Followers

Showing posts with label projectalpha. Show all posts
Showing posts with label projectalpha. Show all posts

Friday, June 18, 2010

Saya menang contest Project Alpha 2 Day 23..=)

Pagi semalam saya dikejutkan dengan email tahniah daripada nuffnang.
Katanya saya menang motor hadiah dalam contest harian Power Root ProjectAlpha 2.
Kalau ikutkan memang susah nak menang sebab hanya 5 lucky winners akan dipilih setiap hari dan setiap penyertaan ke 10 yang jawab betul akan terpilih.
Maknanya setiap hari kena jadi peserta yang ke 10, 20, 30, 40 atau 50 sahaja.
Memang kena tunggu luck la baru dapat kan.

Mula2 saya memang agak excited nak join tapi saya hanya berkesempatan untuk jawab soalan tu belah malam kalau hari kerja (so harapan untuk jadi pemenang harian memang nipis la sebab mungkin saya dah jadi peserta yang ke berapa ratus kot).
Saya cuma aktif jawab secepat yang boleh bila cuti. (adakah day 23 tu hari cuti?)
Pagi2 dah terpacak depan PC layan video ProjectAlpha.
Sampai week 24 je pun saya konsisten, pastu ke laut daa....
Busy mengalahkan menteri.kuikui~

Bila dapat sahaja email tu saya terus pergi check list nama pemenang.
Nasib saya memang baik sebab saya punya namapun paling last untuk Day 23 tu.
Teruja sebab first time menang contest anjuran nuffnang.
Sebelum ni join contest tapi tapi tak pernah menang.
Tiket wayang sempena contest anjuran nuffnang pun tak pernah dapat lagi.
Ada gak keinginan tu tapi tak ada rezeki lagi kut.
(isk2..tak baik..tak baik.. patut bersyukur sebab ada gak menang contest nuffnang..)

Hadiah kena ambil di pejabat nuffnang weekdays.
Hadiahnya adalah tertera dalam gambar ni.

Ohh..cuti saya dah hampir tak ada.
Bilalah nak pergi ambil hadiah tu.
Sijil pergi event Gatsby Deodorant Streets Fair pun belum ambil lagi.
Help2..

Pepun, thanks to nuffnang sebab 'menang'kan saya.
yeay!
Sayang lebih kat nuffnang =)

Wednesday, April 28, 2010

Road Trip with My Broadband

Projek terbaru dah bermula.
Tajuk terbaru ni Road Trip with Broadband.
Maknanya kita masih boleh melayari internet walaupun sedang travel jauh-jauh.
Wow, sangat mengujakan.

Tapi boleh ke?
Ada ke yang boleh menawarkan khidmat begini canggih.
Ya, tak dinafikan emang ada beberapa syarikat komunikasi yang menawarkan broadband tapi seringkali kedengaran masalah berlaku menyebabkan pengguna kembali kepada non portable internet provider macam streamyx yang konsisten kelajuan internetnya.
Tapi kelemahannya tetap ada iaitu ia tak boleh di bawa ke mana2.
Hanya boleh berinternet di rumah.

Kalau ada road trip, memang selamat tinggal internet.
Oh sedihnya.
Tak dapat nak berblogging apatah lagi mengikuti perkembangan Project Alpha 2 yang sedang berlangsung meriah sekarang ini.

Dalam kekalutan ini,
saya jumpa juga broadband terbaik.
Tentulah W1GGY



Cuba tengok betapa cantik, tertarik, menariknya bentuk broadband device W1GGY.
Dengan saiznya yang comel serta ringan, maka tak mengganggu langsung ruang luggage bila ada trip.
Dalam baspun boleh melayari internet dengan mudah.
Cucuk sahaja device ni macam USB Pendrive, lepas itu dah boleh berblogging.
Nikmatnya hidup bila adanya W1GGY ni.
Anda juga patut dapatkannya juga.

Saya pernah mengadu pasal kelajuan internet di office yang macam siput sedut sampai nak komenpun kadang2 tak lepas.
Saya rasa saya perlu ada W1GGY ni.
Bila time rehat, boleh cucuk sahaja di PC dan terus sahaja berinternet dengan lebih mudah.
Lagipun pusat P1 W1max ni dekat sahaja dengan office saya.
Sudah tentu tak akan ada masalah kelajuan internet.

Seperti yang saya bagitahu, inilah kerja saya bila menghadap internet selain daripada berblogging.
Melayan video Project Alpha 2.
Jom layan sama-sama.

Episode 8



Episode 9



Episode 10




Project Alpha Season 2 is presented by Adidas Action 3 and supported by P1 and MAS

Wednesday, April 21, 2010

Layan ProjectAlpha session 2 pula~

Dulu masa session 1 saya memang tak layan la Project Alpha ni.
Buka saja2 tak layan tapi tak tahupun apekebendanya Project Alpha yang memang havoc masa tu.
Lagipun masa tu baru je berjinak-jinak merpati dengan nuffnang.
Tapi saya kenal la blogger2 yang featured for that project.
Memang mereka glamour sangat la sampai sekarang pun.
Mereka2 ini adalah

Huai Bin (www.sixthseal.com)
Nicole (nicolekiss.blogspot.com)
Audrey (www.fourfeetnine.com)
AbangNara (www.beautifulnara.com)
Budiey (www.budiey.com)
RedMummy (www.redmummy.com)
Kenny Sia (www.kennysia.com)

Siapa yang tak kenal at least satu daripada mereka angkat tangan.
Memang tipulah sebagai seorang blogger kalau tak kenal kan.
Ada yang siap masuk suratkhabar lagi.
Kenapa Hanis Zalikha tak de ek? Dia bukan glamour juga ke?
haha~

Second ProjectAlpha pun sudah bermula.
Hari ni dah masuk episode 3 pun daripda 49 episod.
Banyak kan.
Ada tengok tak?
Saya tengok je tapi tak dapat dengar.
Speaker PC rosak la pula. Nak kena pi beli ni.
huhu~

Bloggers yang terpilih untuk session 2 ni tetap 7 orang.
Mereka2 ialah;

KY (www.kyspeaks.com)
Azwan Ali (silaserazwanali.blogspot.com)
Niki (www.nikicheong.com/blog)
Ninie (www.ninieahmad.com)
Cheesie (www.cheeserland.com)
Shaolin Tiger (www.shaolintiger.com)
Joe Lee (www.klubbkidd.com)

Sebenarnya yang saya kenal di sini cuma Azwan Ali.
Sebab dia artis kan.
Takpe, lepas ni kena kenal semualah.
Mari layan2 ProjectAlpha di SINI
Follow ProjectAlpha fanpages di FB gak.
Klik sahaja banner kat sebelah kanan sidebar blog saya ni.

My Version of Grooming Tips

Kali ini nuffnang telah keluarkan topik terbaru yang agak hangat untuk minggu ini.
So, saya mencuba nasiblah sebab katanya hanya 50 entry pertama akan dipilih.
huhu.

My version of grooming tips dalam erti kata lainnya ialah tips untuk grooming versi peribadi saya.
Kalau nak diikutkan maksud grooming bagi saya ialah hias diri sendiri untuk jadi lebih menojol daripada biasa.
Grooming tips saya ialah kenali wajah anda dari segi bentuk muka, tekstur kulit, warna kulit dan jenis anggota yang ada di muka itu dan hias se 'natural' mungkin.
Contohnya mata, hidung, kening dan mulut.

Setiap orang mempunyai mata yang berbeza. Ada yang sepet dan ada juga yang bundar.
Mata yang sepet, boleh dibesarkan dengan mengenakan celak dan eyeliner yang tebal sedikit untuk menampakkan mata galak dan besar.
Mata yang bundar tak perlu nak bercelak dengan galak sebab mata yang besar akan jadi lebih besar (nampak scary la kan).

Setiap orang juga punya kening yang berbeza.
Ada yang punya kening tebal, sederhana dan ada juga yang nipis.
Jika tebal sangat boleh dibentuk menjadi nipis guna kesan eyebrow. Tak perlu nak potong sebenarnya.
Jika nipis, sangat boleh ditebalkan guna eyebrow juga.
Kena ikut kepakaran masing2 la.

Setiap orang juga punya hidung yang berbeza.
Hidung yang mancung tak perlukan sentuhan apa-apa untuk menampaknya cantik.
Tapi kalau tak cukup mancung, kenalah sapukan bedak yang gelap pada tulang hidung memanjang ke bawah untuk menampakkan kesan mancung.

Bibir pula semua orangpun tahu.
Selain daripada mengenakan gincu yang bersesuaian dengan keadaan dan warna kulit, bibir juga sangat sensitif dan mudah pecah-pecah jika kurang jagaan.
Pakailah lib balm selalu dan banyakkan minum air mineral atau air masak supaya bibir tak mudah kering.
Kadang kala, bila penjagaan bibir tu berkesan kita tak perlu nak pakai gincu pun untuk nampak cantik.

Lagi satu dan ini merupakan anggota paling besar di muka ialah kulit muka.
Kulit muka memang sensitif. Jika tidak dijaga dengan betul, maka banyaklah noda-noda terhasil seperti jerawat, jeragat dan sebagainya.
Cara paling berkesan ialah pastikan kulit muka bersih daripada mekap semasa nak tidur.
Sebab kulit kita perlu bernafas.
Kalau sepanjang masa termasuk waktu tidurpun pakai mekap matilah dia kan.
Tak dapat bernafas dengan teratur.
Dan tips lain banyakkan makan buah tomato, pisang, betik dan sayur-sayuran hijau.
Kajian menunjukkan sistem penghadaman dan perut yang terjaga juga boleh menyumbang kepada kesihatan kulit.

Project Alpha episod 1 dan 2 telah ke udara.
Episod pertama..

Episod kedua..

Episod 3..

http://projectalpha.com.my/download/week8a_img.jpg

Project Alpha Season 2 is presented by Adidas Action 3 and supported by P1 and MAS.

Tuesday, April 13, 2010

no strings attached

Tugasan nuffnang yang terbaru telahpun keluar.
Tajuknya no string attached dan apakah kaitannya dengan P1 Wimax.
Apakah maksud tersirat disebalik no string attached ini?
Bila saya google kat wikipedia, maksudnya ada macam-macam seperti di bawah.

1) nama Album boy bands N Sync rupanya...
2) nama 1990 compilation CD oleh Meat Puppets
3) comedy tour oleh Carlos Mencia
4) an expression for casual sex, digunakan secara kerap dalam personal advertisments,

tapi betul ke itu maksud yang kita mahukan?

Yang pertama tu pasal kaitannya dengan N Sync. Apakah kaitannya dengan P1 Wimax?
Masa group ni tengah top dulupun rasanya belum ada internet.
Yang ke dua tu pula pasal kaitannya dengan Meat Puppets.
Sebenarnya saya sendiripun tak kenal siapa Meat Puppets ni. Adakah ia juga nama boy band dan setaraf dengan N Sync?
Yang ketiga itu saya sendiri macam confuse. Komedi sangatkah no strings attached bila di komedikan? Mungkin akan membawa kepada lawak 18SX nanti.
Yang last tu saya tak mahu komen panjang.

Sebenarnya kaitan 'no string attached' dengan P1 Wimax ialah penggunaan internet 'tanpa wayar'
Diulang sekali lagi 'tanpa wayar'
Pakej terbaru P1 Wimax kali ini dinamakan W1GGY ini memang tiada kabel mahupun wayar yang boleh dibayar secara prepaid atau postpaid.
Biasanya kita bayar pospaid kan?
Kalau guna prepaid, kita boleh reload bila kita nak gunakannya.

Apakah kelebihan pakej Portable Modem W1GGY ini?
Kelebihannya berbanding pakej P1 Wimax biasa ialah ia portable, ringan dan segak bergaya.
Nak saya buktikan kesahihannya, silalah tengok sendiri gambar di bawah ini.





Amacam, teruja tak dengan rupa paras dia yang menawan ni.
Bukan itu sahaja kelebihan yang ada. Biarlah saya listkan kelebihan P1 W1max ini. Antaranya ialah;

1) Talian telefon tidak perlu.
2) Plug & Play.
3) Akses berkelajuan tinggi tahap 42 kali ganda berbanding dial-up.
4) Bayarannya serendah RM 49 sebulan (dengan free Modem).
5) Jaminan kepuasan 15 hari (Boleh dipulangkan/dikembalikan).
6) Tiada wang pendahuluan dikenakan atas khidmat ini. Terima modem anda dan ia sudah sedia untuk digunakan untuk melayari internet.

Pakej ni memang buat saya teruja untuk menggunakan W1GGY..
Tapi, memang kena check dulu tempat saya ini ada atau tidak coverage P1 Wimax.
Kalau di office memang dekat sahaja dengan bangunan pejabat P1 Wimax. Takkan tak ada coverage kan?

Project Alpha Season 2 is presented by Adidas Action 3 and supported by P1 and MAS.

Monday, April 5, 2010

My Favourite Sport

Bercakap berkenaan my favourite sport ataupun sukan kegemaran ramai saya, ada beberapa peringkat pertukaran jenis sukan yang saya gemari daripada saya kecil sehinggalah saya dewasa. Tapi tang dewasa itu dah tak ada lagi kot sukannya selain daripada berkuak lentang di bilik ataupun dalam bahasa yang mudahnya ialah tidur.

Masa saya kecil dulu dengan badan yang memang kecil molek tu saya suka berlumba lari. Walaupun tak berbakat besar dalam olahraga tapi saya tetap suka berlari. Saya cuma layak mewakili rumah sukan dalam acara 100 meter tetapi dapat tempat kedua terakhir. Itupun sebab peserta yang terakhir itu berbadan gempal. Kalau tidak, sayalah yang paling akhir. (malulah saya!)
picture credited to mr google

Bila saya dah sedar diri yang tak ada bakat olahraga, sayapun berhenti berlari. Sudahnya badan saya naik semacam. Bila badan dah besar, saya mengesan pula potensi diri untuk menceburi sukan yang bersesuaian iaitu lontar peluru, lempar cakera dan lompat jauh (ops, lompat jauh ni terpaksa jadi bidan terjun)

picture credited to mr google

Hasil usaha gigih saya berjaya merangkul emas dalam 2 sukan yang saya minat itu. Bonus menang pingat gangsa untuk sukan yang saya masuk secara bidan terjun itu. Rasa nak gelak jugalah masa itu bila membayangkan saya yang ketika itu gemuk dapat melompat jauh meninggalkan beberapa peserta lain yang kurus melidi. (sila membayangkan secara berjemaah yea..kahkahkah!)

Memasuki alam remaja saya dah semakin kurus. Biasalah. Bila dah jadi remaja mesti nak nampak cantik kan. Akibatnya, saya dah hilang keupayaan untuk konsisten dalam sukan yang saya gemari. Sayapun cuba beralih kepada sukan yang lebih mencabar seperti bola jaring, bola baling dan bola tampar tapi jiwa ini bagaikan tidak dapat menerima sukan-sukan tersebut.

Akhirnya saya melekat pada badminton yang nampak macam begitu mudah. Hanya memerlukan sekurang-kurangnya 2 sahaja pemain dalam satu-satu masa.
Sampai sekarangpun jika ada acara sukan yang dipertandingkan saya akan memilih badminton. Nak berlatihpun mudah sahaja sebab tidak memerlukan ruang yang luas dan boleh dilakukan di mana sahaja dan pada bila-bila masa dengan hanya perlukan seorang lagi sahaja pemain.

Oh ya, kalau dah namanya bersukan, sudah tentulah akan berpeluh. Untuk mengelakkan peluh itu berbau kurang enak maka kita disyorkan untuk menggunakan deodorant yang terbaik. Contohnya macam di bawah ni Adidas Action 3. Bawalah bersama kita apabila nak bersukan ya!.

Project Alpha Season 2 is presented by Adidas Action 3 and supported by P1 and MAS.

p/s : jangan lupa untuk tekan 'like' pada post saya ini di wall Project Alpha Facebook.

Friday, April 2, 2010

Dapat 20 ringgit dan ada idea tuk my birthday contest?

Salam..
Setelah berhempas pulas fikir idea nak tulis entry akhirnya saya dapat gak 20 inggit.
Thanks nuffnang.
Alhamdulillah..

Ni kira macam hadiah hari jadi saya daripada Nuffnang.
besday saya dah around the corner.
Rasa2 macam nak buat contest tapi tak asa idea la pulak.
Any idea?

Nota tangan :
Lately, mode tuk join contest macam naik sahaja.
Ramai pula yang suka buat contest sekarang ni kan..
Giveaway la yang paling banyak..=)
jom tengok apa contest yang aya join.
Andapun boleh join sama juga mana2 contest yang saya join tu selagi due date tak sampai lagi di http://duniacontestnoorafzan.blogspot.com/

Monday, March 29, 2010

I Wanna Be a Project Alpha TV Star!


Saya nak jadi Bintang TV Project Alpha!
Ini bukan bintang sebarang bintang ya kawan2.
Ini bintang di kalangan blogger tu. Bila lagi nak popular kalau bukan sekarang.
Lagipun, nak jadi Bintang TV Project Alpha ni bukannya susahpun syarat-syaratnya.
Senang sahaja.
Kita semua layak untuk menjadi bintang.

Sekarang ni team Project Alpha sedang mencari 3 guest blogger ataupun dipanggil blogger jemputan yang akan bersama-sama dengan 7 top blogger dalam Project Alpha Season 3 nanti.
Peluang keemasan ni rugi kalau dilepaskan.

Macam mana nak join?
Apa yang perlu dilakukan ialah dengan mempersembahkan satu video pendek ( paling lama 60 saat sahaja) sekreatif yang mungkin dengan berusaha membuktikan kenapa kita WAJIB untuk terpilih dalam Project Alpha.
WAJIB ok. Bukan setakat layak sahaja sebab semua orang yang hantar video akan layak terpilih.

Untuk hantar penyertaan kita, silalah ikut langkah-langkah mudah seperti di bawah ini;

Langkah 1: Join ruumz atau login to your account kalau dah join.

Langkah 2: Join the Project Alpha ruumz group! (You're looking at it!)
*The option to join is located on the top left hand side of your screen. Nampak tak ada ikon2 comel kat sebelah kanan atas screen masa buka page projectalpha.ruumz.com/groups

Langkah 3: Upload your video yang dah dibuat sekreatif yang mungkin tu dalam "Audition" Album

Langkah 4: Masukkan title berserta short description berkenaan audition kita tu.
* Tip: You can also tag yourself to your video so that it will appear on your ruumz profile page

Langkah 5: Bagi mencerahkan peluang terpilih, dapatkan seberapa ramai kawan2 dan ahli keluarga untuk "Like" video kita tu.

Rujuklah terma dan syarat di sini T&C here untuk lebih jelas.

Dengan hanya membuat 5 langkah di atas, kita dah layak dan berpeluang cerah untuk muncul antara Top 3 winners yang akan jadi Blogger Jemputan dalam Project Alpha pada sesi yang akan datang.

Selain dari itu, kita akan bawa pulang ;

1st Prize-
3 days 2 nights stay at 360Kuching Hotel, Kuching in a Deluxe Room with breakfast for 2 pax- Adidas ACTION 3 hamper worth RM100 (Includes a South Africa 2010 mini ball)- P1 W1GGY Prepaid worth RM199

2nd & 3rd Prize- Adidas ACTION 3 hamper worth RM100 (Includes a South Africa 2010 mini ball)- P1 W1GGY Prepaid worth RM199

Saya nak join tapi kamera saya tak ada kamera canggih apatahlagi telefon bimbit berkamera video seperti Blackberry dan yang seangkatan dengannya.
Kalaulah saya ada kamera canggih manggih sudah tentu saya berdesup sahaja join Audition ni.
Kalau ada video editor lagi bagus.
Boleh edit buang yang cacat cela. Tinggalkan yang sempurna sahaja untuk di tonton.
60 saat tu terlalu sekejap sebenarnya tahu.
Kena buat betul2 supaya video kita terpilih..

Bak kata Amy Search dalam iklan Celcom, berbaloi-baloi.
Sebab dengan hanya melakukan task2 yang mudah, kita berpeluang untuk menang besar selain daripada jadi blogger glamour dalam sekelip mata.
Takkan tak mahu kan?

Project Alpha Season 2 is presented by Adidas Action 3 and supported by P1 and MAS. Auditions are now open! Check it out at http://projectalpha.com.my/auditions or projectalpha.ruumz.com/groups

Blog Pasal Shaklee lah~

Related Posts with Thumbnails

Dah menjadi sejarah~

Web Analytics