Followers

Tuesday, June 1, 2010

Teh Tarik time~

Ahad baru ni ayah mengajak kami ke tanah perkuburan.
Menziarahi kubur nenek serta 2 orang bapa saudara yang dikebumikan di tempat yang sama.
Untuk pengetahuan semua, di situ jugalah Allahyarham Yasmin Ahmad dikebumikan.
tapi serius saya tak tahu mana satu Allahyarham dibumikan.

Lepas tu, mak ajak pi sarapan terus di kedai.
Memang kami tak masak apa2 pun pagi tu.
So, layankan sahaja.

Mak dan ayah memang suka pekena teh tarik di kedai yang kami pergi tu.
Sebab ia sedap, kaw, cawannya besar dan harganya murah.
Mana nak dapat teh tarik kaw berharga RM1.00 secawan di area KL kan.
Paling murah saya jumpa RM1.20 sahaja.
Kalau jumpa yang RM1.00 pun tak sesedap mana. Kurang kaw!.

Err..sayapun pekena teh tarik gak.
Nampak ada 3 gelas teh tarik di situ.

Kalau dah pekena teh tarik tu memang tak lengkap kalau tak ada roti canai.
Ayah saya tengah makan roti banjir.
Kamipun order roti gak. Tapi roti jenis lain la.
Yang best nya kami tak cicah dengan kuah dal tapi kuah kari ayam.
Sedap woo~

Sempat snap ayah punya meal saja sebab lepas sampai saya punya roti cheese terus makan sampai lupa nak snap2.
ekeke~
p/s : Jom pekena teh tarik!

2 comments:

Jard The Great said...

hehe.. ku suka milo ais..

noorafzan.blogspot.com said...

milo ais my F suka.
sebenarnya ada cerita diesebalik gamabr tu.
my F pun ada lepak sama kami.
saya paksa =)

Blog Pasal Shaklee lah~

Related Posts with Thumbnails

Dah menjadi sejarah~

Web Analytics