Followers

Tuesday, June 29, 2010

Journey to Utara~Intro pasal adik

Hari Ahad yang indah dan permai yang bakal meninggalkan sejarah tersendiri buat kami sekeluarga.
Adik bongsu kami akan kami hantar untuk mennggenggam segulung sijil.
Kepada yang dekat dengan kami tentulah faham kenapa kami rasa ini satu sejarah.
Orang yang lain mestilah kepelikan sebab apalah yang nak dibanggakan sangat kalau hantar pergi IKM sahaja untuk buat sijil.
Mungkin bagi mereka itu biasa sahaja.
Tapi bagi kami sekeluarga ia amatlah luar biasa.
Kenangan kami dengan adik di Kinabalu Park awal tahun ini.

Adik saya ni dia baik.
Baik sangat.
Satu sahaja problem dia.
Dia malas ke sekolah.
Dari kecil sampailah nak SPM, dia memang malas.
Malah, dia pernah diberhentikan sekolah masa Form 3 sebab tak datang sekolah sampai dapat surat amaran ke 3.
Lepas itu sebab dia masih ada semangat untuk belajar, ayah berusaha juga untuk masukkan dia semula ke sekolah.
Lepas dia masuk belajar semula, dia dah kurangkan aktiviti ponteng.
Rajin sikit berbanding dulu.
PMR dia memang agak teruk tapi still ada harapan untuk ambil SPM.
So, sambung sampailah dekat2 SPM dia jadi malas semula.
Sampai ujian lisanpun tak buat.(sebab tak pergi sekolah)
Alih-alih SPM dia teruk.

Untuk baiki result, dia ambil kertas July pula untuk Matematik dan Bahasa Melayu.
Nasib baik lulus juga.(Alhamdulillah..hasil belajar dengan saya dan my sis)
Lepas tu dia daftar juga 3 subjek SPM tapi dia tak pergi kelas juga.
Belajar sendiri sahaja.
Pergi jawab paper sahaja.
Alhamdulillah dia dapat kredit untuk Subjek Sains manakala untuk Pendidikan Islam dia lulus.
Lagi satu subjek dia still gagal walaupun ulang ambil.
Memang susah untuk dia score pun.

Salah satu sebab utama dia tak pergi sekolah sebab malas bangun pagi.
Ye la masa Form 1 and Form 2 sekolah petang.
So, tak ada masalah sangat. (jaranglah dia memonteng)
Bila masuk Form 3, haiiih..selalu sahaja terbabas.
Tapi memang dia tak pergi mana2pun.
Dia memonteng di rumah sahaja.
Tak adalah merayau tak tentu hala.
Dia tak buat perkara bukan2.
Itu yang buat kami rasa kurang risau bila dia ponteng.

Lagi satu punca dia malas ke sekolah sebab kakak2 dia tak ada di rumah.
2 orang sahajapun kakak dia yang sekolah tinggi sikit.
Kakak saya dengan saya.
Kami mula tak ada kat rumah sejak dia darjah 4 sampailah dia nak masuk tingkatan 5..
So, pemangkin untuk dia ke sekolah tak ada.
Tak ada siapa yang nak paksa2 dia pergi sekolah.
Mak dan ayahpun dah tak mampu nak paksa.
harapkan dia lepas SPM sahajalah.

Berbekalkan kelulusan itu dia apply IKM.
Alhamdulillah dapat juga.
Kami memang berbangga sangat dengan dia.
Atas usaha dia, dia dapat juga sambung belajar.

Harapan saya dia akan belajar bersungguh-sungguh.
Dulu di sekolah belajar teori sahaja.
Itu mungkin punca dia tak berminat untuk belajar.
Tapi sekarang dia akan belajar lebih kepada kemahiran/teknikal.
Mesti dia akan jadi rajin sebab dia belajar apa yang dia minat.

Huhu..
Cerita pasal adikpun dah cukup satu entry.
Next part saya akan story pasal perjalanan kami ke utara menghantar adik saya ni.
Go go Adik!

6 comments:

ayisy said...

Salam. Setiap manusia mesti ada kelebihan dan kekurangannya. Bagi saya jika orang tu gagal dlm akademik tak bermakna dia gagal dlm hidup. Kalau ada kemahiran, Insyaallah boleh berjaya dlm hidup. :) Gud luck utk adik awk!

Adam Ruslan said...

ok jugak hantar dia ke institusi kemahiran. Kekadang ada orang yang suka belajar tak suka buat hands-os. Ada yang suka hands-on tak suka belajar.

Apa pon, belajar berdikari juga penting, terutama untuk yang bongsu.

Atif Hafiz said...

okeh..cakap kat dia jangan malas-malas...IKM dah ok tu..mungkin dia malas belajar teori...tapi kalo kemahiran mesti rajin punye...ke mana pon kite pegi pastikan kita dapat penuhkan diri dengan ilmu..:)...salam perkenalan drpd sy..hihi

luya.لويا.:) said...

wah!..best ade akak!

noorafzan.blogspot.com said...

ayisy..
betul2..
dia mmg minat belajaran kemahiran je.
thanks ye =)

amANI..
ya betul..
saya yang duk risau dengan keadaan dia di sana.
harap2 dia kuat.

noorafzan.blogspot.com said...

Atif Hafiz..
baik, saya sampaikan nanti.
skang ni saya pesan kat dia jadi kuat dulu kat sana.

salam kenal =)

luya..
betul2..
sebab sayapun ada kakak juga..
tapi dia dah kawen.

Blog Pasal Shaklee lah~

Related Posts with Thumbnails

Dah menjadi sejarah~

Web Analytics