baca tak berita hari ini?
Pasal jumlah kenderaan yang dijangka dijual tahun ni..
Sampai 1/2 juta..dalam Malaysia sahaja pun..
Patutlah jalanraya sekarang makin sesak..
Makin hari makin banyak kereta atas jalan rupanya..
Haiya...bila nak lancarkan LRT seluruh negara macam kat oversea tu..
At least buatlah di area2 yang afffected by traffic jam..KL, PJ, Shah Alam, Klang..
Kalaulah depan rumah saya ada LRT yang direct to PJ, dah lama saya naik..
Tak sanggup nak bersesak lama2 atas jalan..
Tapi, kadang2 rasa macam laaagi tak sanggup nak berhimpit-himpit dalam LRT..
Isk2..mana2 option pun ada pros and cons nya..
**********************************************************************************
Lebih setengah juta kenderaan dijangka dijual tahun ini
PETALING JAYA: Kira-kira 550,000 kenderaan motor dijangka dijual tahun ini, dengan petunjuk positif pemulihan ekonomi dan kadar faedah yang rendah.
Sebanyak 536,905 unit dijual tahun lalu.
Presiden Persatuan Automotif Malaysia (MAA), Datuk Aishah Ahmad, berkata unjuran tahun ini adalah berdasarkan kepada kedudukan kukuh yang dapat dilihat pada suku terakhir 2009.
"Kami juga berharap jualan tahun ini akan memecah rekod tertinggi sebanyak 552,316 unit yang dijual pada 2005," katanya pada taklimat media di sini hari ini.
Aishah berkata, pembelian baru untuk Tahun Baru Cina dan penyerahan kenderaan pengeluaran 2010 bagi memenuhi pesanan pada Disember tahun lalu, akan terus meningkatkan jumlah jualan terutamanya untuk Januari.
"Sentimen pengguna yang semakin meningkat, peningkatan dalam tahap keyakinan perniagaan serta jangkaan kenaikan dalam harga komoditi, akan memberi sokongan kepada industri auto," katanya.
Bacalah original version from here
***********************************************************************************
8 comments:
perghh!!macam ni punya jem..tak boleh tahan aku..pembaziran minyak berlaku..hihhi..
tulah pasal.. duit rakyat dibuang ntah ke mana...............
dizzydude..
itula..
sib baik pakai kete save minyak..
jard..
betul tu..
tu yang x buat2 LRT nye..
erk..kesesakan jalan raye? isk isk isk.... sib baik aku gi dan balik kerja naik basikal aje. menyihatkan badan dan tanpa kesesesakan lalulintas. wohooo...~!! XD jadi, marilah guna basikal instead ye semua :P
jawa..
opis dekat ke?
best wooo~
naik bot jer laa.. heehhehe
kalau ada access sungai, ok gak idea tuh..
Post a Comment