Followers

Thursday, January 28, 2010

Nak buat Sticky Entry atau Entry melekat..ada lagi yang tak tahu? mari saya ajar..

Pernah beberapa blogger bertanyakan kepada saya bagaimana nak buat entry melekat..
Yang terbaru, requested by Cinta
Minta maaf sebab saya tak sempat pula nak menunjukkan cara2 nya yang sebenarnya semudah A B C je..

Tutorial ni dibuat untuk blogger2 baru dan juga blogger2 lama yang tak pernah buat entry melekat ini..

Ok, sekarang saya tunjukkan step2 nya yea..

Mula2..
Buat post baru...
then publish post tu..
Check entry tu dah publish ke belum dengan view blog..
Bila dah pasti ia dah publish, check kat bawah atau atas entry tu..
cari ikon 'edit post' atau ikon berbentuk pensil..
Klik situ..
Nak jelas tengok picture ini
lepas itu scroll ke bawah..
ada nampak tulisan 'post options' tak?
kalau tak nampak tu maknanya kena buat spek la tu..
rabun dah tu gamaknya..
kuikui..(gurau je..)
Contohnya ada di picture bawah ini..


click kat 'post option' itu..
Nampak tak di sebelah kanan bawah ada 'Post date and time'..
Tukar tarikh dan masa itu ke masa depan...
Kalau kat situ tarikh 1/27/10 (27 Jan 2010), tukar ke 1/28/10 kalau nak buat entry tu melekat selama 24 jam..
Kalau nak setahun melekat kat atas tu tukarlah kepada 1/27/11 (27/Jan/2011)..
Lepas itu, click kat button "publish now" ..
Untuk lebih jelas rujuk picture di bawah ni..



Taraaaa..entry tu akan melekat je kat atas walaupun anda post entry lain selepas itu..

Ingat tu, terus click kat "publish post"
bukan "save post" atau "save as draft" sebelum " publish post"..(kalau buat macam ni akan jadi scheduled post pula..

Selamat mencuba k..=)

18 comments:

Blog Pasal Shaklee lah~

Related Posts with Thumbnails

Dah menjadi sejarah~

Web Analytics