Followers

Saturday, January 23, 2010

betulkan kalau hujan lebat itu petanda akan ada orang2 'besar' mangkat?

Tadi masa nak gerak balik rumah..
Cuaca dah mendung gilalah..
macam nak hujan sangat2 dah..
Jalan pula sesak seperti biasa sebab ada road block..
(sekali lagi aku mengamuk dalam hati..grrr..)

Masuk sahaja highway, brruuuuu~hujan turun selebatnya..
Perghhh..sampai tak nampak jalan..
Viper dah sehabis speed limit..still kabur..
Nak berhenti? no no no..
tak sanggguplah..
So, drive je la slow2..
Slow2 pun 50km/j gak sebab jalan tak sesak..
Alhamdulliah..

Sampai sahaja rumah dok mengadu pada mak pasal hujan...
Area rumah sayapun hujan lebat juga..
Daripada lepas maghrib sampai ke pukul 9..

Mak saya dengan confidentnya cakap..

"hujan macam ni mesti ada orang2'besar meninggal..macam sultan ke"

Saya sebagai orang moden sudah tentulah susah nak percaya..
Tapi tadi baca berita tak rasmi dari sini dan sini..
Rupanya Sultan Johor yang mangkat..(tapi macam tak sure je betul ke tidak..)
Kalau betul maknanya mak saya bolehlah apply jadi bomoh..kuang2..

18 comments:

Blog Pasal Shaklee lah~

Related Posts with Thumbnails

Dah menjadi sejarah~

Web Analytics