Followers

Showing posts with label movie menarik. Show all posts
Showing posts with label movie menarik. Show all posts

Tuesday, March 8, 2011

Drama Asmara 2 : Suka tengok 'Zaliya' pakai tudung!

Salam korang!

Malam ini dah mula sambungan Drama Asmara iaitu Asmara 2. Jangan lupa tukar channel TV3 pukul 9 malam nanti ok. Actually saya dah cerita pasal sinopsis drama Asmara 2 ini dalam blog satu lagi. Terjah SINI ok.

Apa yang saya nak coretkan dalam blog ini ialah berkenaan watak Zaliya yang dalam drama terdahulu amatlah liar dan stylo mylo gitu. Free hair dan seksi seksa tapi dalam sambungan ini dia pakai tudung. Cantik tu Faezah Elai pakai tudung. Sure ramai yang akan terpikat dengan watak Zaliya ini. Sayapun akan doakan one fine day gadis-gadis baik sopan santun seperti Faezah Elai ini akan pakai tudung secara istiqamah. Mari doakan ramai-ramai ye.

Artis lain yang saya tunggu untuk pakai tudung ialah Lisa Surihani. Eh, dia pernah pakai dalam cerita Tudung Ekspress kan? Tapi itu dalam lakonan. Saya mahu tengok yang betul-betul punya. Semoga terbuka pintu hati dia suatu hari nanti untuk pakai tudung. Macam Yuna. Walaupun dia bertudung tapi dia tetap stylo mylo beb! Lagipun berapa kali nak cakap, menutup aurat itu WAJIB kan. Termasuklah rambut itu.

Ok, bai!

Tuesday, December 14, 2010

Drama Asmara : Dah habis tayang baru nak layan ke? | New Update

Korang,seperti yang saya dah maklumkan blog saya dah berpindah kewordpress self hosted. So, jom baxa update terkini di blog noorafzan.com

Klik link di atas ini ye untuk untuk baca dengan lebih lanjut ok!

Monday, December 13, 2010

New Update | Benci Bilang Cinta : Marathon di Youtube!

Korang,seperti yang saya dah maklumkan blog saya dah berpindah kewordpress self hosted. So, jom baxa update terkini di blog noorafzan.com

Klik link di atas ini ye untuk untuk baca dengan lebih lanjut ok!

Friday, November 19, 2010

Sinopsis Drama KARMA SALINA - Lakonan mantap Adi Putra, Aaron Aziz, Sharifah Amani dll malam sabtu ini!


Tengahari tadi nampak tweet Erma Fatima pasal drama KARMA SALINA.
Korang tengoklah barisan pelakon dia hebat-hebat belaka tu. Harap-harap malam sabtu tu ku berkelapanganlah untuk tengok. Suka Aaaron Aziz woo...=)
Drama ini sempena AidilAdha. 

Sinopsis Drama Erma Fatima yang saya cilok daripada http://www.gua.com.my/

Karma Salina, Sabtu, 20 November, 10.00mlm (Cerekarama)
Rakyat Malaysia tidak berpuas hati dengan hukuman yang dijatuhkan kepada Salina termasuklah Nora Asyikin, peguam yang menerajui Biro Tata Syariah. Nora Asyikin tekad untuk memperjuangkan nasib wanita mengikut hukuman Allah. Ketika Nora mengunjungi keluarga Salina, Intan datang dan menyerahkan surat yang diberikan Salina sebelum dia dijatuhkan hukuman. Barulah mereka mengetahui Salina sebenarnya redha dengan hukuman itu lantaran rasa berdosanya terhadap ibu bapanya, cintanya yang mendalam terhadap Afkar hingga mengizinkan dirinya dianiya oleh suaminya dan menjadi pembunuh. Nora Asyikin tetap membela kematian Salina dan akhirnya masyarakat mula memahami mengapa Salina mati di tali gantung dan betapa mulianya pengorbanan Salina.

Actually, drama TV3 sekarang banyak yang makin berkualiti kan. Memang tak rugilah tengok. Betterlah daripada Filem yang tengah hangit di panggung sekarang ni. Yang producer dia target RM40 Juta tu.
Entah apalah result dia nanti ye. Dengarnya pula nak panggil Pamela Anderson berlakon 2nd filem. Bukan sekadar omong kosong rupanya. Semalam dengar radio ERA, dR tu cakap dah ada 'perbincangan' dengan pihak Pamela. Wooot, kalau Pamela berlakon dalam filem dR tu korang rasa mampu tak catat jualan tiket Juta-Juta? Jawab di ruang komen ok?

p/s :Saya suka baca komen Mr K pasal filem 2 Alam..Korang pergi baca tengok.
p/s : Korang nampak tak tab ChurpChurp sebelah twitter eden tu? ahaa..baru berjinak-jinak merpati join tu. Sila ramai-ramaikan geng ku dengan follow TWITTER SAYA ok.

Saturday, November 6, 2010

Berita Gembira 2 : Dapat pergi tengok movie Skyline free =)

Saya hari-hari terjah blog nuffnang tapi hari tu saya ada baca blog dorang pasal Nuffnang Premiere Screening – Skyline

Macam best sahaja bila tengok video promo cerita itu. So, bacalah apa yangperlu di buat untuk mendapatkan tiket wayang tengok movie ini bersama nuffnang. Tak perlu buat entry tapi perlu tinggalkan komen paling kreatif macam mana nak defend manusia daripada kena serang alien. Kalau korang nak tengok apa ku jawab bolehlah terjah post tersebut. Tad isaya tengok dah ada 284 komen. Juling mata nak baca semua sekali. hoho~

Dan kelmarin saya dapat email invitation untuk menonton Skyline free.

image

Dah la free lepas itu ada popcorn combo juga diberikan pula. Wuhuu..feveret saya itu. Tak sia-sia saya join walaupun simple sahaja caranya kan.

image

Terima kasih nuffnang kerana memilih saya untuk join special screening ini. Ada siapa-siapa tak yang dapat jemputan untuk tenok movie ini juga. Kalau ada roger-rogerlah. Boleh kita jumpa di sanaaa~

Lagi satu yang bestnya, kitorang dapat tengok awal 2 hari daripada orang lain. Tarikh tayangan kan 12/Nov/2010. Kitorang dapat tengok pada 10/Nov/2010. Ini first time daapt invitation. Sebelum ini banyak dah join tapi tak ada rezeki. So, lepas ini kawan-kawan grab la peluang ok. Sekarang ini pun ada contest untuk filem Nuffnang Premiere Screening untuk movie Rapunzel dan juga Narnia. Kalau sempat sok saya join.

Nota kaki :

tapi dalam masa saya gembira ini still risau juga akan kesihatan mak. Sekarang ini mak dah makin ok selepas jumpa doktor dan jaga makan. Hari Sabtu kena pergi jumpa doktor semula. Kalau tak ok juga kena masuk hospital. Kalau ok dah tak perlu. So, sekali lagi saya maohon doa kawan-kawan agar dalam tempoh 3 hari bermula hari ini kesihatan mak saya akan bertamnbah baik. Kalau tidak, maka mungkin saya terpaksa lepaskan peluang tengok cerita ini.


Monday, August 16, 2010

Ahad yang haru : Ramadhan 5

Hari Ahad sepatutnya hari yang tenang dan aman damai.
Tapi Ahad kali ini agaklah haru biru.
Sebabnya adalah..

Pertama,
Hari ni bangun sahur macam biasa.
tak ada yang pelik.
Tapi memang lepas itu tidur macam tak nak bangun sudah.
Pukul 9.50 pagi baru sedar.
huihhh..
(Bangun lewat bulan puasa ini. Rugi sebab lebih elok tidur tengahari. Masa itulah paling mencabar bagi yang berpuasa. Haru betul)

Kedua,
Bangun sahaja terus nak ON PC.
Nak main internetlah kononnya.
Blogpun tak update lagi untuk hari Ahad punya.
Sekarang memang tak ada masa lebih untuk buat scheduled post.
huhu~
Last-last tak update pape pun.
Mak ON TV, kutertengok TV.
Mula-mula tengok berita berkenaan Ribut di bazar Jasin di TV1.
Pasal bantuan yang diberikan kepada keluarga mangsa yang meninggal dunia sebanyak RM3000 setiap keluarga dan juga RM1000 kepada setiap orang yang cedera (18 orang kan)
Lepas itu terus melekat di TV.
Selamat tinggal blog dan FB.
Sampailah pukul 1.00 macam tu tiba-tiba mak tukar channel ke Astro Prima.
Ada cerita Indonesia, Benci Bilang Cinta yang berepisod tu.
Macam best pula.Kebetulan setiap episod 1 jam.
Dan ada 3 episod ditayang terus menerus daripada pukul 12.30 sampai 3.30.
Episod pertama tu memang kudah ketinggalan 30 minit.
Tapi episod 2 dan 3 itu memang saya tengok tanpa stop.

Tak cukup dengan itu, lepas habis episod yang ketiga tu sayapun terus cari di Youtube.
Memang adapun.
Sayapun terus buka episod terakhir iaitu episod ke 49 (
49 tuuu..tak larat nak tengok sekaligus).
Dengan mak sekali layan episod terakhir itu di youtube.

memang gilalah hari ini,
Tak pernah-pernah nak layan drama indonesia tapi hari ini boleh pula jadi haru sampai search cerita tu di internet.

Ketiga,
Lepas layan cerita itu sampai habis, saya tengok jam sudah pukul 4 lebih.
Dan tak semena-mena hujan pula turun lebat.
Siap dengan guruh semua.
Jadi TV dan PC semua saya OFF kan.
Bahaya!

Dan sekali lagilah saya rasa hari ni haru sebab saya tak berblog hari Ahad walaupun tak pergi ke mana-mana.
Apalah?

Keempat,
Bila dah jadi macam itu lebih baik saya pergi memasak.
Sebab tak lama lagipun masa untuk berbuka.
Sayapun siaplah potong daging, sayur, bawang merah, bawng putih, cili api, cili besar dll.
Masa nak masak itu tiba-tiba saya perasan yang kawasan luar rumah sudahpun banjir.
Siap sudah meresap masuk ke bahagian dapur.
Puas saya tutup segala lubang yang ada untuk elak air masuk tapi air tetap juga masuk.
Hairan bin pelik sebab hujan tak adalah lebat sangat tetapi banjir.
hmm...
Sudahnya saya memasak dalam banjir. Tak ke haru tuh?
huhu~

Kelima,
Hujan dah berhenti.
Dan biasanya air yang bertakung akan surut seiring dengan pengurangan titik-titik hujan.
Tapi peliknya hari Ahad itu sebab hujan dah berhenti tetapi air banjir still takat itu juga tingginya. Tak surut-surut.
Pelik tapi benar dan kami terpaksa berbuka puasa dengan dapur yang banjir.
Hoho..
Haru betullah.
Masa berbuka itu baru ayah bagitahu yang bukan rumah kami sahaja yang dilanda banjir, tapi satu lorong banjir.
Malah ada yang lagi teruk daripada kami.
Puncanya longkang tersumbat dengan batu-batu jalan akibat kerja-kerja penukaran batang paip bawah tanah di sini. Batu-batu jalan disumbat dalam longkang dengan sewenangnya. Mana tak banjirnya kalau pengaliran air tak lancar.

Lima perkara yang berlaku pada Ramadhan ke Lima ini buat hari Ahad saya lain daripada yang lain.
huhu~
Macam mana dengan hari Ahad anda?
Mesti hebatkan? Tak seharu Ahad saya.

Thursday, July 15, 2010

Dapat beli buku Lagenda Budak Setan!

Kelmarin, saya ada menceritakan berkenaan kesukaran untuk mendapatkan novel terlaris yang dah jadi filem, Lagenda Budak Setan (LBS).

Nak dijadikan cerita, sebelum filem ni masuk panggung lagi saya sudah gigih mencari.
Tapi memanjang sahaja tiada stok.
Kalau ada stok pun semua itu sudahpun reserved.
Memang bikin hati panas sahaja.
Cari-cari bagai nak rak at last bila tanya di kaunter, stok sudah kena reserve.
Saya ingin mencadangkan sistem carian buku di MPH di upgrade dengan masukkan juga column availability status buku2 tu. Reserve atau available.
Tak adalah susah2 pengguna macam saya ni berbunga harapan lepas itu harapan itu musnah.
Sudah pastilah sedikit 'makian' dalam hati ini ada walaupun sekelumit cuma bila jadi macam gitu kan.
(Ada sesiapa daripada MPH yang baca entry ini. Silalah ambil tindakan sewajarnya ok!)
Macam beberapa hari yang lepas pun saya ada cerita pasal pencarian novel LBS yang gagal.
Disebabkan dah rasa give up untuk cari novel LBS, saya nekad nak buat reservation juga di MPH secara online.
So, mulalah godek2 website dia cari buku LBS.
Ada jumpa dan sayapun register account untuk beli buku secara online.
Lepas register tu saya memang terus sahaja beli dan bayar harga buku secara online juga.
So, MPH akan poskan sahaja buku tu nanti.

Wahh..ini sudah senang.
Kalau tahu dari dulu dah beli secara online.
haiihh..

Semalam buku itu sudahpun selamat sampai ke tanganku.
Punyalah seronok dapat beli buku tu.
Cetakanpun terkini punya sebab siap ada cover Edisi Terhad sempena sambutan Jubli Perak novel LBS tu.

macam ginilah rupa cover luar novel yang saya beli.

Rupa cover dalamnya sama macam kat bawah ini tapi hanya ada watak lelaki dan perenpuan ini sahaja manakala background semua warna biru kosong.
(nanti2 saya upload rupa buku tu versi 2010.


Rupanya novel ini terhasil masa tahun kelahiran saya.
Means umur novel LBS ini sama dengan umur saya.
Wow!

Ok, saya akan update pasal novel ini lagi nanti yea.
Tak sabar nak membacanya.

p/s : sebenarnya saya tak pernah baca novel LBS sebelum ini. Padahal novel ini pernah menjadi kegilaan kawan2 sebaya saya masa sekolah dulu. Dulu tak minat baca novel kot. Ahaha~

Tuesday, July 13, 2010

Kerana filem Twilight Eclipse saya beli novelnya.

Semalam selepas saya pergi tengok cerita Eclipse, saya pergi MPH.
Tujuannya macam biasalah nak mencari novel Lagenda Budak Setan.
Kot2 la ada stok baru sampai.
Mula terujalah sebab ada 4 copy available bila check di sistem MPH.
Tapi bila cari tak jumpa.
Last2, pergi tanya di kaunter service.
Alangkah kecewanya bila pekerja MPH bagitahu buku itu semua sudah di reserve oleh orang lain.
hampesss~

Tak boleh jadi ini?
Kena buat reservation jugalah nampaknya.
huhu~

Bila buku yang dicari tak jumpa.
Sayapun ikut my F turun ke level bawah tengok majalah.
Dia macam biasa akan beli majalah berkenaan kamera dslr.
Masa turun escalator nampak iklan buku Ecilpse.

Akhirnya dapat beli buku Eclipse
Apa lagi, terus mencari-cari buku itu.
Cari punya cari rupanya buku tu MPH letak di ruangan children.
Apa kes letak buku tu di bahagian itu?
Bukankah buku itu dah masuk alam dewasa punya cerita?
Tak faham betul saya.

Sebelum inipun saya beli novel selepas filem keluar.
Sebabnya harga buku sebelum dan selepas tayangan memang berbeza dalam RM10.
Lagipun kalau baca dulu sebelum layan movie tak best.
Tak suspen la kan.
Selain itu jimat RM10 untuk satu buku.
Kalau 4 buku, RM40.
Banyak tu.

Dipendekkan cerita terubat juga kekecewaan tak dapat buku Lagenda Budak Setan itu dengan membeli buku Twilight Eclipse.
Ok la, mahu layan novel pula.
Tukar mode blogging kepada novelling pula daa~

Sunday, July 11, 2010

Review filem Twilight Eclipse.

Hari ini focus melepak di rumah.
Baru lepas pekena pulut+santan+durian+gula melaka(nisan)..
Lepas itu minum pula nescafe panas sambil layan blogging.
Memang hari minggu yang heaven =)

Dipendekkan cerita semalam saya melayan cerita Eclipse siri ke 3 Twilight.
Saya pernah buat sedikit ulasan berkenaan filem ini dulu di SINI.
Sinopsis berdasarkan mata dan hati saya..


Cilok dari google
1) Victoria telah membunuh seseorang bernama Riley di Seattle untuk dijadikan 'hamba' merekrut kumpulan vampire baru untuk menghapuskan Cullen's family. Ramailah budak2 muda yang hilang tanpa dapat dikesan selepas itu. Charlie pun pening kepala nak handle kes2 kehilangan itu.

2) Bella dengan Edward berada di akhir pengajian dan akan graduate tak lama lagi. Mereka macam biasa menjadi pasangan bercinta yang romantik. Edward melamar Bella ketika itu tapi Bella tak mahu lagi. Tapi Bella terima juga lamaran Edward semasa Bella bermalam di rumah Edward. Siap melutut untuk bagi cincin. Edward memang konservatif.

3) Keluarga Cullen mengesan Victoria di kawasan sempadan antara Cullen's territory dan juga Jacob's territory dan berusaha untuk menghapuskannya tapi gagal. Sementara itu bagi mengelakkan Bella tahu, Edward telahpun merancang percutian Bella untuk bertemu ibunya.
At last Bella dapat tahu juga pun.

4) Bella berusaha untuk berkawan semula dengan Jacob selepas Charlie complain berkenaan hidupnya yang hanya dengan Edward. (tak sosial). Dan mereka akhirnya berkawan semula walaupun Jacob masih berusaha memenangi hati Bella.

5) Bella akhirnya graduate juga bersama kawan2 dia. Masa hari graduation tu kawan dia Jessica diberi penghormatan untuk buat speech.

6) Berlaku perebutan cinta antara Jacob, Edward dengan Bella. Memang sepanjang tayangan kita akan disajikan dengan mood2 cemburu antara Jacob dengan Edward dan juga jiwa kacau Bella. (yang ini memang banyak dan agak interesting. So, saya tak mahu cerita di sini. Tengok sendiri di pawagam ok).

7) Akhirnya pasukan Victoria dah mula bertindak dan sasaran mereka ialah Bella. Keluarga Cullen dapat mengesan misi mereka itu dan membuat persediaan. Yang bestnya Jacob dan kawan2nya nak membantu Cullen's family menentang pasukan Victoria itu. Wah2..dua musuh kini bergabung tenaga. Atas gabungan yang mantap ini, mereka berjaya menumbangkan pasukan Victoria. Victoria pun turut mati di tangan Edward. Nak tahu macam mana dia mati? Haaa..layankan ye kat pawagam. Macam tak percaya sahaja tengok cara dia mati.

8) Selain itu ada juga kisah sejarah macam mana hidup Rosalie dan Jasper sebelum mereka menjadi vampire. Rosalie dibunuh oleh teman lelaki setelah dirogol beramai-ramai oleh kawan-kawan teman lelakinya manakala Jasper telah dibunuh untuk dipergunakan oleh seorang vampire perempuan untuk merekrut pasukan baru vampire perempuan itu sehinggalah dia bertemu Alice. Situasi yang dilalui Jasper samalah dengan apa yang dilalui oleh Riley yang telah dipergunakan Victoria.

Komen saya pasal filem kali ini.

1) overall memang menarik.
2) cuma, aksi kurang dan lebih banyak bercakap, berbual.
3) perebutan antara Jacob dengan Edward memang interesting bagi saya.
4) Cara Victoria mati terlalu mudah kot.
5) Gabungan antara Vampire dengan Wolf amat2 menarik dan dinantikan.
6) Tak sabar nak tunggu episod terakhir twilight di mana Bella dengan Edward akhirnya berkahwin dan menjadi vampire. Kasihan la pula pada Jacob.
7) Dialog-dialog dalam cerita inipun banyak yang best.

So, kesimpulannya cerita ni menarik.
Sila ke panggung untuk melayannya ok.
=)

Saturday, July 10, 2010

Jumpa blogger di Gathering GengBlogger =)

Baru balik daripada tengok Eclipse.
Komen pasal Eclipse?
Nanti-nantilah yea. =)

Beberapa hari lepas saya ada cerita pasal kekeliruan yang saya hadapi.
Tapi semalam segalanya telah terjawab.
Saya dah tak keliru lagi sebab saya boleh pilih kedua-duanya.
=)

Yang first tu sebenarnya pasal kecik sahaja.
Saya dah plan nak pergi gathering tetapi my F dan beli tiket Eclipse secara online pukul 3.00 ptg.
Jadi, saya dalam dilemma sebab gathering itu masanya daripada pukul 10 pagi hingga pukul 5 ptg.
Cara settle pergi gathering dulu sampai pukul 1.
Then, gerak untuk pergi tengok Eclipse.

Dan Alhamdulillah.
Segalanya berjalan ikut planning.
Kami sempat berkenalan dan ambil gambar dengan semua blogger yang pergi.
Cuma tak sempat nak melibatkan diri dalam program sebelah petang yang lebih menarik iaitu sesi sharing pasal alexa, pagerank oleh Ariffshah dan juga perkongsian berkenaan pengalaman berblog oleh kujie.
Dan paling rugi ialah Kosmo datang buat liputan program pada pukul 3.30 petang.
Huhu..Rugi2..kalau tidak boleh masuk paper.
Cerita lanjut pasal gathering juga saya akan ceritakan kemudian.

Kami gerak dari Taman Cabaran pukul 1.20 petang.
nasib baik my F cekap cari jalan yang tak sesak dan kami berjaya sampai awal setengah jam sebelum tayangan bermula.
Sempat solat, beli makanan untuk makan2 dalam panggung (lapar sangat2 sebab tak makan tengahari awal).

P/s : Express update tanpa ilustrasi menarik. tak apa next entry saya update details =)

Sunday, July 4, 2010

Journey to Utara~ hantar adik pergi IKM -1

28/June/2010..
Pagi yang indah lagi permai..
Masih di rumah abang saudara di SP..

Semua orangpun macam tak nak lepaskan katil, bantal dan selimut.
Dah lepas Subuh pun pergi bantai tidur balik.
Sayapun dah pukul 8.30 pagi barulah segar sikit.
Terus pergi mandi dan bersiap.
Alih-alih lepas mandi saya pergi sambung tidur baik.
Tapi tak sempat lelap dah kena sergah dengan mak.
Jadi, bangunlah bersiap.
Tak lama lepas itu kami semua turun ke tingkat bawah.
Ye, tuan rumah bagi tingkat atas (yang ada 3 bilik tu untuk kami anak beranak tidur).
Mereka tidur di bilik bawah.
Baik betul hati mereka kan..?

Turun-turun sahaja sarapan pagi dah terhidang.
Adik saya orang first serbu dapur.
Nampak tu laju sahaja dia jalan ke arah dapur.
Bini tuan rumah dah masakkan kuey teow goreng untuk kami.
Dia awal-awal dah keluar pergi kerja.
Maklumlah doktor di hospital kerajaan.
Kenalah pergi hospital ikut time.
Lepas makan2, kamipun mulalah memunggah barang2 adik daripada kereta kami ke kereta abang saudara kami aka tuan rumah.
Dia cakap better bawa kereta dia sahaja.
Kereta Civic 2.0 siapa nak tolak kan.
Lagi gembiralah kami dapat merasa naik kereta tu.
haha~
Dalam masa sesi punggah memunggah ni sempat lagi snap2 gambar motor abang saudara saya tu lagi.
Kali ini dia sudah naked. Tak pakai baju.
So, layankanlah sekeping gambar dia ni ha.

Punyalah gembira dapat gak bergambar dengan dia ni.
Macam bergamabr dengan pujaan hati pula.
Nak beli sendiri memang takkan la.
haha~

p/s : uik, tak habis lagi ni. Kena tunggu next episod pula dah.
p/s : tadi pi tengok Knight and Day yang dibintangi oleh Cameron Diaz dan Tom Cruise..memang puas hati tengok cerita ni. mabeles2. Hampir penuh panggung tadi.

Sunday, June 27, 2010

Genre SERAM, Daripada Drama..Filem...terbaru Novel..

Tadi saya ada ke MPH OU untuk cari kalau-kalau bernasib baik dapat jumpa buku novel Lagenda Budak Setan (LBS).
Tapi hampeh sebab semua novel berkaitan dengan LBS zero stock..
Bukan itu sahaja, novel2 tulisan Ahadiat Akashah semuanya sama = zero stock kecuali ada satu novel yang tajuknya ada perkataan 'Klasik'
Tak ingat pula tajuknya. (Arrghhh..tolong maafkan kelupaan saya ini)

Disebabkan tak ada novel tu dan my F pula lesap entah ke mana, sayapun cari kalau-kalau ad buku yang compile cerpen di rak novel.
Tup2, jumpa satu rak yang bukunya semua berkulit hitam.
Bila saya close up rupanya itu deretan novel2 seram yang bukan karya Tamar Jalis tapi karya novelis lain.
Kalau Tamar Jalis ada 'lain' sikit garapannya.

Novel pertama yang saya belek sekali lalu ialah novel Cinta Gadis Pontianak..

Seram tak seramlah rupa kulit buku ini.
Sinopsis, harga dan details lain boleh check kat SINI

Lepas itu saya belek pula buku lain sampailah jumpa satu buku tu yang menghimpunkan kisah misteri/mistik.
Sayapun ambil buku tu dan baca.
Agak menarik juga.
Sebab ceritanya bukan seperti typical 'kisah mistik' tapi cerita yang unik dan ada yang tak pernah saya dengar sebelum ini.
Tapi minta maaf sekali lagi sebab saya lupa tajuk buku dan penulis buku.

Realitinya novel seram makin mendapat tempat di hati pembaca.
Kalau tak laku, mesti novel sebegini tak diterbitkan kan.
Selepas filem2 bergenre seram mendapat sambutan yang menggalakkan, drama2 bersiri dan telemovie seram makin banyak keluar di TV.
Dan sekarang ini pula, novel seram dah mula diterbitkan.
Hakikatnya, orang kita memang mudah tertarik dengan kisah2 sebegini walaupun dalam masa yang sama ada rasa takut.
Takut tapi mahu.. (replace malu dengan perkataan takut)

p/s : anda suka tak tengok cerita seram?

Sunday, June 6, 2010

Komen lelaki lepas tengok Lagenda Budak Setan!

Kan dalam cerita Lagenda Budak Setan tu, ada scene Ayu mati lepas beranak.
Kita ikuti 2 pendapat yang berbeza antara 2 lelaki lepas tengok scene tu.

Dialog antara pasangan pertama..(belum kahwin)

Lelaki1 : Awak tak payah beranak la ye nanti.

Perempuan1 : erk..kalau termengandung macam mana?

Dialog antara pasangan kedua..(dah kahwin)

Perempuan2 : kesiannya dia.
(sambil nangis2 merujuk kepada bini yang dah mati dan suami yang sedih)

Lelaki2 : Baguslah tu. Tahu tak perempuan yang mati sebab beranak tu mati syahid dan akan masuk syurga. Bukan senang tahu.

Perempuan 2 : erk..

Seriously, apa yang korang rasa perempuan2?
lelaki sebelum kahwin dan selepas kahwin memang berbeza kan.
=)

Thursday, June 3, 2010

Terkekek2 layan Nenek Perkasa!

Musim Piala Dunia kan dah makin hampir.
So, macam2 rancangan TV berkisar pasal acara ni.
Termasuklah telemovie ni Nenek Perkasa namanya.
Hari tu saya ada tengok iklan cerita Nenek Perkasa ni .
Tapi saya terlepas pandang la.
Try belek2 kat youtube kot2 ada yang upload cerita full.
Tengok2 ada weyh.
Terima kasih lah kepada orang yang rajin upload cerita ni kat youtube.
Yang untungnya orang macam saya ni la yang selalu terlepas cerita kat TV.

Ada 8 part yang di upload.
Yang bestnya tak ada iklan.
So, kepada sesiapa yang nak layan gelak macam saya bolehlah godek sini..
Cerita ni berkisar pasal bola sepak.
Ada pertandingan bola sepak antara kampung akan diadakan dan kampung mereka terpilih sebagai tuan rumah.
Sebelum ni memang kampung mereka ni tak pernah nak menghantar wakil peserta.
Budak2 kampung lebih sukan main games kat PC dan PS2 je.
Yang pangkat nenek yang berminat untuk main bola.
So, kampung tu terpaksa wakilkan nenek2 ni untuk main bola bagi pihak kampung mereka.
Bayangkan perempuan yang dah tua main bola?
Memang kelakar la weyh..
Nak tahu kesudahan sama ada nenek2 ni menang atau tak?
Tengoklah sendiri.

http://www.youtube.com/user/kyazid85pc1

Actually link ini akan terus ke account uploader.
Cari je Nenek Perkasa kat situ, sure ada punya!

Bukan sahaja cerita Nenek Perkasa ada.
Malah cerita lawak lain pun ada.
Macam Capalrela, Kubungman, Adnan Sempit the series dan lain2.
Selamat berhibur~

p/s : Review? alaa..tengok sahaja sendiri, ak sampai 2 jam pun cerita ni. haha~

p/s/s : saya ada letak banner untuk menyokong kempen menentang kekejaman Israel. Klik banner kat header tu untuk sama2 join!

Wednesday, June 2, 2010

Cerita pasal Lagenda Budak Setan..


Macam best kan.

3hb June ni dah start tayangan filem yang macam hebat..
("macam" la sebab belum tayang lagi. Tengok promo memang hebat kebaboom.)
Lagi2 hero heroin yang saya rasa sangat sesuai digandingkan ada dalam ni.
Siapa lagi kalau bukan Lisa Surihani dengan Farid Kamil yang baru.
oh ya, tahniah kepada Farid Kamil sebab dah grad from UiTM.

ok, back to topic.
3 minggu lepas punya cerita ni.
Saya ke OU dan masuk la MPH.
Masa tu saya tengok ada novel Lagenda Budak Setan (LBS) dipamerkan.
Masa tu memang terasa sangat nak beli tapi memikirkan duit gaji tak ada lebih, saya pendamkan sahaja.
Saya menyedapkan hati untuk beli nanti.

So, next weekend saya pergi lagi ke MPH yang sama.
Cari punya cari tak jumpa2.
Bila tanya pada pekerja MPH, rupanya buku ni dah SOLD OUT.
Ada 2 buah lagi tapi dah ditempah.
Oh, baru saya tahu kita boleh tempah buku kat MPH thru phone call or online.
Kecewalah saya.
Saya percaya ini ada berkait dengan filem LBS yang akan ditayangkan tak lama lagi.

Semalam..
Saya yakin filem ini akan meletup dan tiket2 hari minggu akan sold out cepat.
So, malam tadi saya sembang2 dengan my F.
Walaupun jadual hujung minggu nanti sibuk dengan jemputan kahwin sahabat2 saya tetap berkeras nak tengok cerita LBS tu.
So, kami decide untuk tengok Sabtu nanti di TGV, OU.
GSC semalam belum ada launch lagi filem ni la.
hoho~
Dia beli terus secara online tiket wayang.
Seronoknyaaa..
tak sabar nak tunggu hujung minggu.
Jom pakat2 penuhkan panggung tengok cerita ni.

Sunday, May 30, 2010

Kerana Shrek kami malu~

Betul2 malu bukan tipu2 yea.
Alkisahnya hari ni saya dengan my F keluarlah sempena dengan birthday dia esok.
Sebab esok Isnin maka kami decide nak sambut awal la.
Tak adalah sambut sangatpun.
Tiada kek mahupun kad.

Masa jumpa tu kami memang 'lost'
Ok, kami memang selalu je lost' bila keluar.
Tak tahu nak ke mana dan buat apa bila keluar.
At last kami ke OU tanpa decide nak buat apa.
Konon2 nak makan sahajalah.

Masa keluar daripada kereta, saya terfikir sesuatu.
Saya cadangkan tengok wayang la kan.
So, diapun macam setuju.
Terus sahaja ke GSC OU dan scan dekat screen depan kaunter tiket tu cerita apa sedang ditayangkan.
Diapun cadangkan Shrek..dan pilih nak tengok pukul 1.20.
(kami bel tiket tu kira pukul 12.40 tgh hari k)
Belilah tiket dan tengok tempat duduk kat mana je dan terus simpan dalam poket.

Menjelang 1.20 kamipun beli popcorn dan air kemudian terus masuk panggung.
Tengah syok layan2 iklan tiba2 sahaja ada seorang chinese tu claim kami duduk kat seat dia.
Bila check rupanya kami punya tiket kul 3.20 bukan 1.20.
Apa lagi terus kami blah dengan bawak popcorn yang dah hampir separuh kami makan masa layan iklan.
Adoilah, dalam seumur hidup tak pernah la jadi macam gini.
Memalukan sungguh.
Yang bestnya penjaga tiket masa kami masukpun tak perasanpun' keganjilan' tiket kami itu.
haiihh..

Terus kami ke kaunter tiket minta tiket lain sebab kami decide nak tengok masa tu juga.
Tak mahu tunggu 3.20.
So, my F terus serbu kaunter penjual tiket (orang yang sama masa kami beli tiket tu) dan report psal masalah tu.
Kesian juga sebab spervisor diapun duk 'marah' dia juga sebab cuai.
Jadi, kami di beri tiket yang lain (kebetulan panggung tak penuh).
Kedudukan di belah tepi (tadi kami dapat tiket kat tengah)..
Takpelah . Asalkan dapat juga layan Shrek.

Dan berbaloi-baloi usaha kami tu sebab cerita Shrek tu memang best.
Terbahak-bahak ketawa dan adakalanya rasa sangat2 sedih.
Kesimpulan yang saya dapat daripada cerita tu..

"Masa ia ada di depan mata kita tak sedar kesempurnaannya malah mempertikaikannya sehinggalah kita kehilangannya. So, hargailah apa yang kita ada sebaik-baiknya"

Jom layan trailer Shrek ini. Tengok trailerpun dah best apatah lagi tengok whole story..



p/s : Puss jadi gemuk la pulak dalam Shrek terbaru ni.. hahaha~

Monday, May 10, 2010

Lagenda Budak Setan keluar 3 June nanti!

Sekarang ni dah kecoh di televisyen iklan promo untuk filem adaptasi novel
Ahadiat Akashah, Lagenda Budak Setan.
Macam best sahaja cerita ni.
Tak percaya cuba check trailer ni haa..



Tak sabar nak tengok cerita ini.
Tapi rasa macam nak baca dulu novel ni.
Aritu ada jumpa kat MPH tapi errr..masa tu ke'suntuk'an duit.
Tak belilah.
Next time mesti beli.

Atau ada sesiapa yang sudi nak bagi/pinjamkan pada saya?
ahaha~

p/s: nak pi hantar hadiah Giveaway tengahari nanti. =)
p/s/s : tahu tak mana nak dapat lagu tema ni? Apa tajuknya yea? Sedap la. =)

Saturday, April 24, 2010

Adamaya tu macam ada kaitan dengan I'm not single je.

Akasia Adamayapng 455x162 Adamaya   Im Not Single

Dalam cerita Adamaya yang disiarkan petang2 dekat maghrib semasa hari bekerja ni watak utamanya ialah ADAM dan MAYA dan juga DANI.
Dari sini saya dok teringat dah cerita I'm Not Single.

Cuma dalam kedua-dua cerita, Lisa Surihani berlakon pegang watak Maya . Watak Adam dan Dani dalam filem I’m Not Single dipegang oleh Farid Kamil dan Awal Ashaari.
Manakala dalam Adamaya pula watak Adam dipegang Hussein Ruffedge manakala Dani dibawa oleh
Faizal Usop.

Macam kesinambungan pula cuma dalam I'm Not Single tu ada mention Dani kawen dengan watak yang dipegang Intan Ladyana.
Tak sure lak kalau2 watak tu dimatikan dalam cerita Adamaya (itupun kalau betullah ia kesinambungan I'm Not Single.

Memula memanglah tak tahu dan tak ambil peduli cerita ini.
Sebab selalu balik kerja sampai dah lewat.
Manalah sempat nak melayan cerita ni.
Tapi, lepas ini kena usyar2 TV3 Online la.
Err..ada tak cerita ni kat TV3 Online?
Harap2 adalah.
Dah terlepas banyak episod ni.


p/s : Lisa Surihani ni sentiasa sweet bagi saya. Tengah tunggu juga filem Lagenda Budak Setan. Macam best sahaja.=)

Tuesday, April 13, 2010

MAGIKA cerita ni best ke?

Maaflah kalau soalan saya ni macam tak tahu apa2.
Tapi seriously saya nak tengok cerita MAGIKA ni.
Filem ni dah keluar ke belum?
Bila ye keluarnya kat panggung?
Macam best je..

Jom layan dulu OST cerita ni.



Jom nyanyi sama2 denganrujuk lirik bawah ni pula.
kalau dah hafal, tak perlu tengok lirik..=)

Adakah kau berada di sana
Ku dapat rasa kehadiranmu
Walau hanya di dalam kalbu
Ku merindumu selalu

Pelik juga tapi kupun rasa
Bagai kau berdiri disisiku
Terkenangkan waktu ketika
Berdampingan bersama-sama

Setiap pertemuan
Pasti akan temu detik perpisahan
Walau kini terpisah
Kenangkanlah saat indah
Sebagai penyembuh rindu

Kita tak ditakdirkan bersama
Untuk masa yang lebih lama
Biarpun hanya seketika
Kehadiranmu dirasa..rasa

Setiap pertemuaan
Pasti akan temu detik perpisahan
Walau kini terpisah

Kenangkanlah saat indah sebagai penyembuh rindu
Kenangkanlah saat indah sebagai penyembuh rindu

Friday, April 2, 2010

Dating dengan BFF kat Time Square!

Sabtu lepas,
setelah merancang dari awal bulan, akhirnya dapat gak saya dating sekali lagi dengan si dia nih.
Jangan salah faham..
Si Dia ni bukan BF tapi BFF saya masa study kat UTM dulu.
Shira.
Oleh kerana dia ni terlebih pandai, sekarang dia dah jadi tutor di UM.
Bakal pensyarah la dalam erti kata lainnya.
Dia ajor kat Fakulti Engineering, Jabatan Mekanikal.
Ada sesiapa kat sini kenal?
Mana tahu dak UM ada baca blog saya nih..=)

Kami planning nak pi Time Square.
Since saya ni buta sikit jalan2 KL yang serabuti tu, saya cadangkan pada dia naik LRT je ke KL Sentral.
Lepas itu naik monorail direct to TS.
Nasib baik dia ON je..
Cuma saya tetap kena amik dia kat UM and park kat rumah flat ke ape sebelah LRT Universiti tu.
Parking secara illegal la kan sebab parking tu sebenarnya khas untuk penghuni flat tu je.
ekeke~

Rancang tengok wayang tapi tak tahu nak tengok cerita apa sebab memang semua cerita yang ada macam tak best.
last2 pilih Dragon 3D..(gigil nak bayar 16 hinggit)
Setelah beli tiket wayang yang regenye mahal tuh, kami terus pi cari makan.
lapor dah perut nih..
Sonang2 makan McD je.
Dua2 amik set Big Mac.
Yang bestnya dia belanja..yeay!
thanks Shira.

Kami beli tiket ku 12.30..
Lepas dah makan dan lain2 baru kul 2.00..
Wayang start kul 3.30.
So, kammi sebagai wanita aka perempuan sejati mulalah blogwalking windowshopping.
Hampir setiap kedai kami masuk.
Daripada floor 5 (tempat kami makan McD)..
Membawa ke floor 6..
Lepas tu turun sampai floor 1..
Dekat2 kul 3.20 baru kami pergi GSC semula.
Tunggu nak masuklah kan.
Pop Corn dengan air sejuk memang wajib la tiap kali menonton di panggung.
Seperti yang saya dah cerita dalam entry ni, Dragon 3D tu memang superb best..
Kami keluar panggung je jam dah 5.30 ptg..
Apa lagi baliklah kan.
Sebelum tu sempat lagi nak amik gambar kenangan.
Say cheese ye Shira.=)

Sajasaya candid kan gambar dia masa dia nak setting kamera henset Balckberry dia tu tuk snap picta.
Gambar dari Blackberry tu dia tak upload lagi sampai sekarang.
Mungkin busy kot.

p/s : sonoknya ada cop jempol watermark khas pada setiap gambar saya di blog nih..=)

Blog Pasal Shaklee lah~

Related Posts with Thumbnails

Dah menjadi sejarah~

Web Analytics