Terkujat tengok si kecil ni merokok.
Mengalahkan perokok tegar yang dah otai2.
40 batang sehari.
Rasa kasihanpun ada pada budak ni.
Bagaimanalah dia ni boleh terjebak dengan rokok ye?
Kalau di kira dia mula terjebak dengan rokok pada usia setahun 6 bulan (18 bulan).
Cubalah tengok budak umur setahun lebih berdekatan anda dan bayangkan mereka merokok.
uuu...sadis2..
Apapun, harapan saya si kecil ni mampu untuk hentikan ketagihannya merokok tu.
Di sini saya copy terus berita ni dari Kosmo Online
Budak 2 tahun merokok dirawat
JAKARTA - Seorang budak dua tahun yang menghisap 40 batang rokok sehari, Ardi Rizal (gambar) kini menerima rawatan untuk menghapuskan ketagihan merokok, kata Pengerusi Suruhanjaya Perlindungan Kanak-Kanak Indonesia, Arist Merdeka Sirait semalam.
Ardi merokok semasa dia berumur 18 bulan. Imej dia menghisap rokok telah disiarkan di stesen televisyen antarabangsa selepas media tempatan melaporkan berita mengenainya.
Menurut Arist, budak itu kini berada di bawah jagaan pihak suruhanjaya sejak lewat bulan lalu dan sedang menjalani terapi psikologi.
"Kami berusaha untuk mengurangkan jumlah rokok yang dihisapnya dari 40 kepada 20 batang sehari," katanya.
"Kami membuatkan dia sibuk dengan aktiviti seperti belajar, bermain dan mengikuti trip rekreasi. Namun, adalah sukar untuk mengurangkan ketagihan merokok. Ia mengambil masa," tambahnya. - dpa
Sumber : Kosmo Online
p/s: nasib baik ketagih rokok, kalau hidu gam, hisap dadah kan lagi naya.fuuhhh~
6 comments:
kesian budak2 zaman skrg
mesti pengaruh org tua
yeah aada baca kat metro. ini kira keajaiban ker? haha
hebat budak ni.
ish..ish..ish
pernah tengok video budak nie kat youtube~
huda..
ya, ada kena mengena gak tuh..
mana la die dapat rokok kalau bukan dari orang tua kan.
Post a Comment