Followers

Showing posts with label insurance claim. Show all posts
Showing posts with label insurance claim. Show all posts

Monday, June 28, 2010

Kereta dah ambil tetapi ada problem..huhu~

Rindukan baby oren yang dulu..

Baby Oren yang saya rindui sudahpun selamat diambil
Tapi tadi masa ambil tu tak sedap hati sebab ada problem pada aircond.
Kepelikan juga kenapa dia tak 'fix' kan sekali sahaja.
Dia kata problem tu boleh settle kalau buat service kete sahaja.
WT #$#%$%^$^%^%&^*

Saya sebenarnya agak tak puas hati jugalah dengan jawapan tu.
Tapi tengok my F ok sahaja, rileks sahaja maka sayapun secara automatik jadi sejuk.
So, sekarang aircond tak sejuk la.

Dari dulu benci nak hantar kereta ke bengkel.(sebab tengok pada pengalaman kakak dan abang sendiri)
Pilih Bengkel Perodua sebab 'percaya' tak akan ada problem selepas baiki.
Tapi, hampeh sebab first day ambil dah ada problem.

Lepas itu saya terpaksa pergi servis kereta itu awal daripada jangkaan.
Semua tu duit woo~
Oklah, antara duit dengan kereta tu, saya pilih kereta tu la.
Duit boleh dikumpul lagi tapi kereta tu tak leh biar.
Lagipun since warranty masih lagi ada, saya patutlah gunakan kelebihan itu sepenuhnya.
Harap2 lepas ini tak adalah problem lagi.

Kesimpulannya jagalah kereta jangan sampai kena masuk bengkel lama2.
Macam kes saya ini ayah saya syak something yang saya sebenarnya tak boleh nak terima sebenarnya. Pahit untuk di telan tapi macam itulah kenyataannya.
Bengkel apapun sama sahaja bagi saya sekarang ni. Semua nak kaut untung. Dia fix kan yang ini, dia buat problem kat tempat lain. Damn..kenapa saya terlalu negatif ni? Maafkan saya saya teremosional sebentar. Buat pemilik bengkel yang jujur lagi baik hati jangan terasa ye dengan statement saya ni.(err..ada ke pemilik bengkel kereta baca blog ni?)

p/s : Selasa ni nak pergi service kereta tu sambil report pasal problem kereta tu pada Service Centre. Kalau boleh nak settle semuanya tak nak ada problem lagi.
Off blogging dulu..nak redakan perasaan sat.

Thursday, June 24, 2010

MISG memang insuran kereta terbaik dalam Malaysia.

Dulu masa dapat surat daripada syarikat insurans kereta saya, saya confuse dan rasa macam pelik.
Syarikat apakah ini?
MISG? Tak pernah dengarpun?

Selalunya kalau insuran kereta yang biasa didengar ialah;

Takaful
Etiqa
Kurnia
MAA
Allianz
Prudential
AIA
dll..

Bila saya check forum2, jarang yang guna MISG ni.

Tapi, tak apalah.
Saya tunggu dulu setahun.
Lepas renew kalau nak tukar, tukar sahajalah yang lain.

Tapi, sekarang ni saya rasa macam nak ubah fikiran.
Saya nak teruskan dengan MISG sahajalah.

Ok, nak tahu kenapa?
Saya mendapat tahu bahawa salesman HONDA memang mengesyorkan pembeli kereta mereka menggunakan insuran daripada MISG. Track record insurance ni bagus agaknya.
Diskaun yang diberikan kepada kereta yang berjaya 'tak claim' insuran bila nak bayar road tax tinggi.
(Ini diterangkan sendiri oleh kawan yang sama2 involve dengan accident hari tu. Pekerja Perodua yang pakai kereta Honda..kuikui~)

Tapi dia tak pernah accident?
So, pengalaman claim insurance tak ada dengan MISG ni.
So, saya cakap dengan dia.
Tunggu macam mana process claim insurance kereta saya tu nanti.
(sambil dengan sayu memerhatikan kereta sendiri yang dah remuk di depan)

Oh ya, kami berdialog pasal MISG ni masa tengah tunggu urusan Police Report selesai.

Back to the topic, saya memang confirm tak jadi tukar syarikat insurance sebab..
Hari selasa lepas (15/Jun) saya baru sahaja report untuk claim insurance sebab kereta accident,
tup2 kelmarin (22/Jun) MSIG call yang insurance claim dah approve.
Dan yang terbaiknya, kereta saya dahpun siap repair semalam(23/Jun).
Tapi dek kerana tak sanggup nak ambil cuti, saya akan ambil kereta tu Sabtu nanti.
Harap2 kereta tu ok dan tak ada masalah.

Oh, dah mula rindukan kereta kesayangan.
Nanti bila dah dapat, akan saya tepekkan gambar2 dia di blog kesayangan ini.

p/s: Selain MSIG, Takaful Malaysia pun bagus. Cuma Kurnia dengan Etiqa sahaja yang caca marba sikit recordnya. Ada yang kata bagus dan ada juga yang komplen tak bagus.
Apa kata anda? Share la pengalaman di ruang komen.

Wednesday, June 16, 2010

Kereta oh kereta bila nak claim insurance!

AF bukan nama sebenar siapa?

"saya"
dia sahut.

Noor Afzan pula siapa?

"saya"
saya pula sahut.

Pemandu siapa?

"saya"
dia sahut.

Pemilik kereta siapa?

"saya" saya pula sahut.

"Ada saman?"

"tak ada"
serentak kami berdua jawab.

"Ada pernah accident?"

"tak pernah"
dia jawab.
(ok, saya tak jawab sebab saya pernah accident dulu. Senyap sudaaa~)

"Kete baru lagi tu."

"tu la tak sampai setahun lagi"
dia jawab lagi.
Saya kat sebelah sayu je dengar.


"Jarang bawak ke kereta tu?"

" selalu je bawa, kenapa?"
saya pula musykil bertanya.

Orang sales tu tak jawab tapi dia terus cakap mileage dah 20017 km.
Ok saya faham dah kenapa dia tanya soklan tadi.
Sebab mileage kereta baru cecah 20000km walaupun dah hampir setahun guna.

Saya mengaku baby oren tu tiap2 hari saya guna tapi lebih banyak di parking daripada di pandu.
Takat bawa pergi kerja, balik kerja. (estimate pergi balik sehari 40km sahaja)
Cuma kadang2 sahaja bawa jalan jauh sikit.
Tu yang mileage tak cepat naik.


"Minyak dah E tu, blinking dah. Boleh saya tahu sejak bila dia mula blinking?"

"sejak bila ek?. Baru jugalah. Masa dah dekat dengan tempat ni baru dia blinking."
dia jawab sebab dia yang pandu kereta tu ke sana.
Saya bawa kereta lagi satu.

"nampaknya kami kena isi minyak tu nanti sebab lepas dah baiki kami akan test drive pula. Saya kenakan RM20.00 ye nanti."
La, itu rupanya yang cuba dia nak sampaikan. Takpelah, apalah sangat RM20.00 tu kalau nak banding dengan nilai yang ditanggung untuk baiki kerosakan kereta tu.

"berapa lama ye nak siap?"
dia berbahasa bahasi dengan orang sales tu.

"Biasanya 2 minggu cam tu tapi bila awak cakap ada melibatkan kecederaan pada orang ketiga, mungkin ambil masa sikit. Dalam 3 minggu lebih macam tu la."

"Ooo.... "
tanda faham la tu.

Tu antara perbualan yang saya ingat masa berurusan untuk report claim insurance di Perodua Service Centre.
Dinasihatkan kalau invole in accident, consult terus dengan Perodua Service Centre (bagi pengguna kereta Perodua) sebab memang terjamin cepat dan selamat.
=)

So, saya tak ada kereta la selama lebih kurang 4 minggu dari sekarang.
Akan rindulah kat dia ni.


Nasib baik ada kereta extra di rumah.
nampaknya saya akan berlumba di jalan guna kereta kecil la.
Kelisa my sis jadi galang ganti.
Seronok tu naik kereta kecil.
Senang nak nyelit. kuikui~

Blog Pasal Shaklee lah~

Related Posts with Thumbnails

Dah menjadi sejarah~

Web Analytics