Followers

Tuesday, June 15, 2010

Minta Maaf sebab tak dapat attend minggu lepas

Minta maaf kepada Dayana dan Kamarul Izwad (rakan sekolah teknik),

Sebab tak dapat nak attend majlis wedding korang berdua walaupun dah jemput dengan mulut dan jumpa 4 mata (6 mata kot) masa jemput tu.
Saya kena ke Lumut.

Minta maaf kepada Wani (rakan office),

Juga tak dapat ke majlis wedding dia sebab yang sama.
Dan lagi Lumut dengan KT memang jauh jaraknya.
Minta maaf sangat2 yea.

Minta maaf kepada blogger sembang kencang fdausahmad,

sebab tak dapat attend jemputan perasmian buku beliau.
Memang ada aral melintang patah dan mustahil untuk saya ke majlis tu.

Minta maaf kepada Kak Fid,

Juga tak dapat hadir ke majlis wedding dia belah lelaki di Bangi.
Dah la belah pompuan kat Sarawak (jauh sangat nak pergi).

Minta maaf juga kepada Puan Aina,

Juga tak dapat hadir ke majlis wedding dia belah lelaki di Semenyih.
Terharu sebab Aina jemput tapi rasa terkilan juga tak dapat pergi.


Doa saya kepada yang baru kahwin, berbahagia hingga ke anak cucu cicit ciak dan seterusnya hingga ke akhir hayat.
Doa saya kepada blogger fdausahmad, buku anda dapat dijual dengan banyaknya macam jual pisang goreng panas yang rangup, lemak manis disukai ramai.
Doakan 'musibah kecil' yang melanda saya dapat dihadapi dengan baik dan dapat diselesaikan dengan baik serta segera. Doa kalian semua amatlah saya hargai.

p/s: Saya akan reveal pasal apa sebenarnya yang berlaku dalam entry malam ni. Harap bersabar dan prepare fizikal dan mental sebelum baca ok. =)

4 comments:

Blog Pasal Shaklee lah~

Related Posts with Thumbnails

Dah menjadi sejarah~

Web Analytics