Followers

Sunday, January 17, 2010

Lepas Gula, minyak masak pula mungkin naik harga...?

Tak percaya ke?
Inipun saya dapat daripada akhbar berita harian online..
Mari kita baca sama2..
artikel ni original copy kat sini..

Subsidi minyak masak dimansuh

KUALA LUMPUR: Selepas pemansuhan subsidi roti dan pengurangan subsidi gula, kerajaan mungkin membatal atau menurunkan subsidi minyak masak.

Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Mohd Zain Mohd Dom, berkata kerajaan sedang menyemak kadar subsidi minyak masak yang dianggar menelan belanja kira-kira RM1 bilion setahun.

"Kita sudah mulakan perbincangan dengan Kementerian Perusahaan, Perladangan dan Komoditi mengenai subsidi minyak masak ini sejak akhir tahun lalu," katanya yang enggan mengulas sama ada subsidi minyak masak akan mengalami perubahan.

Harga minyak masak bergantung kepada harga komoditi itu di pasaran antarabangsa, yang mencatatkan purata RM2,500 satu tan berbanding RM2,800 satu tan tahun lalu tetapi tahun ini, penganalisis pasaran meramalkan peningkatan sehingga RM2,600 satu tan.

Apa nak dikata..
Mula2 roti..
Selepas itu gula..
Sekarang ni minyak masak pula..
Then, apa pula ya..?
Hadiah tahun barulah ini kan..
Tunggu sahajalah..

Yang kaya, makin kaya...
Yang miskin, akan makin miskin..
Setiap kenaikan ini menyumbang kepada kenaikan barang lain juga..

Contoh,
Kalau gula naik 20sen, air2, kuih2..dan semua makanan yang pakai gula akan naik at least 10sen..
Lepas itu minyak masak pula kalau naik 20sen seliter (contohnya..), harga makanan berasaskan yanga pakai minyak masakpun naik juga..

Paling ketara kuih muih yang guna gula dan minyak masak tuk digoreng..
Agak2 Nanti harga kuih boleh jadi sebiji RM1 ke? (sekarang 3 biji dapat RM1..)
Adui, sakit kepala bila fikir..

apa kata anda?

10 reaksi spontan:

Nazz said...

Aduss.. kalau yang ni memang pening sikit.. tu lah masalahnya ada ke patut gula naik 20sen sekilo, kuih seketul naik 10sen..
Ni dah dikira menipu dalam perniagaan nih.. duit haram tuh.. hi hi

noor afzan said...

haha..
itu contoh je bro..
x tahu le skang kuih naik harga ke idak..

aisha wUtevA!! said...

memang pon..
kesian org2 miskin, makin tak mampu jadiknya.
haish, ape lah nak jadik ngan negara kite nih.
huks~
salah siapa ek???

noor afzan said...

entahlah..
ada hikmah disebalik apa yang berlaku..
berdoa sahajalah yang the best..

budak kampung online said...

sian usahawan kecil. baru nak mula niaga ada pula kenaikkan harga barang.. peh..

noor afzan said...

budak kampung online..
mmg byk betul ke'maju'an yang dibawakan oleh pemimpin kita..
termasuklah memajukan harga brg..
uhuhu~

Dak Wan said...

Di Arab Saudi, gula naik hingga RM5 sekilogram. Ini kerana perubahan cuaca dunia yg menyebabkan permintaan melebihi penjualan. Cth:- Brazil (negara pengeluar gula terbesar dunia)mengalami kemarau, pastu permintaan meningkat, maka harga turut meningkat. So selamatkan bumi, kitar semula la ye!

noor afzan said...

ooo..ye ker?
tq 4 sharing..

Firol said...

berat jugk kalau macamni...

noor afzan said...

berat mata memandang,berat lagi bahu memikul gamaknya..
huhu~

Related Posts with Thumbnails

-:Cabaran 30 hari kebenaran

baru lepas 8 hari..

Dah menjadi sejarah~

Web Analytics