Followers

Showing posts with label piala dunia. Show all posts
Showing posts with label piala dunia. Show all posts

Thursday, July 8, 2010

Piala Dunia 2010 Perlawanan Akhir : Siapa Juara?

Apa ramalan yang dibuat si Paul the Octopus tu ya?
haha~
Saya nak tahu jugalah kan.
Kelmarin dia teka Spain menang ke atas Germany. Betul pula tu!
kat bawah ni antara ramalan2 yang di buat oleh Paul ni dah satu for final euro 2008 tak tepat.
Tengok pada pola penilikan dia di jadual ni hanya final game dia silap predict.
Adakah untuk Final game World Cup ini dia akan salah teka juga?

Haha,mungkin dia tak akan teka sebab Paul ni Germany punya belaan.
Kalau Germany dah tak masuk final macam mana dia nak predict kan?
mungkin Paul akan digunakan untuk predict tempat ketiga masa Germany lawan Uruguay nanti.
haha~

Tapi tak tahulah kalau2 pemilik belaan ini curious nak tahu siapa juara daripada Paul ni.
Tu yang dok tunggu2 kalau2 ada keluar berita berkenaan tekaan Paul ini.

Sumber print screen daripada wikipedia

Tapi jangan percaya sangat ok. Semua itu hanya keterbulan kebetulan sahaja.

Dulu ingat tak saya pernah buat entry masa pertengahan bulan May.
Alaa...rujuk sahaja SINI untuk baca lebih lanjut.

Entry tu saya buat secara suka-suka sahaja sempena Project Alpha 2.
Tajuk post tu pun kena teka siapa akan jadi Juara World Cup 2010.

Dalam entry tu saya ada sentuh berkenaan ramalan yang dibuat di satu entry berkenaan survey terkini (masa tu la 17/May/2010) siapa bakal juara.
Dan saya ada letak satu link berkenaan ramalan negara mana bakal menang melalui sistem voting.
Masa 17/May tu memang saya yakinlah Spain berada di tangga teratas pilihan awal.
Tapi hari ni 08/Jul sudah tukar la..
Brazil pula memintas Spain.
Tapi situasi sekarang Brazilpun dah kecundang awal (ooh..my feveret team. Sampai hati kamu mengecewakanku..sob2)
Jadi tentu-tentulah Spain mengungguli carta.
Hollad/Netherland/Belanda (berapa banyak nama daa..) pula dalam tu di tangga ke 7..

Ni ramalan kat link tu la.
Ramalan saya?
Ramalan saya bercampur dengan emosi dan tidak boleh dipercayai 100%.
Saya memang tak berapa berkenan dengan Belanda.
Kalau mereka menangpun saya tetap sokong Spain.
haha~
So, faham2 sahajalah ramalan saya siapa juara kan?

Piala FIFA World Cup yang menjadi rebutan

Mereka akan berentap 12/Jul nanti untuk merebut Piala Emas tu.
So, good luck Spain!

p/s : Sorry kepada penyokong Belanda.Ini hanya pendapat peribadi saya sahaja. Tidak ada kena mengena dengan skill permainan mereka dan tiada kaitna dengan yang hidup mahupun yang telah meninggal dunia.=)

Saturday, July 3, 2010

Nampaknya Argentina kena badi Brazil..

Dah 3 gol disumbat pemain Germany.
Ada lagi 15 minit sahaja lagi sebelum masa tamat...
Huhu..

Nampaknya Argentina macam kena badi Brazil tapi lebih teruk sebab langsung tak ada gol berbalas.
Apa dah jadi sebenarnya ye..?

Apa akan jadi pula untuk game suku akhir terakhir kul 2.30 pagi nanti.
Adakah Spain juga akan terkena badi tu.
Tolong ye peminat2 Spain doa banyak2 supaya tempias dua pasukan ni tak terkena pada mereka.

p/s : saya memang lebih suka Germany daripada Argentina.=)
p/s : Argentina masih ada harapan lagi nih. Cepat usaha!

Brazil oh Brazil..Cuba lagi 2014..~

Huhu..
Ingatkan saya bermimpi sahaja Brazil kalah..
Tapi memang betulpun saya mimpi sebab semalam kul 11.30 malam saya dah tidur.
Saya sempat tengok sampai seri 1-1 sahaja.
Tup2 saya rasa macam saay mimpi yang saya tengok result perlawanan tu.
Tapi was2 juga sampailah tengok sendiri di internet.

Entah bilalah Belanda score lagi satu gol tu itupun saya tak tahu.
Apapun tahniah Belanda dapat ke separuh akhir.
Kepada Brazil boleh cuba lagi tahun 2014..

Err..tengah malam punya game lagi saya tak tengok.
Siapa yang menang ye?

p/s : petang nanti nak pergi tengok wayang. Cerita apa yang best sekarang ini ya?

Saturday, June 26, 2010

Separuh masa pertama : Uruguay VS Korea Selatan~

URUGUAY 1 - 0 KOREA SELATAN

Tadi baru sahaja habis separuh masa pertama Uruguay menentang Korea.

Dan saya tak layan sangatpun sebab tak minat sangat kedua-dua pasukan.

Agak2 siapa akan menang?
Harap2 Korea Selatan dapat bangkit pada separuh masa kedua nanti.
Mesti mahu sokong Asia kan.
Dah la 2 sahaja yang dapat mara ke pusingan ke 2 ni iaitu mereka dan juga Jepun.

Cepat2 semua bagi semangat pada mereka!

Hmm..
Esok saya sudah mahu gerak ke Sik, Kedah.
Tapi tak lama la.
Tidur semalam sahaja di sana.
Hajat nak jumpa kawan baikpun mungkin tak tercapai dek akal sebab masa di sana terlalu suntuk.
Jalan2 cari pasalpun tak sempat.

Oklah, separuh masa ke dua perlawanan dah nak mula.
Kita tengok ramai2 k =)

Update :
Nampaknya nasib tak menyebelahi Korea Selatan
Walaupun berjaya menjaringkan 1 gol untuk menyamakan kedudukan, tapi tak berapa lama kemudian Uruguay berjya pula menjarakkannya semula dan keputusan itu kekal hingga tamat perlawanan dengan;

URUGUAY 2 - 1 KOREA SELATAN

Tahniah Uruguay sebab jadi pasukan pertama yang layak ke Suku Akhir!

Next game : USA VS GHANA

Wednesday, June 23, 2010

Israel(Yahudi) buat hal lagi..

Setiap kali tengok online paper, saya akan baca perkembangan Palestin.
Hari ni Yahudi laknatullah buat hal lagi.
Kali ni nak rampas kawasan yang menempat kawasan perumahan yang menjadi kediaman Palestin di timur BaitulMaqdis.
Makin lama makin melampau mereka ini kan.

Berita penuh saya copy dari Berita Harian Online dan letak di sini.

Israel terus rampas tanah Arab

KANAK-KANAK Palestin bermain berdekatan runtuhan bangunan di timur  Baitulmaqdis, semalam. - AP
KANAK-KANAK Palestin bermain berdekatan runtuhan bangunan di timur Baitulmaqdis, semalam. - AP

Roboh 20 lagi kediaman Palestin di timur Baitulmaqdis bina rumah Yahudi

BAITULMAQDIS: Israel berhasrat meneruskan pelaksanaan sebuah projek perumahan lengkap dengan taman dan kompleks awam di kawasan yang kini menempatkan 20 rumah rakyat Palestin di timur Baitulmaqdis.

Pemimpin Palestin terbabit mengecam projek berkenaan yang digelar Israel sebagai ‘King’s Garden’, sebagai satu usaha negara Zionis itu untuk memperluaskan kawasan didudukinya, walaupun ada bantahan pihak antarabangsa supaya ia menghentikan kegiatan berkenaan.

Jawatankuasa perancangan majlis perbandaran Baitulmaqdis mengadakan mesyuarat bagi membincang cadangan bagi mengubah wajah kawasan terbabit semalam, sehari selepas Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu akur dengan tekanan antarabangsa agar Israel meredakan sekatan di Gaza berikutan serangan maut ke atas konvoi kapal bantuan kemanusiaan ke Gaza 31 Mei lalu.

berita lanjut boleh ke SINI


Kepada sahabat2 semua, Piala Dunia nak layan... layan juga..
tapi jangan lupa teruskan berdoa serta amalkan Qunut Nazilah di rakaat akhir selepas ruku'. sama seperti Qunut Subuh tetapi mendoakan keselamatan dan keamanan di bumi Palestin.
Allahuakhbar!

Tuesday, June 22, 2010

Portugal macam 'lepas geram' sahaja semalam

Portugal di first game seri tanpa gol lawan dengan Côte d'Ivoire.
0-0

Tapi bila second game macam naik gila pula mereka ni.
Jadi lauk sahaja Korea Utara kepada Portugal kena belasah.

7-0

Gol ketujuh disumbangkan Christino Ronaldo.
Walaweeeyhh....
Senang sahaja bolos.
Apa dah jadi sebenarnya ye?

Sebelum ni Brazil lawan Korea Utara cuma menang tipis sahaja

2-1

Adakah Portugal mampu untuk buat kejutan untuk next game?
Kita tunggu dan lihat sahajalah siapa lebih kuat.
Atau siapa yang lebih bernasib baik?

Portugal atau Brazil?

p/s : apapun, tetap sokong Brazil..haha~

Monday, June 21, 2010

Ragam Peminat bola bila Piala Dunia~

Macam2 ragam bila Piala Dunia (WC) datang...
Saya cuma nak share 2 jenis ragam orang je..
Since tahun ni perlawanan bermula seawal 7.30 petang..
diikuti pula 2nd game pada pukul 10.00 malam..
dan yang terakhir game pukul 2.30 pagi..
Memang mencabar betul jadual game tahun ni kan untuk penonton di Malaysia.

First..


Bagi yang ada Astro di rumah..
Tiap kali kul 7.30, semua dah terpacak depan TV.
Game apepun layan je ramai2.
Maghribpun tak ada zikir2 panjang lepas solat.
(isk2, tak baik betul..)
Game pertama ni saya yakin ramai dapat ikut =)

Bila 2nd game mahu start ada 3 pula golongan..
Satu... yang skip game ni tapi tengok game 2.30 pagi..
Orang ini akan isyak lepas 1st game dan terus je tidur.
Lepas tu bangun 2.30 pagi untuk layan game terakhir.
Golongan ini jenis yang memilih game. Selalunya game yang hebat2 dibuat masa 2.30 pagi.

Dua... yang layan game ni dan terus tidur tanpa layan game 2.30 pagi..
Orang ni akan isyak lepas game ke dua sebelum masuk tidur sampai ke subuh.
Golongan ini jenis yang tak memilih game dan lebih sayang kerja/waktu tidur berkualiti daripada WC.
Tak sanggup nak ganggu masa tidur supaya dapat pergi kerja esoknya dengan wajah segar.
Peminat WC tapi tak berapa tegar la berbanding golongan yang terakhir ni.

Tiga... yang layan semua game sekaligus..
Isyak biasanya bila game pertama tamat sementara tunggu game ke 2.
Kadang2 tunggu habis 2nd game baru Isyak..(optional la)
Pastu, terus stay up sampai habis game terakhir.
Golongan ini ialah peminat tegar WC dan mungkin sanggup ambil cuti semata-mata untuk layan WC)

Second..

Bagi yang tak ada Astro dan tengok di kedai mamak..

First game tu tengok lepas solat Mahgrib.
Pergi kedai mamak, order makan malam.
Sekadar roti kosong sekeping dan teh tarik segelas.

Tak berganjak lepas game pertama tamat.
Untuk jaga hati tokey kedai, order segelas lagi teh tarik.
Makan tak dah.
Layan 2nd game sampai lewat malam.
Pastu balik tidur (ini bagi yang kerja esoknya dan sayang tidur daripada WC)
--> sama macam golongan pertama dan kedua yang layan di rumah..

Ada yang stay lagi di kedai mamak,
Tunggu game kedua.
Sementara tu order pula kopi (untuk tahan mengantuk).
Makan tu optional la.
Ada yang makan juga sebab terasa lapar.
Ada yang tak makan taku ngantuk.

Lepas game habis terus balik tidur.
Bagi yang jenis ingat agama tu, isyak dulu baru tidur.
Bagi yang 'lupa' tu mungkin terus tidur sampai subuh pun ter 'miss'.
--> sama dengan golongan ketiga yang layan di rumah..

Cukuplah saya bagi yang 2 tu sahaja.
Kalau ikutkan ada banyak lagi termsuklah yang layan guna broadband internet (kalau laju la)..
dan ada jugalah yang layan secara live di Afrika Selatan (ni lagi gempak!)

p/s : nasihat saya, WC tu nak layan,layanlah.
Tapi solat tu jangan dilupa. Adios~

Saturday, June 19, 2010

Lepas tengok game Piala Dunia Germany vs Serb..


Rasanya ni first time entry saya buat bersempena dengangame Piala Dunia yang sedang rancak berlangsung di Afrika Selatan.
Ingat saya tak layan ke Piala Dunia ke?
Layan la juga tapi tak ada la fanatik sampai stay up awal pagi untuk tengok game.

Semalam punyalah keciwa dengan corak permainan Germany.
Tak puas hati betul sebab macam 'nasib' dorang malang kot.
Cubaan untuk 'gol' beberapa kali macam sia-sia walaupun gawang tu macam 'welcome' bola untuk masuk.
Tapi tak adalah terlalu teruk sebab dorang kurang pemain. 10 orang je kena survive kat padang.
Kalau Serbia yang hilang pemain camtu rasanya dorang dah kalah besar.

Lepas layan game tu terus saya tidur.
Kecewa punya pasal.
Bangunpun dah nak habis Subuh.

Serius kecewa.
Ingat nak tengok la hebat mana dorang main sebab dalam game sebelum ni dorang 'score' dan dpat pujian gitu kan.
Tapi takpe, next game harap2 tak jadi macam semalam la.

Tapi benda ni patut jadi pengajaran untuk mereka dan juga pasukan yang lain.
Nampak permainan Germany tak menyerlah semalam disebabkan kurang pemain.
Dorang pandai bawa bola dan menyerang ke arah pintu gol Serb tapi tang nak masukkan gol tu yang tak kesampaian.
Pemain Serb memang pandailah himpit pemain Germany sampai dorang tak selesa kot bawa 'bola' kat padang (sebab dorang terlebih pemain)
Nasib baik dorang sumbat 1 gol je.
Malas nak komen banyak sebab bukan reti sangatpun.kuikui~

P/s : begitulah ulasan orang yang agak buta rabun pasal bola. Kalau yang memang peminat bola mungkin akan explain dengan lebih detail kot.

Blog Pasal Shaklee lah~

Related Posts with Thumbnails

Dah menjadi sejarah~

Web Analytics