Followers

Wednesday, June 2, 2010

Kenapa mengalah sebelum kalah! Ayuh kita berjuang menentang Israel.


Helicopter Regim Zionis berlegar mengelilingi kapal sementara
kapal perang mereka memintas kapal Freedom Flotilla.
gambar dan caption saya pinjam daripada blog Anak Sungai Derhaka

Sekarang ni heboh dengan isu kekejaman Israel yang tergamak mengepung dan menyerang kapal LL4G (Life Line For Gaza)
yang dalam misi menghantar bantuan kemanusiaan.
Dan saya sebagai manusia yang punya rasa, punya hati dan punya jiwa menentang keras kekejaman mereka itu.
Dan begitu jua rakan2 blogger yang lain.
Turut membantu menyebarkan berita sedih ini kepada seluruh dunia. Ya, seluruh dunia supaya menunjukkan penentangan kepada sikap
Israel yang betul2 berlawan dengan fitrah manusia.

Tup2, ada juga dikalangan kita yang berfikiran negatif.
'Orang2 itu' yang menganggap isu ini sekadar hangat2 tahi ayam sahaja.
'Orang2 itu' yang rasa masa ini sahaja rakyat Malaysia akan bersuara.
'Orang2 itu' juga suruh tunggu dan lihat bulan depan, adakah kita akan masih hebat berdebat menghentam kekejaman Israel ini?
dan 'orang2 itu' bertaruh yang tiada siapa akan peduli lagi masa itu.
Mungkin ia akan berlaku jua jika semua dari kita berfikiran seperti 'orang2 itu'.

Dengar sini saya mahu bagitahu.
Orang yang gagal ialah orang yang langsung tak mahu mencuba kerana takutkan kegagalan.
Tegarkah kita untuk disoal di akhirat kelak kerana tidak menghulurkan batuan kepada mereka?

Pernahkah mereka dengar pepatah..
Berusaha dulu, berikhtiar dulu, sebelum menyerah dan bertawakkal.

Kenapa perlu tunggu bulan depan?
Kenapa tak memulakan langkah sekarang?
Jika kita tak berbuat apa2 sekarang, bulan depan dah terkubur kapal tu agaknya.
Kenapa perlu tunggu dan lihat tanpa berusaha sikitpun untuk membantu mereka.
Allah knows everything!
Even kita tak dapat bersama-sama mengangkat senjata di sana,
doa2 yang dikirim dari jauh dan solat hajat yang tulus ikhlas sekurang-kurangnya dapat
menaikkan semangat mereka untuk berjuang hingga ke titisan darah yang terakhir.
Kalah dan menang bukanlah penentunya sekarang.
Yang penting kita berusaha.

Dan percayalah.
Bila kita berusaha menentang mereka walaupun hanya dengan menyebarkan maklumat ini kepada yang lain,
ataupun dengan hanya menentang dalam hati dengan berdoa,
ataupun dengan menyertai demostrasi secara aman menunjukkan penentangan terhadap kekejaman Israel,
Kita telahpun menyumbang kepada 'kekuatan' mereka yang terkepung di dalam Kapal LL4G tersebut.

Tadi saya ke blog Mazidul dan saya ambil sikit pesanan yang baik untuk saya share kan di sini.

'Salam ...

Anda boleh kemuka kan dalam blog anda (ramai pembaca) dan melalui FB ini supaya semua umat Islam melalui solat fardhu berjemaah membaca Qunut Nazilah di rakaat akhir selepas ruku', sama seperti Qunut Subuh tetapi mendoakan keselamatan dan keamanan di perairan Gaza dan bumi nya.

Ini ialah apa yang diamalkan oleh Rasulullah SAW dan para sahabat.

Terima kasih'

Tolonglah..
Tolong jangan menyerah sebelum kalah.
Tolong jangan berhenti berdoa sebelum kekejaman di Gaza belum berakhir.
Tolong jangan membantutkan semangat yang membara ini.
Tolong berikan ruang untuk meluahkan rasa amarah dan simpati ini.
Sebelum ianya tidak diperlukan lagi.
Sebelum ianya sudah terlambat.
Sebelum kita menyesal.
Menyesal yang tiada bergunanya lagi di kala itu.

Hari ini milik kita..
Buatlah apa yang kita mampu dan mahu..
Hari esok dan seterusnya milik Allah..
Yang belum pasti..akan kita miliki atau tidak..
Jadi gunakanlah hari ini sebaik2nya kerana bila ia berlalu, kita tak akan mampu mendapatnya semula.

p/s : berita terkini 12 rakyat Malaysia yang berada di sana dilaporkan selamat dan sekarang di tahan di Haifa. Alhamdulillah, berkat doa seluruh rakyat Malaysia juga. =)

17 comments:

Nur Suaidah Bachok said...

hek elehhhhhh! kenapa dengan orang itu? Aishhh. Takut sebelum bergempur. Even kita ni pon tak buat pape,ni dah rasa mcm susah hati sgt. emmmm~

NAZ said...

insyaALLAH kita cuba yang lain brserah AMIN

Izzatul Ismail said...

semoga saudar seIslam di sana selamat

Nadiene said...

kita hanya mampu berdoa, insya'allah berjaya...

Ida Sazarina said...

dr jauh, kita hanya doakan saje agar semua berjalan lancar~ :)

suri said...

salam..
semoga mereka dlm kdaan selamat semuanya..

lily lotus said...

amin...

Nekmo said...

kak,qunut nazilah tu macam mana?

Elin said...

uurmmmmm...

Aidi-Safuan said...

haihhh... tak buat paper, pastu nak komplen kat orang yang buat something untuk diorang nih. hurm..

aiDieNa said...

Semoga mereka terlindung di bawah naungan Allah.............

TokNabe said...

Alhamdulillah, ikut kata berita terkini kesemua rakyat malaysia selamat,bersyukurlah. Negara2 arab tak bersatu mcm mana nak lwn israel ni.....

Anonymous said...

smoga mereka semua dilindungi Allah..

meoafzan said...

INTIFADA!!!!!!!!!

http://freewebcomic.com/2010/06/cipan-mengutuk-tindakan-kejam_zionis_israel_palestine_malaysia/

noorafzan.blogspot.com said...

terima kasih semua atas sokongan anda.
Allahuakhbar!
Semoga mereka yang membawa misi kemanusiaan semua dilindungi Allah SWT daripada Israel laknatullah.

CITY® said...

salam noor,

takbir!!!!!

jom sama2 kita bredoa dan meyokong mengecam zionist.

laknat yahudi
musnah yahudi
mampos yahudi

Anonymous said...

allahuakbar!

sama2 kita amalkan qunut nazilah

>__<

Blog Pasal Shaklee lah~

Related Posts with Thumbnails

Dah menjadi sejarah~

Web Analytics