Followers

Showing posts with label idola. Show all posts
Showing posts with label idola. Show all posts

Thursday, December 30, 2010

Final Piala AFF Suzuki 2010 : Rio Ferdinand puji Pasukan Malaysia!

Korang,seperti yang saya dah maklumkan blog saya dah berpindah ke wordpress self hosted. So, jom baca update terkini di blog noorafzan.com

Salam Satu Malaysia!

Rio Ferdinand memuji pasukan Malaysia dalam twitter dia. Katanya Malaysia adalah team yang bagus! Dia memang ikuti juga perlawanan semalam. Cayalah!

Kalau korang nak tahu lebih lanjut boleh terjah url ini;

Tuesday, May 18, 2010

Cikgu..kenapa jadi cikgu ni bukan cita2 saya?


picture from google

Saya akui saya memang pernah bercita-cita untuk jadi cikgu masa zaman sekolah rendah dulu.
Pengaruh seorang cikgu amatlah kuat masa kita bersekolah rendah.
Nampak cikgu sahaja, terus rasa nak pergi salam, cium tangan dia.
Saya akui cikgu masa zaman asya sekolah rendah semuanya lembut, baik hati, dan sopan santun.
Ye la nak tackle kanak2 nakal dan sedikit liar di kelas hari2 bukan kerja yang mudah.
Mungkin pada mulanya mereka adalah rasa 'kejutan budaya'.
Tapi saya percaya pengalaman menjadikan mereka begitu mudah untuk tackle kami masa tu.
Budak2 nakal2 pun masih suci murni boleh dilentur lagi kan.

Bila menginjak ke alam remaja.
Masuk menengah rendah, saya mula rasakan betapa sukarnya tugas seorang guru.
Nakal student bukan macam masa sekolah rendah yang hnaya pandai berlari-lari kejar mengejar dalam kelas, bertengkar 'manja' dengan rakan sebaya atau mungkin terlalu petah bertanya itu dan ini pada cikgu2 mereka.
Nakal lain macam sikit.
Suka ponteng kelas, melawan cakap cikgu, tak concentrate dalam kelas, bergaduh samapi bertumbuk tendang bagai, merokok, vandalisme.
Rambut semua nak simpan panjang sampai kena tobek dengan cikgu disiplin (ni student lelaki).
baju pulak singkat, tudung singkat cukup2 untuk cecah bahu jepun ada dan kain pula nak seret2 ke lantai. (ni trend student zaman saya sekolah).
Masa zaman saya dulu memang sesekali kes2 begini saya lihat tapi ianya tak sedasyat zaman sekarang kot.
Saya tak tahu situasi sebenar tapi saya buat kesimpulan mengikut cerita kawan2 yang bergelar guru dan juga cerita di dada akhbar yang belum tentu kebenarannya.

Tugas cikgu memang amat berat.
Nak mengajar anak bangsa untuk jadi pandai.
Nak mengajar anak bangsa nilai2 murni untuk jadi 'orang' bila dewasa.
Nak mengajar anak bangsa untuk memakmurkan bumi Allah ini.
Saya tahu ia tugas berat yang belum tentu lagi dapat saya pikul atau tidak.

Sebab itu menjadi cikgu bukan cita2 saya.
Bukan sebab saya memperlekehkan tugas guru.
Bukan sebab saya tak suka cikgu.
Bukan...
Tapi kerana cikgu amanah paling berat dipikul sebagai manusia bagi saya.
Jika cikgu2 gagal, maka rosaklah bangsa,agama dan negara.

selamat hari guru buat semua guru seluruh dunia lagi2
  1. cikgu Sekolah Tadika Islam (1990-1991).
  2. cikgu Sekolah Ren. Agama Batu 13 (1992-1997)
  3. cikgu Sek. Keb Puchong Batu 14 (1992-1997)
  4. cikgu Sek. Men Keb. Puchong Bt 14 (1998-2001)
  5. cikgu Sek. Men Teknik Kuala Lumpur, Cheras aka TIKL (2001-2002)

Lecturerpun masuk under cikgu/guru gak kan?
selamat hari lecturer untuk mereka2 ni
  1. lecturer Kolej Matrikulasi Melaka (2003-2004)
  2. lecturer UTM Skudai (2004-2008)
p/s: Hari guru ni hanya di sambut di Malaysia sahaja kah pada 16May?

Thursday, May 13, 2010

Pagi yang indah..Harap Piala Thomas dapat kita genggam~

Semalam bukan main seronok satu Malaysia meraikan kemenangan yang disudahi dengan cantik oleh Hafiz Hashim.

Beikut adalah keputusan penuh perlawanan semalam..

Lee Chong Wei mengalahkan Peter Gade Christiensen
21-17, 21-17

Koo Kien Keat/Tan Boon Heong mengalahkan Carsten Mogensen/Mathias Boe
21-17, 21-19

Wong Choon Han dikalahkan Jan O Jorgensen
20-22, 21-16, 18-21

Zakry Latif/Hoon Thien How dikalahkan Lars Paaske/Jonas Rasmussen
26-24, 12-21, 19-21

Hafiz Hashim mengalahkan Joachim Person
21-12, 21-10

Yang pasti saya bangga dengan mereka lagi Datuk Lee Chong Wei yang say kagumi sejak dulu.

Lee Chong Wei appeals to Malaysia fans for calm ahead of crunch Thomas Cup match
Align CenterDatuk Lee Chong Wei gambar ehsan google

Esok pula cabaran lebih getir sebab kena lawan dengan China.
Kalau kita dapat lepasi mereka, memang harapan untuk jadi juara tu secerah matahari.
Go Go Malaysia.

Stop pasal cerita Piala Thomas sat.
Semalam air nescafe yang saya buat do office tak habis jadi sayapun bawa la balik dalam mug (bentuk macam thermos air tu)
Tapi penutupnya memang tak kemas.
Oleh kerana diameternya besar, tak muat nak sumbat kat tempat letak cawan dalam kereta.
Saya letak dalam dashboard. Buku Syahadah Gadis Aties saya jadikan penyokong supaya ia tak jatuh (stabil dalam tu)
Entah macam mana air tumpah juga.
mungkin saya banyak buat corner lipat sepanjang drive balik tu.
Err..saya tak reti bawa slow yea..
Jenuhlah nak membasuh lantai kereta bawah dashboard tu.
Dah la air manis.
tensi2.
Adakah saya perlukan febreze untuk mengelakkan bau dalam kereta.
Saya dah basuh alas kaki tapi ia tembus ke lantai yang ada juga alas macam karpet.
Atau ada petua boleh di share untuk atasi masalah bau yang tak enak.

p/s: rasa macam nak pergi hantar kat car wash je. Tapi dorang ada ke perkhidmatan basuh karpetdalam kereta dan keringkan sekali.

Wednesday, May 12, 2010

Syahadah Gadis Aties dalam genggaman~

Lepas ke majlis kahwin sahabat ex sekolah, saya ke OU.
Jalan2 cari pasal sahaja.
memang saya cari pasal sebab dalam poket dah hampir kekeringan, sempat beli satu sandal.
Alaa..sandal BATA sahaja.
Buat pi kerja.

Lepas itu, kami masuk MPH.
Saya belek2 la buku Kiamat Sudah Dekat.
Bagus buku tu sebab ada penerangan tentang tanda2 kiamat kecil dan besar dan dikaitkan dengan situasi sebenar sekarang ni.
Tapi tengok, belek2 sahajalah.

Lepas itu, ternampak buku di bawah ini.
Syahadah Gadis Aties.
Lama dah saya cari akhirnya terjumpa juga.
Tapi sebab memang duit dalam poket tak cukup, maka cakap kat my F akan beli juga nanti.
tunggu bila ada duit.

Kamipun keluar kedai MPH.
Dia beli majalah fotografi kegemaran dia.
Saya tak beli apa tapi saya sebng2 dengan dia pasal buku Syahadah Gadis Aties tu.
Actually, kami ada e-book dia dan pernah baca dan diapun baru teringat pasal itu.
Terus dia patah balik ke kedai buku tu.
Ingatkan nak beli apa.
Rupanya dia belikan saya buku ni.
Tapi, dia cakap lepas habis baca, bagi dia pinjam =)

Waahh...
Bestnya.
baru masuk bab ke 2.
Gigih ni.

Anda nak juga?
Buku ni gerenti best sebab e-book dia dulupun best.
Dapatkan di MPH atau kedai buku berdekatan dengan harga RM16.00 sahaja.
Penulis buku ini ada blog.
Saya suka berkunjung ke blog beliau cuma sekarang dia jarang2 update.
Mungkin busy dengan urusan penting.
Jom2 singgah blog beliau di sini.

http://satuhala.blogspot.com/

Tuesday, March 2, 2010

Apa sebenarnya yang bloggers suka pada sesebuah blog?

Contentnya kah?
design templatenya kah?
tutorialnya kah?
Owner blog tu cantik/hensem/gagah kah?
Owner blog tu friendly kah?
Owner blog tu punya followers beribu kah?
Owner blog tu suka blogwalking di blog andakah?
Owner blog itu kawan/kekasih/suami/adik beradik kah?
Owner blog tu buat banyak contest dan hadiah lumayan kah?
Reason lain2..?

sila jawab ye dengan berhemah..
Err, kalau nak jawab la..=)
Bagi reason untuk setiap jawapan anda..
Boleh pilih lebih daripada satu reason tu yerp..

Saya?
Saya akan lekat dekat blog yang contentnya menarik..
Lagi satu template yang kemas dan mudah difahami (lagi2 bahagian entry2..)
dan shoutbox..
walau tak ada tutorial..
walau dia tak cantik/hensem..
walau blogger itu tak sempat nak friendly sebab terlalu banyak peminat..
walau berapa bilangan followers dia..
walau dia terlalu busy untuk jengok blog saya..
walau dia bukan kawan/ kekasih/suami/ipar/sedara mara saya..
walau tak ada contest ataupun award pernah diadakan..
walau __________ (sila isi tempat kosong..)
Saya tetap akan selalu menepek di blog itu..=)
Lagi2 otai2 blogger yang tak perlulah saya sebutkan namanya..
Blog2 yang saya link kan itu semuanya adalah blog yang saya suka, dan pernah saya suka..
Mungkin ada yang saya selalu lawat tapi lupa nak link kan..
Siapa ek? mengaku di komen k..=)
Nanti saya masukkan link dalam blog saya..

Wednesday, January 27, 2010

Ohhh..Johnny Depp ku...Lelaki paling Bergaya Dunia 2010

Saya mula jatuh hati dengan Johnny Depp sejak beliau berlakon dalam cerita..
Charlie and Chocolate Factory..
Watak Willy Wonka tu betul2 buat saya meminati beliau..

Beliau terus cemerlang gemilang dan terbilang dengan muncul sebagai Jack Sparrow dalam Pirates of Caribbean...

Ada ke yang tak kenal Johnny Depp..
Hoooh..mustahil..
Kalau nak kenal jom saya tunjuk gambar..
Lepas ni mesti kenal kan..

Captain Jack Sparrow..
uhuu..hensemnya dia..kan?

Bukan sahaja pada wajah dia yang hensem..
Malah bergaya pula tuh..
Lagi satu digambarkan sebagai sang suami dan ayah yang penyayang..
Complete package tu beb..

Sebelum ni beliau pernah dinobatkan sebagai..
Lelaki Paling Seksi Dunia..oleh majalah People..
Bukan sekali malah 2 kali gelaran tersebut diterimanya..

Selain itu, beliau juga dapat gelaran..
Aktor Terbaik sedekad di majlis Anugerah Pilihan People..

Gelaran Lelaki Paling Bergaya Dunia ini diberikan oleh Majalah GQ..
Mengalahkan Brad Pitt (yang sedang bermasalah dengan Angelina Jolie), hero filem Twilight iaitu Robert Pattinson, Jay-Z, dan bintang Gossip Girl, Ed Westwick.

Bertuahnya bini beliau Vanessa Paradis..
Anak dah umur 10 tahun umurnya..
Mesti usia perhubungan mereka lebih laam dari itu..
Semoga kebahagiaan mereka berkekalan sampai ke akhir hayat..=)

Anak bini beliau nih..

beliau dan bini beliau sentiasa berpegangan tangan

Sumber cerita dicedok dari: Surat khabar Metro..
Suber gambar dicedok dari : pakcik google..kuikui~

Saturday, January 23, 2010

betulkan kalau hujan lebat itu petanda akan ada orang2 'besar' mangkat?

Tadi masa nak gerak balik rumah..
Cuaca dah mendung gilalah..
macam nak hujan sangat2 dah..
Jalan pula sesak seperti biasa sebab ada road block..
(sekali lagi aku mengamuk dalam hati..grrr..)

Masuk sahaja highway, brruuuuu~hujan turun selebatnya..
Perghhh..sampai tak nampak jalan..
Viper dah sehabis speed limit..still kabur..
Nak berhenti? no no no..
tak sanggguplah..
So, drive je la slow2..
Slow2 pun 50km/j gak sebab jalan tak sesak..
Alhamdulliah..

Sampai sahaja rumah dok mengadu pada mak pasal hujan...
Area rumah sayapun hujan lebat juga..
Daripada lepas maghrib sampai ke pukul 9..

Mak saya dengan confidentnya cakap..

"hujan macam ni mesti ada orang2'besar meninggal..macam sultan ke"

Saya sebagai orang moden sudah tentulah susah nak percaya..
Tapi tadi baca berita tak rasmi dari sini dan sini..
Rupanya Sultan Johor yang mangkat..(tapi macam tak sure je betul ke tidak..)
Kalau betul maknanya mak saya bolehlah apply jadi bomoh..kuang2..

Tuesday, November 10, 2009

Jangan..jangan..dan jangan..

Salam semua..
Saya dapat email ini daripada seorang sahabat yang sentiasa tidak lokek berkongsi ilmu yang bermanfaat.
Menjadi tanggungjawab kita untuk share apa sahaja yang bermanfaat untuk kita semua.
Renung-renungkan dan selamat beramal..(pinjam ayat ustaz hotfm sekejap)

Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia.
Akhirat itu lebih utama
dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya


Jangan sengaja lewatkan solat.
Perbuatan ini Allah tidak suka.
Kalau tertidur lain cerita.

Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti
rezeki mahal(kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat).

Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan.
Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.

Jangan
keluar rumah
tanpa niat untuk membuat kebaikan
.
Takut-takut kita mati dalam
perjalanan.

Jangan biarkan mata liar di perjalanan.
Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.

Jangan
menangguh taubat bila berbuat
dosa
kerana mati boleh datang
bila-bila masa.

Jangan
ego untuk meminta maaf pada
ibu bapa dan sesama manusia
kalau memang kita bersalah..

Jangan
mengumpat sesama rakan
taulan.
Nanti rosak persahabatan kita
hilang bahagia.

Jangan
lupa bergantung kepada ALLAH
dalam setiap kerja kita.
Nanti kita sombong apabila berjaya.
Kalau gagal kecewa pula.

Jangan bakhil untuk bersedekah.
Sedekah itu memanjangkan umur
dan memurahkan rezeki kita.

Jangan banyak ketawa. Nanti mati jiwa.

Jangan biasakan berbohong, kerana ia adalah
ciri-ciri munafik dan
menghilangkan kasih orang kepada kita.

Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan. Doa
makhluk yang teraniaya
cepat dimakbulkan ALLAH.



Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN.
Sebab semuanya untuk keselamatan kita. ALLAH lebih tahu apa yang terbaik
untuk hamba ciptaanNya.


Wasalam

'Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun'
(Sabda Rasulullah SAW)

Tuesday, August 25, 2009

Baiki cara solat khas untuk PEREMPUAN yerr~

Email ini saya terima dariapada kawan saya..
Memang berguna sangat-sangat sebab adakalanya perkara-perkara ini kita tidak ambil berat sedangkan solat itu tiang agama~
Saya just copy tanpa mengubah sedikitpun perkataan..
Semoga kita sama2 dapat manfaatNya..

***************************************************************************

Sebagai panduan untuk kita mengadap Allah Yang Maha Esa
UTK RENUNGAN BERSAMA....
Baiki cara solat khas utk perempuan


Baru saja lepas mendengar ceramah ustazah Hjh Siti Khadijah Din sebentar
tadi.
Rasa terlalu bernilai ilmu yg dicurahkan beliau, rugi kalau tak dikongsi bersama.
Topik adalah mengenai adab2 solat.
Setelah mengikuti kuliah beliau (2 minggu sekali) selama beberapa bulan yg lepas, baru kini timbul kesedaran betapa solat yg saya dirikan terlalu rendah kualitinya.
Bagaimana bisa solat berkenaan diterima Allah...umur dah lanjut macam ni pun solat masih di peringkat mediocre, itu pun kalau boleh dikategorikan begitu.
Secara ringkasnya, sebelum memulakan solat,penceramah mencadangkan kita mengambil 2 minit untuk "menyediakan diri"sblm menghadap Yg Esa.
2 perkara yg elok dilakukan sebelum berniat utk solat...
sewaktu kitaberdiri tegak sblm lafaz niat :

1. Minit pertama - Membangkitkan rasa KEHAMBAAN dlm diri kita.
Kenangkan kembali dosa2 kita, betapa kerdil dan hinanya kita, seolah2 tak layak utk diberi peluang menghadap yg Esa.
Pendek kata, kutuk diri sendiri danmenyesallah.

2. Minit kedua - Membangkitkan rasa BERTUHAN.
Betapa kita diciptakan oleh yg Esa utk beribadat kepadaNya.
Kenangkan betapa bersyukurnya kita dijadikan sbg seorg Islam, mempunyai Tuhan yg begitu menyayangi hamba2nya yg hina ini lebih daripada seorg ibu menyayangi anaknya.

Setelah dilakukan kedua2 perkara ni, barulah kita niat solat dan mengangkat takbir.
Berniatlah dlm keadaan berdiri tegak, bukan sambil membetul2kan kain sembahyang, telekung dan sebagainya.
Fokus.

Setelah bertakbir, penceramah menunjukkan pula cara2 solat yg betul, penuh adab dan sopan, sesuai dgn keperibadian kita sbg wanita dan selayak2nya adab utk menghadap Tuhan.

1) Mengangkat takbir - ada 3 cara mengangkat takbir :

i. Dgn meletakkankedua2 ibu jari di bawah cuping telinga
ii. Dgn meletakkan kedua2 jaritelunjuk di bawah cuping telinga
iii. Mengangkat kedua2 tgn sehingga keparas dada (bukan telinga).

Perlu diingatkan, kedua2 lengan hendaklah dirapatkan ke badan.
Menurut penceramah, syaitan2 yg berupa kambing hitam gemar bergayut2 dicelah lengan(bawah ketiak) utk mengganggu solat kita, oleh itu sekiranya kedua2 lengan dirapatkan, tiada ruang utk mereka.

2) Qiyyam - cara qiyyam yg betul ialah memposisikan tgn kiri ke atas sikit dari pusat (bukan menutup pusat) sambil ibu jari dihalakan keatas, seolah2 menyentuh ulu hati.
Tangan kanan diletakkan di atas tgnkiri agak2 selesa.
Pastikan kedua2 lengan adalah rapat mendekati badan.

3) Rukuk - peralihan dari posisi qiyyam kepada rukuk dilakukan dgn penuh tertib dan sopan. Kedua2 tgn melurut peha dgn perlahan dan berhenti diatas lutut.
Pastikan badan kita di dlm posisi sudut tepat (90 darjah).
Siku juga dirapatkan ke badan dan sudut tepat.

4) 'Iktidal - tegakkan badan semasa membaca "Sami Allahulimanhamidah..."
dan mengangkat tgn posisi takbir ketika membaca "rabbanaalakal hamdu"

5) Sujud - sujud dari segi istilah ialah "penyerahan diri yg tertinggi".
Tertib sujud ialah dgn meletakkan kedua2 lutut ke lantai, baru diikuti tapak tgn dan seterusnya dahi.
Kedua2 tgn dirapatkan di bhgn bawah sedikit dari ibu jari, di mana ada sedikit terbuka di antarakedua2 tgn dan di situlah dahi diletakkan..
Jgn sujud terlalu jauh kehadapan kerana dikhuatiri akan melebihi lebih dari anggota sujud yg 7 iaitu dahi, kedua tapak tangan, kedua lutut and kedua belah kaki(setakat jari shj).
Ibu jari kaki dilentur sedikit agar menghala kekiblat.

6) Duduk antara 2 sujud - ada 2 cara :

i. Papan punggung diletakkan diatas kedua2 kaki
ii. Papan punggung lebih diberatkan atas kaki kiri dan kaki kanan dilentur agar ibu jari menghadap kiblat.

7) Bangun selepas sujud - duduk sebentar sebelum bangun, bukan dlm keadaan bangun menungging.
Sekiranya menghadapi kesulitan utk bangun,gunalah tgn kanan utk membantu kita bangun atau kedua2 tgn.

8) Tahiyyat - mengangkat telunjuk pada ketika menyebut"....illallahh..." ( "laa ilaa ha ILLALLAH") Jari telunjuk itu jangan diturunkan sehingga memberi salam.

9) Salam - tidak perlu ditundukkan muka sebelum memberi salam.
Menoleh sejauh mungkin sehingga 180 darjah ke belakang kerana malaikat ramai di sekeliling kita.
Begitu juga ketika menoleh ke kiri.
Tidak salah jika bahu dialihkan sedikit bagi membolehkan kita menoleh sehingga 180 darjah.Semasa menoleh ke kanan, alihkan sedikit bahu kiri dan sebaliknya.

10) Berdoa sesudah solat - seelok2 duduk ialah dgn melapikkan papan punggung dgn kedua2 kaki.
Tgn diangkat separas dada dan berdoalah dlm keadaan tunduk sedikit kerana sekiranya kita berdoa dgn tgn yg tinggi dan mendongak ke langit, itu melambangkan sifat bongkak.
Ingatlah, kitasedang menghadap yg Esa.
Seterusnya sebelum selesai ceramah, ustazah sempat mengingatkan para hadirin bahawa kain yg digunakan ukt solat juga perlu menepati ciri2 ygtertentu. Antaranya:

1) Tidak jarang. Rata2 kain telekung masa kini adalah jarang.
Sekiranya kita memakai kain yg jarang dan dapat dilihat tengkuk dan warna kulit,maka solat kita tidak sah.
Seelok2nya carilah kain telekung yg tidak jarang (antara caranya ialah dgn menggunakan 2 lapis kain).
Ataupun, pakailah anak telekung atau tudung labuh di dlm dan pastikan sewaktu di rumah, apabila kita solat cuma dgn berbaju sleeveless di dlm telekung, pastikan bahu dan tgn tidak kelihatan warna kulit jika diamatidari luar telekung.

2) Kadang2 sewaktu musafir, ada muslimah yg malas membawa kain solat,sekadar membawa telekung shj (tak payah org lain, saya pun begini).
Apabila tiba waktu solat, cuma kain di badan shj digunakan dan bagi menutupi kaki, kita memakai stokin.
Cara ini memang tidak salah, tapi pastikan stokin yg dipakai tidak jarang.
Ingatlah sewaktu kita sujud,kain stokin itu akan menegang (stretch) dan manalah tahu, terdedah aurat kita ketika itu lalu tidak sahlah solat.
Sebaik2nya pakai stokin yg tebal (ustazah mencadangkan stokin yg lazim dipakai ketika bersukan)ataupun jika tiada, pakai 2 lapis.

3) Ada kain telekung yg indah bersulam dan berkerawang.
Ada yg berlubang2sehingga di belakang telekung.
Adakalanya, bagi mereka yg rambut pjg,jika tidak ditutup betul2 dgn serkup/anak telekung, rambut2 ini akan terkeluar2 di celah2 kerawang telekung.
Oleh itu, berhati2lah.


Sama2lah kita berusaha memperbaiki solat kita kerana ia adalah tiang agama.
Pertama sekali yg akan dihisab di akhirat kelak ialah solat kita.
Solat yg baik akan melahirkan peribadi yg baik.
Saya akui, terasa agak berat.
Pengalaman saya, oleh kerana telekung saya agak jarang, saya kini memakai tudung labuh di dlm telekung setiap kali solat sambil berazam utk membeli telekung yg lebih baik kualitinya.
Walaupun kadang2 terasa panas ketika solat saya gagahkan juga.
Yg penting, saya mencuba seboleh2nya untuk mendapatkan solat yg diterima Allah, walaupun dari segi khusyuk solat, saya masih merangkak.
Yg penting, kita kena ingat,inilah sebahagian persediaan kita utk akhirat, jadi biarlah berbaloi.
Jgn pula nanti kita dihisab pula kerana solat yg tak sempurna.
Biar susah sekarang, jgn susah di alam baqa'.
Sekian saja yg dapat saya kongsi bersama.

Sekira2 ada salah dan silap,harap dimaafkan. Segala yg baik itu dtg dari Allah s.w.t. dan yg buruk itu dari saya.

Wassalamu.** Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah S.A.W. bersabda, Sampaikanlahpesanku biarpun satu ayat.. **

Friday, June 26, 2009

Micheal Jackson dalam kenangan..

Sudah banyak post yang saya review pasal MJ aka Mikail nih...
Apa yang saya harap, Dia dirahmati Allah SWT..Dan Islam semasa sakarulmaut datang..
Dalam pada itu, kita perlulah mengambil ikhtibar daripada pemergian insan2 ini dijemput ke alam yang kekal abadi..
Jangan leka dan lalai..
Sentiasalah bersedia..
Beribadat seperti kita akan mati esok..

Qoute nih saya baca kat manapun saya tak ingat..
Tapi cukup bermakna bagi sesiapa yang tahu maknanya..(apekah? pelik ayat ini..)

Pepun kat office saya ada sorang nhi yang kami panggil MJ sebab time Annual Dinner last year dia wat performance lagu Earth Song from MJ nih..
Siap bergaya dan menari ala2 MJ..

Tadi kami mengusik dia..
Oleh kerana masa tuh ada boss jepun yang x reti BM..
Maka gurauan itu berbunyi English..

N**r, your twin already passed away today..

Die gelak jer..

Nota kaki : actually sangat suke dengan lagu Earth Song..Nak upload video kat sini la..
Nah layannn...


Blog Pasal Shaklee lah~

Related Posts with Thumbnails

Dah menjadi sejarah~

Web Analytics