Followers

Sunday, January 31, 2010

Perkara yang buat blogwalker tekan butang X di kanan atas bila masuk blog anda..

Sebagai blogger kita tentu suka blogwalking..
Dan sebagai balasan, kita juga menharapkan orang lain blogwalking juga ke blog kita kan?
betul tak..?

Saya memang suka blogwalking..
Blogjogging..
dan macam2 lagi term2..

Dari pengalaman saya, ada beberapa sebab yang akan menyebabkan blog anda napak macam sepi sahaja..
Walaupun traffic ok tapi macam sunyi..

Antaranya ialah,

1) blog yang tak ada shoutbox, shoutmix, cbox dan yang seangkatan dengannya..
Kalau blog tu blog glamour tahap follower lebih 500 dimaafkanlah..
Tapi, bagi saya sebenarnya tak ada cbox ok laagi asalkan boleh tinggal jejak kat entry
post.

2)lagi satu, blog yang bila nak komen kena buat word verification bagai..
Serius bila server slow tahap siput, saya akan terus tekan X bila kena buat word
verification. Thank God kalau blog tersebut ada cbox, saya akan tinggal komen pasal
entry di situ..kalau tak ada?paham2 sahajalah kan..
Diulang, hanya jika server slow sahaja, kalau server ok saya akan gigih la juga komen.
macam kat bawah ni..

3) Yang last, paling tak best, sudahlah cbox tiada..Comment kat entry kena jawab word
verification. Tapi kalau dah macam di bawah ni, macam mana nak proceed?
Sebab itu kalau blog tu ada cbox akan saya bagitau bahawa susah nak komen kat post,
serta suggest him/her to off word verification.

Kadang2 disebabkan benda yang simple2 ni buat blog anda kurang digerami ops digemari..
Jadi apa yang perlu dibuat..?
Off kan word verification..dan kalau boleh tukar to pop up comment box..
macam contoh di bawah ini..
Yang tak ada cbox, bolehlah install masuk k..
Tak rugi..=)

Ada yang tak tahu macam mana nak setting off word verification and pop up comment ke?
Senang sahaja..
Log in blogger --> dashboard --> setting --> comments --> buat macam picture2 kat bawah ini --> then save setting

Yang ini untuk tukar kepada pop up comment..
yang ini pula untuk off kan word verification..
Kalau nak blog meriah, bolehlah ikut petua remeh saya ini.
=)

p/s : setiap blogger ada pandangan masing2 pasal isu ini. So, hanya perkara2 ini akan buat saya tekan butang X kat bucu kanan atas blog..yang lain tu masih boleh tahan laagi.

13 comments:

Blog Pasal Shaklee lah~

Related Posts with Thumbnails

Dah menjadi sejarah~

Web Analytics