk layan WC)

Second..

Bagi yang tak ada Astro dan tengok di kedai mamak..

First game tu tengok lepas solat Mahgrib.
Pergi kedai mamak, order makan malam.
Sekadar roti kosong sekeping dan teh tarik segelas.

Tak berganjak lepas game pertama tamat.
Untuk jaga hati tokey kedai, order segelas lagi teh tarik.
Makan tak dah.
Layan 2nd game sampai lewat malam.
Pastu balik tidur (ini bagi yang kerja esoknya dan sayang tidur daripada WC)
--> sama macam golongan pertama dan kedua yang layan di rumah..

Ada yang stay lagi di kedai mamak,
Tunggu game kedua.
Sementara tu order pula kopi (untuk tahan mengantuk).
Makan tu optional la.
Ada yang makan juga sebab terasa lapar.
Ada yang tak makan taku ngantuk.

Lepas game habis terus balik tidur.
Bagi yang jenis ingat agama tu, isyak dulu baru tidur.
Bagi yang 'lupa' tu mungkin terus tidur sampai subuh pun ter 'miss'.
--> sama dengan golongan ketiga yang layan di rumah..

Cukuplah saya bagi yang 2 tu sahaja.
Kalau ikutkan ada banyak lagi termsuklah yang layan guna broadband internet (kalau laju la)..
dan ada jugalah yang layan secara live di Afrika Selatan (ni lagi gempak!)

p/s : nasihat saya, WC tu nak layan,layanlah.
Tapi solat tu jangan dilupa. Adios~

Mari masak memasak : Ayam Masak Kicap Pedas

Akhir2 ni macam dah tak ada mood nak masak.
Rasa macam bosan dengan lauk2 yang biasa di masak tu.
Rasa nak masak yang lain dari yang lain.
So godek2 la PC cari2 lama web yang banyak letak resepi.
Sampailah jumpa satu laman web ni penuh dengan resipi yang macam2.
Sampai Biskut Ayam pun ada.
Lagipun memang mesra pengguna la website ni.
Kalau nak cari lauk AYAM,
Taip ayam dan klik button CARI di bawahnya.
Naahhh, semua jenis lauk pauk berasaskan ayam keluar resipinya.

Nak mencuba gak ke?
Meh klik url kat bawah ni.
http://resepi.mesra.net/

Setakat ni saya cuma cuba lauk2 sempoi je.
Macam resipi 'ikan kembung masak kicap pedas' tu saya tukar dengan ayam.
Suka suki punya resipi.
teringin gak nak cuba resipi lain tap i dek kerana malas nak pi kedai cari bahan, maka menu sempoi juga la saya masak.
Rupa lauk saya macam mana?

Oleh kerana malas nak capture masakan, maka saya google kan sahajalah gambarnya.
lebih kurang macam ni lah rupa bentuk lauk saya.
Tak ada maknanya nak hiris2 bawang besar, kacang panjang bagai.
Dasar malas sempoi, macam gitulah.

p/s: resipi cari kat website atas tu yea.=)

Sunday, June 20, 2010

Nak putihkan gigi mudah je weyhh..

Sekarang ni susah betul nak mantain kan gigi supaya putih.
Lagi2 untuk perokok dan juga penggemar teh, kopi dan nescafe..
Gigi akan nampak kuning sahaja.
Kalau sikit2 tak ada la masalah sangat tapi kalau dah kuning berdesing.
Nak senyum sengih2 nampak gigipun malu.
Macam gigi kat bawah ni.
Buat apa nak susah2 pergi cuci gigi di klinik..
Buat apa menggunakan cecair pemutih gigi yang banyak terdapat di pasaran..
Buat apa membazir duit kalau ada cara yang lebih mudah dan murah..
Dan terbukti berkesan jika rajin diamalkan.

Hanya perlukan arang dan juga sedikit garam sahaja.


rupa arang macam gini lah =)
http://tenluvmil.files.wordpress.com/2009/10/8_-garam.jpg
rupa garam..takkan tak kenal kan.
Caranya arang (besar bola tenis ke..) dan sesudu teh kecil garam je (lebih kurang la) di tumbuk halus.
Kemudian gosokkan pada gigi kita.
Tak kisah nak pakai jari ataupun berus gigi untuk menggosok gigi tersebut.
Amalkan setiap hari.
Insyaallah, gigi akan jadi putih.
Macam orang ni.

Selamat pencuba!

Gambar semuanya pinjam dari pakcik google.

Apa dah jadi pada Pagerank blog saya ni?

Tadi buka2 sahaja blog tengok2 pagerank jadi ZERO aka 0..
Pelik bin ajaib juga..
Tak percaya ke?
Saya ada print screen kan dan upload sini.


Disebabkan rasa tak puas hati, saya pergi check balik kat website pagerank checker.
Tengok2 elok pula dia tunjuk Pagerank asal saya iaitu 3.

Apa kebenda pagerank ni?
Ramai juga yang duk kejar pagerank ni sebenarnya.
Nak terangkan pun susah.
Rasa ada je blogger2 otai yang duk explain pasal ni tapi tak ingat sape.
Macam saya, saya tak dapat nak kejar sangat sebab blog pun biasa2 je.
Biarlah dia naik sendiri kalau dia mahu.
Tapi, bila turun tu pelik jugalah sebab saya tak ada tukar domain ataupun url.
takut juga kalau2 sebab tukar template dia turun.

Selalu ke pagerank ni jadi macam ni yea?
Isk2, mengelirukan sungguh.

Saturday, June 19, 2010

Dinding Penjara Pudu nak kena roboh!

Minggu ni tak ada aktiviti outdoor atau dalam erti kata lainnya tidak keluar rumah..
Duduk bersenang lenang sahaja di dalam rumah.

Hajat nak juga jalan2.
Tapi, ada orang tu dia kata nak pergi photoshoot kat Penjara Pudu.
Pelik mula2 tapi rupanya dinding penjara pudu yang bersejarah tu nak kena roboh esok.
So, saya pesan kat dia ambil gambar banyak2 untuk buat kenang-kenangan.
=)

Saya try check juga kat internet pasal ni.
Dinding tu dirobohkan sebab nak besarkan jalan.
Maklumlah, jalan tu memang sesak sangat.
Jumpa artikel The Star hari khamis lepas pasal benda ni.
Nak baca lebih lanjut sila ke LINK INI
Saya ada pinjam gambar dinding penjara ni daripada website Jabatan Penjara Malaysia
layankan sahajalah.
http://www.prison.gov.my/pride/images/stories/berita/pudu2.gif

Lepas tengok game Piala Dunia Germany vs Serb..


Rasanya ni first time entry saya buat bersempena dengangame Piala Dunia yang sedang rancak berlangsung di Afrika Selatan.
Ingat saya tak layan ke Piala Dunia ke?
Layan la juga tapi tak ada la fanatik sampai stay up awal pagi untuk tengok game.

Semalam punyalah keciwa dengan corak permainan Germany.
Tak puas hati betul sebab macam 'nasib' dorang malang kot.
Cubaan untuk 'gol' beberapa kali macam sia-sia walaupun gawang tu macam 'welcome' bola untuk masuk.
Tapi tak adalah terlalu teruk sebab dorang kurang pemain. 10 orang je kena survive kat padang.
Kalau Serbia yang hilang pemain camtu rasanya dorang dah kalah besar.

Lepas layan game tu terus saya tidur.
Kecewa punya pasal.
Bangunpun dah nak habis Subuh.

Serius kecewa.
Ingat nak tengok la hebat mana dorang main sebab dalam game sebelum ni dorang 'score' dan dpat pujian gitu kan.
Tapi takpe, next game harap2 tak jadi macam semalam la.

Tapi benda ni patut jadi pengajaran untuk mereka dan juga pasukan yang lain.
Nampak permainan Germany tak menyerlah semalam disebabkan kurang pemain.
Dorang pandai bawa bola dan menyerang ke arah pintu gol Serb tapi tang nak masukkan gol tu yang tak kesampaian.
Pemain Serb memang pandailah himpit pemain Germany sampai dorang tak selesa kot bawa 'bola' kat padang (sebab dorang terlebih pemain)
Nasib baik dorang sumbat 1 gol je.
Malas nak komen banyak sebab bukan reti sangatpun.kuikui~

P/s : begitulah ulasan orang yang agak buta rabun pasal bola. Kalau yang memang peminat bola mungkin akan explain dengan lebih detail kot.

Friday, June 18, 2010

Saya menang contest Project Alpha 2 Day 23..=)

Pagi semalam saya dikejutkan dengan email tahniah daripada nuffnang.
Katanya saya menang motor hadiah dalam contest harian Power Root ProjectAlpha 2.
Kalau ikutkan memang susah nak menang sebab hanya 5 lucky winners akan dipilih setiap hari dan setiap penyertaan ke 10 yang jawab betul akan terpilih.
Maknanya setiap hari kena jadi peserta yang ke 10, 20, 30, 40 atau 50 sahaja.
Memang kena tunggu luck la baru dapat kan.

Mula2 saya memang agak excited nak join tapi saya hanya berkesempatan untuk jawab soalan tu belah malam kalau hari kerja (so harapan untuk jadi pemenang harian memang nipis la sebab mungkin saya dah jadi peserta yang ke berapa ratus kot).
Saya cuma aktif jawab secepat yang boleh bila cuti. (adakah day 23 tu hari cuti?)
Pagi2 dah terpacak depan PC layan video ProjectAlpha.
Sampai week 24 je pun saya konsisten, pastu ke laut daa....
Busy mengalahkan menteri.kuikui~

Bila dapat sahaja email tu saya terus pergi check list nama pemenang.
Nasib saya memang baik sebab saya punya namapun paling last untuk Day 23 tu.
Teruja sebab first time menang contest anjuran nuffnang.
Sebelum ni join contest tapi tapi tak pernah menang.
Tiket wayang sempena contest anjuran nuffnang pun tak pernah dapat lagi.
Ada gak keinginan tu tapi tak ada rezeki lagi kut.
(isk2..tak baik..tak baik.. patut bersyukur sebab ada gak menang contest nuffnang..)

Hadiah kena ambil di pejabat nuffnang weekdays.
Hadiahnya adalah tertera dalam gambar ni.

Ohh..cuti saya dah hampir tak ada.
Bilalah nak pergi ambil hadiah tu.
Sijil pergi event Gatsby Deodorant Streets Fair pun belum ambil lagi.
Help2..

Pepun, thanks to nuffnang sebab 'menang'kan saya.
yeay!
Sayang lebih kat nuffnang =)

Thursday, June 17, 2010

Trauma tak?

Situasi pertama..

Saya :Trauma tak sejak accident itu hari?

Dia :Trauma la juga. Kenapa?

Saya :Ohh..awak cuma trauma nak lalu jalan kampung malam2 je kan?


Dia :Aikk..napekah?

Saya :Trauma2 pun 140 juga awak bawak.

Dia :Ape dia. Cuba ulang balik saya tak dengar la.

Saya :Trauma2 pun 140 juga awak bawak semalam.

Dia :Eh, ye ke? tak perasan pula.

Tu baru trauma, kalau tak trauma macam mana la agaknya.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Situasi kedua..

Saya :Sedap juga bawa kelisa tu. Pick up betul sampai tak sedar 110.

Dia :Tu la kereta ringan, CC besar. Laju pun tak rasa.

Saya :Tu la pasal.

Dia :Siapa yang ajar awak bawa kereta laju2 ni.

Saya :Entahlah, sape ek? Bukan awak ke?

Dia :Manade, Saya takpe. Dah pro. ooo... pandai je cakap orang, diapun sama jugak bawa laju.

Saya :Manade, 110 je pun. Lagipun bila perasan tu saya terus slow kan jadi 100 je.

Dia :Tu trauma ke tak tu? Cakap kat orang pandai, tapi diri sendiripun sama.

Saya :Manade, saya cuma trauma bila lalu jalan kampung malam2.

Dia :cehh~
http://rlv.zcache.com/er_trauma_nurse_not_easily_impressed_tshirt-p235896233359565481t5cs_125.jpg

So, kesimpulannya trauma ke tak?
Ke kami ni kategori trauma ikut situasi je.
Kalau jalan kampung, trauma kat jalan kampung je..
Kalau malam, traumapun bila malam atau gelap je..
Tapi, saya ada jiran yang kerana trauma, terus tak drive sampai sekarang.
Itu baru betul2 trauma kan?
Google2 jumpa ni.
Ini antara simptom2 orang trauma (atas banyak jenis alasan)
Layankan sendiri k.

Wednesday, June 16, 2010

Kereta oh kereta bila nak claim insurance!

AF bukan nama sebenar siapa?

"saya"
dia sahut.

Noor Afzan pula siapa?

"saya"
saya pula sahut.

Pemandu siapa?

"saya"
dia sahut.

Pemilik kereta siapa?

"saya" saya pula sahut.

"Ada saman?"

"tak ada"
serentak kami berdua jawab.

"Ada pernah accident?"

"tak pernah"
dia jawab.
(ok, saya tak jawab sebab saya pernah accident dulu. Senyap sudaaa~)

"Kete baru lagi tu."

"tu la tak sampai setahun lagi"
dia jawab lagi.
Saya kat sebelah sayu je dengar.


"Jarang bawak ke kereta tu?"

" selalu je bawa, kenapa?"
saya pula musykil bertanya.

Orang sales tu tak jawab tapi dia terus cakap mileage dah 20017 km.
Ok saya faham dah kenapa dia tanya soklan tadi.
Sebab mileage kereta baru cecah 20000km walaupun dah hampir setahun guna.

Saya mengaku baby oren tu tiap2 hari saya guna tapi lebih banyak di parking daripada di pandu.
Takat bawa pergi kerja, balik kerja. (estimate pergi balik sehari 40km sahaja)
Cuma kadang2 sahaja bawa jalan jauh sikit.
Tu yang mileage tak cepat naik.


"Minyak dah E tu, blinking dah. Boleh saya tahu sejak bila dia mula blinking?"

"sejak bila ek?. Baru jugalah. Masa dah dekat dengan tempat ni baru dia blinking."
dia jawab sebab dia yang pandu kereta tu ke sana.
Saya bawa kereta lagi satu.

"nampaknya kami kena isi minyak tu nanti sebab lepas dah baiki kami akan test drive pula. Saya kenakan RM20.00 ye nanti."
La, itu rupanya yang cuba dia nak sampaikan. Takpelah, apalah sangat RM20.00 tu kalau nak banding dengan nilai yang ditanggung untuk baiki kerosakan kereta tu.

"berapa lama ye nak siap?"
dia berbahasa bahasi dengan orang sales tu.

"Biasanya 2 minggu cam tu tapi bila awak cakap ada melibatkan kecederaan pada orang ketiga, mungkin ambil masa sikit. Dalam 3 minggu lebih macam tu la."

"Ooo.... "
tanda faham la tu.

Tu antara perbualan yang saya ingat masa berurusan untuk report claim insurance di Perodua Service Centre.
Dinasihatkan kalau invole in accident, consult terus dengan Perodua Service Centre (bagi pengguna kereta Perodua) sebab memang terjamin cepat dan selamat.
=)

So, saya tak ada kereta la selama lebih kurang 4 minggu dari sekarang.
Akan rindulah kat dia ni.


Nasib baik ada kereta extra di rumah.
nampaknya saya akan berlumba di jalan guna kereta kecil la.
Kelisa my sis jadi galang ganti.
Seronok tu naik kereta kecil.
Senang nak nyelit. kuikui~

Apakah masalah pada Shoutmix widget ni?


Pagi ni buka blog, dengan tujuan untuk blogwalking.
Macam biasa check pada comment box entry.
Lepas tu check pula kat shoutbox.

Terkejut sebab pada shoutmix widget keluar tulisan macam kat dalam pic atas ni.
Terbantut hajat nak blogwalking.

Gimana sih?
Apa perlu saya buat untuk fix kan problem ni?
Adakah disebabkan inbox shoutmix dan penuh dan saya perlu delete mesej2 yang lama?
Tolong ye kawan2 yang arif lagi bijaksana di luar sana.

Tuesday, June 15, 2010

Jouney to Lumut~Part 3

Kami gerak balik lalu jalan kampung dan berhajat tak mahu masuk highway.
Ni option selepas discussion la.
Lagipun jimat tak payah bayar tol katanya.
Kami gerak lalu balik kawasan kenduri, Teluk intan then kami lalulah kat Bidor.
Masa nilah sesuatu telah berlaku kepada kami.
Iya, jalan antara Teluk Intan dengan Bidor tu menjadi saksi.

Masa tu jam dah pukul 8.
Hujan pula turun dengan agak lebat ditambah pula dengan jalan yang tiada bantuan cahaya lampu apatahlagi cahaya bulan (hujan mana ada nampak bulan).
Memang gelap la kan.
Kereta di pandu dengan kelajuan rendah kira 80 km/h je.

Sampai di satu tempat ni kami menyaksikan satu kemalangan melibatkan waja yang terjunam ke dalam parit.
Kami meneruskan perjalanan dengan kelajuan yang lebih perlahan pula iaitu 60 km/h sahaja.
Kira2 beberapa ratus meter lepas itu, sesuatu yang tak terduga berlaku.
Kami nampak sekumpulan lembu dengan jarak yang dah terlalu hampir.
Pemandu kami segera tekan brek dengan harapan sempat mengelak daripada kemalangan tapi tak berjaya.
Kereta merempuh 'mangsa' sebelum betul2 berhenti.
Kami ingatkan lembu sahaja yang kena langgar.
Tapi rupanya ada sesorang juga yang terselit di antara kawanan lembu tu.
Seorang lelaki india.
Lemah lutut kami bertiga masa tu juga.
Saya hanya diam tanpa bersuara.
2 ekor lembu yang paling hampir dengan kereta mengalami kecederaan.
Suasana hening masa tu dan kami baru sedar seseorang sedang terduduk di tepi kereta menahan kesakitan.
Rupanya kakinya patah.
Lagi lemah lutut kami.
Dah tak peduli dengan keadaan kereta yang remuk kat depan dan cermin windsheild yang dah pecah (nasib baik ada tinted, kalau tidak dah berderai agaknya.)

Brader Tow Truck paling pantas bertindak.
Cepat mengalahkan ambulans dan polis.
Suasana jadi makin sesak bila saudara mara mangsa juga datang dan abang tow truck tu bagitahu dia dah tolong call kan ambulans dan polis.
Alhamdulillah, hanya ucapan terima kasih sahajalah yang mampu kami berikan kepada abang tu.
Sekurang-kurangnya kami tak terkapai-kapai tanpa guide di situ.
Dah la ketiga-tiga kami tak pernah melalui situasi macam ni atau dlam erti kata lainnya tak pernah terbabit dengna kemalangan ni.
Trauma seketika.
Ada orang accident langgar kereta je.
Ada orang accident langgar motor je.
Ada orang accident langgar orang je.
Ada orang accident langgar lembu/haiwan setara dengannya je.
Tapi, kami accident pakej 2 in 1.
Mana tak gelabah.

Akhirnya ambulans dan polis sampai.
Semuanya dari Tapah.
Lepas dah ambil gambar dan keterangan, polis tu minta kami ke Balai Polis Tapah untuk report.
Tahu tak jarak dar situ ke Balai Polis tu jauh yang amat.
Lebih 30 minit kami di jalan (gigih drive sampai ke balai walaupun cermin dah retak seribu).
Drive slow2 la kan. Kalau pakai khidmat tow memang bakal terbang paling2pun RM300.
Syukur lagi sekali sebab bahagian enjin tidak terjejas.
Cuma radiator upper support kat depan enjin tu terperosok sikit ke dalam kesan hentaman lembu yang dasyat.

Perlu ke saya sertakan gambar keretaku itu.
Ohh.baby oren ku.
Dah tercedera parah.
Baiklah, saya tunjuk je la kat sini.
Tapi saya dah edit kaler dan blur kan sikit.


Report settle kira2 pukul 11 malam.
Dengan kereta tu juga kami gagahkan diri balik KL.
Alhamdulillah, dengan izin Allah SWT kami selamat sampai ke KL walaupun bawa kereta slow2 sahaja.
Sampai rumah kul 3 pagi.
Kesian kami kan?

p/s : sebab inilah saya tidak dapat nak update blog dan blogwalking seperti biasa. Sampai hari Isnin saya ambil EL dan terpaksa pula ke Tapah untuk dapatkan salinan report polis yang bercop. (malam accident tu kami dapat yang tak ada cop).
Selasa petang pula nak settle kan dengan Perodua Service Centre. Maaf boss terpaksa ambil EL.
Memang betul2 emergency.huhu~

Minta Maaf sebab tak dapat attend minggu lepas

Minta maaf kepada Dayana dan Kamarul Izwad (rakan sekolah teknik),

Sebab tak dapat nak attend majlis wedding korang berdua walaupun dah jemput dengan mulut dan jumpa 4 mata (6 mata kot) masa jemput tu.
Saya kena ke Lumut.

Minta maaf kepada Wani (rakan office),

Juga tak dapat ke majlis wedding dia sebab yang sama.
Dan lagi Lumut dengan KT memang jauh jaraknya.
Minta maaf sangat2 yea.

Minta maaf kepada blogger sembang kencang fdausahmad,

sebab tak dapat attend jemputan perasmian buku beliau.
Memang ada aral melintang patah dan mustahil untuk saya ke majlis tu.

Minta maaf kepada Kak Fid,

Juga tak dapat hadir ke majlis wedding dia belah lelaki di Bangi.
Dah la belah pompuan kat Sarawak (jauh sangat nak pergi).

Minta maaf juga kepada Puan Aina,

Juga tak dapat hadir ke majlis wedding dia belah lelaki di Semenyih.
Terharu sebab Aina jemput tapi rasa terkilan juga tak dapat pergi.


Doa saya kepada yang baru kahwin, berbahagia hingga ke anak cucu cicit ciak dan seterusnya hingga ke akhir hayat.
Doa saya kepada blogger fdausahmad, buku anda dapat dijual dengan banyaknya macam jual pisang goreng panas yang rangup, lemak manis disukai ramai.
Doakan 'musibah kecil' yang melanda saya dapat dihadapi dengan baik dan dapat diselesaikan dengan baik serta segera. Doa kalian semua amatlah saya hargai.

p/s: Saya akan reveal pasal apa sebenarnya yang berlaku dalam entry malam ni. Harap bersabar dan prepare fizikal dan mental sebelum baca ok. =)

Monday, June 14, 2010

Journey to Lumut~Part 2

Lepas dah balik daripada kenduri kahwin tu, kami berkira-kira nak ke Lumut.
Maklumlah first time pergi sana.
Teruja juga nak kenal Lumut kan.
So, planning nak balik terus bertukar menjadi program jalan2 ke Lumut.
Fokus kami ialah Pantai.
Ada beberapa pantai di Lumut sebenarnya.
Ada Teluk Batik, Teluk Rubiah, Teluk Senangin serta teluk2 yang terdapat di Pulau Pangkor.
Kami decide nak ke Pantai Teluk Batik.

Perjalanan daripada tempat kenduri tu makan masa dalam sejam lebih jugalah di tambah sekali dengan masa kami terlajak sampai ke jeti Pulau Pangkor.
Signboard di sana memang agak 'poor' la punca kami terlajak tapi nasib baik jumpa juga kami pantai tu.

Sampai2 sahaja, keadaannya memang unexpected.
Kami membayangkan pantai yang damai dan indah macam kat Cherating ataupun paling2 pun macam kat Desaru la.
Tapi bila sampai kami rasa macam berada dalam majlis keramaian di tepi pantai.
Punyalah ramai orang sampai jarak antara orang kat pantai tu kira2 sedepa sahaja.
Dahlah jarak jarak pantai dengan gigi air kecil.
So, bersepah jugalah manusia dekat tepi pantai tu.
Macam nilah rupa pantai tu kalau kamu2 tak percaya dengan cakap saya.
Meriah tak meriah?

Hajat my F dengan sorang lagi member tu untuk mantapkan skill photography mereka terbantut macam tu sahaja.
Ada 2 sebab utama pantai tu jadi macam pesta.
Pertama, sebab cuti sekolah.
Kedua, sebab ada event yang dibuat bertujuan untuk kempen alam sekitar.
Siap announce ada dinner for free untuk pengunjung2 pantai yang stay.
Khemah dah siap dengan kerusi, meja, pinggan dan cawan.

Disebabkan keadaan yag agak sesak,kami terus gerak keluar daripada pantai tu dengan sedikit hampa.
Hajat nak cari tempat makan pula (sebab ada orang kata kedai makan di Pantai Teluk Batik ni sedap.
Tup2, ada pula Medan Ikan Bakar masa kami nak keluar daripada simpang Teluk Batik.
Nak pula view di situ agak menarik.
Gambar bawah ni menggambarkan sedikit suasana kat tepi laut tu. Medan Ikan Bakar ni betul2 menghadap laut.
Seronok kalau dapat layan blues kat kerusi2 batu tu kan.

Dengan laut dan juga beberapa kapal nelayan yang baru pulang dari laut, mereka jadikan subjek dalam gambar mereka.
(tapi yang tu saya takut nak share without permission.
Nanti dia dah upload, saya share k. =)

Kami makan sotong goreng tepung dengan nasi lemak daun pisang.
Memang mantaplah sotong goreng tepungnya.
Sengaja tak ambil gambar takut ada pula yang terliur.
Jauhh tu nak pergi Lumut.
huhu~
Kami kemudiannya bertolak pulang dengan hati yang agak puas la sebab dapat juga makan seafood.
Dan paling penting dapatlah mereka mengambil gambar menarik sekeping dua buat kenangan di Lumut tu kan.
Apa barang pergi tempat menarik dan kamera canggih kalau tak ada gambar diambilkan?
haha~

Oh ya, kami bertolak dari situ kira2 pukul 6 petang (kalau tak silap la).

p/s : ada lagi kisah yang mungkin masih panjang dan akan di update di part 3 pula. sabar nooo..

Sunday, June 13, 2010

Journey to Lumut~

Sebenarnya semalam saya ke Lumut.
Menghadiri jemputan perkahwinan sahabat di sana.
Bukan betul2 di Lumut tapi terletak berhampiran jambatan Sungai Perak.
Lupa la pula nama tempat tu.
huhu~
Dari situ nak ke lumut kira2 44 km lagi..

Gerak lewat pagi, kami sampai di Tanjung Malin untuk jemput seorang kawan yang akan join juga journey ni.
Perjalanan pergi lancar walaupun kami hampir tersesat.
Maklumlah, map lupa nak bawa dan hanya mengharapkan direction daripada kawan2 yang tahu jalan nak ke sana melalui telefon.
Nasib baiklah ada yang sudi hulur bantuan.
Kalau tidak tak sampai kot kami ke rumah pengantin.

Kami sampai kira pukul 3.
Majlispun dah hampir penghujung.
Pengantin lelakipun dah melepak di meja tetamu melayan sembang dengan kawan2.
Tapi nasib baik makanan masih banyak.
Dan for sure makanan orang kampung memng terbaik.
Ada ayam masak merah, daging masak rendang (kalau tak silap), gulai nangka, dan kerabu nangka (semua nangka nampaknya).

Selepas makan, pengantin ajak masuk rumah.
Ada sesi bergambar.
my F dengan kawan yang dari Tanjung Malim tu memang gila ambil gambar.
So, selain kami bergambar dengan pengantin.
Mereka berduapun sibuk jadi photographer bidan terjun.
Ada la sikit gamabr yang saya boleh share. Ini yang belum edit.
Sorry ye my F, saya upload sikit =)

Ni lah pengantinnya. Tema mereka hitam dengan merah.
Sebenarnya nak fokus pada nama pengantin. Comel pula penyepit merah tu kan.

p/s : ini baru permulaan hari kami yang panjang. Tunggu nest entry kalau nak tahu. hint nya kami sampai rumah kul 3 pagi.

Ohh..Allah jadikan sesuatu perkara tu dengan sebab~


Ihsan google

Salam..
Kadang2 bila hidup kita terlalu mudah, kita jadi terleka atau kadang ter 'riak' dengan ke'mudah'an yang kita dapat.
Tanpa kita sedar sampai satu tahap, kita lupa untuk bersyukur kepadanya.
Bila Dia beri kita nikmat kita ambil tanpa berusaha melipat gandakan ibadat tanda kesyukuran kita atas nikmat pemberianNya.

Sehinggalah Dia menduga kita dengan menarik sedikit kemudahan itu.
Bukan banyak, sikit sahaja.
Masa tu kita bagaikan terjaga dari mimpi indah yang melalaikan.
Kita tiba2 berada di dalam situasi yang berbeza. Di alama yang nyata.
Jauh berbeza.

Dan masa tulah kita betul2 teruji.
Masa itulah kita kenal siapa diri kita sebenar.
Masa itulah kita kenal siapa yang betul2 kawan kita.
Masa itulah kita kenal siapa yang betul2 sayangkan kita.
Masa itulah kita baru ingat Dia.

Tapi, sedarkah kita Dia sentiasa ingat kita.
Dia sentiasa mahu menolong kita.
Dia sentiasa sayangkan kita.
Kalau tidak masakan Dia beri kita peluang untuk hidup lagi..
dan dia beri masa untuk kita beribadat.
Dia bagi kita sedikit musibah untuk menguji kita.
Dia menarik sedikit kemudahan untuk menyedarkan kita.

Jadi, sentiasa tanamkan rasa redha bila dilanda musibah..
Dan bersyukur bila diberi kemudahan.. (bersyukur dengan sesungguhnya)
Dan beringat bila melihat musibah yang berlaku pada orang lain.
Usah terlalu kecewa atau menderita jiwa bila musibah terjadi sebab kita hanya manusia yang tak pernah lari daripada dugaanNya dan tak dapat lari daripada masalah.
Hadapi dengan tabah dan sabar.
Berdoa kepadaNya.

InsyaAllah, Dia akan beri kita jalan.
Dan takkan biarkan kita terkapai2 kelemasan di lautan musibah itu.

p/s : saya juga telah menghadapi sedikit musibah semalam. Kawan2 doakan yang terbaik untuk saya.

Saturday, June 12, 2010

Template blog saya sudah tukar! part 3

Salam semua.
Selagi lagi saya tukar template.
hehe~

Ini tempate yang lama.
Template lama ni buat saya susah nak masukkah header.
dan edit background.
So, saya memang decide nak tukar lagi.



Sampailah malam tadi.
Selepas dapat pertolongan daripada blogger otai.
Siapa tak kenal DARKBATMAN kan.
Dia bagi tahu saya pasal template yang mesra google.
Rupanya ada juga jenis2 template yang mesra blogger.
(So, siapa tak kenal dia memang rugi banyak sebab dia ni baik hati dan tak lokek ilmu..haha~)

So, sayapun buatlah yang betul2 baru.
nasib baiklah nak tukar template sekarang tak susah.
sebab widget2 yang banyak kat blog tu takkan hilang sebab ada icon 'keep widget'
(Dulu saya pernah termenangis sebab semua sidebar widget2 hilang tak dapat di kesan lepas tukar template..huhu~)

Saya ambil template basic daripada SINI,
Saya edit sikit2 HTML coding menukar warna2 nya menggunakan pula tutorial cik huda.
Template yang asal kaler hitam kelabu.
Saya tukar jadi warna yang anda tengok sekarang ni la.
Template ni memang agak ok berbanding template lama sebab header boleh dimasukkan tanpa masalah.
Terus saya masukkan header yang pernah saya buat dulu tapi tak berjaya tuk publish.
Best2, lepas ni selalulah saya tukar2 header.
=)
Ni lah rupa blog saya sekarang.

Tolong komen ye. Kot2 la blog ni jadi berat lepas saya guan template ni.
hoho~

p/s : terima kasih aie dan cik huda sebab tanpa anda, siapalah saya..

Friday, June 11, 2010

Saya Pemenang Utama Giveaway!

Dulu saya pernah bagitahu yang saya dah buat satu blog yang khas untuk join contest tapi kan akhir2 ni saya kurang ada masa untuk join contest.
Last saya join dalam pertengahan bulan May.

Saya cuma tunggu result contest walaupun tahu hanya tuah sahaja yang boleh buat saya menang.
Entah macam mana contest yang paling lambat pengumuman pemenang yang saya join membawa tuah sebab saya menang.
yuhuuu,...
teruja sebab dah lama tak menang giveaway.

Saya join contest ni di SINI.
Saya buat entry di SINI.
Dan result pula keluar semalam.
Tak percaya, sila tengok gambar bawah ni.
Kalau tak percaya gak klik SINI.


Eh, nampak tak tulisan pasa kertas undi tu?
Kalau tak nampak klik ej kat gambar tu untuk zoom.

Alhamdulillah, dah la dapat hadiah utama.
O ya, saya minta blaus labuh lengan panjang berharga RM50 inggit.
Tak sabarnya rasa.
Macam manalah agaknya rupa baju yang saya akan dapat..
weayahoooo~
yabedabeduuu~

Template blog saya sudah tukar! part 2

Amboi, tak beragak ada part 2 pula sesi membaik pulih template blog.
ahaha~

Wajib ada sebab saya dah upgrade sikit rupa blog ni.
Kan nampak lebih kemas daripada semalam.
(kemas sikit je pun..)

Bila saya publish post semalam meminta bantuan talian hayat untuk blog saya yang tiba2 uzur templatenya,
akhirnya ada insan yang baik hati iaitu huda luna yang sudi share cara nak edit kat bahagian post pula dan saya juga tambah baik sikit2 di sidebar.
Macam ginilah rupanya blog saya sekarang.
Amacam rupa baru blog saya?
Ok tak?
Thanks a lot yea dear.
Sayang kamu =)

Gigih godek2 template daripada kul 9 malam sampai kul 11.30 malam semata-mata nak repair template.
Saya suka yang baru ni.
Walaupun masih ada yang perlu di baiki iaitu di bahagian header dan footer, saya still puas hati.
Nak rombak semua sekaligus memang 'makan tahun' la lagi2 saya ni 'buta coding'
Ada tutorial baru boleh jalan.

Haa..
kalau kawan2 rasa macam nak edit2 template tu, bolehlah godek2 tutorial di blog huda dan intan ni.
Blog merekapun cantik dan kemas.

p/s : risau juga kalau2 blog ni jadi berat lepas edit2 html, minta respond daripada kawan2. Tolong bagitahu saya sama ada blog saya ni berat ke idak (masa untuk loading page lambat ke cepat)?

Thursday, June 10, 2010

Template blog saya sudah tukar!

Kalau yang memang selalu ke blog saya ni tentu perasan perubahan pada template saya ni kan?
Actually, saya sayangkan layout lama tu.


Tapi entah macam mana start last week, layout warna maroon cantik tu dah disappeared.
Background jadi putih kosong suci murni saja.



Mula2 saya ingatkan sebab server lembab menyebabkan background gagal di load sepenuhnya tapi kalau dah hari2pun macam tu pelik bin hairan la kan.

Jadi, sayapun cuba jayalah rujuk tutorial di blog adik kesayangan intanurulfateha , godek2 sikit dapatlah rupa sekarang ini.
Sekarang ni masih dalam progress untuk hias lagi.
Baru ubah di sidebar kiri kanan sahaja.
Tengok kat gambar kedua di atas tu, kalau sidebar widget tu tak di ubah maka blog saya memang berbackgroundkan layar putih sahajalah.
Amat dull.
Yang lain2 masih kosong sebab tak ada masa nak godek2 lagi html code.
Nanti saya cuba cari lagi tutorial untuk cantikkan dan pastikan blog ni tak 'kosong' sangat.

Kalau ada sumber2 tutorial merarik bolehlah tolong ajar.
Contohnya macam mana nak adakan 'border' pada tulisan tajuk post?
Tak berani nak cuba tanpa guide.

pleaseeeee help me...
ngeee~
sayang kamu kalau kamu tolong.

Blog Pasal Shaklee lah~

Related Posts with Thumbnails

Dah menjadi sejarah~

Web Analytics