Followers

Friday, January 1, 2010

Promote sesi berinai pengantin yang murah tapi cantik...episod 1

Salam tahun baru semua..
Sedar tak sedar dah masuk 2010 dah..
Dan tak lama lagi masuklah saya ke fasa suku abad..
takpe 4 bulan lagi..
wakaka~

Hari ini free sikit..
Cuma tadi ada sesi pasang khemah...
Ada lebih kurang 4 khemah sewa daripada company tempat kerja ayah..
Adalah jamu meehun goreng dan nasi goreng...
ops..intro je dah 2 perenggan..

Masuk ke isi sebenar..
Petang rabu..iaitu sehari sebelum majlis nikah my sis, sesi berinai...
last minute dapat cari di Puchong Perdana..
Seorang gadis cantik bernama Radha sampai ke rumah kami dalam pukul 6 petang camtu..
Kos berinai untuk kakak saya cuma RM120..
Memang puas hati..pengalaman dia dah lebih 2 tahun..(dulu RM80 je..)
Process berianipun sekejap sahaja..tak sampai sejam..(45 minit gitu je)..
Rata2 kedai berinai paling murahpun RM150 tau..
Itupun belum tentu lagi cantik atau tidak..

Mari saya tepek beberapa gambar process berinai dilakukan..
Mula2 buat dengan belakang tapak tangan..
Kedua-dua belah tangan..

Kemudian tapak tangan..
Kedua-duanya juga..




Kemudian beralih ke kaki..
Dan ini adalah hasil keseluruhan..
Setiap kuku jari letak inai juga..



lepas dah habis process berinai, kena tunggu kering.
Kemudian spraykan perahan limau nipis(1)..
tunggu perahan limau kering(2)..
Ulang process (1) dan (2) beberapa kali sehingga 3,4 jam..
Biar dah puas hati, kikiskan inai kering itu dengan pisau tumpul (pisau roti)
Process ini penting supaya inai bertahan lama..
Kemudian, baru basuh bersih2..

Yang bestnya, abang saya turut terpengaruh untuk buat..
Sila tengok sendiri..
wakaka~
Tapi dia buat sebelah tangan sahaja..(kena RM10 sahaja)



Next entry saya akan tepekkan hasilnya..
memang cantik dan merah elok sahaja..

P/S: Kalau berminat boleh tinggal komen kat entry ini.
saya akan bagi details pasal tukang inai ini..

9 reaksi spontan:

niesz said...

wa..mahal gak kan nk berinai nie..fmily niesz if kawen xwat bunge2 gitu..letak kat jari n kuku..tu jer..ehe..
sbb arwah atuk da pesan xley wat mcm tu..

noor afzan said...

ooo..ye ke x boleh..?
macam adat je ye?

cik EPAL said...

tak reti pakai inai...hohh..

btw, klik iklan friso anda :)

Zuewairy said...

owh.. berinai.. cantik bunga di.. macam guna machine lak;)

afzan, send alamat skali lg kat email.. sy cr kat email xjumpa lak..;)

noor afzan said...

cik epal..
tak retipun x pe..
tukang inai pakaikan aje..
senang~

tq cik epal

BezBuddy said...

mahal gak nk berinai eg....pkai sndri jela cmni...hehe...bukan xleh ke wt corak2 cmtu?ustaz sy penah ckp xleh...huhu...xtaula btl ke x

noor afzan said...

zuewairy..
kan macam printed kan..

ok..
alright..

noor afzan said...

bwzbuddy..
ye ker x leh..?
x tahu pun..

makcik saya ustazah gak..
tapi xde lak tegur pasal tu..=)
hmm

Anonymous said...

boleh x nk info pasal tukang inai tu? TQ

Related Posts with Thumbnails

-:Cabaran 30 hari kebenaran

baru lepas 8 hari..

Dah menjadi sejarah~

Web Analytics