Followers

Showing posts with label tag. Show all posts
Showing posts with label tag. Show all posts

Monday, December 13, 2010

Banyak Tanya Betul! - New Update

Korang,seperti yang saya dah maklumkan blog saya dah berpindah ke wordpress self hosted. So, jom baca update terkini di blog noorafzan.com



Klik link di atas ini ye untuk untuk baca dengan lebih lanjut ok!

Sayang korang. Muah2..=)

Sunday, November 7, 2010

' TIRU GAYA MODEL CONTEST [SIHATIMERAHJAMBU] '

Tadi contest Giveaway Domain daripada Melromeo, sekarang ini pula contest daripada blog SIHATIMERAHJAMBU. Jujur saya katakan ini first time saya kenal dengan blog ini dan kalau tak kerana Naz Si Lelaki Sulit yang tag saya untuk join contest ini sudah tentu saya takkan kenal kan. So, jom terjah apa sebenarnya contest yang dia buat ini.

Oh, ini contest tiru gaya model kah? Aduss, tak ada bakatlah jadi model tapi join jugalah.

Syarat-syaratnya ;
  1. Follow blog beliau. (tak wajib katanya).
  2. Post Entry tentang contest ni bertajuk 'TIRU GAYA MODEL CONTEST [SIHATIMERAHJAMBU] *tajuk laen tak mo ye*.
  3. hanye sekeping je gambar dibenarkan*gambar seorang saje [diri sendiri] ramairamai takmo ye..nanti yang laen terlebey pose lak.
  4. Tag 2 rakan bloggers.
  5. Letak banner contest kat sidebar and entry (banner yang kat atas ni la).
  6. dah siap..sile tinggalkan link kat comment entry contest ini.

TAMBAHAN : *takmo editedit[original picture] watermark dan font saje dibenarkan. Model Half or full body boleh sahaja.

Katanya model half badanpun boleh kan? Haa..inilah gambar yang saya pertaruhkan kali ni. Ini memang confirm gambar saya ok. My tunang yang snap kan. =)


Kena tag 2 orang pula tapi macam tak sempat sahaja untuk mereka join. Tapi sebab dah syarat so saya tag jugalah kan. Ok, model-model yang bertuah ialah;

1. neon
2. syu90


DUE DATE 07/NOV/2010 YE. SO KORANG KENALAH CEPAT. HAHA!

Ok, dah selesai. Klaau tak lengkap tolong roger ye SIHATIMERAHJAMBU.

Saturday, November 6, 2010

GiveAway Domain From MelRomeo.Com

Beberapa minggu lepas saya baru sahaja menang domain daripada Dahliajounal. Dan telahpun pakai domain baru www.noorafzan.com.

Tup tup dapat tag daripada Syu untuk GA Melz yang cukup glamour dan menjadi sifu kepada hampir kebanyakan blogger terkenal termasuk bro Eyriqazz. Sayapun banyak refer tutorial-tutorial beliau juga selama ini.

Kalau ikutkan memang dah berminat mahu join sejak mula Melz umumkan GiveAway Domain From MelRomeo. Walaupun dah ada domain, kalau dapat boleh bagi kepada orang lain kan. Err,nak bagi siapa eh.? haha..macam confirm dapat menang sahaja kan.kuikui!




So, syarat-syaratnya mudah sahaja.

1. Create 1 Entry bertajuk “GiveAway Domain From MelRomeo.Com“

  • ya, inilah entrynya =)

2. COPY-PASTE sahaja ayat seperti di bawah ini di blog anda. (PASTIKAN LINKBACK KE ENTRY INI)

3. Tag 5 Orang Kawan Bloggers

  • Isikan dalam syarat no 2 di atas terus.

4. Comment Entry ini berserta LINK Entry anda dan Siap!

  • Komenkan permalink entry masing di entry INI
Ok, sekian. Yang kena tag tuwajib join ok. Bukan susah pun. Senang sangat ni kan. hehe~
Lupa pula nak cakap, pemenang akan dikira menggunakan Random.ORG!
dan Tarikh Tutup 30 November 2010! -> banyak masa lagi ni.

Monday, November 1, 2010

Tips Perkahwinan : Pelamin Kreatif (EGBB)

TERKINI!

MINTA TOLONG KORANG VOTE 'GUA' DI SINI. 01 - 05 NOV 2010 SAHAJA!

KEMENANGAN 'GUA' BERGANTUNG KEPADA UNDI ANDA.

JARI MENJADI JURI!


Tadi buka sahaja FB wall ada mesej best punya daripada Naz seorang Lelaki yang Sulit.

'”Afzan saya tag awak untuk join contest ya?”

Alamak, contest apa pula ini ye. Terus zass saya pi check blog dia punya latest entry. EGBB? Apa kebendanya itu? Baca sikit lagi baru tahu “Entry Gua Best Bangat” rupanya. Waduh waduh memang terkena sudah. Manalah ‘gua’ ada entry yang best. Dia banyaklah. Tapi terpaksalah ‘gua’ mengamalkan konsep SS iaitu Syok Sendiri (sama macam Naz juga ) untuk join contest kelolaan Akal Tunjang ini.


Sebelum apa-apa kena check dulu syarat-syarat contest. Syarat-syarat penting yang korang kena follow ialah korang kena jadi blogger dan mesti kena tag baru boleh buat. Lepas itu, korang kena pilih 1 entry korang yang lepas-lepas yang korang SS (ingat konsep tadi!) paling best bangat. Mesti best bangat ok! Seterusnya korang kena post balik entry tu tapi kenalah adjust sikit tajuknya iaitu <tajuk entry>(EGBB). Contoh macam tajuk entry post ‘gua’ inilah.Ada lagi syarat tambahan, dalam entry korang itu mesti ada ayat ini “ JOM JOIN EGBB dan link http://akaltunjang.blogspot.com/” . Pasal banner contest pula tak wajib masuk post tapi kena letak di sedebar sepanjang kempen pilihanraya berlangsung.

Lepas dah post entry, dah letak banner di sidebar, korang boleh terus terjah blog akal tunjang dan terus tinggalkan permalink entry tersebut di ruangan komen ENTRY INI.

Jangan lupa tag 3 orang rakan dan diorang mesti tahu yang diorang telah kena tag. Jangan tag pastu senyap-senyap pula. Tarikh tutup hari ini beb 01 Nov 2010. Sempat lagi nak join kan. Haha!

Lepas itu pemenang akan dipilih melalui sistem ala-ala pilihanraya. Kena undi beb. Ini yang ‘gua’ lemah ini. Tapi tetap nak support dan join juga. Undian akan di buka bermula hari ni (‘gua pelik juga kenapa undian hari ni pastu contest tamatpun hari ini). Tapi yang tercatat memang itulah mulai 01 Nov 2010 sehingga 5 Nov 2010. Korang pakat-pakatlah undi ‘gua’ ye sebab jurinya ialah anda. Tapi korang kenalah pergi blog akal tunjang itu untuk mengundi ok.

Alamak, mukadimahpun dah habis 1 page. Ok la, tanpa membuang masa ‘gua’ reveal entry best bangat gua ini.

------------------------------------------------------------------------------

Tips Perkahwinan : Pelamin Kreatif




Menarik tak pelamin ini? Rajin betul diorang ini decorate letak gambar-gambar pre wedding kan. Rasanya pelamin ini A to Z diorang buat secara DIY. Tapi tetap menarik!

Btw, ini pelamin Abang Zairi dan Kak Ekin. Abang Zairi ini seniorku masa di UTM dulu. Satu fakulti tapi lain bidang. Abang Zairi ini seorang pensyarah di UMP tapi dia juga part time Photographer. Tu yang pelamin dia penuh dengan koleksi gambar-gambar pre wed. Memang lain daripada yang lain betul konsep dia. Sebab, Bukan sahaja pelamin yang penuh gambar, malah setiap meja makan dan di beberapa sudut sekitar tempat majlis dihiasi juga dengan bingkai gambar mereka.


see, setiap meja ada ini.


ada juga di tepi pelamin


bingkai gambar di tepi meja makan beradap

Yang best nya lagi temanya pinky. Pink memang cantik tapi ini majlis belah lelaki tu. Kan jarang lelaki choose kaler pink.

cantik juga pink kaler. Suka baju pompuan tu.

Adakah trend letak-letak gambar di majlis kahwin ini akan jadi trend perkahwinan akan datang?
Apapun tahniah to both of them sebab dah mendirikan masjid. Semoga masjid yang di bina kukuh sepanjang hayat.

Picture credited to Syazwanul Badri, member di UTM juga.
------------------------------------------------------------------------------

Alamak, nak tag siapa ini? Sempat ke dorang nak buat? Ok lah saya main random pick sahajalah ye. Dipersilakan nama-nama dia bawah ini untuk join contest ini. Sempat lagi. Ada lebih 22 jam lagi. Chaiyok2..

1) Molmolla

2) Sumijelly

3) Kaizen

Joinlah sebab hadiah dia boleh tahanlah lumayannya.Akhir kata, JOM JOIN EGBB dan link http://akaltunjang.blogspot.com/

Tuesday, October 26, 2010

Cabaran Menyelongkar Kebenaran 8 : Orang yang buat 'taik' padaku!

Benda ini macam nak buka aib orang sahajakan. Better ku cerita without petik nama orang itu.
Ku ini jenis yang tak peduli orang dan tak kisah apa yang orang buat padaku. Even dia buat 'taik' pun ku maish boleh cool selagi hidupku tak terjejas.

Tapi benda ini buatku belajar sesuatu. Ye la. Kadang-kadang kita tak sedar orang buat 'taik' pada kita sebab kitapun buat 'taik' pada orang. Sama ada kita sedar atau tidak sahajalah. haha~
Kenyataan beb.

Tapi yang bestnya sampai sekarangpun ku berfikir kenapalah budak ini buat 'taik' denganku padahal ku tak kacaupun hidup dia. Ini cerita zaman sekolah. Zaman sekolah teknik dahulu. Ku dahulu memang seorang yang pemalu dan pendiam. Kawan baikku pula ialah rakan sebilikku sejak masuk sekolah itu. Diapun satu kepala denganku. Pendiam. Tapi ku dah lama lost contact dengan dia. Nama dia Sabariah binti Azhar (err..betul ke idak nama bapa dia..lupalah).

Oleh kerana ku amat pendiam (tapi pelik sebab dapat jadi pengawas..), maka masa sekolah memang ku langsung tak ada skandal. Cinta monyetpun tak ada dlaam kamus hidup. Tapi kupunya 1 tabiat yang suka melepak di kelas kawan baikku Sabariah bila waktu prep. Hampir setiap hari kulepak prep dengan dia. Kami dulu yang perempuan akan prep di kelas masing-masing sahaja. Tak ada bilik khas. Lelaki sahaja ada bilik khas untuk prep. Tak boleh campur lelaki perempuan. Bahaya.

So, satu hari itu kudapat satu surat dimasukkan bawah mejaku. Katanya secret admirer daripada kelas kawan baikku itu. Ku gelarkankan kelas itu Kelas B dan secret admirer sebagai SA. Walaupun rasa pelik tapi hati ini berbunga-bunga jugalah. Perasan beb ada orang minat. Ku pun tak hingat sama ada ku balas ke tidak surat itu. Rasanya tak balas. Kubaca dan simpan sahaja. Ku tak dapat menekapun yang mana satu SA Kelas B itu. Lagipun kelas itu ramai lelaki.
Oleh kerana sifatku yang pendiam maka ku tak cerita pada siapa-siapapun pasal surat itu. kira macam simpan sorang-sorang sahajalah. Setiap pagi Isnin memang akan ada 1 surat daripada SA Kelas B. Dan lepas baca kuakan simpan surat itu.
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjR-lTx7zArxs6KuzBRqtEoVNFMmRMUBnFfRBkftazFkF_0X4QChRg9my_ihkSXy9g7J-9FxzpAjGxuhxw0v1S3PwkOSwlYALrqgijzDTLmKEjkuRzyhGNagV1dl3rSVA9Debg3PHL8Z8n0/s1600/Memikirkan+Surat+Cinta.jpg
korang pernah dapat surat cinta tak?

At last di suatu hari yang indah tiba-tiba ada budak kelasku datang padaku. Dia kata dialah SA Kelas B. Dia saja-saja nak buat 'taik' dengan aku tapi tak berapa nak menjadi sebab ku bukan jenis yang 'kecoh mecoh'. Dia minta maaf sebab masa itu dah dekat SPM. Mukaku masa itu memang nampak sahaja cool tapi dalam hati macam-macam rasa ada. Malu, marah, bengang dikenakan beb! Bukan dia seorang tapi dia berkomplot dengan beberapa lagi member kelas. Tapi ku tak ingat orang lain. Yang kuingat hanyalah dia. Ya, hanya dia sebab gaya dia masa terus terang itu memang buatku geram. Muka tak ada rasa bersalah! Malah ada senyum mengejek.Rasa nak bagi sedas duapun ada tapi tak cool la kalau kubuat macam gitu. Dan akan kantoilah pula kalau kubuat macam gitu kan. tidakkk..tak sanggup nak bagi tahu satu dunia!

Balik sahaja bilik terusku koyak-koyak surat itu semua dan buang. Demm..apalah salahku pada dia agaknya? Tapi lepas itu kusedar sesuatu. Dah ada kelas sendiri buat apa nak menumpang di Kelas B. Mungkin mereka ini prihatin. Mungkin juga mereka kasihan sebab ku tak ada teman baik di kelas sendiri. Lagipun apa ke halnya ku nak belajar di Kelas B sebab mereka belajar Lukisan Kejuruteraan tapi ku belajar Prinsip Akaun. Patutlah Akaunku tak score A. haha!

p/s: Sampai sekarang ku menyesal buang surat-surat itu. Kalau ada bolehlah dibuat kenangan. hehe~

Saturday, October 16, 2010

Cabaran Menyelongkar Kebenaran 7 : Siapakah yang buat hidupku bermakna!

Ok, punyalah lambat progressku untuk meyelesaikan cabaran ini. Baru 7 kalu. Tak pa kan Jard sebab sikit sikit lama-lama habis juga kan.hehe! Seronok sahaja tengok update member tu yang tengah berkesejukan di Korea. Nak pergi jugaaa...hehe~

Berbalik kepada persoalan menyelongkar kebenaran bab 7 ini tajuk dia siapakah yang telah berjaya membuatkan hidupku ini bermakna? Jawapan klise biasalah kan mak ayah, family members. Betul tak? Tak dinafikan memang betulpun. Kalau tidak kerana mereka macam manalah kita boleh lahir di dunia inikan. Hatta yang lahir-lahir kena buang itupun asal-asal diapun mestilah daripada percantuman benih antara ibu dan ayah juga kan.
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhhhZXq6Y-EC8Ce0-S1mUWLecf_iEaOJb5hagmyg8CbCkmdvL1wDe0ILXFanPOK9TW_7JOaFtNIvbiVqjB7T8Hu2CnBOW2_Bd213xX-DIcoaOJSnaNf_5uZ9uv0_BxjxQ49X9IYoQJpbGI/s1600/keluarga_sakinah.jpg
Kenapa ibu dan bapa?

Saya rasa tak perlu untuk diterangkan sebab semua orangpun punya ayah dan ibu. Merekalah yang melahirkan, menjaga dan membesarkan kita kan. Bagi makan, pakai, hantar ke sekolah sampai ke menara gading. Tak ada ibu bapapun yang nak anak mereka hidup tak bermakna di dunia ini. Cuma apapun kita sendirilah yng kena usaha untuk buat hidup kita itu bermakna. Ibu dan bapa kita itu cuma boleh support kita daripada tepi sahaja. Kalau hidup kita rasa tak bermakna, itu berpunca daripada kita sendiri kan.

Macam mana nak buat hidup kita bermakna?

Senang sahaja sebenarnya. Hargai apa yang ada lagi-lagi kasih sayang ibu bapa kita kan. Mereka mungkin tak boleh nak bagi kita kemewahan tapi kala kita pandai menghargai kasih sayang mereka memang hidup kita akan rasa bermakna sahaja. Betul tak? Kadang-kadang bila saya menghadapi tekanan hidup. Tapi bila saya sedar bahawa say masih punya ibu bapa yang begitu menyayangi saya makan say rasa hidup saya sebenarnya sangat bermakna. Tak ada apa yang perlu dikesalkan.

Selain ibu bapa siapa lagi yang bisa buat hidup kita bermakna?

Kalau diikutkan ada ramai lagi. Contohnya adik beradik kita, sahabat-sahabat kita, musuh-musuh kita dan juga orang disekeliling kita.
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgbrwGnSMStS4kHqviQgTk3A2VsCIlehhCVNr8hjZsZMk6JR0K_JBez0NTOByX-IlJEuRxfBDAhWWnSXLsRw339GmYEfNnJR3iF0s4u8FAmPz2tgrDOL-xSp-P5TqxMpbgZDZh7w_fDBbc/s400/siblings.jpg
air dicincang tak akan putus =)
Adik beradik?

Iya, adik beradik boleh buat hidup kita bermakna. Daripada kita kecil sampailah kita besar merekalah yang paling kenal kita. Paling faham perangai kita dan paling jujur kepada kita. Adik beradik yang suka berkongsi suka dan duka kehidupan bersama-sama tak kira benda sedih ataupun gembira akan buat hidup kita bermakna. Kita rasa ada tempat untuk meluahkan rasa tanpa takut atau gusar. Sayapun begitu juga. Saya paling rapat dengan kakak tapi sekarang dia sudahpun berkahwin. Kami siap berkongsi barang, berkongsi makan dan berkongsi bilik.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhSDrAap3xy_isamFo4dn3o53RZ1dRd6xcs2TGvbJ94A0yZfmO-BDB8ToGBgyP0iK75jsoIbOMjreMduQi7q8ebqujVovZ9mMgw8BKEH3mGIundKMEtNHT3zt-fyN7C4gW8tw13WvJZQqA/s320/love-friendship-sign.gif
betul kan?
Kawan-kawan?

Yup, kawan-kawan pun boleh buat hidup kita jadi bermakna. Contohnya semalam saay ada dengar radio berkenaan pengorbanan seorang kawan. Saya rasa macam touching sangat dengar. Perempuan ini dia bagi tahu yang kawan dia telah meminjamkan kereta sendiri kepada dia sedangkan kawna itu sanggup pergi kerja naik bas hari-hari. Saya mulanya ingatkan kawan dia itu lelaki (berlawan jantina). Tapi rupanya kawan perempuan. Baik betul hati kawan itu kan. Begitu bermakna hidup kita kalau dapat kawan yang macam itu. Sya juga punya kawan-kawan yang sanggup bersusah senang dengan saya tapi dek kerana tuntutan kerja kami terpisah. Dulu bila saya tersasar, mereka akan menyedarkan saya macam yang pernah kuceritakan di SINI satu ketika dahulu.

Habis sudah cabaran hari ke 7. Next hari ke 8 pula. Bila pula nak buatnya kan.huhu~
Picture : Ihsan google =)

Thursday, October 14, 2010

Cabaran Menyelongkar Kebenaran 6 : Benda yang ku tak nak buat!

pSalam Rabu semua. Hari ini rasa macam nak sambung balik Cabaran Jardness ini. Sebenarnya bukan tak mahu buat tapi untuk hari ke 6 ini soalannya susah la pula. Ok back to the topic,benda yang ku harap untuk tak buat atau dalam erti kata lain ku nak elakkan..


Berkahwin..kalau..
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjeQT3YU41-1Jk2RNw5K5_UoAiVPURWYuJaVTa5Kr02y3-SvqFP2km9MncyNk5UgU6p0HoZ88Uwt9X-PjmHzNfH-okV8dH7eZHHChLbucbD8m1TN4r49vIX-zslrFngKDHfDURKKyXQ48c/s1600/kahwin.jpg
masa nak kahwin itu memang mudah tapi hidup selepasnya bukan semudah itu.

Kahwin? Woo..siapa tak mahu kahwin? Semua orangpun mahu kahwin kan. Tapi kahwin inipun bukan senang sebenarnya. Bukan simply-simply sahaja untuk kahwin sebab ini keputusan yang akan mengubah hidup kita sampai ke akhir hayat. So, ku akan elakkan kalau ku tak jumpa orang yang mencintai aku kerana Allah SWT dan bukan semata kerana rupa (err..masalahnya ada rupa ke eden nih?) dan kebendaan (err..masalahnya kaya ke eden nih?). Ye, mungkin sebab ku tahu ku tak ada rupa dan kebendaan la ku yakin sekarang yang si dia terima ku bukan kerana itu tapi keranaNya. =)

Beranak..kalau..
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEh79iTDkBptRtevtZEbw-5zpuOA_6Z397E9d7iG6LJ06dvMtCbmLhybkVIBVObDxMCGLoHQcjp_-n-gknHKIBOm2l8mylf9RDVYxAUB4QRuYg2m-Zst7J-W1cs7cJ6w7WKZP6GrMOLMD-Lr/s1600/anak-perjuangan.jpg
comelnya!, bukan senang nak didik anak kan?
Memiliki anak sendiri. Siapa tak mahu beb. Ruginya kalau tak mahu ada anak. tapi bila fikir semasak-masaknya, beranak ini kalau ikutkan bukan mudah. Nak mengandung 9 bulan, nak melahirkan dan lepas itu yang paling susah ialah nak pelihara sampai besar panjang. Ku memang nak elakkan selagi kurasa tidak mampu untuk mendidiknya dengan baik dan membekalkan dia secukupnya untuk menghadapi cabaran dunia hari ni.Tapi, apapun anak itu rezeki dan kenalah bersedia dan bersedia untuk menerima rezeki Allah itu dan memelihara dia sebaiknya kan. Dan bila dah kahwin sok mesti secara automatik korang juga akan sedia dah untuk dapat anak. Betul tak?

Bekerja office hour..
http://rosalindaoroh.files.wordpress.com/2010/05/office-romance_797135c.jpg
baru masuk kerja dah fikir nak balik. haihh!!

Sebab most of people bekerja office hour and most of the time sebelum office hour bermula dan juga selepas office hour berakhir ku kan meredah lautan kereta. Senang cakap setiap kali ku drive pergi dan balik kerja ku risau dan kalau boleh mahu sampai ke destinasi itu secepat mungkin. Ye la lately terlalu banyak keluar tv kisah kemalangan itu dan ini. Kadang-kadang kita dah cukup berhemahpun tapi kalau orang lain memandu secra bahaya, tetap terkena tempiasnya kan. Apapun sentiasa berdoa keselamatan diri dan kereta setiap kali drive.
Banyak pula alasannya ye padahal sebenarnya tak nak mengaku bahawa ku gila pemalas nak ke office pagi-pagi.

Membunuh nyamuk dan semut..tapi..
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiYf-G1UCtN7PT6mnmUZr2MHXmUcbffsHrS6tC1FA_pNVzwGMnFnZBLOOIrp6_4NAK7BwtaahM-pVqZjDF1PiPGwqV2TNq1qLJ54LkP4CJLQdMR-qUYie7Bmj2bCIYgZd_IPN7xcotjMnQ/s1600/Mosquito_Bee.gifhttps://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgn4vlYZ2llMfB1NexP-beJ079Tz1O14bY_DP5Ttwva49ppSp08hz5__yX2y2vXL1FZLKq4CvOQO8nGcaPabWMJRdFeBDoROibinF2E8VkSL1NTO1SF2RRK90E8HkZ58PKNvhHeG3RFNyh2/s1600/semut+2.jpg
nyamuk memang scary tapi semut sebenarnya cute!see, cute kan mereka.

Aduh, semut suka mencuri makanan. Dan nyamuk suka mencuri perhatian. Sebagai pencuri berjaya sudah tentu perlu diperangi kan. Adeh..Tapi kuberharap akan ada tools yang boleh membuatkan nyamuk tak mencuri perhatianku tanpa mati tapi dia lari sendiri.
Serius teruja dgn application I Phone 4..Penggunaan kelambu memang praktikal tapi tak fleksibel daa..takkan nak mengangkut ala2 portable net pula kan.


p/s : point-point ini hanya pandangan peribadi ku sahaja ok. PEACE!!
p/st : gambar pula ehsan google semuanya.

Wednesday, October 6, 2010

Cabaran Menyelongkar Kebenaran ke 5 : Something you hope to do in your life.

Punyalah lama tertangguh menyudahkan Cabaran 30 Hari Kebenaran Jard ini. Sempat settle kan 4 sahaja sebelum Ramadhan. La ni baru ada masa nak sambung. hehe~

Task ke 5 ialah "Something I hope to do in my life"?
Ini boleh dikatakan cita-cita la kan dalam bahasa mudahnya.Kalau ikutkan dalam kepala ini ada macam-macam nak buat.Dan pastikan benda-benda realistik sahaja. Kalau ikut imaginasi rasa macam mahu jadi SuperWoman takpun memiliki makhluk comel bernama Doraemon.
Sudahlah, berhenti bermimpi. Back to reality.

Kalau mahu di list kan memang panjang berjelalah.
Tak apa, kusenaraikan 2 sahaja ya di sini;

Pertama : of course mahu berkahwin dengan insan tersayang.
http://www.azwananuar.com/images/blog_cincin2.jpg
Berkahwin. Tipulah kalau ada yang kata tak pernah terdetikpun rasa nak kahwin.

Dengan usiaku yang dah masuk suku abad (woops, macam tua sangat sebut abad kan?), sudah tentulah ku yang masih bujang trang tang tang tapi sudah tak available ini mahu berkahwin. Sedangkan budak sekolahpun dah pandai bercinta dan bermimpi berkahwin dengan orang yang mereka suka apatah lagi ku yang sudah lama tak pegang buku, buat assignment dan pergi jawab paper exam. Ku harap kumampu menyempurnakan diri untuk menjadi seorang isteri dan seorang anak menantu yang baik kelak.

Kedua : Menjejakkan kaki ke Makkah.

Sebagai seorang Islam yang berpegang kepada Rukun Islam, wajiblah kita untuk menunaikan haji bila berkemampuan. Ya, sayapun mahu juga.
http://www.pak-times.com/wp-content/uploads/2008/05/baby-in-makkah-12.jpg
adik kecil inipun mahu buat haji apatah lagi diri ini.

Lambaian Kaabah menggamitku tapi kuperlu persiapkan diri sendiri yang serba kekurangan daripada banyak segi. Amal ibadah kena dilipat gandakan. Kena belajar seimbangkan melayan internet (mainly blogging dan FB), family, tunang (kalau dah kahwin, suami) dan juga diri sendiri (including amal ibadat). Kupernah berazam untuk membaca AlQuran sekali setiap hari tapi memang belum berjaya. Bulan Ramadhan sahaja berjaya. Setakat ini cuba istiqamahkan membaca Al Mathurat tiap-tiap pagi. Itu sahaja yang terdaya. Lemah betul hambaMu ini ya Allah.

Kalau ikut ada lagi seperti mahu buat seperti mendapatkan kerjaya yang kubetul-betul minat, melancong ke eropah bersama orang tersayang, membuang tabiat yang bukan-bukan seperti nervous tak tentu pasal bila kena cakap depan orang ramai dan degil tak bertempat. Menjadi manusia yang lebih sensitif terhadap perasaan orang-orang sekeliling.

Kan saya dah cakap, selagi saya tak berhenti selagi itulah bermacam-macam benda yang saya nak buat dalam hidup. Tapi apapun yang saya mahu lakukan dalam hidup ini saya berharap apa yang saya lakukan dapat memberi manfaat di dunia dan semestinya juga bermanfaat untuk kehidupan yang kekal abadi akhirat kelak.
http://mohdfais.net/wp-content/uploads/2010/01/matlamat.jpg
apapun yang hendak dibuat mesti ada matlamat

Ya, kena tetapkan dalam hati apa sahaja yang kita lakukan bermatlamat mendapatkan keredhaanNya. Barulah kita rasa akan ditiupkan kekuatan untuk menjayakannya.

Wednesday, August 18, 2010

Award Tag ke 5 June : Blogwalking Award

Salam sejahtera.
Award ini sudah lama saya terima daripada Dila is Azie.
Bulan June lepas tetapi oleh kerana tak tahu nak tag siapa maka saya delay sampailah hari ni.
Itupun nasiblah siapa yang kena tag itu kan.

Blogwalking ialah satu cara yang efektif untuk memperkenalkan blog kita kepada blogger- blogger lain.
Dan satu kaedah yang senang untuk meningkatkan trafik blog kita tapi paling mengambil masa sebab kena jalan-jalan ke banyak blog kan.
Saya tak sure pula siapa yang create Award ini.
Tapi ini satu penghargaan lah kepada blogger-blogger yang gigih blogwalking.
Saya? blogwalking juga tapi tak sekerap dahulu.
Dan tumpuan hanya kepada bloglist, blog post comment dan juga shoutbox.
huhu~

So, inilah dia award yang diwarwarkan.
Walaupun blogwalking tak guna kaki tapi term 'walking' tu kena dengan simbol 'kaki' dalam award ini.


Untuk layak terima award ini ada syarat-sayaratnya.
6 syarat dibawah mesti dipenuhi sebelum award ini disemat di blog.
layankan apa syarat-syaratnya ye.

1. Apa yang bermain di fikiran you all sekarang?

Nak setelkan award ini sahaja.


2. Apakah nama samaran you all.

Afzan, NoorAfzan, Zan


3. Berikan 3 orang yang paling kamu sayang.

Family
Kawan-kawan
My F


4. panggilan untuk si dia.

awak je..
haha~


5. Hadiah yang you all impikan dari seseorang yang istimewa.

huhu..apa ye?
Saya impikan henset yang boleh wifi dan
boleh ambil gambar plus video je =)



6. Blog mana yang you all suka visit?

blog yang saya suka ialah blog yang ada dalam list di sidebar.
=)


7. Tag kan 15 blogger you all..

kuambil secara drastik terus daripada shoutbox..
Nasiblah siapa yang terkena ye.

Faarihin
PencariCinta
Syu90
Kaizen
Aishahumairah
Dahlia
iktiraf
Mario
Afiq
wunnyy
etuza
reloading
fid
budakbaik
syira


p/s : terima kasih kepada Dila is Azie

Tuesday, August 17, 2010

Super Do0per Lucky Draw : Tagged by Syira

Hari ini baru ada chances nak belek-belek shoutbox.
Minta maaf kepada yang tinggal jejak di situ tapi saya tak terjah.
Bukan tak mahu tapi memang agak busy..
Hari cuti sabtu ahad memang full dengan kerja lain plus rancangan TV pun agak menarik hari hujung mingggu.
So, hari ni sahajalah berpeluang.
Tengok-tengok ada pula dapat tag berbentuk Lucky Draw daripada Syira.

Pemilik blog yang buat Lucky Draw ini memang kreatif sebab dia minta tag 5 orang.
Strategi yang baguslah tapi masalahnya saya nak tag siapa ye?
huhu~

Tak apalah.
Saya cuba selesaikan tag ini secepat mungkin sebab tag ini ada due date kan.
orait..

Ada 5 syarat kena dipenuhi;

1. Anda ahli geng bas pink(just click on the follow button, that easy!).

-> syarat dah dipenuhi. Sila check ye =)

2. Buat satu special entri tentang Lucky Draw nih dan perlu link terus ke entri ini dan Tag 5 orang rakan anda. The more the merrier!

-> Saya pilih yang mula2 comment entry INI saya lah kan,
-> yang perempuan sahaja kot.
-> Wajib buat juga ok. ahaha~

1) Salmia

2) Nadd

3) alinac lover

4) s.o.f.i.a

5) lionteen

3. Letakkan 2 banner di bawah di sidebar blog anda dan linkkan terus ke entri ini dan sayangbabyibu.net

Super Dooper Kawaii Mommy & Lil' Ones

Sayang Baby Ibu

-> Sudah settle..tapi letak di bawah main post bulehkah?

5. Tinggalkan url entri Lucky Draw di ruangan komen entri ini sahaja.

Beres, selepas entry ini published.

6. Lucky Draw ini akan bermula dari sekarang sehingga 31 Ogos 2010.

-> Sempat. Semoga manusia2 yang ku tag nanti pun sempatlah ye.

Prize?


10 orang bertuah akan mendapat hadiah chumel ini.






Cantiklah hadiahnya.
mesti mahu punya kan.
hehe~

Orait, kepada yang nak join bolehlah ke SINI ye.

Thursday, August 12, 2010

Contest Happy Moment

Pagi semalam lepas sahur, kubuka PC check2 shoutbox.
MyMy tinggal jejak bagitahu ada tag untuk saya.
Teruslah saya terjah blog beliau.
Waahh..tag ni special sebab 2 in 1 iaitu tag yang merupakan contest.
So, sayapun terus rasa teruja nak join.
Bukan sebab hadiah ke apa tapi sebab tajuk giveaway daa..
Lagi pula ada orang yang sudi tag, apa salahnya kan kalau kita support.
=)



Tuan pemilik Giveaway ini namanya Ayuni..
Klik SINI kalau rasa macam nak join.
haha~

Syarat2 dia mudah sahaja.
Kena jadi follower -> sudah..
Kena buat entry dengan masukkan banner + gambar dipertaruhkan -> sudah..
Tag 2 orang kawan ->sudah..
Tinggal link entry contest anda pertaruhkan di comment box kat atas tadi. -> sudah..

Gambar yang kupertaruhkan ialah.
jeng jeng jeng..


Masa ini tak tahu apa yang happy sangat masa borak-borak di Pulau Kapas.
Rasanya sebab kawan kami yang paling kanan dalam gambar ni buat cerita lawak serius.
Sebab itu muka dia sahaja yang serius, muka kami semua tengah gelak ketawa.
Ngeh2.

2 mangsa tag contest ini ialah;

1) cikmin
2) kakngah

Orait, harap penyertaan saya diterima.

p/s: lama gila tak join contest.huhu~

Saturday, August 7, 2010

30 days of truth - Day 3 : Something you have to forgive yourself for.

Tajuk ketiga ini memang take time untuk dimulakan apatahlagi disudahkan.
2 malam berfikir secara kritis untuk kerah idea.
Ermm..

Something you have to forgive yourself for.
Apakah benda yang buatku kena maafkan diri sendiri?
Geleng kepala beberapa jam sebab tak jumpa.
*kenapa susah sangat nak ingat ni?*
Bercerita pasal benda yang kita perlu maafkan diri sendiri bagi saya kita memang perlu memaafkan diri sendiri bila kita sedar kita buat silap dan berusaha untuk membaiki kesilapan yang kita lakukan.
Tak banyak bezanya dengan memafkan orang lain tapi bukan senang kita nak mengakui kesilapan diri sendiri kan.
Malah ada juga orang yang rasa dirinyaperfect dan tidak pernah buat salah.
Itu pandangan yang silap sebab kita sebagai manusia tak perfect. Hanya Dia sahaja yang perfect segala.

**********************************************************
Ok, dah dapat idea..
Saya rasa benda ini bukan saya sahaja yang patut maafkan diri saya tapi orang lainpun patut maafkan saya juga.
Sebab saya punya masalah untuk meng'explore' jalan-jalan yang sepatutnya saya perlu tahu.
Dan ini amat menyusahkan saya sendiri sebenarnya.
Contohnya, sampai sekarang saya tak tahu jalan nak ke rumah tunang.
OMG, perlukah saya memaafkan diri sendiri sebab tak tahu/tak ambil tahu sebab sudah banyak kali dia bawa saya ke sana tapi still lupa sebab dia yang drive?
Maafkanlah saya ini.
Contoh lain ialah sudah lebih setahun saya drive sendiri pergi kerja balik kerja PJ-Puchong tapi saya tak tahu langsung selok belok jalan di PJ melainkan jalan-jalan penting untuk pergi-balik kerja.
Ok la, up sikit sebab tahu jalan nak pergi OU dan UM (Itupun satu jalan sahaja tahu).

takut weh kalau sesat!

Yang lain tu memang tak tahu langsung. Boleh sesat kot.
*kiranya bila terpaksa barulah explore*

Satu lagi perkara yang perlu saya maafkan diri saya ialah saya amat jarang bersosial dengan rakan-rakan.
Yup, hidup saya sehari-hari hanya pergi kerja balik kerja.
Dan hujung minggu sahaja ada masa untuk keluar. Tapi amatlah jarang.
Banyak aktiviti bersama family dan juga denga tunang (itupun semingggu sekali je kot).
Sampai ada seorang kawan saya yang menegur bila saya tak nak pergi makan2 dengan dia lepas waktu office tamat.
Sebab sebenarnya rasa berat nak join aktiviti lepas waktu kerja ialah saya tak nak tempuh kesesakan luar biasa untuk balik rumah pada hari-hari bekerja.
Kalau saya balik tepat 5.30petang memang jalan tak sesak sangat tapi bila lambat sedikit, kesesakan mula berlaku lagi-lagi bila kena lalu depan sekolah (bukan 1 tapi 2 sekolah tu).
Itulah juga satu sebab saya tak explore jalan.
Maklumlah di rumah semua orang lebih pandai drive daripada saya.
Saya tak pernah drive kalau pergi family vacation sebab saya paling 'bongsu' dapat lesen memandu. Saya seorang sahaja di rumah masih berpelekat P di kereta tu.

Ok la..
Itu sahaja kot setakat ini benda yang saya kena maafkan diri sendiri dan orang lainpun terpaksa juga maafkan saya disebabkan itu.
huhu~

p/s : bulan puasa ini nanti boleh balik awal. 4.45 petang boleh cabut pergi bazar. =)

Wednesday, August 4, 2010

30 days of truth - Day 2 : Something you love about yourself.

Task ke dua ini pula pasal apa yang saya cintai/sukai tentang diri saya.
Hmmm..
Setiap daripada kita ada kelebihan dan tak kurang juga kelemahan.
Yes, manusia tak sempurna.
Apa yang sempurna. Hanya Dia yang Maha segalanya.
Secara amnya orang yang bersyukur ialah orang yang cinta segala apa sahaja kelebihan mahupun kekurangan yang dia ada sebab dia yakin segalanya pun datang dariNya.
Dan ada sebab dia create kita macam itu.

Apa yang saya suka/cinta pasal diri saya?

1) Saya score exam masa sekolah dulu walaupun saya budak bermasalah.


--> Masa saya sekolah rendah saya seorang yang pendiam. Sangat pendiam sampai kawanpun tak ramai. Dan bila exam saya dapat score walaupun kalau ikutkan saya ini pelajar malas. Kerja sekolah malas nak siapkan. Duduk di rumah hanya bermain. Pergi sekolah tiru jawapan kawan-kawan. Alhamdulillah, UPSR saya dapat 4A 1B (Masa itu first time UPSR 5 subjek).

--> Masa nak PMR pun macam tu. Tapi kali ini saya tak suka sekolah. Saya selalu ponteng sekolah. Memang graf pencapaian saya menurun sedikit demi sedikit bila naik tingkatan. Boleh katakan seminggu adalah 2 kali saya ponteng. Tapi pelik sebab masa PMR saya dapat 7A 1B..
Masa naik form 4, cikgu Pembimbing Rakan Sebaya pernah 'perli' saya pasal ini. Dia kata
"tak guna kalau kedatangan kamu 100%, tapi tak score pun. Tengok macam kawan kamu ni selalu pontengpun boleh dapat 7A."
Malu betul masa itu. Tak tahu cikgu tu nak puji atau nak perli sebenarnya.
Tapi take it as positive la kan. Memang azam tahun itu nak baiki kedatangan.

Apa motif suka :
Saya suka sangat sebab saya rasa macam istimewa. Masa itu salah seorang kawan saya teruk berusaha untuk score tapi at last result dia sama dengan saya. Saya pula...err... terharu woohhh...tak percayapun ada.

Tahu tak subjek yang dapat B itu subjek yang sama iaitu Bahasa Inggeris. Sebagai student yang belajar di kampung, saya memang langsung tak dapat nak hadam bahasa itu dulu. Fail!

2) Saya memang sempoi walaupun kadang-kadang nampak serabut..


--> Saya suka sebab saya sempoi.
Saya simple dalam berfesyen.
Beli barang biar murah asalkan cantik di mata.
Tak bermekap. Pakai bedak compact sama lip balm sudah cukup.
Suka sebab jimat belanja.
Tapi kadang-kadang tu rasa macam serabut pun ada bila pakai baju/seluar/kasut yang sama sahaja setiap kali kan.

--> Saya tidak pandai berbahasa bahasi dan jujur bila berkata-kata.
Tak pandai selindung perasaan. Tak suka luah sahaja. Sukapun luah juga.
Saya juga berfikiran simple. Tak suka serabutkan kepala dengan masalah.
Berfikiran simple tu maknanya tak adalah lepas tangan tapi think positives bila hadapi apa sahaja situasi.
Suka sebab saya rasa diri tu 'bersih' sahaja sebab tak menyembunyikan apa-apa.
Rasa 'free' dan tenang sahaja. Pernah ada rasa macam tu tak?
Tapi kadang-kadang bila sampai masa tertentu terpaksa gak 'tipu sunat'..
Ye la adakalanya bukan semua benda boleh share dengan orang.
Lagipun susah nak jadi terlalu jujur sekarang ini. Bahaya!

--> Saya juga simple dalam mendeko-deko.
Kira kalau nak buat hias-hias rumah ini tak terror la sebab akan jadi simple macam diri saya juga. Kosong sahaja.
Tengok blog saya ini. Simple sahaja kan.
Malas nak pasang macam-macam nanti diri sendiri yang pening tengok blog sendiri.
Kan kes naya tu!
Inipun menjimatkan juga dari segi duit atau/dan masa.
Tapi kadang-kadang bila datang mode yang cuba-cuba tu memang habis serabai blog ini dibuatnya. Saja nak ngetest. Bukan nak pakai terusss!

Tuesday, August 3, 2010

30 days of truth - Day 1 : Something you hate about yourself.

Blog ku ini blog bahasa melayu.
Tajuk je bahasa omputeh, tapi isinya tidak.
Ok, perkara yang anda benci berkenaan diri sendiri?

Killer question ini?
Rasanya soalan SPM pun tak sesusah ini.
haiihh..
kejap, nak godek-godek akal fikiran dan memori yang tak berapa kuat dah ini angkara makan msg tersembunyi banyak sangat.

Jujurnya mesti ada kan benda yang kita benci betul..dan ada juga yang kita bencinta.
Benci tapi cinta.
Benci tapi itulah diri kita yang sebenar.
Yang kita cuba bak ubah tapi tak berjaya.
Bila tak berjaya ubah tu yang jadi benci.
"Selemah-lemah iman ialah menegur dengan hati sesuatu kemungkaran."
Apa kaitannya, menegur dengan hati sesuatu kemungkaran = menentang dengan hati sesuatu yang kita rasa tak elok = membenci perkara yang kita benci.
Nampak tak kaitannya.
Ye lah, dah menegur dengan anggota (cuba berubah dengan bersungguh-sungguh)
dan juga perkataan ( cuba muhasabah diri sendiri dengan berkata-kata pasa diri supaya berubah)..
Tapi, tak berjaya juga.
Last choice ialah menegur dengan hati.
Dapat tak point yang cuba disampaikan?
Kalau tak dapat juga, buat-buat faham sahajalah.

ingat senang ke nak buat presentation!

Macam saya benda yang saya paling benci bila nak kena present depan orang.
Kalau nervous, gelabah ayam dan sebagainya itu memang lumrah alam la kan.
Ini siap secara automatik suara volume suara jadi kecil dan secara automatik mata dok pandang slide di belakang, bukan menghadap penonton.
Apakah? menci menci.
Sebab kadang-kadang dah well prepared pun tetap jadi macam itu.
The worst thing is suara tiba-tiba macam tersangkut. Tersekat sekejap.
Malunyaaa...
Dulu ambil course oral communication skills bagai tapi masalah ini totap tak selesai.
http://sandytasha.files.wordpress.com/2008/09/gatti2_002.jpg
comelnya kucing ni tidur

Lagi satu saya benci bila hari minggu, saya akan tidur banyak.
Memang hari minggu sahaja, secara auto saya akan tidur semula selepas subuh.
Macam orang mengantuk disorong tilam dan bantal empuk gitu.
Saya bagi contoh minggu lepas, saya tidur pukul 9.00 malam ( belum isyak).
Then, kunci jam pukul 4.30 pagi untuk solat Isyak (ada gak la ura2 nak solat tengah malam)
Tetapi, memang saya berjaya bangun pukul 4.30 pagi.
Tapi lepas Isyak terus tidur balik.
Then bangun subuh, lepas itu sambung lagi bantai tidur sampai pukul 9.00 pagi.
Cuba kira berapa jam saya tidur?
Hampir 12 jam.(banyaknya..)
Bangun-bangun sahaja kepala jadi ting tong sebab terlebih tidur.
alahaiiii...

Jard, ikut tema ke idak ni?
Memang dalam kepala dok kosong ni.
Bencilah bila idea tak ada semasa diperlukan.

Sumber gambar : pakcik google la..



Monday, August 2, 2010

30 Days of Truth by Jardness.com.

Salam malam..
Ehem2..
Saudari Jard yang budiman telah mencemar duli di kotak komen entry bawah ini untuk jemput join Cabaran 30 hari tulis -tulis blog..
Tajuknya memang menyeramkan tapi agak interesting untuk dibuat.
"Day of truth ..for 30 days"
wow!

Sebelum apa-apa saya buat intro dulu ye Jard.
Err..memang kena ikut turutan lah ini ye.
Ermm..

Day 01 → Something you hate about yourself.
Day 02 → Something you love about yourself.
Day 03 → Something you have to forgive yourself for.
Day 04 → Something you have to forgive someone for.
Day 05 → Something you hope to do in your life.
Day 06 → Something you hope you never have to do.
Day 07 → Someone who has made your life worth living for.
Day 08 → Someone who made your life hell, or treated you like shit.
Day 09 → Someone you didn’t want to let go, but just drifted.
Day 10 → Someone you need to let go, or wish you didn’t know.
Day 11 → Something people seem to compliment you the most on.
Day 12 → Something you never get compliments on.
Day 13 → A band or artist that has gotten you through some tough ass days. (write a letter.)
Day 14 → A hero that has let you down. (letter)
Day 15 → Something or someone you couldn’t live without, because you’ve tried living without it.
Day 16 → Someone or something you definitely could live without.
Day 17 → A book you’ve read that changed your views on something.
Day 18 → Your views on gay marriage.
Day 19 → What do you think of religion? Or what do you think of politics?
Day 20 → Your views on drugs and alcohol.
Day 21 → (scenario) Your best friend is in a car accident and you two got into a fight an hour before. What do you do?
Day 22 → Something you wish you hadn’t done in your life.
Day 23 → Something you wish you had done in your life.
Day 24 → Make a playlist to someone, and explain why you chose all the songs. (Just post the titles and artists and letter)
Day 25 → The reason you believe you’re still alive today.
Day 26 → Have you ever thought about giving up on life? If so, when and why?
Day 27 → What’s the best thing going for you right now?
Day 28 → What if you were pregnant or got someone pregnant, what would you do?
Day 29 → Something you hope to change about yourself. And why.
Day 30 → A letter to yourself, tell yourself EVERYTHING you love about yourself

Wish me luck guys.
Ahaha..bukan contest la.
Ini cabaran suka-suka dalam masa yang sama bagus untuk mengenal diri sendiri.
Yup, sometimes kita tak kenal diri kita melainkan kita memikirkannya.
Dan cabaran ini akan buat saya terfikir/ memikir siapa saya.

Friday, June 25, 2010

Tag ke 3 bulan Jun : Tag Fantastic Blogger.

Tag ni dah lama dapat.
Awal June hari tu (tak adalah lama sangat kan?)
Tag ni from Marina yang sangat suka jawab tag.
=)

Dia kaat nama tag ni bukan FANTASTIC tapi sebab kena pilih 15 fantastic blog, maka dia rebatch la tag ni.
Saya tukang sambung sahaja la.

Apa yang perlu dibuat untuk settle kan tag ni?

1. Thank and link the person that tagged you

Terima kasih Marina.
terharu sebab pilih blog saya ni sebagai fantastic blog.
huhu~
(lihatlah duniaaaaa...)

2. Tag 15 bloggers you've recently discovered and think fantastic

Banyak weyh sampai 15..
Jap pikir dulu 8 saat..

ok, calon2 nya adalah :

darkbatman
nanajoe
puterisengal
qellissa
niesz
ezany-kun
tehr
cheqppjoy
mia liana
qdine

lagi 5 tu siapa yang tegar2 datang sini hari2 bolehlah ambil.
Ikhlas ni =)

3. Contact that blogs and let them know they've been tagged

baiikkkk!!

4. State 7 things bout yourself
  1. blogger.
  2. mata besar.
  3. pencinta kucing.
  4. suka jalan2.
  5. suka tidur.
  6. family oriented
  7. lahir 12.04
Ok dah siap!
Saya malas nak pergi terjah calon2 yang terpilih tu la.
Biar diorang discover sendiri la.
uhuk2..
err..
oo..baru teringat peraturan ke 3..
orait2..nanti saya bagitahu mereka.

Tuesday, June 22, 2010

~~~PINKLOLIPOPS 1st FREE GIVEAWAY~~~

Saya ada dapat tag from Izzatul Iman
Tapi tag ni bentuk dia macam giveaway pula.
Trend baru agaknya.
Oleh kerana sayapun first time dengar pasal PINKLOLIPOPS ni, sayapun terjah la blog beliau.
Sedikit review pasal PINKLOLIPOPS milik Ayu Rosli....
Beliau adalah seorang yang gila menjahit..
Dia banyak ambil order jahit manik pada baju..
Cantik2 juga. hargapun berpatutan.
Yang terbaru saya tengok yang inilah.




Kali ini dia berbesar hati mahu beri hadiah kepada 4 orang yang bertuah.
Syarat2nya,

1. Jadi Follower blog dia. -->SUDAH
2. Link blog "http://pinklolipops.blogspot.com/" di blog sendiri. -->SAYA MASUKKAN UNDER 'BLOGGERSIFOLLOW'

3. create new post "~~~PINKLOLIPOPS 1st FREE GIVEAWAY~~~" di blog sendiri dan berikan sebarang comment @ review tentang PINKLOLIPOPS..sebarang comment positive @ negative pun dia tak kisah katanya.-->SUDAH SIAP
4. Tag 3 org rakan dlm post tersebut utk join sekali free giveaway ini.. -->DIBAWAH NI
5. Sudah settle semua syarat di atas?? then lastly tinggalkan link blog post di ruang "comment" post INI --> CHECK ENTRY K

Dengan ini saya tag;

1) Marina
2) Dila Azie
3) Puterisengal

Mari2 join sebab hadiahnya best sangat2.
Thanks Izzatul Iman tag saya untuk join giveaway ni.=)

Wednesday, June 9, 2010

Award 'Blog Paling Comel from Ruby

Salam malam..
Seronok hingga melompat-lompat keriangan sebab dapat award ni.
Siapa la tak suka kan kalau blognya dilabelkan paling comel.
tee heee... kembang sekejap. =)

Award ni datangnya daripada sahabat maya yang saya kenali masa mula2 aktif berblog,
cik Ruby.
Sampai sekarangpun saya tak dapat nak cam wajah sebenar dia sebab dia selalu 'conteng' bahagian muka dia bila upload gambar.
So, terbukti ada gak blogger perempuan yang low profile.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjJBvQ1RxGtKZK5gHW89y1epdC8O9CK1yZQgBlOLJ49Kr6eaC6LDXJDVTHM9h-Ms_JQIMhX1OkOcNuBmN4xYlpptwbRvqbsoq7yAs-VR5rXTNu3R85I8PdOQY2-sdZO2s_KtpSbT4hikg8/s1600/aisyah.jpg

Thanks again yea.
Sape nak award ni?
Saya nak bagi kat blog2 yang saya rasa cam comel.
Sapa rasa blog dia comel sila tinggal jejak kat comment box.
Ti saya bagi anda.
haha~

Monday, June 7, 2010

Tag pertama di bulan June

minta maaf la kepada pengetag2 tegar sebab saya kurang ada free time untuk buat tag.
Nak buat entry pun fuuhh....
Nak perah idea tu yang payah.

So, hari ni macam free sikit.
nak buat la tag yang saya terima.

Thank to marina anakcikbob yang sudi bagi tag ni pada saya =)


Soalan pertama : adakah anda rasa anda hot?

agak hot la lagi2 bila ada orang potong line masa tunggu bayar tol. Memang hell la grrrr~

Soalan ke-dua: upload wallpaper yang anda guna sekarang.

Nilah dia. Suka sangat gambar ni.


Soalan ke-tiga : cerita pasal wallpaper tersebut.

ni gambar kami full satu family masa my sis's wedding. Sangat suka sebab semuapun sporting termasuk ayah dan abang (muka mereka paling lawak)

Soalan ke-empat : bila kali terakhir anda makan pizza?

tak ingatlah. Akhir bulan 5 jugalah =)

Soalan ke-lima : lagu paling latest anda dengar.

Lagu Lady Gaga la..cett..fly FM tadi.

Soalan ke-enam : apa yang anda buat selain menyelesaikan tag ini?

tak buat apa. hakhak~

Soalan ke-tujuh : selain nama sendiri, anda dipanggil nama apa?

nama sendiri je la. =)

Soalan ke-lapan : tag lagi lapan orang.

prettyrain, angahFarah, Syen, Suaidah, rutikeben, nanajoe, Fawzan, Biru,

Soalan ke-sembilan : siapakah orang no. 1 kepada anda?

kawan sekolah. Jumpa balik masa pi Pulau Kapas dulu. Baru juga jumpa di majlis Ai hujung minggu baru ni.

Soalan ke-sepuluh : katakan sesuatu kepada orang no.5

ruti, sorry ye sebab tak anto lagi hadiah kamu. sob2..

Soalan ke-sebelas : no. 3 ada hubungan dengan sapa?

die ade hubungan dengan my sis (sebab dia abang ipar saya =))

Soalan ke-duabelas : bagaimana pula dengan no.4?

Dia ni saya pernah jumpa di Gatsby Streets Fair dulu. Dan dia antara pelawat tegar blog saya. Ya, sayapun rajin ke blog dia.

Soalan ke-tigabelas : pesanan kepada orang no. 6.

Anda memang kaki jackpot yang bertuah. Sila share dengan saya petua2 anda.kuikui~

Soalan ke-empatbelas : kata2 cinta untuk orang no. 2.

Farah, aku sayang ko.

Soalan ke-limabelas : adakah no.7 dan no.8 mempunyai persamaan?

Mereka beragama Islam dan duduk di bumi yang sama =)

Soalan ke-enambelas : berikan 5 perkara yang anda tawu tentang orang yang mengetag anda.

  1. namanya marina.
  2. umurnya 26 tahun.
  3. asal johor.
  4. Seorang perempuan.
  5. statusnya mungkin masih single but not available.

Soalan ke-lapanbelas : perasaan anda semasa buat tag ini.

susah weyh.berpeluh2 eden menjawab. huhu~

Soalan ke-sembilanbelas : adakah anda tau si razman itu sengal.

razman?
sapakah dia?
adakah dia pencetus tag ni. Agak sengal la kalau begitu.

Soalan ke-duapuluh : gay or less?

saya staright!

p/s : kepada yang rasa dialah yang kena tag tu bolehlah ambil dan buat ok. Kalau ada penyakit M abaikan je la tag ni. sob2..

Saturday, May 22, 2010

Smart Tag from Qellissa~

Semalam time berbizian siapkan beberapa post untuk cover hari ni, saya check la shoutbox.
Ada dapat mesej from Qellissa yang saya telah di tag.
So, saya cubalah buat..


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjxg0k9FoWdqUe5Iwr2oT-XYcN3qH-kmPOnm1M-gyH9qF7Rz5EyMKDQEA3e4tuYSdOSR7j_M9nEVDBcx9KnFLgTxXugWjsU6No7Ru6wLwPIz6bZFiNz5H3C35l17LHI_b5MiU3_1BNpF5E/s1600/smart+tag.jpg
tak tahu motip..tapi macam kat tol sumway LDP je..

1.3 Names in your inbox cellphone

Nana - tanya plan turun Shah Alam (besties UTM yang keje kat Penang).
my F - beritahu pasal kos bayar tuk repair kete akibat accident kecil.
My sis- pasal bank in duit untuk beli ikan masin sarawak.

2. Your main ringtone

Bunkface -Situasi (sebab macam bingit je)

3. What U did at 12 last night?

layan blogging lagi..

4. Who was the last person U went out with? Where?

my F, Tadi pi Sentul Park


5. The color of T-shirt you're wearing now?

tak pakai tshirt tapi baju kelawar warna pink plus merah..
=)

6.The last thing you did?

solat sebelum blogging

7. 3 of your everyday favourite items?

buku novel

8. The color of your bedroom

pink (ehehe..cat masa my sis wedding..)

9. How much money in your wallet now?

rahsia..x byk sebab ujung bulan kan..

10. Your favourite song?

ntah...

11. What will you do next weekend?

kemas bilik macam biasa.

12. When was the last time U saw Ur Mum?

ada kat tepi ni tgh tunggu AF8 Final start..

13. Where is she now?

dah bagitau kat no. 12

14. When was the last time you talked to your parents?

baru je tadi..

15. Who is the last person that texted U?

Nana ( kan dah bagitahu tadi.)

16. Where did U have your dinner last night?

Roti telur sama teh tarik kaww..

17. The last suprise you got?

x de lagi..

18. Last thing U borrowed from your friends?

pinjam pe ek? pinjam idea ada la..ekeke~

19. Who is ur BF/GF or husband/wife?

BF = my F (ada laaa rahsia..haha~)

20. What do you feel now?

ada mood nak layan AF8 Final sat..tapi mmg tak layan sejak mula..final je semangat nak tgk..

21. Wanna share with who?

orang2 kat umah ngan geng2 blogger..jom tgk..haha~

22. Who knows ur secret?

certain my F, certain my family

23. They keep ur secret?

keep je..

24. Are you angry with someone?

ada gak la..peaple with no manners..lagi2 kt jalanraya..

25. What do you order at McD?

big mac set medium je..ahaha~

26. The last time you felt so sad?

tadi..ada sikit la. lebih kepada risau.

27. What is your wish for tomorrow?

better than today!

28. Who will U tag next?

Izzatul Iman

Puterisengal
ciklilyputih

p/s : nak layan AF8 dulu naaa...jommmm~

Blog Pasal Shaklee lah~

Related Posts with Thumbnails

Dah menjadi sejarah~

Web Analytics