Followers

Wednesday, June 23, 2010

Israel(Yahudi) buat hal lagi..

Setiap kali tengok online paper, saya akan baca perkembangan Palestin.
Hari ni Yahudi laknatullah buat hal lagi.
Kali ni nak rampas kawasan yang menempat kawasan perumahan yang menjadi kediaman Palestin di timur BaitulMaqdis.
Makin lama makin melampau mereka ini kan.

Berita penuh saya copy dari Berita Harian Online dan letak di sini.

Israel terus rampas tanah Arab

KANAK-KANAK Palestin bermain berdekatan runtuhan bangunan di timur  Baitulmaqdis, semalam. - AP
KANAK-KANAK Palestin bermain berdekatan runtuhan bangunan di timur Baitulmaqdis, semalam. - AP

Roboh 20 lagi kediaman Palestin di timur Baitulmaqdis bina rumah Yahudi

BAITULMAQDIS: Israel berhasrat meneruskan pelaksanaan sebuah projek perumahan lengkap dengan taman dan kompleks awam di kawasan yang kini menempatkan 20 rumah rakyat Palestin di timur Baitulmaqdis.

Pemimpin Palestin terbabit mengecam projek berkenaan yang digelar Israel sebagai ‘King’s Garden’, sebagai satu usaha negara Zionis itu untuk memperluaskan kawasan didudukinya, walaupun ada bantahan pihak antarabangsa supaya ia menghentikan kegiatan berkenaan.

Jawatankuasa perancangan majlis perbandaran Baitulmaqdis mengadakan mesyuarat bagi membincang cadangan bagi mengubah wajah kawasan terbabit semalam, sehari selepas Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu akur dengan tekanan antarabangsa agar Israel meredakan sekatan di Gaza berikutan serangan maut ke atas konvoi kapal bantuan kemanusiaan ke Gaza 31 Mei lalu.

berita lanjut boleh ke SINI


Kepada sahabat2 semua, Piala Dunia nak layan... layan juga..
tapi jangan lupa teruskan berdoa serta amalkan Qunut Nazilah di rakaat akhir selepas ruku'. sama seperti Qunut Subuh tetapi mendoakan keselamatan dan keamanan di bumi Palestin.
Allahuakhbar!

3 comments:

lily lotus said...

aduhai..semoga keamanan akan muncul juga disana..amin

yott said...

zionis ni mmg kejam..
sgt geram dan sedih tgk kezaliman mereka terhdp rakyat palestine

niesz said...

dorg ni mmg xsuda2...

Blog Pasal Shaklee lah~

Related Posts with Thumbnails

Dah menjadi sejarah~

Web Analytics