Followers

Sunday, January 31, 2010

Siapa perempuan tercantik dalam dunia?

Tadi jalan2 try google the most beautiful women in the world..
Sekali apa yang saya jumpa..?
check it out k..

Menurut AskMen.com, Laetitia Casta la paling cantik hot dan sewaktu dengannya..
Siapa dia ni..
Ni dia gamabr dia..

Biografi dia yang saya cedok dari sini,

Biography
Born the 11th of May, 1978, Laetitia Maria Laure Casta is the middle child to father Dominique and mother Line. Dominique, raised on the island of Corsica, moved to Normandy where he met Laetitia's mother. Laetitia (which means "joy" in Latin) enjoyed drawing and writing stories at an early age, and admits that she was quite a daydreamer in grade school. Although she surprisingly didn't attract many males while in school and recalls feeling awkward and self-conscious, her luck began to change at age 15. Laetitia was discovered by a photographer and an agent from an important Paris modeling agency, Madison Models, while on a beach near Corsica.

Menurut VanityFair pula, Angelina Jolie paling cantik..
Tak percaya boleh check sini..
Mari saya tepek terus piture articel tu di sini..

Biografi dia?
Cari sendirilah yea sebab di kan artis hot sedunia..
Lagi2 bila kisah dia berpisah dengan Brat Pitt heboh diperkatakan orang..
haha~

kesimpulannya : kecantikan wanita ni subjektif..=)

Perkara yang buat blogwalker tekan butang X di kanan atas bila masuk blog anda..

Sebagai blogger kita tentu suka blogwalking..
Dan sebagai balasan, kita juga menharapkan orang lain blogwalking juga ke blog kita kan?
betul tak..?

Saya memang suka blogwalking..
Blogjogging..
dan macam2 lagi term2..

Dari pengalaman saya, ada beberapa sebab yang akan menyebabkan blog anda napak macam sepi sahaja..
Walaupun traffic ok tapi macam sunyi..

Antaranya ialah,

1) blog yang tak ada shoutbox, shoutmix, cbox dan yang seangkatan dengannya..
Kalau blog tu blog glamour tahap follower lebih 500 dimaafkanlah..
Tapi, bagi saya sebenarnya tak ada cbox ok laagi asalkan boleh tinggal jejak kat entry
post.

2)lagi satu, blog yang bila nak komen kena buat word verification bagai..
Serius bila server slow tahap siput, saya akan terus tekan X bila kena buat word
verification. Thank God kalau blog tersebut ada cbox, saya akan tinggal komen pasal
entry di situ..kalau tak ada?paham2 sahajalah kan..
Diulang, hanya jika server slow sahaja, kalau server ok saya akan gigih la juga komen.
macam kat bawah ni..

3) Yang last, paling tak best, sudahlah cbox tiada..Comment kat entry kena jawab word
verification. Tapi kalau dah macam di bawah ni, macam mana nak proceed?
Sebab itu kalau blog tu ada cbox akan saya bagitau bahawa susah nak komen kat post,
serta suggest him/her to off word verification.

Kadang2 disebabkan benda yang simple2 ni buat blog anda kurang digerami ops digemari..
Jadi apa yang perlu dibuat..?
Off kan word verification..dan kalau boleh tukar to pop up comment box..
macam contoh di bawah ini..
Yang tak ada cbox, bolehlah install masuk k..
Tak rugi..=)

Ada yang tak tahu macam mana nak setting off word verification and pop up comment ke?
Senang sahaja..
Log in blogger --> dashboard --> setting --> comments --> buat macam picture2 kat bawah ini --> then save setting

Yang ini untuk tukar kepada pop up comment..
yang ini pula untuk off kan word verification..
Kalau nak blog meriah, bolehlah ikut petua remeh saya ini.
=)

p/s : setiap blogger ada pandangan masing2 pasal isu ini. So, hanya perkara2 ini akan buat saya tekan butang X kat bucu kanan atas blog..yang lain tu masih boleh tahan laagi.

Saturday, January 30, 2010

Cerita budak nakal versi jadi cikgu sekolah pula..=)

Hari ni Minah pergi sekolah.
Dia tak dapat menyorok sebab bapak cuti..

Jadi Minah naik bas seperti biasa.
Datang kawan dia bersembang..

"Minah, ko ni aku salute la..berani gila"

Minah yang kehairananpun menjawab.

" Aik, apehal pula"

Rakan Minah pun berkata lagi..

"Semalam cikgu Sains marah betul dekat kau. Dia cakap ko kurang ajar"

"Aaaa..uish..kenapa pula"

Minah terkujat plus takut jugalah bila dengar cikgu marah..

"Ko tiru sign dia time tanda buku, tentulah dia marah..."

Berkerut jugalah muka Minah masa tu.
Bila flash back balik baru Minah teringat.
Minah sebenarnya bendul betul.
Disebabkan dia selalu ponteng sekolah, cikgu suruh dia tanda sendiri buku latihan dia dengan merujuk buku2 member.
Dia tiru sebijik-sebijik tulisan pen merah dalam buku latihan kawannya tu termasuk signature cikgu.

Minahpun terus cakap macam ni..

" Aku tak sengaja dowh. Ni yang malas nak pi sekolah lagi ni."

Pernah tak terima email sengal ini? kuangkuangkuang~

Saya selalu sahaja dapat email-email yang dapat meredakan tekanan akibat kerja yang tak berat tapi banyak.

Kali ini saya nak kongsi salah satu darinya yang buat saya rasa lawak tapi kesian la juga kalau betul2 jadi..
hik2..
layan sahajalah yea..=)

Seorang mahasiswa semester akhir menulis surat kepada ayahnya:

Ayah,
Saya merasa tidak selesa kerana terus menerus menulis surat kepada ayah untuk meminta wang. Saya merasa malu dan sedih. Saya ingin meminta wang sebanyak Rm1000 dari ayah, walaupun setiap bahagian tubuh saya memberontak. Saya meminta dengan tulus dari hati saya yang paling dalam, ayah maafkan saya.

Salam dari anakanda,
Sarip.

p/s Saya merasa berat hati untuk mengirimkan surat ini, jadi saya cuba untuk mengejar posmen yang mengambil surat ini dari dalam peti surat. Saya ingin mengambil kembali surat ini dan membakarnya, kerana surat ini pasti menyusahkan hati ayah. Saya berdoa dalam hati agar saya dapat semula surat ini, tapi sudah terlambat.

Beberapa hari kemudian dia menerima balasan surat dari ayahnya yang mengandungi ayat yang ringkas,


Untuk Sarip,

Nak, doamu sudah dimakbulkan. Suratmu tidak pernah ayah terima
Dari Ayahmu.



Kuangkuangkuang. .....

Friday, January 29, 2010

Cerita budak nakal versi nak pergi sekolah..=)

Pagi-pagi sepeti biasa bapak kejut bangun...

"Minah, banguuunngggg, gi sekoloh"

3 kali bapak dia panggil baru Minah bangun.
Berpisat-pisat mata menahan mengantuk.
Terus bersiap nak pergi sekolah.
Bapak dia pula sambung tidur..(ngeh2..)

20 minit kemudian Minahpun keluar dari rumah.
Mulalah hati dia berbelah bahagi..
Teringatkan kerja sekolah yang tak siap.
Cikgu Abu sudahlah garang.

Baru sekerat jalan nak pergi tempat tunggu bas, dia patah balik, menyuruk belakang rumah.
Tak lama kemudian, bapak dia pula keluar pergi kerja.
Sejurus kemudia diiapun keluar daripada tempat persembunyian dan terus masuk rumah..
Sambung tidur..

Nakalnya Minah..=)

Cantik wooo...baru nak upload wedding's pictures my sis part 1..

Saja saya nak tayang gambar wedding kakak saya garapan thephotolicious team member, Kak Shida..

Memang superb kebabom la cantiknya gambar2 ni..
Ye la..
Harga pakej pun boleh tahanlah harganya..

Mari2 serbu dulu picture2 ni ya..

Actually my sis ambil pakej yang ambil gambar masa bernikah, outdoor lepas nikah..
lepas itu, gambar msa majlis sanding, dan outdoor lepas acara sanding..

Untuk part 1 ni saya share yang masa hari pernikahan..
layan lah ye..
Kalau ada sesiapa yang berminat silalah jenguk main page thephotolicious di sini..
ataupun terus ke Kak Shida di sini

Puaslah mereka berdua nih melompat-lompat..haha..
ni antara scene yang my sis paling suka..=)
ni masa baca doa lepas selesai akad nikah..
kantoi kak shida tak tadah tangan time doa..kuikui~
Ni pula masa sedang tunggu rombongan pengantin lelaki sampai..
sempat lagi posing di bilik
Ni pula masa di pelamin..
Amboi..romantis sungguh~

Ada lagi sebenarnya gambar2 menarik tapi ada dalam PC my sis la pula..
huhu~

p/s: nak tunggu hasil yang sebenar-benarnya hasil..album gambar from mereka...
my sis kata tak lama lagi..=)

Thursday, January 28, 2010

Tolong2 bantu adik Ammar...senang sahaja caranya beb..x ada cash pun tak apa..

Salam semua..
Saya rasa amatlah tersentuh dengan penderitaan yang ditanggung oleh seorang blogger kita punya anak..
Anak mereka bernama Ammar sedang menderita dan perlukan 'belanja besar' utuk sembuh..
"Anda mampu mengubahnya" dengan hanya menggunakan blog masing2..
senangkan..?

Baca dulu ayat2 di bawah yang saya copy and paste directly from Hydir



blogger we care ammar

Salam sejahtera semua.

Sekali lagi atas rasa tanggungjawab sesama insan, saya rasa terpanggil sekali lagi untuk meneruskan kempen Blogger We Care. Kali ini kita mempunyai kesempatan untuk membantu adik Ammar yang menghidapi penyakit jantung (PDA) sedangkan adik ini baru berusia 2 tahun!

Boleh hayati kisah ini lebih lanjut di blog Puan Asmaniza: Ammar Oh Ammar.

Setiap blog yang meletakkan ribbon di atas akan menjana RM1 kepada adik Ammar.

Ikut langkah ini:

  1. Copy dan paste ribbon diatas.
  2. Letakkan di blog masing-masing samada di sidebar or mana2 yg visible.
  3. Anda boleh resize saiz ribbon itu untuk kesesuaian blog anda.
  4. Biarkan ribbon tu selama seminggu di blog masing2 sehingga 1/2/2010
  5. Maklumkan kepada saya melalui komentar di bawah bahawa anda dah letakkan ribbon tersebut
  6. boleh juga maklum melalui twitter @kbsoccernet
  7. Follow Facebook Blogger We Care di sini untuk maklumat terkini kisah adik Ammar.


Moga usaha kita yang kecil ini mendapat keberkatan dan rahmat daripada-Nya


p/s: Blogger – I Care, You Care, We Care

Macam mana?
Jalankanlah tanggungjawab kita sebagai rakyat malaysia yang 1Malaysia..
Jalankan juga tanggungjawab kita sebagai hamba Allah di muka bumi ini..
Semoga dengan bantuan kita yang sedikit ini dapat bantu adik Ammar..
Bak kata orang2 dulu dan sekarang.."Hari ini hari dia, esok2 hari kita pula"

p/s : alamak..saya belum lagi follow facebook Blogger We Care..jom follow..=)

Nak buat Sticky Entry atau Entry melekat..ada lagi yang tak tahu? mari saya ajar..

Pernah beberapa blogger bertanyakan kepada saya bagaimana nak buat entry melekat..
Yang terbaru, requested by Cinta
Minta maaf sebab saya tak sempat pula nak menunjukkan cara2 nya yang sebenarnya semudah A B C je..

Tutorial ni dibuat untuk blogger2 baru dan juga blogger2 lama yang tak pernah buat entry melekat ini..

Ok, sekarang saya tunjukkan step2 nya yea..

Mula2..
Buat post baru...
then publish post tu..
Check entry tu dah publish ke belum dengan view blog..
Bila dah pasti ia dah publish, check kat bawah atau atas entry tu..
cari ikon 'edit post' atau ikon berbentuk pensil..
Klik situ..
Nak jelas tengok picture ini
lepas itu scroll ke bawah..
ada nampak tulisan 'post options' tak?
kalau tak nampak tu maknanya kena buat spek la tu..
rabun dah tu gamaknya..
kuikui..(gurau je..)
Contohnya ada di picture bawah ini..


click kat 'post option' itu..
Nampak tak di sebelah kanan bawah ada 'Post date and time'..
Tukar tarikh dan masa itu ke masa depan...
Kalau kat situ tarikh 1/27/10 (27 Jan 2010), tukar ke 1/28/10 kalau nak buat entry tu melekat selama 24 jam..
Kalau nak setahun melekat kat atas tu tukarlah kepada 1/27/11 (27/Jan/2011)..
Lepas itu, click kat button "publish now" ..
Untuk lebih jelas rujuk picture di bawah ni..



Taraaaa..entry tu akan melekat je kat atas walaupun anda post entry lain selepas itu..

Ingat tu, terus click kat "publish post"
bukan "save post" atau "save as draft" sebelum " publish post"..(kalau buat macam ni akan jadi scheduled post pula..

Selamat mencuba k..=)

Wednesday, January 27, 2010

Tak sangka dah 300 Followersku~

Pagi tadi buka blog..
Terkejut dah 300 followers..
Huiyooo~

Terima kasih yang tak terhingga saya ucapkan kepada sahabat2 bloggers yang sudi follow blog saya ini..
Be a loyal followers k...
Then u will get a loyal one..

Sempat saya print screen..

Fid telah menjadi followers saya yang ke 300..
Err..tapi tak de hadiah tuk followers yang ke 300 yea..
Sorry..
k lah..nanti saya review blog awak yang best tu di blog saya sebagai hadiah.
ok tak?

Ermm..terfikir juga nak buat cabutan bertuah..
Tapi nanti saya pikir2 dulu hadiah apa nak bagi baru decide~
hehe..

Ohhh..Johnny Depp ku...Lelaki paling Bergaya Dunia 2010

Saya mula jatuh hati dengan Johnny Depp sejak beliau berlakon dalam cerita..
Charlie and Chocolate Factory..
Watak Willy Wonka tu betul2 buat saya meminati beliau..

Beliau terus cemerlang gemilang dan terbilang dengan muncul sebagai Jack Sparrow dalam Pirates of Caribbean...

Ada ke yang tak kenal Johnny Depp..
Hoooh..mustahil..
Kalau nak kenal jom saya tunjuk gambar..
Lepas ni mesti kenal kan..

Captain Jack Sparrow..
uhuu..hensemnya dia..kan?

Bukan sahaja pada wajah dia yang hensem..
Malah bergaya pula tuh..
Lagi satu digambarkan sebagai sang suami dan ayah yang penyayang..
Complete package tu beb..

Sebelum ni beliau pernah dinobatkan sebagai..
Lelaki Paling Seksi Dunia..oleh majalah People..
Bukan sekali malah 2 kali gelaran tersebut diterimanya..

Selain itu, beliau juga dapat gelaran..
Aktor Terbaik sedekad di majlis Anugerah Pilihan People..

Gelaran Lelaki Paling Bergaya Dunia ini diberikan oleh Majalah GQ..
Mengalahkan Brad Pitt (yang sedang bermasalah dengan Angelina Jolie), hero filem Twilight iaitu Robert Pattinson, Jay-Z, dan bintang Gossip Girl, Ed Westwick.

Bertuahnya bini beliau Vanessa Paradis..
Anak dah umur 10 tahun umurnya..
Mesti usia perhubungan mereka lebih laam dari itu..
Semoga kebahagiaan mereka berkekalan sampai ke akhir hayat..=)

Anak bini beliau nih..

beliau dan bini beliau sentiasa berpegangan tangan

Sumber cerita dicedok dari: Surat khabar Metro..
Suber gambar dicedok dari : pakcik google..kuikui~

Tuesday, January 26, 2010

Blog menghina Islam lagi..bukan 1 tapi 2 blog..

Sekarang ni kecoh dan heboh pasal blog berita Muslim Sahih yang menghina Islam dan mengelirukan..
Saya telahpun report to block this blog tapi macam tak ada apa-apa feedback from wordpress..

Pagi ni dapat email panas..
Ada lagi satu blog yang turut menjadikan blog sebagai medium untuk menghina agama orang lain..
Sila terjah blog Islam Expose..

Kalau sesiapa reti hack tu hack la blog2 mereka ini demi keselamatan dan kesejahteraan...
Mereka perlu di ajar untuk menghormati agama anutan orang lain..
huhu~

p/s : isk2..asal takleh lembab blog ISLAM EXPOSE ni..ramai sangat ke nak terjah..? boleh kalah trafik ADUKA TARUNA yang mencecah 60k masa kecoh pasal isu hina Sultan Johor dalam blog..

Lelaki sanggup pakai pink demi cinta hati mereka..betul ke?

betul..
memang iya..
Adaaa..
Kawan saya ni rasanya tak pernah pakai pink setahu saya..
Tapi bila majlis bersanding sanggup pakai pink..
ekeke~

Demi isteri tercinta..
Lautan bara sanggup direnangi..

Masa terima kad kahwin, memang kalernya pink..
Tapi tak sangka pulak bila pergi dan tengok sendiri..
Nampak macam pink pada baju dia lebih banyak dari pink isteri dia kan..
memang salute lah pada kamu Wan..

Biarlah saya close up sikit pasangan Rezduan dengan Eva nih..
Serius cantik bini dia tu..
kecil molek sahaja..
Sesuai dengan Wan yang memang 'tak besar' tuh..
ehehe~
Ni geng2 offie bergambar..
Saya tak ada sebab sayalah tukang snap..
hehe~
Sengaja takmo glamour..
Kami pergi beli hadiah last minute kat shopping complex berdekatan..
haha..sempat lagi tuh..
Nasib baik ada wrapping service klau tidak kami bagi hadiah tak wrapped la..

Next week pula nak pergi Kuantan..
Sepasang lagi nak mendirikan masjid..
tunggu~

Monday, January 25, 2010

20 sekolah terpilih jadi SPT (Sekolah Berprestasi Tinggi). Tahniah!

Tahniah2 pada sekolah2 yang diumumkan daal kelompok 20 terbaik dalam Malaysia..
Walaupun banyak juga SBP tapi ada juga sekolah harian yang terpilih..
Termasuklah sekolah yang hari2 saya lalu tiap2 pagi nak pergi kerja..
dan setiap kali balik kerja..
SMK (P) Sri Aman, PJ..

sekolah ini memangdah sebati dengan saya. hari2 lalu sini dan nampak blok ini.

Walaupun kadang2 ko bikin hati panas bila jalan sesak semata-mata sebab traffic light tu selalu sahaja merah..
Mana tak merah kalau kejap2 ada sahaja kamu2 yang berprestasi tinggi nih merentas jalan..
alahai~

Walaupun kadang2 time traffic light hijau pun kamu2 melintas juga sampaikan saya terpaksa brek mengejut..

Walaupun kadang2 bila lampu dah bertukar hijau kamu2 still lagi berlenggang kangkung atas jalan tuh..

Saya tetap sabar..
Saya tetap tersenyum..
Sebab kamu2 nak pergi berjuang..
Nak berjaya dalam pelajaran..
Nak masuk U..(macam saya..)
Nak grad dengan cemerlang..(macam saya..kuikui..walaupun takdelah cemerlang mana..)
Nak kerja best2..(macam saya juga..best ke kerja saya nih?)


Lepas kamu dah melintas, saya terus pecut tak hingat...
Pecut selaju yang boleh..
Sebab lagi beberapa minit, loceng kerja nak berbunyi..
Saya taknak lah bagi contoh tak baik kat kamu2..
Tak nak punch kad merah..
kuikui~

Untuk tengok senarai lagi 19 sekolah, sila rujuk surat khabar esok yea..
kuang2..
eh tidaklah..dah ada yang tolong update..terjah bog beliamuda nih ye..

Pasal Nikah Kahwin sebelum dan selepasnya.

Tak tahu sebenarnya nak letak tajuk apa tapi saya benar2 nak share satu lagi pendapat orang2 dulu pasal nikah kahwin pula..

My sis dah kahwin 2009/2010.
Hendak dikata 2009 pun tak boleh sebab sudah hujung sangat..
dan lagi 2010 hari persandingan dia..
Jadi, saya memang merancang untuk tidak berkahwin dalam 2010..
Tapi mungkin 2011..=)

Ini sebenarnya jawapan selamat untuk menjaga hati sesetengah ahli family yang masih berfikiran agak dulu2..
Haaa...benda inilah yang saya nak share dengan kawan2..

Kata orang tua dulu2..
Kalau nak kahwinkan anak, jangan kahwinkan kedua-dua or ketiga-tiga anak dalam satu tahun..
Nanti hanya salah seorang sahaja akan mudah dapat rezeki anak..
Yang lain tu kena kerja 'lebih' kot kalau nak dapat anak..(means ssuah nak lekat anaklah..)
Ingin diulang sekali lagi..
Ini adalah pendapat orang tua dulu2..
Bukan pendapat peribadi saya ya..
(jangan hentam saya sebab bukan saya yang kata..=) )

Tapi pada pandangan saya..
Rezeki ini di tangan Allah..
Dan jodoh juga di tangan Allah..
Jadi pendapat di atas ini macam bercanggah antara rezeki dan jodoh..
Kalau dah ditakdirkan jodoh kedua-dua anak itu dalam tahun yang sama takkan nak halang kan?
Lepas itu rezeki anak itupun datang dariNya..
Kita tak ada kuasapun untuk tentukan..
Selalunya kalau terjadipun mungkin kebetulan..=)

Mesti anda semua tertanya-tanya..
Habis itu kenapa nak buat 2011..bukan 2010..?
Haaa..sebenarnya tak ada kena mengena dengan pendapat orang tua di atas..=)
Cuma mak pak dah banyak berhabis untuk kenduri kakak saya yang lepas..
Lagipun, bulan dua ini nak terbang pula ke Sabah untuk majlis bertandang mereka...
(guna banyak duit juga tu kan..)
Itu sahaja, sekian..

p/s : content macam tak kena sahaja dengan tajuk..aaabaikan..=)

kenapa eden tak tahu ye Farid Kamil bercinta dengan Diana Danielle?

Haiishh..
Bila pergi blogwalking, terjumpa entry psal pergi genting kat blog insan tinggi zack..
Memang agak tinggipun minah ni..176cm..167cm...
Dia cerita pasal trip to Genting..
Tiba ada gambar Farid Kamil dalam itu..
Lepas itu siap ada link tuk tahu siapa GF dia..
Bila godek2 link tu rupanya Cik Diana Danielle..

Lepas itu, saya teruslah google search..
Cari apa2 news yang mungkin saya tertinggal..
Memula saya tengok ada link beautifulnara cerita pasal hubungan dorang( tapi gosip sahaja..)..
Tapi cerita tu dah lama beb..
Bulan Jun tahun 2009..
Dalam berita harian pun ada..di ruang teropong bersama zubir..(pun gosip gak..)
Lepas itu adalah yang korek2 rahsia tapi tak dapat dek non..
Terjah sini untuk baca. Yang ini bulan Oct 2009..

Tapi, pelik juga sebab gosip pasal mereka bercinta ni cuma panas masa itu sahaja..
Iaitu masa Diana masih dalam kem PLKN..
Lepas itu dah tak ada gosip ni..
Senyap sahaja..
Pelik jugalah..
Betul ke mereka bercinta sebenarnya ini?
Kenapa semua tak tahu...
ataupun hanya saya sahaja yang tak tahu nih.?
(ketinggalan zaman betullah saya ni)..

p/s : aik, kenapa blog saya ini jadi ruang gosip artis pula ni..? haiya~takpe sekali sekala..hehe =)

Sunday, January 24, 2010

Kenapa saya tak lalu makan?

Akhir2 ini saya memang ada masalah untuk makan..
Saya tak kuat makan seperti dulu..

Biasanya saya bersemangat sahaja bila sebut pasal makan..
Tapi akhir2 ini..
Sejak masuk tahun baru 2010 ini saya rasa lain..

Bermula dengan program minum air teh o itulah.
Tapi betul ke air teh itu punca?
Haisshh...

Kamu2 bayangkan ye..
Saya bangun pagi kul 6..
Pi kerja..
Pagi buat air nescafe white coffee secawan..
Then, air itu akan tahan sampai tengahari ataupun sampai petang..
Adalah minum air kosong tuk balance kan..
Bekalan tenaga dapat daripada air nescafe tu tuk cover sampai tengahari.

Tengahari pula saya pergi beli kuih 3 biji seringgit tu..
Kadang2 karipap..kuih keria..kopok lekor..cekodok..
apa2 sahaja.
Kalau saya lalu saya beli lebih sikit..
Biasanya saya beli seringgit je..
Dan sometimes saya tambah sepotong betik..or tembikai..or jambu batu..(harganya 60sen ot setiap 1.)
Itu punya makanan untuk cover sampai balik rumah lepas kerja..

Sampai rumah..
Saya jarang juga makan nasi..
Sekali sekala sahaja..
Ada ke pi makan roti..sandwich..dan seangkatan dengannya..
Lepas itu bila fikir tak cukup, tambah la epal sebiji..
Then, sup sap sup asp dah kul 12..
Masuk tidur la kan..

Begitulah hari2 saya lalui..
Saya bukan seorang yang suka diet..
Saya tak pandai nak kawal makan..
Kalau nak makan, makan aje..
Tak kira dah pasal lemak minyak ke apa..
Tapi, nampak macam saya sedang berdiet kan?

Kesannya memang tak bagus..
Badan saya memang lemah..lemau.
Buat kerjapun tak semangat..
Suhu badan naik jadi panas..
buka badan je cepat panas..
Hati dan emosi pun cepat je mendidih..
Mudah sangat nak 'tacing2'..
Mukapun pucat sahaja..
Mata asyik nak tertutup sahaja bila di office..(tahan ngantuk..)
Apekah sindrom ini?
Saya kena bangun balik..back to normal life..takmo lemau2 nih..tak best..

p/s : gila lama tak beriadah..joggingpun tidak..huhu~ patut le tak sihat..

Member satu team kat office nak kawen dah..

Bulan ini ada 3 orang member nak berkahwin..
Tiga2 satu team kat office..

Seorang bernama Rezduan akan berkahwin chenta hatinya Eva (nama cam lian macam kan..) di Kajang..
Sat lagi saya nak pi kenduri lah ni..

Selepas ini 30hb member group pula..
Dua2 pasangan lelaki dan perempuan tersebut adalah member satu group..
Tahniah to Iffah dan Amir..

K, chow~

Link untuk download filem Ketika Cinta Bertasbih..


Dulu saya ada tunjuk trailer cerita best..
Layan kat sini ye..
Hari memang dalam misi untuk download Ketika Cinta Bertasbih..
Lama dah berniat nak tengok tapi kesempatan itu tak ada..
Blogging ada pula masa kan?
kuikui~

Godek2 incik Google jumpa macam2 link..
Torrent.. kena bayar la pulak..(cancel!)
Saya buka kat satu website ini.. dia letak cerita ni dalam 13 file youtube type..
Terpulanglah nak download or tengok sahaja kat situ..
Nak tengok secara life..dengan tak payah susah nak download..terjah sini
Tapi ni Ketika Cinta Bertasbih 2..
Yang first film saya tak jumpa lak..
Ada sesiap boleh bantu? huhu~

At last saya try download novel aje..
huhu~
Tengah dalam process ni..
Hopefully berjaya la..
=)

Saturday, January 23, 2010

Di Pahang dah tak boleh merokok tahu?


Tadi ada dengar tak berita di TV3..
Dah keluar fatwa di Pahang bahawa merokok adalah HARAM..
Haha..
Sebabnya disahkan merokok itu memang membahayakan kesihatan..

Masa berita tu berkumandang, ayah saya sedang merokok..
kuikui~
Terkujatlah sebentar..
Lepas ini negeri mana pula nak keluarkan fatwa yang sama?
So, apa kata anda..especially perokok tegar?

Katakan TAK NAK pada rokok..=)
photo credited to http://berceloteh.com/

betulkan kalau hujan lebat itu petanda akan ada orang2 'besar' mangkat?

Tadi masa nak gerak balik rumah..
Cuaca dah mendung gilalah..
macam nak hujan sangat2 dah..
Jalan pula sesak seperti biasa sebab ada road block..
(sekali lagi aku mengamuk dalam hati..grrr..)

Masuk sahaja highway, brruuuuu~hujan turun selebatnya..
Perghhh..sampai tak nampak jalan..
Viper dah sehabis speed limit..still kabur..
Nak berhenti? no no no..
tak sanggguplah..
So, drive je la slow2..
Slow2 pun 50km/j gak sebab jalan tak sesak..
Alhamdulliah..

Sampai sahaja rumah dok mengadu pada mak pasal hujan...
Area rumah sayapun hujan lebat juga..
Daripada lepas maghrib sampai ke pukul 9..

Mak saya dengan confidentnya cakap..

"hujan macam ni mesti ada orang2'besar meninggal..macam sultan ke"

Saya sebagai orang moden sudah tentulah susah nak percaya..
Tapi tadi baca berita tak rasmi dari sini dan sini..
Rupanya Sultan Johor yang mangkat..(tapi macam tak sure je betul ke tidak..)
Kalau betul maknanya mak saya bolehlah apply jadi bomoh..kuang2..

Friday, January 22, 2010

Punca kesesakan jalanraya yang meruncing sekarang..



baca tak berita hari ini?
Pasal jumlah kenderaan yang dijangka dijual tahun ni..
Sampai 1/2 juta..dalam Malaysia sahaja pun..
Patutlah jalanraya sekarang makin sesak..
Makin hari makin banyak kereta atas jalan rupanya..

Haiya...bila nak lancarkan LRT seluruh negara macam kat oversea tu..
At least buatlah di area2 yang afffected by traffic jam..KL, PJ, Shah Alam, Klang..
Kalaulah depan rumah saya ada LRT yang direct to PJ, dah lama saya naik..
Tak sanggup nak bersesak lama2 atas jalan..
Tapi, kadang2 rasa macam laaagi tak sanggup nak berhimpit-himpit dalam LRT..
Isk2..mana2 option pun ada pros and cons nya..
**********************************************************************************

Lebih setengah juta kenderaan dijangka dijual tahun ini


PETALING JAYA: Kira-kira 550,000 kenderaan motor dijangka dijual tahun ini, dengan petunjuk positif pemulihan ekonomi dan kadar faedah yang rendah.

Sebanyak 536,905 unit dijual tahun lalu.

Presiden Persatuan Automotif Malaysia (MAA), Datuk Aishah Ahmad, berkata unjuran tahun ini adalah berdasarkan kepada kedudukan kukuh yang dapat dilihat pada suku terakhir 2009.


"Kami juga berharap jualan tahun ini akan memecah rekod tertinggi sebanyak 552,316 unit yang dijual pada 2005," katanya pada taklimat media di sini hari ini.

Aishah berkata, pembelian baru untuk Tahun Baru Cina dan penyerahan kenderaan pengeluaran 2010 bagi memenuhi pesanan pada Disember tahun lalu, akan terus meningkatkan jumlah jualan terutamanya untuk Januari.

"Sentimen pengguna yang semakin meningkat, peningkatan dalam tahap keyakinan perniagaan serta jangkaan kenaikan dalam harga komoditi, akan memberi sokongan kepada industri auto," katanya.

Bacalah original version from here

***********************************************************************************

6 Fakta menarik tentang Hari Jumaat...

Fakta yang menunjukkan jumaat hari yang best ialah..

1) Jumaat selalunya hari terkhir bekerja sebelum cuti hjung minggu..
badan kat office tapi kepala fikiran dah kat rumah..

2) Jumaat bagi yang keje opis kerajaan or kilang yang ikut rehat macam kerajaan best sebab rehat lama..pompuanlah suka sebab bleh pi shopping2..

3) Jumaat selalunya kerja banyak dah settle..(x sebanyak hari isnin..)
So, rileks sikit la..(bagi saya ye..ada orang lagi nak cuti..lagi banyakkk kerja..)

4) Jumaat kan hari yang mulia untuk umat Islam..(best kan.)

5) Jumaat lepas kerja boleh lepak2 minum dulu sebab esoknya cuti daa..tak tidur malampun tak apa..

6) Jumaatlah hari orang paling semangat nak pergi kerja..haha~
Rasa macam masa pantas berlalu..

p/s : best2 pun ada juga yang tak bestnya..
yang tak bestnya.jumaat hari jalan jem sedunia..(lagi2 time balik kerja..)
lagi satu jumaat jadi tak best bila sabtu kena kerja gak..huwaaa~

afzan kata : ini Fakta NoorAfzan..anda mungkin ada fakta2 lain untuk dikongsi..
sila tinggal komen..

Surau kena bakar pulak dah...

Berita panas laaagii...
Huish..sebelum ini gereja..
sekarang ini surau pulak dah..
saya tertanya-tanya perkaitan antara kedua-dua kejadian dengan isu penggunaan Kalimah Allah..
Nampak macam 'balas dendam' tapi kisah disebaliknya tidak pula kita tahu..
Mungkin hanya Allah sahaja yang tahu kan..

Dua surau cuba dibakar

Oleh Junita Mat Rasid
junita@bharian.com.my

MUAR: Dua surau di bandar ini dipercayai cuba dibakar dengan menggunakan minyak tanah dalam dua kejadian berasingan berlaku dalam jarak kira-kira dua kilometer dalam kejadian di Surau Silaturrahim, Jalan Ismail dan Surau Kampung Parit Beting, Jalan Salleh di sini, awal pagi semalam.

Bagaimanapun kedua-dua surau itu hanya mengalami kerosakan kecil membabitkan langsir, permaidani dan cermin, selain kesan terbakar di pintu surau.

Kejadian pertama di Surau Silaturahim disedari oleh tiga remaja yang dalam perjalanan pulang melalui surau itu kira-kira jam 2.30 pagi, manakala kejadian di Surau Kampung Parit Beting dipercayai turut berlaku dalam tempoh yang sama tetapi hanya disedari kira-kira jam 11 pagi oleh seorang guru agama yang memasuki ruang solat wanita.


Pemangku Ketua Polis Johor, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman, berkata siasatan awal tidak menolak kemungkinan kedua-dua kebakaran itu dilakukan oleh pihak yang sama berikutan taktik serupa dan berlaku di kawasan hanya terletak antara jarak kira-kira dua kilometer.

Katanya, pihak forensik yang menyiasat di kedua-dua tempat kejadian turut menemui kesan minyak tanah termasuk satu botol yang dipercayai digunakan untuk memulakan kebakaran di surau kedua.

“Siasatan awal mendapati suspek menyimbah minyak tanah sebelum menyalakan api pada bahagian tingkap surau pertama sehingga menyebabkan langsir sepanjang dua meter dan satu tingkap nako rosak, selain turut menyebabkan kesan hitam di dinding surau berkenaan,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Muar selepas melawat tempat kejadian.

Jalaluddin berkata, dalam kejadian kedua, pihaknya menerima laporan kira-kira jam 1.30 tengah hari selepas seorang guru agama menyedari kesan kebakaran di bahagian pintu kedua surau iaitu laluan masuk ke ruang solat wanita.

Beliau berkata, kebakaran itu menyebabkan kesan kebakaran permaidani, langsir dan pintu, selain tingkap yang pecah akibat dibaling dengan batu bata.

“Kejadian itu juga dipercayai berlaku awal pagi tetapi hanya disedari kira-kira jam 11 pagi dan siasatan awal kemudian turut menemui botol yang berisi minyak tanah berhampiran surau berkenaan,” katanya.

Jalaluddin menasihatkan orang ramai supaya tidak mengeksploitasikan kedua-dua kejadian itu dan tidak mengambil tindakan sendiri, sebaliknya menyerahkan kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan terperinci.

Saya memang dah jangkakan perkara ini akan berlaku juga..
Orang yang menjadi dalang seolah-olah nak memburukkan lagi situasi..
Macam sengaja nak mencetus isu perkauman di negara ini..
Saya cuma menyatakan pandangan saya..
Pada pendapat anda pihak mana yang akan dapat untung ye?
Apa kata anda?

Sedih sebab IP Address kena banned kat shoutbox..


Tadi saya pi blog KakNor..
IP address kena banned?
Apa salah saya?
huhu~

Rasanya saya tak ada buat iklan2 haram..
Tak ada buat spam..
Tapi, sometimes kena banned..
Semangat untuk blogwalking pun rasa macam down sikit..
Nasib baik satu blog sahaja..


Update terbaru :
  1. KakNor tu cakap dia tak block apa2 IP..Tapi diapun tak pasti kenapa shoutbox dia macam gitu.. (dah 2 orang mengadu perkara sama..
  2. Maybe Kak Nor patut tukar kepada shoutbox lain yang lebih friendly-users..

Thursday, January 21, 2010

Kenapa masih ada yang memandu tanpa check lampu brake..?

Kelmarin balik dari kerja..
Memang angin sahaja rasanya..
Bukan angin sepoi2 bahasa tapi angin rbut puting beliung..

Alkisahnya..
Mula2 traffic jam yang teramatlah sangat beberapa saat..minit..selepas keluar daripada offfice..
Tersangkut dalam jam di situ selama 15 jam minit..diulang..15 minit..
jam dah pukul 5.50..
Alangkah geram dan marahnya bila tengok ada encik polis kat tepi jalan..
Kenapa la mereka2 ini buat road block masa2 puncak ni..?
Saya yakin ramai yang berfikiran seperti saya..
Siapa yang sokong angkat tangan k..=)

Lepas itu kena lalu depan sekolah..
Haish..kenapa banyak pula kereta sedangkan sekolah menengah balik lambat kan?
Dekat pukul 7 baru balik..
Rupanya budak2 sekolah itu semua baru balik merentas desa..
Lagi sekali bikin jalan sesak..
Tengok jam balik dah pukul 6.00..

Lepas itu lalu pulak sekolah rendah..
Ini memang mencabar sebab laagi byk kereta tersadai kat tepi jalan..
Jalan daripada 2 lane jadi 1 lane sahaja..
Lag isekali tersangkut.
Intai lagi jam kat dashboard kereta..
Mak aaihhh..dah pukul 6.10..
Ini belum masuk jalan kat highway..

Masuk sahaja highway saya rasa dah lega sebab jalan tak sesak sangat..
Tapi perkara lain pula yang bikin saya angin lagii..
Dahlah jalan tengah banyak kereta dan agak perlahanlah movement..
memang wajiblah brake banyak kali..
Tiba2 kereta depan saya ni lampu brake tak berfungsi..
Haiya..saya terpaksa lebih berjaga-jaga..
Jarakkan jauh2 sikit supaya saya dapat berhenti secara berhemah tanpa mengenai bonetnya yang cantik..
Walaupun adalah hasutan syaitan tu minta saya langgar aje..
Nasib baik say baik..wakaka~

Buat pemandu-pemandu Malaysia.
Lagi2 yang guna jalan2 masa peak hours...
Time jalan sesak2 tuh..
Tolonglah check lampu brake anda selalu..
Kalau apa2 jadi anda juga akan dipersalahkan sebab memandu dengan merbahaya..
Saya ada ambil gambar kereta itu sebab masa itu rasa geram..
Tapi saya dah okay dan tak geram dah..
Kalau jumpa lagi kereta tu buat hal yang sama mmg tak teragak2 la saya nak tepek gambar kat sini..
Biar jadi famous amos sikit..

p/s : perasan tak ada tulisan yang digaris-garis tu..jakun kejap sebab baru sahaja belajar buat..hehe~

Hati2 ye pengguna Internet Explorer..

Salam..dah bosan baca Berita Harian, saya beralih pula ke Metro..
Ada satu berita panas berkaitan dengan kita seorang blogger yang merupakan pengguna tegar internet..

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Amaran ancaman keselamatan pengguna Internet

SERDANG: CyberSecurity Malaysia hari ini mengeluarkan amaran keselamatan kepada semua pengguna Internet yang menggunakan perisian peluncur Microsoft Internet Explorer kerana terdapat unsur kerapuhan yang kritikal.


Ketua Eksekutifnya, Husin Jazri, berkata dalam satu kenyataan hari ini, situasi itu dirujuk sebagai "0-day" kerana kerapuhan itu didedahkan disebabkan belum ada tampalan (patch) yang disediakan oleh vendor terbabit.

"Kerapuhan itu dengan mudah boleh dieksploitasi jika pengguna melawat laman web yang dicipta oleh penyerang. Penyerang akan menghantar URL (alamat laman web) kepada pengguna menggunakan email untuk mengelirukan mereka, sedangkan mereka sebenarnya memasuki ke laman yang berniat jahat," katanya.


Beliau berkata, kerapuhan itu juga boleh digunakan oleh pencipta kod yang berniat jahat untuk memasang komputer dengan pelbagai ancaman seperti trojan atau virus untuk menyerang komputer mangsa.

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Lepas baca artikel ini, saya nak nasihatkan kawan2 guna mozilla sahaja buat masa ini..
Tak pun Opera..
Bahaya tu bab2 keselamatan..
Kalau bab2 virus tu boleh lagi diformat..
haishh..

Wednesday, January 20, 2010

Siapa ada Planner 2010 lebih?

Dengan ini saya umumkan yang saya ketandusan planner tahun ini..
Saya cuma pakai buku latihan budak sekolah sahaja sebgai temporary planner..
Siap create in excel file kalendar yang ada ruang kecil kat every days tuk jot down notes (1 A4 for 1 month..)
macam ni lebih kurang planner saya pakai kertas putih A4 sahaja..

Kasihan tak pada saya..?

Kalau awak2 yang baca di sini ada planner lebih bolehlah post kat saya sebagai hadiah besday in advance..
ececeh..padahal besday lambat lagi..bulan April nanti..kuikui~

Kerja saya memang memerlukan sebuah planner or pocket diary..
tapi tahun ini macam tak ada lak..
Saya agak ketinggalan bas sebab member2 lain semua dah ada..
huhu~
Er..kalau nak bagi yang macam kat bawah inipun ok juga..cute..

p/s: sekadar luahan perasaan sahaja..Kalau tak ada juga, saya pi cari kat kedai la nanti..=). rasa kat Giant ada tak yang murah2..

Aduh..akhir2 ini suka pula lagu DRAMA KING nyanyian MUH dan Black

Kenapa entah..
Sejak mendengar lagu mereka di AJL 24 itu hari, saya macam dah jatuh cinta pula..
pada black lagu black nih..

Walau di mana sahaja saya berada hatta di depan PC masa office hour pun sempat lagi nyanyi2 part chorus..
(tapi slow aje..meja tak strategik sebab betul2 mengadap boss..bapak tak best hidup..)

Oleh itu, saya dengan berbesar hari mengajak kawan2 berkarok dengan saya di sini menyanyi lagu ini ye..
mari2..

Sorry, ni yang tak ada lirik..
mari kita karok guna video bawah ini ye..

Rasanya diorang tak buat lagi official video..
Kalau ada, dah lama saya masukka di sini..
hehe~

Komen saya Black memang sesuai sangat berkolaborasi dengan MUH ni..
Keep it up..
Saya suka...=)

Kenapa tak boleh ping entry ye di GengBlogger?

Salam..
Semenjak dua menjak menggunapakai GengBlogger, saya rasa ada sedikit peningkatan pada graf tetamu blog saya...
Saya akui itu..
Terima kasih GengBlogger..=)


Tapi, saya tetap ada sedikit kemusykilan..
Saya tak tahu kalau saya sahaja yang menghadapi ini atau ramai lagi yang turut bernasib macam saya..
uwaaa...

Cet, mukadimah je dah 2 perenggan..
k, straight to da point..
Saya pelik dan hairan..
Kadang2 bila saya da entry baru..
Dengan bersemangatnya saya sign in kat GengBlogger untuk ping entry itu..
Tapi, alangkah sedihnya sebab tak keluar pulak ping entry tersebut..
Saya ingatkan mungkin maklumat tak sampai lagi sebab entry masih baru..
So, saya sabar tunggu for an hour..
Tapi, tetap tak ada gak 'ping' entry..
Macam inilah rupa bentuk bila tak ada apa yang boleh di ping..

Ada tak siapa2 boleh explain pasal ini...
Ataupun, sehari boleh ping 1 je entry..?
Ataupun, ada requirement lain yang saya tak tahu yang saya tak penuhi untuk membolehkan saya ping entry?
Yang peliknya kadang2 boleh..kadang2 sahaja tak boleh..huhu~

p/s : saya ni budak2 baru nak belajar..kalau silap tolong tunjukkan jalan yang straight..dont belok2 k..=)

Tuesday, January 19, 2010

Tahniah..Avatar dah menang Filem Terbaik di Golden Globe Awards

Salam semuanya..
Wooww..AVATAR dah menang award.
Saya memang dah jangkakan..
Sebab..saya tahu ceritanya menarik..
Errr..walaupun saya tak dapat nak tengok di pawagam..

Saya memang ada pasang niat nak tengok cerita ini sejak tengok promo kat cinema dulu..
Alaa..kan sebelum filem start, akan ada iklan2 filem yang akan datang..
haa..masa itulah saya tengok..
Memang menarik, tertarik kau memang da bomb gitu..
Tapi, rezeki tak ada untuk pergi tengok..
sob2..

Macam biasa berita harian online jadi mangsa bedah siasat..
Siapa sudah menonton filem ini saya ucapkan tahniah sebab anda buat pilihan yang tepat..
Saya cilok ini berita di sini


Bukan main bangga lagi Pak James Cameron dapat julang anugerah..
Tapi kenapa muka dia masam ek?
aish..tak puas lagi ke menang 2 anugerah..


Dorang berdua ni pasangan bercinta ke dalam cerita ini?.
Serius saya tak tahu..

Sherlock Holmes and UP pun ada gak menang anugerah..
Cayalah..=)

Perghh..pelajar sekolahpun dah berpolitik..ada pilihanraya..

Ada tak baca paper Berita Harian..
Berita muktahir nih kat sini saya korek..
Jap saya kerat2 masuk sini ya..



Saya sebenarnya tak tertarik langsung untuk ulas pasal sekolah panas..
Bagi saya mana2 sekolahpun ada 'panas' nya..
Pandai cover atau tidak sahaja..

OK,Kembali kepada topic..
Saya tertarik pada cerita pasal konsep pilihanraya yang digunapakai sekolah buat pertama kali..
Uwaa..nampaknya penerapan budaya politik akan bermula dari sekolah..
pergghh..
Tapi, bagus juga sebab system sebelum ini pemimpin dipilih cikgu2 kan?

Tak dapat bayangkan mereka bermanifesto..
Berkempen bagai..
Adakah mereka juga akan tampal2 poster macam yang biasa kita tengok bila pilihan raya..

Menarik sungguh idea ni..
Tapi dalam masa yang sama saya bimbang juga kalau2 di sekolahpun ada campur tangan politik luar nanti..
huhu~

Salah satu cara nak check visit length setiap visitors blog kamu?

Zuewairy and Flygurl ada tanya saya macam mana nak check visit length blog macam yang saya tunjuk dalam entry ni..

Ok, sebenarnya ada banyak cara untuk check visit length..
Salah satunya ialah menggunakan statcounter..
statcounter ni samalah macam amazingcounter, nuffnang..
Tapi, statcounter ni details sikit..
Ada macam2..

Pepehal pun kena register juga kat sini
Sayapun belajar guna stats ni from my blogger fren..Ryehanna..
Kalau nak tutorial pasal registration bolehlah ke sini..

Saya akan tunjuk macam mana nak view visits length statistic..
Mula2, log in..

Lepas itu sila klik kat tajuk project anda..

Kemudian rujuk tab2 yang banyak di sidebar kiri..
Nampak tak ada Visit Length?
Klik situ..

Taraaa..akan keluarlah statistik visit length untuk hari itu..

Banyak lagi statistik lain yang boleh anda godek2..
Macam2 ada gitu..
Sile try ye..
hehe~

Monday, January 18, 2010

Euu..air liur basi.. betul ke boleh awet muda menggunakannya..?

Artikel ini bukan saya yang buat..
Jadi tidak saya pasti kesahihannya..
Kalau kamu2 berminat silalah amalkan...
Tapi, kalau kamu2 lebih rajin..carikan hadis sahih yang mengesahkan kenyataan bahawa Rasulullah SAW turut mengamalkan petua ini..(tak baik sebarkan kalau tak ada bukti kukuh kan..huhu~)

Ok, sekarang baru boleh ikuti artikel ini yang saya terima from email..

khasiat Air Liur Basi..

Air liur basi berkhasiat cerna sistem tubuh manusia

Air liur basi yang diminum bersama air biasa ketika bangun awal pagi adalah penawar semula jadi paling mujarab dalam membentuk kesihatan seseorang insan.

Air liur basi yang dipandang jijik menyimpan khasiat khusus bagi mencerna sistem dalam tubuh manusia..

Keberkesanan air liur basi bagaimanapun hanya untuk keperluan tubuh badan individu itu sendiri dan bukan untuk dikongsi dengan orang lain. Cara amalannya pula hanya berkesan jika seseorang itu bangun dari tidur dengan terus meminum air putih biasa tanpa perlu mencuci muka, berkumur-kumur atau membersihkan badan.

Sistem rawatan tersebut telah menjadi amalan Rasulullah S.A.W dalam kehidupan harian baginda dan telah dikesan kemujarabannya oleh pakar sains perubatan moden

Nabi Muhammad SAW semasa hayatnya akan meneguk air putih biasa terlebih dahulu sebelum baginda bersugi dan berwuduk menunaikan solat subuh setiap pagi.

Malah fungsi sumber semula jadi pada diri seseorang termasuk air liur basi turut disebut dalam al-Quran serta hadis-hadis Nabi (hadis yang mana satu?).

Ya Allah, bukakanlah ke atas kami hikmatMu dan limpahilah ke atas kami khazanah rahmatMu, wahai Tuhan Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Wahai Tuhanku, tambahkanlah ilmuku dan luaskanlah kefahamanku.
Wahai Tuhanku, lapangkanlah dadaku dan mudahkanlah urusanku

wassalam....


p/s :
tulisan senget = saya tokok tambah..
tulisan x senget = original from email forwarded..

Nak tahu kenapa nuffnang earnings tak naik2...even unique visitors tinggi?

Saya tahu ramai rasa pelik..
Malah ada juga yang rasa earning yang dihasilkan tak setimpal..
Rasa macam ramai yang klik2 tapi kenapa sikit sahaja naik?
haaa..

Sayapun salah seorang yang pelik juga..
Ada 2,3 blog yang claim one of the biggest factor ialah rakan2 yang klik2 tuh, tak sabar2 nak tutup tab iklan sebelum ia loading sepenuhnya..
Kepada nuffnangers yang tidak tahu, tindakan itu mungin akan menyebabkan maklumat yang sepatutnya tidak sampai ke pihak nuffnang..
Dan menyebabkan usaha anda nak jana pendapatan untuk blog tersebut sia-sia..
(Minta maaf sebab sayapun tak berapa ingat blog mana yang menjelaskan pasal ni..)

Sayapun try check kat statcounters di ruangan visits length..
Hasilnya amat mengejutkan..
haa..sila check sendiri ye..

tapi, statcounters ni sedir claim yang statistic nih tak berapa accurate..
Harap2 ianya mmg tak accurate..

Apapun, saya amat2 hargai..
Anda dah bantu tambah traffic saya..=)
mungkin time 218 visitors ni mai blog, iklan semua tidur..
tu yang keluar cepat2 itu..
takpun, mungkin juga sebab blog saya berat and lambat loading menyebabkan ada blogger yang malas nak tunggu loading, terus keluar cepat2...
takpun, mungkin juga sebab entry saya tak best, terus keluar awal..
huhu~

Sunday, January 17, 2010

Lepas Gula, minyak masak pula mungkin naik harga...?

Tak percaya ke?
Inipun saya dapat daripada akhbar berita harian online..
Mari kita baca sama2..
artikel ni original copy kat sini..

Subsidi minyak masak dimansuh

KUALA LUMPUR: Selepas pemansuhan subsidi roti dan pengurangan subsidi gula, kerajaan mungkin membatal atau menurunkan subsidi minyak masak.

Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Mohd Zain Mohd Dom, berkata kerajaan sedang menyemak kadar subsidi minyak masak yang dianggar menelan belanja kira-kira RM1 bilion setahun.

"Kita sudah mulakan perbincangan dengan Kementerian Perusahaan, Perladangan dan Komoditi mengenai subsidi minyak masak ini sejak akhir tahun lalu," katanya yang enggan mengulas sama ada subsidi minyak masak akan mengalami perubahan.

Harga minyak masak bergantung kepada harga komoditi itu di pasaran antarabangsa, yang mencatatkan purata RM2,500 satu tan berbanding RM2,800 satu tan tahun lalu tetapi tahun ini, penganalisis pasaran meramalkan peningkatan sehingga RM2,600 satu tan.

Apa nak dikata..
Mula2 roti..
Selepas itu gula..
Sekarang ni minyak masak pula..
Then, apa pula ya..?
Hadiah tahun barulah ini kan..
Tunggu sahajalah..

Yang kaya, makin kaya...
Yang miskin, akan makin miskin..
Setiap kenaikan ini menyumbang kepada kenaikan barang lain juga..

Contoh,
Kalau gula naik 20sen, air2, kuih2..dan semua makanan yang pakai gula akan naik at least 10sen..
Lepas itu minyak masak pula kalau naik 20sen seliter (contohnya..), harga makanan berasaskan yanga pakai minyak masakpun naik juga..

Paling ketara kuih muih yang guna gula dan minyak masak tuk digoreng..
Agak2 Nanti harga kuih boleh jadi sebiji RM1 ke? (sekarang 3 biji dapat RM1..)
Adui, sakit kepala bila fikir..

apa kata anda?

Takut tak? Beli, simpan DVD, VCD Cetak Rompak akan dikenakan tindakan lepas ini..

Tadi saya buka Berita Harian Online..
Mata ni tertarik pula pada isu yang dah berzaman dikekang tapi tak berjaya..
Adui, lepas ini tak dapatlah nak layan cerita panggng wayang kat rumah..
Kena gi panggung or else tunggu DVD or VCD original dipasarkan..
Yang makan bulan or tahun juga nak tunggu tuh..

tak faham ke apa yang cuba saya sampaikan..
Untuk lebih jelas, nyata terang lagi bersuluh, saya tepeklah artikel tu kat sini.

Pindaan Akta Hak Cipta: Miliki sekeping VCD cetak rompak boleh dikena tindakan

GEORGETOWN: Orang ramai yang memiliki walau hanya sekeping cakera video digital (DVD) atau cakera padat video (VCD) cetak rompak boleh dikenakan tindakan undang-undang selepas Akta Hak Cipta dipinda tidak lama lagi.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata perkara itu termasuk dalam rangka cadangan pindaan akta berkenaan yang sedang diteliti oleh kementerian itu.

"Di bawah Akta Hak Cipta (sedia ada), menjual salah tetapi membeli sekeping DVD atau VCD cetak rombak tidak salah, sepatutnya kalau jual salah, beli pun salah juga," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Program Kesedaran Kepenggunaan di sini, hari ini.Beliau berkata di bawah peruntukan akta sedia ada, hanya mereka yang memiliki tiga keping atau lebih DVD atau VCD cetak rompak boleh dikenakan tindakan undang-undang.

Katanya cadangan pindaan akta itu bagi mengawal penjualan DVD dan VCD cetak rompak di negara ini.

Selain itu, katanya melalui cadangan pindaan akta itu juga, pemilik premis yang menjual DVD dan VCD cetak rompak juga boleh dikenakan tindakan.

Bagaimanapun, beliau berkata bentuk tindakan bagi kedua-dua kesalahan itu sedang diperincikan oleh kementerian itu.

Katanya pindaan akta itu dijangka dibentangkan pada sesi persidangan Dewan Rakyat Mac ini.

"Ini adalah cadangan di peringkat kementerian, kita kena kemukakan cadangan itu kepada Pejabat Peguam Negara, kemudian ke Kabinet dan jika tiada sebarang masalah kita akan bentangkan di Parlimen seterusnya dilulus dan diwartakan," katanya.

Selain itu, katanya empat lagi akta akan dipinda iaitu Akta Perlindungan Pengguna, Akta Jualan Langsung, Akta Kawalan Harga dan Akta Sewa Beli.

Katanya akta baru iaitu Akta Persaingan juga akan dibentangkan di Parlimen tidak lama lagi. - Bernama

Sumber saya pula dari sini..

Apa kata kamu2 semua..?
Saya rasa ermm..tak rasa pape kot sebab memang dah lama insaf..
tak layan dah DVD or VCD ni..
Kalau nak tengok juga tunggu sahaja Astro siarkan..
Kalau filem melayu, tunggu tak sampai setahun..dah keluar kat TV..
(ini fakta bukan autaa..)
Kalau filem orang putih ni kenalah tunggu lama sikit kot..
sebab terlalu banyak film yang mereka keluarkan sampai kena tunggu turn tuk disiarkan di TV..
(ini andaian penulis sahaja. tidak dapat dipastikan kesahihannya..wakaka~)


p/s : saya sampai sekarang ni still tertanya-tanya bagaimana mereka nak pantau lepas akta ni lulus.. Tak dapat saya bayangkan mereka menyerbu setiap rumah semata-mata untuk cari kalau2 ada VCD/DVD Cetak Rompak ni..Anda dapat bayangkan tak?

Betullah..teh berkesan untuk mengawal berat badan..

Haha..
Teruja tak dengan tajuk entry..
Saya ada cerita pasal kelebihan teh dalam entry2 yang lepas...

Saya ada bagitahu yang saya macam addicted dengan teh..
Haa..
Sekarang ni saya nak habaq mai perubahan2 drastik yang berlaku pada saya..

  1. saya dah tak sarapan pagi... berbanding sebelum ini kena sarap..
  2. saya buat secawan air coffee je untuk cover perut supaya tak kosong sampai waktu lunch. (sebelum ini kena 2 cawan..)
  3. saya makan tengahari dengan kuih atau cekodok atau keropok lekor sebungkus..(sebelum ni kena 2 bungkus)..
  4. balik rumah kadang makan nasi..kadang2 makan roti aje..(depends kat kehendak selera la..tadipun makan sandwich aje..)
  5. dan paling penting, teh o kena 2 cawan setiap malam..

Adakah sebab teh ini saya kurang makan..?
Tapi yang peliknya berat saya tak turun-turun pun..
haiishhh..
tak apalah janji tak naik kan?

Saturday, January 16, 2010

Raja Lawak Astro Musim ke 4.. best ke?

Assalam di hari sabtu yang agak bosan..(for me...)
Saya tak ada idea nak share hari sabtu..
Sebab tak ada aktiviti..

Tapi, tadi saya ada layan Raja Lawak kat TV..
Tapi sekejap sahaja sebab lepas itu saya tukar channel..
Sebab apa?
Saya rasa macam 'tak kick la' RL tahun ini..
Ataupun saya sudah mula ada rasa bosan dengan format RL yang sama sahaja saban tahun..
Bak kata orang2 tertentulah, bila dah lepas 3 kali selalunya tak berapa best dah...
Orang dah mula busan dah..(lagi2 kalau sama aje..)

Papehalpun, saya still minat kat pengacaranya.. Zizan ngan Johan..
Diorang memang the best..ngee~

Macam Akademi Fantasia..
Dulu AF1 best..sebab memang betul2 baru kan dalam Msia..
AF2 pula paling tinggi dapat sambutan sebab orag dah mula faham konsep dan suka dengan program itu..
AF3 masih tinggi rating walaupun tak sehebat AF2..(adakah sebab Mawi?)
Bila AF4 dan seterusnya..(makin merudum ratingnya..)
Orang dah mula muak gamaknya..
Even they tried their best by reformat back, ia tetap nampak sama sahaja..
Tapi since pihak mereka claim rancangan ini masih releven, mereka nak mula pula AF8..
Mesti ramai chinese berminat nak join..
number 8 ni kan number bertuah bagi mereka..hehe~
Macam gitu juga trend RL..
Perasan tak?
Apa yang saya pasti persamaan dua rancangan ini yang buat feedbacks peminat nampak macam sama juga ialah..

YA, sebab buat tiap2 tahun..
YA, itulah sebab utama..
Bila dah tiap2 tahun, memang boleh buat certain orang bosan seyh..
Saya mencadangkan supaya program maca ni buat selang 2 thn..
wakaka~
(Inipun pendapat peribadi saya..)

p/s : mungkin saya sahaja yang berpendapat begini sebab ramai lagi still suke tengok raja lawak..and AF..(mungkin saya sahaja yang mudah busan..)

p/s : pendapat anda pulak?

Tips untuk atasi internet lembab macam siput? Firefox sahaja ya..

Jalan2 blogwalking semalam jumpa satu blog ni..
Menarik sangat entry dia kali ini..
Tentang bagaimana nak setting firefox supaya boleh surf dengan lebih pantas..
Menarik tak..?
menarik sangat bagi saya yang internet macam siput je lajunya..

Saya dah cuba kaedah pertama tu..
Dan memang superb..
laju seyh loading time untuk each site yang saya buka..
Untuk maklumat lanjut on how to set firefox anda..
sila ke blog cinta ni..
Tak rugi..

Blog Pasal Shaklee lah~

Related Posts with Thumbnails

Dah menjadi sejarah~

Web Analytics