Followers

Friday, January 22, 2010

Surau kena bakar pulak dah...

Berita panas laaagii...
Huish..sebelum ini gereja..
sekarang ini surau pulak dah..
saya tertanya-tanya perkaitan antara kedua-dua kejadian dengan isu penggunaan Kalimah Allah..
Nampak macam 'balas dendam' tapi kisah disebaliknya tidak pula kita tahu..
Mungkin hanya Allah sahaja yang tahu kan..

Dua surau cuba dibakar

Oleh Junita Mat Rasid
junita@bharian.com.my

MUAR: Dua surau di bandar ini dipercayai cuba dibakar dengan menggunakan minyak tanah dalam dua kejadian berasingan berlaku dalam jarak kira-kira dua kilometer dalam kejadian di Surau Silaturrahim, Jalan Ismail dan Surau Kampung Parit Beting, Jalan Salleh di sini, awal pagi semalam.

Bagaimanapun kedua-dua surau itu hanya mengalami kerosakan kecil membabitkan langsir, permaidani dan cermin, selain kesan terbakar di pintu surau.

Kejadian pertama di Surau Silaturahim disedari oleh tiga remaja yang dalam perjalanan pulang melalui surau itu kira-kira jam 2.30 pagi, manakala kejadian di Surau Kampung Parit Beting dipercayai turut berlaku dalam tempoh yang sama tetapi hanya disedari kira-kira jam 11 pagi oleh seorang guru agama yang memasuki ruang solat wanita.


Pemangku Ketua Polis Johor, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman, berkata siasatan awal tidak menolak kemungkinan kedua-dua kebakaran itu dilakukan oleh pihak yang sama berikutan taktik serupa dan berlaku di kawasan hanya terletak antara jarak kira-kira dua kilometer.

Katanya, pihak forensik yang menyiasat di kedua-dua tempat kejadian turut menemui kesan minyak tanah termasuk satu botol yang dipercayai digunakan untuk memulakan kebakaran di surau kedua.

“Siasatan awal mendapati suspek menyimbah minyak tanah sebelum menyalakan api pada bahagian tingkap surau pertama sehingga menyebabkan langsir sepanjang dua meter dan satu tingkap nako rosak, selain turut menyebabkan kesan hitam di dinding surau berkenaan,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Muar selepas melawat tempat kejadian.

Jalaluddin berkata, dalam kejadian kedua, pihaknya menerima laporan kira-kira jam 1.30 tengah hari selepas seorang guru agama menyedari kesan kebakaran di bahagian pintu kedua surau iaitu laluan masuk ke ruang solat wanita.

Beliau berkata, kebakaran itu menyebabkan kesan kebakaran permaidani, langsir dan pintu, selain tingkap yang pecah akibat dibaling dengan batu bata.

“Kejadian itu juga dipercayai berlaku awal pagi tetapi hanya disedari kira-kira jam 11 pagi dan siasatan awal kemudian turut menemui botol yang berisi minyak tanah berhampiran surau berkenaan,” katanya.

Jalaluddin menasihatkan orang ramai supaya tidak mengeksploitasikan kedua-dua kejadian itu dan tidak mengambil tindakan sendiri, sebaliknya menyerahkan kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan terperinci.

Saya memang dah jangkakan perkara ini akan berlaku juga..
Orang yang menjadi dalang seolah-olah nak memburukkan lagi situasi..
Macam sengaja nak mencetus isu perkauman di negara ini..
Saya cuma menyatakan pandangan saya..
Pada pendapat anda pihak mana yang akan dapat untung ye?
Apa kata anda?

8 comments:

Suzy Dan Sham said...

Bikin hal la diorang ni..
Ade kang 13 Mei berlaku lagi..

noorafzan.blogspot.com said...

huhu..tu la..=)

Asfan Ash said...

zzz aku rase Msia makin xslamat nih..seram kot

jgn la jadik pape

Cerita tahun lepas

Misteri malam pertama bersunat

p/s:13Mei tarikh lahir aku

LuVidA^^ said...

hurm..mcm2 hal la skg ni..smpai surau pon kene bakau..isk2

Didi Nadhirah said...

semoga negara kite sentiasa aman damai

noorafzan.blogspot.com said...

ARC..
aduila..

noorafzan.blogspot.com said...

luvida..
tu la ida..
takut je rasa..=)

noorafzan.blogspot.com said...

didi..
hope so..

Blog Pasal Shaklee lah~

Related Posts with Thumbnails

Dah menjadi sejarah~

Web Analytics