Followers

Showing posts with label first time... Show all posts
Showing posts with label first time... Show all posts

Saturday, September 27, 2014

2nd child : Sambungan

Salam korang.

Hari tu saya ada update pasal kelahiran anak ke 2 kan. Tapi yang tu boleh dikatakan sebagai Entry Intro.
Yang ni kira part 1 la ye. Kisahnya bermula selepas balik dari join program CSR company pada hari sabtu (6hb Sept). Malam itu saya rasa tak selesa untuk tidur. Selalu terbangun. Bila terbangun tu rasa perut sakit. Tapi sekejap sahaja dan lepas itu saya tidur semula. Siang memang tak ada masalah. Esokannyapun macam itu juga. Bila tiba hari Isnin,sayapun MC. Pergi klinik untuk mendapatkan konsultasi doktor sebab memang setiap malam perut sakit. Tapi doktor kata mungkin esok bersalin. Jadi, sayapun balik. Siap pergi ukur tanah lagi di shopping mall depan rumah supaya mudah bersalin.

Esokannya masih belum ada tanda-tanda besar nak bersalin. Tapi disebabkan rasa dah tak larat nak bawa perut untuk drive pergi kerja, saya minta cuti maternity leave awal. Dengan harapan janganlah dia keluar lambat pula kan. Memang tiap kali solat berdoa supaya dipermudahkan urusan bersalin. Hari rabu malam mak mertua dah pulang dari London. Khamis itu, kakak ipar dan anaknya Icha datang rumah nak jumpa mak mertua. Maklumlah sebulan tak jumpa. Mak mertua cakap, nampak kat muka masih lagi segar dan tapi nampak perut dah sarat. Muka belum ada tanda nak bersalinlah. Pasrah sahajalah. Esokannya google di internet pasal air selusuh. Ohh..seminggu sebelum due boleh dah buat air selusuh dan dibuat minum. Memang jumaat tu (12hb Sept) genap seminggu sebelum due date. Jadi sayapun minumlah air selusuh tu.

Menjelang 13hb Sept (awal pagi sabtu) saya dah mula tak dapat tidur lepas pukul 1 pagi. Memang contraction dah makin kerap. Tapi, sempat jugalah lelap sekejap-sekejap. Tapi, bila dah lepas subuh langsung tak boleh nak lelap. Contraction makin kerap. Rasanya setiap 5-6 minit contraction datang.
Pukul 9 pagi sempat lagi bersarapan nasi lemak lauk kerang. Suapkan Emir sikit. Tapi, memang tak larat nak habiskan. Hanya mampu menelan beberapa suap. Ingat nak ke klinik dulu tapi bila call Dr. Khaizan tak sihat pula. Jadi, saya dan suami terus ke Hospital Selayang. Pukul 10 pagi, doktor check bukaan. Bukaan dah penuh rupanya masa tu. Terus dorang tolak ke Labour Room.

Sampai di Labour Room, kena tukar baju dulu, tunggu suami yang sedang bayar registration di kaunter bawah. Lepas itu tunggu doktor (mulanya saya ingatkan Dr. Roslan yang akan datang. Rupanya Doktor Norehan. Alhamdulillah dapat deliver dengan doktor perempuan. Walaupun doktor tu garang,tak kisahlah kan. Alhamdulillah, processnya sekejap sahaja. Lepas meneran kali ke 2, babypun keluar. Kelahiran kedua dorang tak gunting. So, koyakannya sedikit sahaja. Dulu masa Emir memang kena jahit 5. Anak ke 2 ni kena 2 jahitan sahaja. Semoga cepatlah luka ini baik.

Doktor tunjuk baby dan tanya apa jantina anak?. Perempuan. Alhamdulillah, kami dah ada sepasang anak. Tak sia-sia terlalu yakin beli barang baby semuanya pinkish. Botol susu, kelambu, baju, towel, kain bedung dan lain-lain keperluan kebanyakannya pink. Masa mengandung dulu scan 2D sahaja sebanyak 3 kali. Masa usia baby 4 bulan dan juga 5/6 bulan sahaja nampak. Bila buat scan kali ketiga baby dah kepit. Tak nampak sudah. Tapi, selama mengandung memang kebanyakkannya meneka anak perempuan.

Lepas itu baby diletakkan di dada saya. Saya cuba nak breastfeed tapi baby macam tak nak. Tak lapar kot. Suamipun azan dan iqamatkan dia. Lepas itu baby pun di ambil untuk dicuci. Suami pula turun semula ke kaunter untuk bayar deposit. Tak lama selepas itu, tiba-tiba kecoh. Sebab macam ada darah tersumbat dalam rahim saya. Cara doktor tu bersihkan memang kasar. Sabar sahajalah menahan kesakitan. Tapi, kalau lembutpun caranya tak boleh juga. Takut ada darah yang tertinggal dalam rahim kan. Bahaya kot. Bila dah lepas kena cuci tu barulah lega sikit. Kalau tidak, asyik rasa macam contraction nak bersalin lagi sahaja.

Lepas semuanya selesai, sayapun diminta menukar pakaian. Menggunakan kerusi roda, saya di tolak ke wad. Wad kali ini di tingkat 11. Bilik single tapi yang tak bestnya tak ada button untuk panggil nurse. Aalahai..tak best sungguh. Kalau nak panggil, kena keluar juga. Dah lah suami dah tak boleh temankan sebab suami kenalah balik temankan anak sulung kami di rumah. So, tidur malam bertemankan baby sahajalah. Nasib baik 1 malam sahaja. Baby memang tak ada masalah untuk kencing dan berak. Jadi, berharaplah pagi-pagi dah boleh discharge. Tapi, doktor kanak-kanak hanya datang check baby pukul 5.30 petang - 6 petang. Sudahnya,maghrib baru boleh discharge. Singgah dahulu di rumah mak mertua untuk ambil barang. Suami makan malam dahulu dengan keluarga mertua. Nasib baik saya dah makan di hospital tadi.

Lepas itu, kami bertolak ke Puchong. Berpantanglah saya di Puchong. Plan asalnya, Emir tinggal dengan babah dahulu sementara mama nak pulih. Tapi, tak jadi pula sebab babahnya sibuk. Takut tak sempat nak jemput Emir di taska. Maka, jadi supermom lah saya. Nasib baiklah ramai yang ada di rumah parent ni. Bolehlah menolong. Makanpun tak ada masalah. Ada kakak yang dah berpantang awal 3 minggu. Dia dah cergas sedikitlah berbanding saya. Alhamdulillah, segala urusan dipermudahkanNya.

Oklah, sekian dahulu entry saya. Nanti saya up pasal anak kedua saya pula. Nanti tu tak tahu bilalah. Kalau boleh tak nak show off sangat dia masa berpantang ini. Tunggu habis pantanglah baru tunjuk, boleh? Ok,bai!

Thursday, September 25, 2014

Pengalaman Berpantang dengan Baby 2 tahun | Umma Lacto

Salam korang.

Bila dah jadi mommy kepada baby kecil buat kali kedua ni. Memang berhasrat nak fully breastfeed anak sampai 2 tahun. Lepas ini memang plan nak ada anak baru lambat sikit. Kalau boleh paling awal mengandungpun bila my 2nd baby ni dah masuk 3 tahun.

Pengalaman berpantang dengan anak yang baru masuk 2 tahun 4 bulan ni agak mencabar lagi- lagi bila dia belum pandai bercakap. Kena layan dia macam baby juga. Kesian juga kadang- kadang bila tak dapat nak layan dia bila tengah menyusu/menguruskan adiknya. Haaa...sabar itu penting bila dia mula rasa terpinggir. Mula pandai mencari perhatian dengan cara menangis/menjerit/memanjat sana- sini/ berebut barang dengan anak buah yang lain.

Sampai hari ini iaitu usia adik dah masuk 13 haripun dia masih tak boleh terima kehadiran adiknya ini. Alahai anakku. Tapi alhamdulillah dia tak kacau adik diapun. Cuma bila kita nak suruh dia datang cium/ tengok adik, dia buat tak endah.
Dah dekat 2 minggu tak pergi taska. Tidur malam lewat. Lepas jam 12 baru masuk tidur. Bangunpun lewat. Biasanya pukul 10 ke 11 pagi baru bangun. Pagi tadi sahaja awal sikit. Pukul 9 dah bangun.

Ok lah. Tu je nak ngomel hari ni. Anak ke 2 ni kena kuning. So, mencarilah cara- cara nak hilangkan kuning ni. Antaranya minum susu kambing dan jemur di awal pagi. Oleh kerana stok susu kambing dah kehabisan. Carilah kat onlineshop. Saya mencuba Umma Lacto 1 pek. Selain nak kurangkan kuning,  saya juga berhasrat nak banyakkan susu.  Alhamdulillah, kuning dah makin kurang. Harap esok check up di KK bacaannya normal. Aminn..

Umma Lacto ni memang bagus tapi harganya mahal sikit. So,nak beli selalu tak mampu. Lepas ni minum sahajalah Horlicks atau Vico. Milo boikot beli sahaja. Still lagi minum sebab kat umah mak ni still beli milo. Di tempat kerjapun ada milo di pantry. Eh..eh..termengomel lagi pula. Sorry and bai..

Saturday, August 9, 2014

Kantoi Result MGTT semasa Ramadhan

Salam semua.
Dah berkurun lamanya tak terupdate blog ni. Haha..macam la duk dalam dunia ni lama sangat sampai berkurun kan. Padahal baru sebulan dua je kan. Betul tak? Cerita puasapun dan lepas. Rayapun dah masuk hari ke 13. Alhamdulillah, tahun ini daapt puasa sebanyak yang boleh walaupun mengandung dah lebih 7 bulan. Cuma ada beberapa hari sahaja sangkut. Itupun disebabkan ujian MGTT ( Minum air gula buat ibu mengandung) yang secara kebetulan jatuh pada bulan puasa.

Dugaan datang bila keputusan MGTT tu tak normal. Tiba-tiba saya dapat juga tempias diabetes ketika mengandung. Masa 1st MGTT (usia kandungan 3 bulan) hari tu result OK. Tapi, sejak masuk bulan puasa ni lain pula. Sudahnya, kena buat repeat test selama 2 hari dalam bulan puasa juga. Kalau buat repeat test tu memang tak boleh nak berpuasalah. Saya syak ianya berpunca daripada amalan pemakanan di bulan puasa. Buka pausa minum air manis. Lepas itu kurang minum plain water. Makan kurma pula sampai 7 biji sekali hadap. Belum campur kuih muih lagi. So, lepas dapat result MGTT tu, kena mengawal dirilah. Buka puasa minum plain water sahaja. Kurmapun makan sebiji dua. Banyakkan minum air masak sepanjang malam sampai sahur. Alhamdulillah repeat test memang OK resultnya. Tapi once MGTT result not OK, Akan kena buat repeat test tu setiap 2 minggu sampailah bersalin nanti.

Saya perasan juga masa sebelum puasa itu, saya kurang minum air masa di office. Kerja banyak sangat sampai tak sempat nak pergi refill air. Terlupa nak minum air. Masalahnya, boleh pula pergi vending machine beli Air Jus Tropicana Twister tu kan. Masalah betul. Sejak akhir-akhir ini memang suka bebenar minum air manis-manis. Bila dah raya lagilah bahaya. Di mana-mana semuanya air-air manis, biskut raya manis, lauk-pauk manis dan desert yang manis. Tapi, kenalah kawal diri tu kan. Ambil dalam jumpah yang sedikit. Lagi satu sekarang ni kan musim biuh. Habis semua buah manis nak dimakan. Durian, rambutan, duku dan manggis menggamit selera sungguh. Makan jugalah. Tapi lepas itu  telanlah plain water banyak-banyak.

Cuti raya pula sampai 11 hari. Hari rabu masuk kerja terus mula berpuasa. Rasa dah terlalu banyak makan masa raya. Tu yang berazam untuk berpuasa juga. Lagipun kalau boleh nak ganti puasa sebelum bersalin. Sekarang tinggal 2 hari sahaja lagi yang perlu diganti. Minggu depan ada jamuan raya pula di office selama 4 hari. So, terpaksalah postpone puasa minggu seterusnya pula. Tak apa. Syawalpun masih lagi berbaki. Kalau sempat cukupkan 6 hari lagi bagus. Untung-untung dapat pahala puasa enam walaupun niat nak ganti puasa.

Oklah, setakat itu sahaja update saya kali ini. Buat ibu-ibu mengandung semua, mesti ramai juga yang sangkut MGTT result kalau buat masa puasa kan. Kakak saya bagitahu di KK Dengkil (kot?), masa bulan puasa hari tu, hampir semua ibu-ibu mengandung yang MGTT test result tak OK. Dia kata tak sampai 10 orang sahaja yang result OK. Fuuhhh..mesti disebabkan alasan yang sama macam saya juga kan.

Ok, bai!

Friday, November 19, 2010

Alexa Rank Blog ku : Dah cecah bawah 1000,000!

Setelah hampir sebulan saya tukar domain daripada blogspot http://noorafzan.blogspot.com/ kepada domain sendiri http://www.noorafzan.com/ , akhirnya alexa rank blog ini berjaya cecah bawah 1000,000 . Punyalah susah nak turunkan. Daripada awal-awal tukar domain dahulu langsung tak ada dalam rank.
image Google pagerank still N/A. Bilalah mahu naik pangkat ye? Orang kata google pagerank di update setahun sekali? Bila ye? Dulu masa pakai blogspot, pagerank saya dah 3. Tapi dah jadi kenangan
.image dah tinggal kenangan beb.
image takde langsung rank
Ada yang tak tahu ke macam mana nak check alexa ranking dan juga google pagerank blog korang? Sonang sahaja beb,
Kalau nak check alexa ranking just click di SINUN. Korang akan nampak view macam bawah ini. Masukkan url blog korang dalam kotak dan klik button search. Siap!
image
Kalau nak check google pagerank just klik di SINI. Korang akan namapak view macam di bawah ini. Masukkan url blog korang dalam kotak yang border hijau tu dan klik ‘check PR’. Siap!
imageimageimage 
image 

Monday, November 15, 2010

Cubaan pakai Shawl dengan Inner Cotton!

Saya tahu saya dah ketinggalan bab-bab fesyen bertudung ini. Orang lian dah naik jet, saya still jalan kaki. Bukan tak nak cuba fesyen baru tapi bab2 shawl ini saya agak failed la. Lagipun rasa macam tak lekat sahaja di kepala. Tapi, hasil pengaruh Lyana Hashim yang comel je bila pakai shawl sama Inner Cotton, sayapun belilah 4 helai Inner Cotton. 3 helai Inner Cotton Biasa dan 1 helai Inner Cotton Awning. Dan, Khamis baru  ini parcelpun sampai. Yeah, bolehlah kucuba pakai shawl.
DSC01954
Inilah hasil beli belah saya secara online. Yang warna putih itu sahaja yang ada awning. Yang lain tu biasa.
DSCN7560
Ini cubaan memakai shawl dengan Inner Cotton Biasa. MACam pelik sahaja rasa bila pakai macam ini. Harga sehelai RM5.
inner cotton biasa 1
Ini pula hasil cubaan memakai shawl bersama Inner Cotton Awning. Harga sehelai RM12.
DSCN7569
Suka yang ada awning sebab tak adalah muka eden ini nampak bulat sangat kan. hehe. Tapi eden beli satu sahaja inner jenis ini. So, lepas ini nak beli inner sama pashmina lah. Mesti best bila pakai kan. Kalau boleh nak cari fabrik yang tebal dan tak jarang tapi shawl yang saya ada sekarang ini semuanya macam jarang sahaja. Itu yang setakat ‘cubaan’ sahaja belum lepas tahap ‘jayaan’ lagi.
Mana saya beli Inner Cotton yang macam best ini? Saya beli di SINI. Terjah-terjahlah kalau korang suka.
p/s : kejap-kejap bahasakan diri eden, kejap kang saya..pening kepalaku.

p/s : sorry lupa nak letak link. Link sudah di letak ok! sila terjah segera.

Tuesday, November 9, 2010

Mosquito Killer Solution : Yang dicari-cari sudah jumpa!

Jumaat baru ini saya telah ikut my BIL and kakak pergi jualan gudang yang tak berapa jauh lokasinya dari rumah kami. Saya telah disogok dengan kertas iklan yang menyenaraikan branded kettle dengan harga RM19. Murah betul tu bai. Rugi kot kalau tak beli.

Tapi sampai sahaja di sana kira-kira 30 minit selepas pembukaan, sayapun terujalah untuk serbu bahagian kettle. Tengok-tengok kettle harga RM29 sahaja ada. Cett, saya tertipu. Bila tanya pada tuan kedai, dia kata kettle RM19 dah habis. Hang ingat ku nak percaya ke? Haktuih!. Strategi dia memang berjaya buat saya pergi serbu jualan gudang itu tapi tak berjaya buat saya beli kettle. Haha..padan muka siapa suruh menipu kan. Takkanlah baru 30 minit buka kettle sudah habis kot. Agak-agak korang nak percaya ke tidak? Sudahlah langsung tak ada tanda yang kettle RM19 itu didisplay/jual.

So, apa kena mengena pula tajuk di atas dengan cerita kettle ini kan? Ok, ada kena mengena sebab lepas sahaja saya kena tipu, saya memang nak gerak balik dah tapi mata ini tiba-tiba tertarik nak tengok satu produk ini. Rupa dia macam lampu gasolin zaman dolu-dolu kala tapi lebih cute lah. Rupanya bukan lampu biasa sebab ia berfungsi untuk memerangkap dan membunuh nyamuk.

Mekanisme dia memang susah nak diterangkan tapi cahaya yang dihasilkan mampu untuk attract nyamuk dan bila nyamuk tu masuk ke dalam lampu itu, dia akan ditarik oleh kipas yang sedang berputar di bahagian dasar lampu seterusnya terperangkap dan last sekali akan mati kekeringan. Syaratnya ruang itu kena digelapkan. Off kan lampu dahulu baru boleh pasang alat ini.

DSC01925

Abaikan tangan tuan tanah yang terselit di kanan gambar itu.


Alat ini harganya RM35 ringgit. Huh, walaupun mahal tapi ku tetap nak beli. Argghh..dalam tak nak beli sebab tertipu akhirnya ku invest juga RM35 ke kocek penipu itu. hoh! So, sayapun cubalah memasangnya 1 malam. Hasilnya memang menakjubkan sebab tak ada nyamukpun ganggu tidur saya malam itu dan bila check esokannya ada 2 ekor nyamuk sudah mati kekeringan dalam alat itu. Wow, teruja sangat.
Nak bukti ke? Ok, ok nanti saya upload ok.
haha~
DSC01926
nampak tak ada lampu tu? warna purple tu dan menurut manual ia adalah ultra ungu.

DSC01927



nampak macam ada benda bulat di tengah-tengah lubang cahaya itu? ha, itulah kipas yang berpusing yang menarik nyamuk jatuh ke dasar alat itu.






Comelkan benda alah ini. Tapi bukti tangkapan 2 ekornya telahpun dilupuskan. So, esok-esok kalau ada saya reveal ok. Menarik tak alat ini? Ada warranty 3 bulan. Ok lah daripada tak ada langsung kan. =)

Sunday, October 31, 2010

Laporan Trafik Mingguan : Blogku

Salam hujung minggu kawan-kawan. Buat apa hari ini? Apa, tidur lagi? ish3, matahari dah tegak atas kepalapun masih mahu tidur lagi ke? Meh meh baca blog noorafzan. Dia kata nak story pasal laporan trafik minggu lepas dia.
Tak pernah-pernah nak reveal trafik tiba-tiba nak share pula hari ni kan. Haha..saya bukan apa. Malulah dengan orang lain yang lagi otai. Trafik mereka semuanya mencanak-canak tapi saya takat itu sahajalah. Tapi, apapun bersyukur dan berterima kasih kepada readers sekalian. Tanpa sokongan korang mana mungkin blog ini aka nterus hidup kan.
Panjang benau mukadimah kita hari ni kan. So, lets check it out sahajalah.

image

Huih...Hari-hari ribu riban UV nya. Biar betul. Ahaha..ini bukan saya punya da..Ini Ben Ashaari punya. Perghh..Hari-hari tak kurang daripada 2500 ++ UV . Tabik spring toink toink la pada bro.
Err..trafik saya pula macam mana eh? Memang jauh panggang daripada api lah kalau nak banding dengan dia ni. Tak mampu nak kejar. Ok, baiklah saya screen shot kejap eh.

image

See.. malunya, tengok graf macam menurun sahaja. Hari sabtu paling kritikal. Macam mana ini? Kena kerja keraslah nampaknya.

Err..kalau saya buka ruang iklan berbayar ada tak siapa-siapa mahu tak? Malu arr..trafik sikit nak buka ruang iklan pula. Aishhh!!

Saturday, August 14, 2010

Buka Puasa with Nuffnang Session 2010 : Jumpa Famous Amos Bloggers

Akhirnya saya dapat juga call tunang.
Itupun terjumpa public phone masa nak cari lokasi The Apartment.
Try call dan akhirnya saya jumpa juga telefon yang tak bengong.
Lepas dah borak-borak legalah sedikit hati ini.
Dia kata nak jemput saya selepas habis event nuffnang.

Hati saya jadi tenang semula.
Sebab saya dah tak perlu risau untuk balik ke Wangsa Maju nanti.
Dan saya juga dah pesan pada tunang supaya inform member yang duduk kat Wangsa Maju itu berkenaan masalah henfon saya.

Sayapun terus ke The Apartment.
Orang yang mula-mula saya jumpa ialah pasangan adik beradik Aimi dan Ihsan.
Kemudian Robb (nuffnang staff memperkenalkan diri dia kepada kami bertiga.
Dia juga memperkenalkan kami dengan Nicholas (manager), Jestina (sales), Firdauz (web designer), Rina dan Izad (programmer)..

Lama kelamaan makin ramai yang tiba..
Adalah saya snap sikit-sikit gambar blogger-blogger yang 'famous amos' macam biskut yang pernah cetuskan kontroversi hangat seMalaysia.
Tapi biskut itu memang sedap kan.. tapi mahal.. tapi sedap.
Tak apalah sebab memang yang sedap itu selalunya mahal kan.
=)

Antara yang saya sempat terjah sebelum sesi berbuka puasa bermula ialah blogger hot kita RedMummy dengan suaminya Sirman.
Siap datang dengan DSLR lagi kan. Gambar jangan lupa share ye RM.hehe~

Lagi..
Watak utama gambar ini iaitu Jard.
Satu-satunya blogger yang kenal saya dan saya kenal dia (saling kenal mengenal).
First jumpa masa di Gatsby dulu.
Di sebelah Jard yang berambut kerinting itu Firdauz merangkap web designer nuffnang.
Dialah yang bertanggungjawab pasal innit dan juga web design nuffnang.
Cantik kan website nuffnang sekarang. Ini semua 'kerja' dialah.
haha~
Yang dua orang dihujung itu sila perkenalkan nama masing-masing ye kalau jejak blog ini sebab saya kenal muka tapi tak hingat nama daa.. (sorry, memori ada sikit problem).
Kalau tak silap yang hujung sekali tu Rizal kan?
Yang ada pen special edition punya tu.haha~
Dan yang bernaju putih itu FaizalPejay..
Yang sedang berdiri tu rasanya Nicholas
(gelap la gambar ni. Muka Jard sahaja nampak terang lagi nyata)
Si jejaka ini Izad yang baru kerja 2 bulan kalau tak silap saya dengan nuffnang.
Ini pertama kali dia join event nuffnang.
Sebab itu dia nampak macam pendiam sahaja mala itu.
Rasanya macam tak dengar langsung suara dia.
Ke saya je yang tak dengar?
Di sebelah dia tu Rina staff nuffnang juga. =)
Dari kiri, Robb, AnakPerak yang dah jadi AnakSelangor sebab katanya datang dari Klang dan juga Je- Jai (suka2..)..

Dari depan membawa ke belakang, norfa (adik Sumi), aimi az dan ihsan az..
Beruntung mereka ini sebab dapat join event ini dengan adik beradik.
Kak Sumipun ada join event ini juga.

Ada seorang lagi yang tak diperkenalkan iaitu Roe atau Rohani.
Yang berbaju purple dan di sebelah kiri saya itu.
Dia inipun antara yang terawal datang.
Rupanya dia ini staff Petronas dan memang kerja di KLCC Twin Tower tu.
Dia seorang sahaja yang bagi business card. Saya ada card tapi tak bawa.
Tak terfikir pula nak bawa.huhu~


Masa ini semua orang dah mula hilang malu untuk keluarkan kamera masing-masing.
tu yang berpesta bagai.
Air dahpun dihidangkan.
Memang menggiurkan betul sirap bandung tu.
Tapi selagi belum waktu berbuka, telan air liur sahajalah kan.

10 minit sebelum waktu berbuka, Robb announce supaya pergi ambil makanan di ground floor
Kami punya tempat makan di 1st floor, jadi kena naik turun tanggalah kalau nak ambil makanan.
So, apa lagi saya, Jard dan Roe ambil makanan macam dah tak nak turun lagi dah.
Penuh satu pinggan.
haha~
(Dasar rambang mata bila tengok banyaknya makanan..)
Siapa ada ambil gambar masa di buffet area tu?
Sharing is caring kan? kok ada inform la.
Errr..mungkin terlalu asyik memilih makanan sampai langsung lupa nak snap2.

Lepas ini saya akan cerita pula pasal aktiviti berbuka dan apa pula jadi selepas itu?
wahh..macam suspen sahaja padahal tiada apa-apapun.
=)

p/s : Under progress untuk masukkan semua yang join event ni dalam bloglist.

p/s : ada ke namanya tertinggal dalam ini. Kalau ada tolong tinggal komen ye. Rasa macam semuanya dah disebut tapi bila kira macam tak cukup sahaja.

Wednesday, July 14, 2010

Hadiah Giveaway sudahpun selamat diterima =)

Awal bulan lepas saya ada reveal yang saya adalah pemenang hadiah utama giveaway.
Seronok bukan main saya masa itu.
Sebab belum pernah menang hadiah utama giveaway.
(tereksaited lebih2 pula...maafkan diri ni yang terlebih hormon eksaited masa itu)

Dipendekkan cerita, minggu lepas parcel hadiah telahpun selamat sampai ke tangan saya.
Oleh kerana ceritanya macam berjela sikit ditambah pula dengan gambar2 secukup rasa, silalah scroll bawah ni ye.


Inilah parcelnya.

Wah2, tak sabar nak reveal sendiri punya pasal, saya terus pergi ambil parcel di pondok guard office dan terus menapak ke kereta.
Tak ada maknanya nak di bawa masuk ke office.
Takut jadi tanda tanya pula pada rakan2 office.

So, masuk sahaja dalam kereta.
Start enjin, bukak aircond kuat2 sebab cuaca agak panas masa tu.
Kemudian terus koyak parcel itu dengan cermat.
Tapi sebab gam dia guna kuat sangat jadi comot jugalah sampul tu.
Takpe, janji hadiah cantik kan.
Tengok siap bungkus dalam plstik pula lagi tu.
Double protection gitu =).

Apakah yang ada disebalik plastik oren ini?
Jeng jeng jeng.
Eh, ada macam surat cinta sahaja dalam tu.
Mari kita check sama-sama apa dia.
Terjah..
Ooo..ucapan tahniah daripada penganjur MyWishGiveaway
Gembira? Memang gembira dah ni. Thanks for lovely gift!
Dapat blouse labuh warna ungu.
Ni dia rupa paras menawan beliau.
Tapi tak nampak pula corak dia kan.
Maklumlah kamera henset 2 MP sahaja yang ada.

Cantik dan kena dengan saiz saya (nasib baik..)
Itupun selepas di cuba try test dan tengok di cermin.
Snap picta depan cermin.
Apa nak buat tak ada photographer professional untuk minta tolong snap.

Boleh pakai untuk next dating..ekekeke~

Monday, July 12, 2010

Gathering GengBlogger superb best!


ok, saya terus terang bahawa sayalah yang memujuk penganjur supaya buat sesi bergambar awal.

Begitu ramai blogger yang dah menceriakan pengalaman menarik di Gathering GengBlogger sabtu lepas kelolaan Joegrimjow dan dibantu AJK2 yang menurut Joe hanya berdiskusi melalui alam maya sahaja.
Thumbs up to AJK2 Gathering sebab berjaya menganjurkan event ini.
Usaha keras anda amatlah kami blogger2 hargai.


Sampai sahaja di sana terus kena melapor diri. Macam nak register untuk sambung belajarpun ada.

Walaupun saya terpaksa pulang awal, tapi saya tetap enjoy dapat berjumpa rakan2 blogger yang sebelum ini hanya kenal di alam blog dan berkenal-kenalan dengan rakan2 blogger yang sebelum ini tak kenal.

Matlamat untuk beramah mesra dengan blogger2 tercapai juga.
Ramai blogger yang saya pernah kenal sebelum datang gathering antaranya Joe, AzizanKadir, BroFramestone, Kakinakl, Violet, Huda Luna, Ery Farieha, Fa Rid mofasad , Sigg (walaupun ia mengaku tak ada blog), Intan, Hairi, dan beberapa orang lagi yang saya terlupa..oh..memory dalam kepala dah makin kaput. Tolong bantu saya. Ada petua untuk kuatkan ingatan?
Yang lain macam Syahirul, Azrul , Miro , Zool ligakampung , Yusenze , dayah , rhapsody lin , anak kujie, Intan dan yang lain tu semua saya kenali semasa gathering.

Memang happening sangat2 lagi2 dengan hadirnya blogger istimewa, Encik Syukur yang claim umurnya baru 15 tahun.
haha~

Tapi bila balik tengahari, rasa macam rugi sebab aktiviti belah petangpun menarik lagi-lagi bab2 perkongsian berkenaan blogging tips oleh blogger2 hebat seperti Kujie, Ariff Shah, Darkbatman dan Mr. Kay.
Kalau tak kerana ada urusan, memang saya akan terus melekat sahaja di Taman Cabaran, Precint 20 tu sampai program habis.

Cerita pasal gathering rasanya ramai dah update.
Boleh terus ke link kawan2 yang yang saya jumpa seperti yang di listkan di atas.
Paling banyak update ialah Joe la sebagai pengelola kan.
So, rasa macam tak ada apa nak cakap melainkan rasa enjoy!..
Harapan saya akan datang akan ada lagi program macam ni.
Dengan pengisian yang lebih mantap kot.

Sekian untuk kali ini.
Babai~

p/s : adoila, macam mana boleh terlepas blogger kegemaran saya dalam entry ni? LongHaffiz Si Perantau London punya link tak ada serius tak perasan. Ingatkan dah letak. huhu~

Sunday, July 4, 2010

Journey to Utara~hantar adik pergi IKM -2

Lepas selesai sesi punggah memunggah barang ke kereta civic, kamipun gerak.
Kat seat belakang tu kena duduk 4 orang.
Dah semuapun nak ikut menghantar.
Tak apa sebab balik akan jadi lega sebab seorang akan ditinggalkan di IKM,Sik nanti.

Kami sesat beberapa kali sebelum jumpa IKM ini.
Itupun selepas bertanya kepada posmen yang tengah berhenti untuk masukkan surat dalam peti pos.
Sampai-sampai sahaja mak saya terus report pada pak guard pasal tak ada signboard IKM kat luar nun.
Pak guard tu kata dulu ada tapi sebab ada 'buat' jalan baru, signboard tu dicabut buat sementara tapi sampai sekarang belum dipasang. (kenapalah tak pasang awal-awal sebelum student baru mendaftar?)

Habis pasal itu, kamipun bergeraklah ke dewan untuk sesi pendaftaran.
Sengaja saya jalan lambat2 untuk ambil gambar sekitar IKM ni.
Ni jalan daripada asrama lelaki ke dewan.
(Kereta kami di parking berhampiran bangunan asrama adik.)

Haa, bangunan tepi avanza tu ialah bangunan bengkel adik nanti.
Bangunan bengkel untuk pelatih bahagian Air cond.
Tak lama tu sampailah ke dewan pendaftaran.
Punyalah ramai sampai berpeleseran sahaja semua diluar dewan.
Mana adik eden ni hilang pula? Tak nampak dah ni.
Oklah, saya nak pergi cari mana adik saya menghilang di sebalik dewan yang besar ini.
Dah jumpa nanti saya story apa yang berlaku seterusnya.
Masa ni lah kesabaran di uji.
Hint : daripada pukul 10 pagi kami sampai, pukul 4 ptg baru settle sesi pendaftaran. Tak ke kematu kaki dan fikiran saya duduk dalam dewan ini.

Friday, July 2, 2010

Journey to Utara~bermalam di SP

Kan saya ada cerita yang kami bermalam di rumah abang saudara saya di SP.
Kami sebenarnya first time sampai ke SP dan singgah di rumahnya.
So, tertanya-tanya jugalah di mana dia tinggal.
Ni la rupanya rumah yang diorang sewa.
Dorang tak beli rumah sebab abang saudara saya tu tentera dan sentiasa akan berpindah randah dan diapun tak tahu kat mana dia akan settle down nanti.
Nasib baik isterinya seorang doktor dan tidak ada masalah untuk tukar hospital ikut suami jika perlu pindah tempat kerja


Guess what?
Harga sewa rumah ni hanya RM450.
Rumah yang ada 5 bilik dan 3 bilik air.
Siap ada halaman yang luas di tepinya (nampak tak ada ruang halaman belah kanan dalam gambar bawah ni?)
Harga rumah macam ni di area tu hanya RM180K.
Memang murah kalau nak dibandingkan dengan area KL.
Macam ala2 rumah di Bukit Beruntung kot.

Ni design asal rumah ini.
Memang tak pernah renovate pun.
=)
Kat bawah ni pula rumah jiran depan rumah dia.
Anjing kecil tu kaut menyalak.
Pantang nampak orang depan rumh, mesti di akan menyalak.
Tu nampak tu dia tengah menyalak ke arah kami.
Bising sahaja.

p/s : kan saya dah cakap, rumah besar sampai 5 bilik tapi tinggal berdua sahaja. =)

Tuesday, June 29, 2010

Journey to Utara~Intro pasal adik

Hari Ahad yang indah dan permai yang bakal meninggalkan sejarah tersendiri buat kami sekeluarga.
Adik bongsu kami akan kami hantar untuk mennggenggam segulung sijil.
Kepada yang dekat dengan kami tentulah faham kenapa kami rasa ini satu sejarah.
Orang yang lain mestilah kepelikan sebab apalah yang nak dibanggakan sangat kalau hantar pergi IKM sahaja untuk buat sijil.
Mungkin bagi mereka itu biasa sahaja.
Tapi bagi kami sekeluarga ia amatlah luar biasa.
Kenangan kami dengan adik di Kinabalu Park awal tahun ini.

Adik saya ni dia baik.
Baik sangat.
Satu sahaja problem dia.
Dia malas ke sekolah.
Dari kecil sampailah nak SPM, dia memang malas.
Malah, dia pernah diberhentikan sekolah masa Form 3 sebab tak datang sekolah sampai dapat surat amaran ke 3.
Lepas itu sebab dia masih ada semangat untuk belajar, ayah berusaha juga untuk masukkan dia semula ke sekolah.
Lepas dia masuk belajar semula, dia dah kurangkan aktiviti ponteng.
Rajin sikit berbanding dulu.
PMR dia memang agak teruk tapi still ada harapan untuk ambil SPM.
So, sambung sampailah dekat2 SPM dia jadi malas semula.
Sampai ujian lisanpun tak buat.(sebab tak pergi sekolah)
Alih-alih SPM dia teruk.

Untuk baiki result, dia ambil kertas July pula untuk Matematik dan Bahasa Melayu.
Nasib baik lulus juga.(Alhamdulillah..hasil belajar dengan saya dan my sis)
Lepas tu dia daftar juga 3 subjek SPM tapi dia tak pergi kelas juga.
Belajar sendiri sahaja.
Pergi jawab paper sahaja.
Alhamdulillah dia dapat kredit untuk Subjek Sains manakala untuk Pendidikan Islam dia lulus.
Lagi satu subjek dia still gagal walaupun ulang ambil.
Memang susah untuk dia score pun.

Salah satu sebab utama dia tak pergi sekolah sebab malas bangun pagi.
Ye la masa Form 1 and Form 2 sekolah petang.
So, tak ada masalah sangat. (jaranglah dia memonteng)
Bila masuk Form 3, haiiih..selalu sahaja terbabas.
Tapi memang dia tak pergi mana2pun.
Dia memonteng di rumah sahaja.
Tak adalah merayau tak tentu hala.
Dia tak buat perkara bukan2.
Itu yang buat kami rasa kurang risau bila dia ponteng.

Lagi satu punca dia malas ke sekolah sebab kakak2 dia tak ada di rumah.
2 orang sahajapun kakak dia yang sekolah tinggi sikit.
Kakak saya dengan saya.
Kami mula tak ada kat rumah sejak dia darjah 4 sampailah dia nak masuk tingkatan 5..
So, pemangkin untuk dia ke sekolah tak ada.
Tak ada siapa yang nak paksa2 dia pergi sekolah.
Mak dan ayahpun dah tak mampu nak paksa.
harapkan dia lepas SPM sahajalah.

Berbekalkan kelulusan itu dia apply IKM.
Alhamdulillah dapat juga.
Kami memang berbangga sangat dengan dia.
Atas usaha dia, dia dapat juga sambung belajar.

Harapan saya dia akan belajar bersungguh-sungguh.
Dulu di sekolah belajar teori sahaja.
Itu mungkin punca dia tak berminat untuk belajar.
Tapi sekarang dia akan belajar lebih kepada kemahiran/teknikal.
Mesti dia akan jadi rajin sebab dia belajar apa yang dia minat.

Huhu..
Cerita pasal adikpun dah cukup satu entry.
Next part saya akan story pasal perjalanan kami ke utara menghantar adik saya ni.
Go go Adik!

Tuesday, June 15, 2010

Jouney to Lumut~Part 3

Kami gerak balik lalu jalan kampung dan berhajat tak mahu masuk highway.
Ni option selepas discussion la.
Lagipun jimat tak payah bayar tol katanya.
Kami gerak lalu balik kawasan kenduri, Teluk intan then kami lalulah kat Bidor.
Masa nilah sesuatu telah berlaku kepada kami.
Iya, jalan antara Teluk Intan dengan Bidor tu menjadi saksi.

Masa tu jam dah pukul 8.
Hujan pula turun dengan agak lebat ditambah pula dengan jalan yang tiada bantuan cahaya lampu apatahlagi cahaya bulan (hujan mana ada nampak bulan).
Memang gelap la kan.
Kereta di pandu dengan kelajuan rendah kira 80 km/h je.

Sampai di satu tempat ni kami menyaksikan satu kemalangan melibatkan waja yang terjunam ke dalam parit.
Kami meneruskan perjalanan dengan kelajuan yang lebih perlahan pula iaitu 60 km/h sahaja.
Kira2 beberapa ratus meter lepas itu, sesuatu yang tak terduga berlaku.
Kami nampak sekumpulan lembu dengan jarak yang dah terlalu hampir.
Pemandu kami segera tekan brek dengan harapan sempat mengelak daripada kemalangan tapi tak berjaya.
Kereta merempuh 'mangsa' sebelum betul2 berhenti.
Kami ingatkan lembu sahaja yang kena langgar.
Tapi rupanya ada sesorang juga yang terselit di antara kawanan lembu tu.
Seorang lelaki india.
Lemah lutut kami bertiga masa tu juga.
Saya hanya diam tanpa bersuara.
2 ekor lembu yang paling hampir dengan kereta mengalami kecederaan.
Suasana hening masa tu dan kami baru sedar seseorang sedang terduduk di tepi kereta menahan kesakitan.
Rupanya kakinya patah.
Lagi lemah lutut kami.
Dah tak peduli dengan keadaan kereta yang remuk kat depan dan cermin windsheild yang dah pecah (nasib baik ada tinted, kalau tidak dah berderai agaknya.)

Brader Tow Truck paling pantas bertindak.
Cepat mengalahkan ambulans dan polis.
Suasana jadi makin sesak bila saudara mara mangsa juga datang dan abang tow truck tu bagitahu dia dah tolong call kan ambulans dan polis.
Alhamdulillah, hanya ucapan terima kasih sahajalah yang mampu kami berikan kepada abang tu.
Sekurang-kurangnya kami tak terkapai-kapai tanpa guide di situ.
Dah la ketiga-tiga kami tak pernah melalui situasi macam ni atau dlam erti kata lainnya tak pernah terbabit dengna kemalangan ni.
Trauma seketika.
Ada orang accident langgar kereta je.
Ada orang accident langgar motor je.
Ada orang accident langgar orang je.
Ada orang accident langgar lembu/haiwan setara dengannya je.
Tapi, kami accident pakej 2 in 1.
Mana tak gelabah.

Akhirnya ambulans dan polis sampai.
Semuanya dari Tapah.
Lepas dah ambil gambar dan keterangan, polis tu minta kami ke Balai Polis Tapah untuk report.
Tahu tak jarak dar situ ke Balai Polis tu jauh yang amat.
Lebih 30 minit kami di jalan (gigih drive sampai ke balai walaupun cermin dah retak seribu).
Drive slow2 la kan. Kalau pakai khidmat tow memang bakal terbang paling2pun RM300.
Syukur lagi sekali sebab bahagian enjin tidak terjejas.
Cuma radiator upper support kat depan enjin tu terperosok sikit ke dalam kesan hentaman lembu yang dasyat.

Perlu ke saya sertakan gambar keretaku itu.
Ohh.baby oren ku.
Dah tercedera parah.
Baiklah, saya tunjuk je la kat sini.
Tapi saya dah edit kaler dan blur kan sikit.


Report settle kira2 pukul 11 malam.
Dengan kereta tu juga kami gagahkan diri balik KL.
Alhamdulillah, dengan izin Allah SWT kami selamat sampai ke KL walaupun bawa kereta slow2 sahaja.
Sampai rumah kul 3 pagi.
Kesian kami kan?

p/s : sebab inilah saya tidak dapat nak update blog dan blogwalking seperti biasa. Sampai hari Isnin saya ambil EL dan terpaksa pula ke Tapah untuk dapatkan salinan report polis yang bercop. (malam accident tu kami dapat yang tak ada cop).
Selasa petang pula nak settle kan dengan Perodua Service Centre. Maaf boss terpaksa ambil EL.
Memang betul2 emergency.huhu~

Sunday, June 13, 2010

Ohh..Allah jadikan sesuatu perkara tu dengan sebab~


Ihsan google

Salam..
Kadang2 bila hidup kita terlalu mudah, kita jadi terleka atau kadang ter 'riak' dengan ke'mudah'an yang kita dapat.
Tanpa kita sedar sampai satu tahap, kita lupa untuk bersyukur kepadanya.
Bila Dia beri kita nikmat kita ambil tanpa berusaha melipat gandakan ibadat tanda kesyukuran kita atas nikmat pemberianNya.

Sehinggalah Dia menduga kita dengan menarik sedikit kemudahan itu.
Bukan banyak, sikit sahaja.
Masa tu kita bagaikan terjaga dari mimpi indah yang melalaikan.
Kita tiba2 berada di dalam situasi yang berbeza. Di alama yang nyata.
Jauh berbeza.

Dan masa tulah kita betul2 teruji.
Masa itulah kita kenal siapa diri kita sebenar.
Masa itulah kita kenal siapa yang betul2 kawan kita.
Masa itulah kita kenal siapa yang betul2 sayangkan kita.
Masa itulah kita baru ingat Dia.

Tapi, sedarkah kita Dia sentiasa ingat kita.
Dia sentiasa mahu menolong kita.
Dia sentiasa sayangkan kita.
Kalau tidak masakan Dia beri kita peluang untuk hidup lagi..
dan dia beri masa untuk kita beribadat.
Dia bagi kita sedikit musibah untuk menguji kita.
Dia menarik sedikit kemudahan untuk menyedarkan kita.

Jadi, sentiasa tanamkan rasa redha bila dilanda musibah..
Dan bersyukur bila diberi kemudahan.. (bersyukur dengan sesungguhnya)
Dan beringat bila melihat musibah yang berlaku pada orang lain.
Usah terlalu kecewa atau menderita jiwa bila musibah terjadi sebab kita hanya manusia yang tak pernah lari daripada dugaanNya dan tak dapat lari daripada masalah.
Hadapi dengan tabah dan sabar.
Berdoa kepadaNya.

InsyaAllah, Dia akan beri kita jalan.
Dan takkan biarkan kita terkapai2 kelemasan di lautan musibah itu.

p/s : saya juga telah menghadapi sedikit musibah semalam. Kawan2 doakan yang terbaik untuk saya.

Friday, May 14, 2010

Potret Sejuta Warna - cantik sangat!

kagum dengan kegigihan salah seorang sahabat sekolah sejak daripada from 1 ni.
Dulu kami sekelas dan dia ni kecik molek, kulit cerah, ada rupa.
Nama dia Hafazli.
Dulu dia pernah kutuk content blog saya sebab saya ada buat satu entry gosip.
Rasanya pasal Lagu Drama King.

Dia kata daripada update gossip2 tak berfaedah ni baik update pasal benda lain.
Saya print screen la komen dia tu.

Dulu memang saya suka share blog kat fb.
tapi seganlah lagi2 boss2 sayapun layan fb.
Kalau saya update blog time kerja, kantoi pula kat fb.
bahaya!

Lagipun malu sebab blog ngarut2.
Tu yang tak share dah.
Entry tu entry terakhir saya share fb.

Tengok dah ke laut pula.
Sebenarnya bukan nak cerita pasal tu.
tapi, pasal kesungguhan dia untuk kami ex schoolmate dia.
Dia edit pakai software apa pun tak tahu.
Katanya,

JUDUL : Potret Sejuta Warna

MODEL : Ex Student Esempi 1998-2002

Mula2 dia design yang ni..
Muka2 kami ada dalam tu.
Yang tudung merah tu saya la..haha~
Tapi yang kat hujnug2 tu kecik sangat.
Ramai yang komplen ( cet, dah buat pun cukup bersyukur dah..huhu~)



So, dia buat satu lagi version..
Nampak macam tak ada apa2 sahaja kan.
Tapi dalam batu tu ada wajah2 kami.



Cubalah cari saya kalau terror.
Thanks ye Hafazli.
Saya suka.
Buat lagi tahu..=)

Thursday, May 13, 2010

Journey to Pulau Kapas versi candat time~

Mode Pulau Kapas lagi..
Harap kawan2 enjoy dan tak bosan.
Ye la dah berapa banyak entry pasal percutian di Kapas ni.
Ke ada yang jadi teruja nak ke pulau bila baca entry saya ?
(perasan sungguh saya ni..kuikui, ops,sila tahan muntah anda ye =))

Kali ni saya nak cerita pasal pengalaman mencandat.
Aktiviti ni paling buat saya rasa kesal.
kenapa ye?
Jom check it out!

Daripada 44 orang hanya 22 orang sahaja yang nak join mencandat ni.
So, 3 bot telah disewa organizer kami.
Ok, ni ahli2 bot saya yang huru hara tak hengat.
Yang berposisi dudk separuh di depan tu dari kiri, fadzilah, shima dan wani...
Yang kat belakang tu dari kiri ojan, palie, saya dan boyas..
Bot kami ada 7 orang.

Ni bot kedua, dari kiri paan, x ingat nama, jama, irwan, syedot, zihan dan ju..
yang baju merah belakang syedot tu iquan..
Bot ni 8 orang..
Ni pula bot terakhir iaitu budak2 geng organizer kami.
Saya cuma kenal rapat dengan inas dan wan (dua orang yang paling kanan dalam gambar ni je)
Mahir tidak kelihatan dalam gambar ni. nyuruk kah?
7 orang gak..
Walaupun tak ada dah ubat tahan mabuk tapi redha je sebab dah bayar pakej.
Sorang RM50 juga kalau tak silap untuk candat saja.
Rugi tak join.

Sempat lagi layan sunset atas bot sebab kami gerak pun dah pukul 6 ptg.
Lawa tak? Ni saya yang snap.
akaka~
Muka2 ni memang gagah sampai balik candat.
Cayalah korang.
Suka gamabr ni sebab ada bayang nelayan (abang bot) yang tengah candat sotong.
Ni lah hasil pertama bot kami.
Teruja tengok sotong tu tukar kaler.
Jernih -> merah2 -> putih (dah mati lah)
ni lah tukang masak sotong goreng atas bot.
chef shima.
Sebab goreng bodo je maka terpercik minyak panas.
Tu yang pakai papan tu sebgai protecter.

Mana saya?
Uuu..saya dan ojan tidur ber sama2 sebab tak tahan mabuk laut.
Ok, tak2..
Dia dan saya antara yang tak tahan mabuk.
Tapi, saya paling teruk sebab langsung tak bangun.
Bangun je pening, macam mana nak candat.
Ojan berjaya juga naikkan sekor yang paling besar.
Jadi kami hanya terbaring lemah dengan jarak yang reasonable jauhnya di ruang yang terbuka di tengah2 bot tu.
Selain kami, palie juga turut mabuk, tapi dia larat lagi nak candat sebab dapat gak naikkan 4 ekor sotong.

Juara candat di bot kami ialah Shima dan Fadzilah.
Rasanya berpuluh-puluh sotong mereka naikkan.
Dasat2.
Mereka berdua, wani dan boyas langsung tak mabuk.
Dan bot kami disahkan juara candat sebab dapat kumpul paling banyak sotong.
Kami balik ke pulau kira2 jam 2 pagi.

Inilah hasil yang telah dicandat.
Ini dah tolak separuh sebab kami bagi kat pakcik bot.
Dan tolak juga sotong yang selamat di goreng atas bot tadi.

Inilah ntara muka2 yang sempat di snap sebaik sahaja kembali ke darat.
Abang baju biru tu lah yang naikkan sotong pertama di bot kami tadi.
Muka semua letih minta tidur.
Maklumlah masa tu dah pukul 3 pagi.


Kalau ikutkan, kami sepatutnya naik ke darat kul 6 pagi.
Tapi sebab ramai yang tak larat, kami balik awal.
Lagi2 saya ni ha..
dah tak bermaya duk dalam bot tu lama2.

Memang kecewa sangat.
Tapi saya tak rasa ia sia-sia sebab saya dapat pengalaman baru.
Dan juga pengajaran berguna.
Sekurang-kurangnya juga saya tahu yang saya mabuk laut.
So, lepas ini kena well prepared la kalau nak join candat2.
Bawa ubat tahan mabuk banyak2.

p/s : organizer kami masa kat kapas tu dah roger2 ajak 2nd candat pula ujung bulan 6. Berminat tapii....

Blog Pasal Shaklee lah~

Related Posts with Thumbnails

Dah menjadi sejarah~

Web Analytics