Mata ni tertarik pula pada isu yang dah berzaman dikekang tapi tak berjaya..
Adui, lepas ini tak dapatlah nak layan cerita panggng wayang kat rumah..
Kena gi panggung or else tunggu DVD or VCD original dipasarkan..
Yang makan bulan or tahun juga nak tunggu tuh..
tak faham ke apa yang cuba saya sampaikan..
Untuk lebih jelas, nyata terang lagi bersuluh, saya tepeklah artikel tu kat sini.
Pindaan Akta Hak Cipta: Miliki sekeping VCD cetak rompak boleh dikena tindakan
GEORGETOWN: Orang ramai yang memiliki walau hanya sekeping cakera video digital (DVD) atau cakera padat video (VCD) cetak rompak boleh dikenakan tindakan undang-undang selepas Akta Hak Cipta dipinda tidak lama lagi.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata perkara itu termasuk dalam rangka cadangan pindaan akta berkenaan yang sedang diteliti oleh kementerian itu.
"Di bawah Akta Hak Cipta (sedia ada), menjual salah tetapi membeli sekeping DVD atau VCD cetak rombak tidak salah, sepatutnya kalau jual salah, beli pun salah juga," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Program Kesedaran Kepenggunaan di sini, hari ini.Beliau berkata di bawah peruntukan akta sedia ada, hanya mereka yang memiliki tiga keping atau lebih DVD atau VCD cetak rompak boleh dikenakan tindakan undang-undang.
Katanya cadangan pindaan akta itu bagi mengawal penjualan DVD dan VCD cetak rompak di negara ini.
Selain itu, katanya melalui cadangan pindaan akta itu juga, pemilik premis yang menjual DVD dan VCD cetak rompak juga boleh dikenakan tindakan.
Bagaimanapun, beliau berkata bentuk tindakan bagi kedua-dua kesalahan itu sedang diperincikan oleh kementerian itu.
Katanya pindaan akta itu dijangka dibentangkan pada sesi persidangan Dewan Rakyat Mac ini.
"Ini adalah cadangan di peringkat kementerian, kita kena kemukakan cadangan itu kepada Pejabat Peguam Negara, kemudian ke Kabinet dan jika tiada sebarang masalah kita akan bentangkan di Parlimen seterusnya dilulus dan diwartakan," katanya.
Selain itu, katanya empat lagi akta akan dipinda iaitu Akta Perlindungan Pengguna, Akta Jualan Langsung, Akta Kawalan Harga dan Akta Sewa Beli.
Katanya akta baru iaitu Akta Persaingan juga akan dibentangkan di Parlimen tidak lama lagi. - Bernama
Sumber saya pula dari sini..Apa kata kamu2 semua..?
Saya rasa ermm..tak rasa pape kot sebab memang dah lama insaf..
tak layan dah DVD or VCD ni..
Kalau nak tengok juga tunggu sahaja Astro siarkan..
Kalau filem melayu, tunggu tak sampai setahun..dah keluar kat TV..
(ini fakta bukan autaa..)
Kalau filem orang putih ni kenalah tunggu lama sikit kot..
sebab terlalu banyak film yang mereka keluarkan sampai kena tunggu turn tuk disiarkan di TV..
(ini andaian penulis sahaja. tidak dapat dipastikan kesahihannya..wakaka~)
p/s : saya sampai sekarang ni still tertanya-tanya bagaimana mereka nak pantau lepas akta ni lulus.. Tak dapat saya bayangkan mereka menyerbu setiap rumah semata-mata untuk cari kalau2 ada VCD/DVD Cetak Rompak ni..Anda dapat bayangkan tak?
16 comments:
erk.
sebenarnya l0l dah lama x beli brg2 cetak rompak ni.
zaman jahiliah dulu banyak la.
skng zaman suci skit. *wewittt* agaga.
haha :)
baru la fair kepade pembikin filem yang keluarkan duit berjuta2 ringgit utk 1 filem.
tkut weh., ku nyew cd pirate mnimbun
diorg semakin memberontak...hehehe. tp smpai bila berita ni berahan, kot2 xsmpai hujung thun ni dh senyap...huhuhuh...sori terleser, cm dh biasa ngn situasi nie...kihkihkih.... tp cinta dh lama x beli dvd nie...sumenye di dunlod, lg senang n jimat.
dah lama insaf pasal beli cetak rompak ni
wah wah...pehal aku tak baca berita? adoyai. thanks for sharing this...
<---- supporter piracy tegar :P
miss lolly..
tu la..
sayapun dah lama x beli..
sama la..
dulu melambak kat umah..
marya..
yup, mmg fair for them..
one of good point..
pinqib..
sorok tau..
haha~
cinta..
act ni belum dilaksanakan lagi rasanya..
byk banyak kerja je bila act ni di buat..
x kan nak wat spot check ke setiap rumah kan?
didi..
Haha..bagusla..
jawa..
haa..pasni baca sket ye..
at least tak ketinggalan bas..
heeh~
erm.. biasa download,, itu pun salah jugak..huhu
1 lagi pindaan yg sekadar hot2 chicken Sh*t...skg dak2 neyh download je..xyah nk bli2..hhehe
zikr..
betul tu..skang style download..
kalau downloadpun ada act, huhu..
x syok le..
shazlea..
haha...
biasa la tuh sis..
bila dah basi, baru nak ada..
Post a Comment