Followers

Sunday, June 27, 2010

Genre SERAM, Daripada Drama..Filem...terbaru Novel..

Tadi saya ada ke MPH OU untuk cari kalau-kalau bernasib baik dapat jumpa buku novel Lagenda Budak Setan (LBS).
Tapi hampeh sebab semua novel berkaitan dengan LBS zero stock..
Bukan itu sahaja, novel2 tulisan Ahadiat Akashah semuanya sama = zero stock kecuali ada satu novel yang tajuknya ada perkataan 'Klasik'
Tak ingat pula tajuknya. (Arrghhh..tolong maafkan kelupaan saya ini)

Disebabkan tak ada novel tu dan my F pula lesap entah ke mana, sayapun cari kalau-kalau ad buku yang compile cerpen di rak novel.
Tup2, jumpa satu rak yang bukunya semua berkulit hitam.
Bila saya close up rupanya itu deretan novel2 seram yang bukan karya Tamar Jalis tapi karya novelis lain.
Kalau Tamar Jalis ada 'lain' sikit garapannya.

Novel pertama yang saya belek sekali lalu ialah novel Cinta Gadis Pontianak..

Seram tak seramlah rupa kulit buku ini.
Sinopsis, harga dan details lain boleh check kat SINI

Lepas itu saya belek pula buku lain sampailah jumpa satu buku tu yang menghimpunkan kisah misteri/mistik.
Sayapun ambil buku tu dan baca.
Agak menarik juga.
Sebab ceritanya bukan seperti typical 'kisah mistik' tapi cerita yang unik dan ada yang tak pernah saya dengar sebelum ini.
Tapi minta maaf sekali lagi sebab saya lupa tajuk buku dan penulis buku.

Realitinya novel seram makin mendapat tempat di hati pembaca.
Kalau tak laku, mesti novel sebegini tak diterbitkan kan.
Selepas filem2 bergenre seram mendapat sambutan yang menggalakkan, drama2 bersiri dan telemovie seram makin banyak keluar di TV.
Dan sekarang ini pula, novel seram dah mula diterbitkan.
Hakikatnya, orang kita memang mudah tertarik dengan kisah2 sebegini walaupun dalam masa yang sama ada rasa takut.
Takut tapi mahu.. (replace malu dengan perkataan takut)

p/s : anda suka tak tengok cerita seram?

7 comments:

Unknown said...

bst ke bace novel seram?
crte seram layan jga bila dh tngok..

Aidy Shahiezad said...

semua pun lupa.. cmne nie ?? haha...
neway, agak tak minat nak bace atau tengok kisah seram... bukan takut, tapi, mmg tak minat... *silap2 bole tertido nnt.. ahaha...

meza said...

punca crita seram/pontianak ni, dari jepun atau twilight? huhuuuu

niesz said...

tkut nye nk bc buku mcm tu..huhu..niesz ni pnakut ckit..

Affan Ruslan said...

Tak suka tengok filem seram, bukan takut. takut menggoyang akidah.

Affan Ruslan said...

Tak suka tengok filem seram, bukan takut. takut menggoyang akidah.

marina anakcikbob said...

sukaaaaaa!!
tapi penakut..
ahahaha..

Blog Pasal Shaklee lah~

Related Posts with Thumbnails

Dah menjadi sejarah~

Web Analytics