Followers

Wednesday, January 6, 2010

Isu nama Allah lagi -Enakmen Ugama Bukan Islam bertentangan dengan keputusan mahkamah?

Isu penggunaan kalimah Allah ini sekali lagi amat menarik minat saya..
Saya ada sentuh pasal isu ni dalam entry ini semalam..
Artikel di bawah ni saya copy n paste bulat2 daripada Berita Harian Online hari ni..
Klik sini untuk baca artikel sebenar..

Saya sangat bersetuju dengan pendapat dan cadangan mereka ini..
Setuju dengan saya?

Keputusan benar guna kalimah Allah bertentangan Enakmen Ugama Bukan Islam: Mais


SHAH ALAM: Keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 31 Disember lalu membenarkan Herald-The Chatolic Weekly menggunakan kalimah Allah bertentangan dengan Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan dan Perkembangan Di Kalangan Orang Islam) yang digubal berdasarkan Perkara 11(4) Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan kalimah Allah hanya boleh digunakan umat Islam.

Majlis Agama Islam Selangor (Mais) berkata, keputusan itu akan meletakkan pihak pemohon iaitu gereja Katolik sebagai pihak yang melakukan kesalahan jenayah mengikut Seksyen 9 enakmen berkenaan.

Katanya, ini berikutan tindakannya menggunakan kalimah Allah iaitu yang menjadi satu perkataan dan perbahasan tertentu bersumberkan Islam yang disenaraikan dalam bahagian I jadual enakmen berkenaan yang dilarang penggunaannya oleh orang bukan Islam.


Terdapat 10 negeri yang memperuntukkan larangan penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam mengikut enakmen itu kecuali Sabah, Sarawak, Pulau Pinang dan Wilayah Persekutuan.

"Penghakiman ini juga bertentangan dengan keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia yang bersidang kali ke-82 pada 5 hingga 7 Mei 2008 yang menyatakan bahawa lafaz Allah adalah kalimah suci khusus bagi agama serta umat Islam dan ia tidak boleh digunakan atau disamakan dengan agama bukan Islam lain.

"Oleh itu, wajib bagi umat Islam menjaganya dengan cara terbaik dan jika terdapat unsur penghinaan atau penyalahgunaan terhadap kalimah itu, ia perlu disekat mengikut peruntukan undang-undang yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan," kata majlis itu dalam satu kenyataan media di sini, hari ini.

Mais berkata, bagi memastikan masyarakat Islam jelas berkaitan isu berkenaan, majlis itu dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) akan memberi penerangan secara berperingkat.

Pada peringkat awal, katanya, imam di masjid negeri dan masjid di sembilan daerah di negeri ini akan membacakan khutbah Jumaat berkaitan isu itu esok (Jumaat).

Selain bacaan khutbah, bantahan secara aman dengan menggantung kain rentang sebagai tanda penentangan penggunaan kalimah itu di kalangan bukan Islam akan diadakan di semua masjid berkenaan pada hari sama.


p/s : ingin ditegaskan bahawa ini adalah pendapat peribadi saya mengenai artikel ini dan tidak berniat langsung untuk menyinggung mana2 pihak..

p/s lagi : saya juga menggalakkan anda membaca pendapat saudara Muhammad Ibnu 'Az berhubung isu nama Allah ini..

6 comments:

Firol said...

benda ni badan agamakena main peranan baguslah..buat secara aman bantahan..tunjukkan cara islam yang bukan ganas

Faarihin said...

isu yang hangat sekarang ni.. risau juga bila keadaan terkawal.. harap2 perkara ini dapat diselesaikan dengan baiknnya..

Jard The Great said...

hmm.. dunia makin kiamat

noorafzan.blogspot.com said...

firol..
tu la..
harap ada tindakan yang rasional tuk menentang secara halus keputusan mahkamah itu..=)

noorafzan.blogspot.com said...

faarihin..
InsyaAllah...minta yang baik2 je..=)

noorafzan.blogspot.com said...

jard..
itu pasti..=)

Blog Pasal Shaklee lah~

Related Posts with Thumbnails

Dah menjadi sejarah~

Web Analytics