Followers

Monday, June 14, 2010

Journey to Lumut~Part 2

Lepas dah balik daripada kenduri kahwin tu, kami berkira-kira nak ke Lumut.
Maklumlah first time pergi sana.
Teruja juga nak kenal Lumut kan.
So, planning nak balik terus bertukar menjadi program jalan2 ke Lumut.
Fokus kami ialah Pantai.
Ada beberapa pantai di Lumut sebenarnya.
Ada Teluk Batik, Teluk Rubiah, Teluk Senangin serta teluk2 yang terdapat di Pulau Pangkor.
Kami decide nak ke Pantai Teluk Batik.

Perjalanan daripada tempat kenduri tu makan masa dalam sejam lebih jugalah di tambah sekali dengan masa kami terlajak sampai ke jeti Pulau Pangkor.
Signboard di sana memang agak 'poor' la punca kami terlajak tapi nasib baik jumpa juga kami pantai tu.

Sampai2 sahaja, keadaannya memang unexpected.
Kami membayangkan pantai yang damai dan indah macam kat Cherating ataupun paling2 pun macam kat Desaru la.
Tapi bila sampai kami rasa macam berada dalam majlis keramaian di tepi pantai.
Punyalah ramai orang sampai jarak antara orang kat pantai tu kira2 sedepa sahaja.
Dahlah jarak jarak pantai dengan gigi air kecil.
So, bersepah jugalah manusia dekat tepi pantai tu.
Macam nilah rupa pantai tu kalau kamu2 tak percaya dengan cakap saya.
Meriah tak meriah?

Hajat my F dengan sorang lagi member tu untuk mantapkan skill photography mereka terbantut macam tu sahaja.
Ada 2 sebab utama pantai tu jadi macam pesta.
Pertama, sebab cuti sekolah.
Kedua, sebab ada event yang dibuat bertujuan untuk kempen alam sekitar.
Siap announce ada dinner for free untuk pengunjung2 pantai yang stay.
Khemah dah siap dengan kerusi, meja, pinggan dan cawan.

Disebabkan keadaan yag agak sesak,kami terus gerak keluar daripada pantai tu dengan sedikit hampa.
Hajat nak cari tempat makan pula (sebab ada orang kata kedai makan di Pantai Teluk Batik ni sedap.
Tup2, ada pula Medan Ikan Bakar masa kami nak keluar daripada simpang Teluk Batik.
Nak pula view di situ agak menarik.
Gambar bawah ni menggambarkan sedikit suasana kat tepi laut tu. Medan Ikan Bakar ni betul2 menghadap laut.
Seronok kalau dapat layan blues kat kerusi2 batu tu kan.

Dengan laut dan juga beberapa kapal nelayan yang baru pulang dari laut, mereka jadikan subjek dalam gambar mereka.
(tapi yang tu saya takut nak share without permission.
Nanti dia dah upload, saya share k. =)

Kami makan sotong goreng tepung dengan nasi lemak daun pisang.
Memang mantaplah sotong goreng tepungnya.
Sengaja tak ambil gambar takut ada pula yang terliur.
Jauhh tu nak pergi Lumut.
huhu~
Kami kemudiannya bertolak pulang dengan hati yang agak puas la sebab dapat juga makan seafood.
Dan paling penting dapatlah mereka mengambil gambar menarik sekeping dua buat kenangan di Lumut tu kan.
Apa barang pergi tempat menarik dan kamera canggih kalau tak ada gambar diambilkan?
haha~

Oh ya, kami bertolak dari situ kira2 pukul 6 petang (kalau tak silap la).

p/s : ada lagi kisah yang mungkin masih panjang dan akan di update di part 3 pula. sabar nooo..

4 comments:

fasham said...

wah cik afzan dtg ke rumah saya dh dekat la tu...

noorafzan.blogspot.com said...

OOO..ye ke?
awak duk mana ek?

meza said...

ko tk tempek gambar sotong tepung tu pun, aku dh bole tbayang-bayang. ketam BBQ kat lumut pun best. murah plak tu. ;)

Ida Sazarina said...

best nye asyik jalan2 jew~~ :)

Blog Pasal Shaklee lah~

Related Posts with Thumbnails

Dah menjadi sejarah~

Web Analytics