Followers

Thursday, January 28, 2010

Tolong2 bantu adik Ammar...senang sahaja caranya beb..x ada cash pun tak apa..

Salam semua..
Saya rasa amatlah tersentuh dengan penderitaan yang ditanggung oleh seorang blogger kita punya anak..
Anak mereka bernama Ammar sedang menderita dan perlukan 'belanja besar' utuk sembuh..
"Anda mampu mengubahnya" dengan hanya menggunakan blog masing2..
senangkan..?

Baca dulu ayat2 di bawah yang saya copy and paste directly from Hydir



blogger we care ammar

Salam sejahtera semua.

Sekali lagi atas rasa tanggungjawab sesama insan, saya rasa terpanggil sekali lagi untuk meneruskan kempen Blogger We Care. Kali ini kita mempunyai kesempatan untuk membantu adik Ammar yang menghidapi penyakit jantung (PDA) sedangkan adik ini baru berusia 2 tahun!

Boleh hayati kisah ini lebih lanjut di blog Puan Asmaniza: Ammar Oh Ammar.

Setiap blog yang meletakkan ribbon di atas akan menjana RM1 kepada adik Ammar.

Ikut langkah ini:

  1. Copy dan paste ribbon diatas.
  2. Letakkan di blog masing-masing samada di sidebar or mana2 yg visible.
  3. Anda boleh resize saiz ribbon itu untuk kesesuaian blog anda.
  4. Biarkan ribbon tu selama seminggu di blog masing2 sehingga 1/2/2010
  5. Maklumkan kepada saya melalui komentar di bawah bahawa anda dah letakkan ribbon tersebut
  6. boleh juga maklum melalui twitter @kbsoccernet
  7. Follow Facebook Blogger We Care di sini untuk maklumat terkini kisah adik Ammar.


Moga usaha kita yang kecil ini mendapat keberkatan dan rahmat daripada-Nya


p/s: Blogger – I Care, You Care, We Care

Macam mana?
Jalankanlah tanggungjawab kita sebagai rakyat malaysia yang 1Malaysia..
Jalankan juga tanggungjawab kita sebagai hamba Allah di muka bumi ini..
Semoga dengan bantuan kita yang sedikit ini dapat bantu adik Ammar..
Bak kata orang2 dulu dan sekarang.."Hari ini hari dia, esok2 hari kita pula"

p/s : alamak..saya belum lagi follow facebook Blogger We Care..jom follow..=)

16 comments:

Blog Pasal Shaklee lah~

Related Posts with Thumbnails

Dah menjadi sejarah~

Web Analytics