Followers

Wednesday, April 28, 2010

Sewa kat Chalet Cherating semakin menjadi2 mahalnya~

Lepas kami terlepas simpang tu kami buat u -turn kat depan sikit.
Nasiblah ada tempat nak buat pusingan.
Pasangan konvoi kami dah standby kat tepi jalan lepas tol.
Kamipun geraklah.
Dorang boleh hidu pergerakan kitorang yang sibuk mengejar MAWI sebab masa kami pintas mereka tadipun, mereka nampak kereta MAW 1 depan nun.
kuikui~

Lepas dah gerak lama sikit, kami berhenti di Temerloh.
Mak kemain suka dengan nasi lemak dan kuih muih berupa kuih donut dan keria di deretan kedai yang paling hujung mengarah ke surau/tandas.
Sedap2 belaka siap bungkus lagi.

Lepas tu kami gerak tanpa henti ke Cherating.
Hajatnya nak sewa kat Riverside Chalet so, kamipun parking betul2 dihadapan reception counter.
Mulalah berbicara tentang cinta harga chalet2 di situ.
Terkejut bila di beritahu harga chalet untuk yang 2 katil double RM300.
Kalau 1 katil single + 1 katil double RM120.
Bayangkan, ia hanya chalet budget tapi harganya mengalahkan hotel.
Rasanya hotel 3 star 4 star pun tak mahal cenggitu.
Siap ada breakfast lagi dan room service tiptop.
Last2 kami lari ke sebelah, Duyung Beach Chalet je.
RM50 sahaja satu malam untuk 1 katil single +1 katil double.
Kami ambil 2 bilik baru RM100.
Tak adalah se tip top hotel ber bintang2
Saya nasihatkan anda kalau nak bermalam di sana survey2 lah dulu harga semua chalet.
Kalau dah harga sampai lebih RM200 tu tapi hanya budget chalet, baik tak payahlah.

For your information, tak ada beza langsung view antara 2 chalet ini malah kedua-duanya ada aircond tapi harganya humang aihh..
Beza memang berbeza..

p/s : saya pernah sewa kat bilik yang harga RM120 tu bulan 2 lepas. Memang kondisinya sama sahaja dengan bilik yang harga RM50 tu. Kelebihan bilik RM120 tu cuma tuala yang dibekalkan lebar sikit. Tapi selimut yang dibekalkan oleh bilik yang harga RM50 tu lagi selesa dan tebal.
Nahhh..tepuk dada tanya selera.
Dua2 pun berkongsi pantai yang sama sebab kedudukanpun sebelah menyebelah.

10 comments:

MR Bang Miji said...

cekik darah tu..

noorafzan.blogspot.com said...

tu la pasal..
bengang je rasa.

Anonymous said...

ade contact no chalet tu x??tinggalkn kt sini yer..hehe..thx..=)

noorafzan.blogspot.com said...

chalet mana satu ye?
yang cekik2 tu tak ada.
yang murah tu adalah.
sat ye,saya cari..

019-9323654 (Zack)
012-9383654 (Mamat)
012-9293754 (Izan)

Nama chalet ni
Cherating Duyung Beach Resort.

noorafzan.blogspot.com said...

anonymous dah dapat ke contact chalet tuh?

darkbatman said...

ahahaha.. betul..riverside kat kuantan ker? tp mmg betul pun..hah ade ker rm50? aie penah cr chalet kat kuantan tp ade jer rm50 cume tempatnye ya Allah menakutkan...ngan ade katak pisang n suasaan sunyi n menyeramkn..sejak dr 2 dh takut nk sewa chalet murah2..ahahah,,serikkkk..

Unknown said...

Mommies Guest House Cherating ... Harga dari rm50 ke atas.. Contact no 01114994035.

Unknown said...

Mommies Guest House Cherating ... Harga dari rm50 ke atas.. Contact no 01114994035.

Unknown said...

Mommies Guest House Cherating ... Harga dari rm50 ke atas.. Contact no 01114994035.

Unknown said...

Mommies Guest House Cherating ... Harga dari rm50 ke atas.. Contact no 01114994035.

Blog Pasal Shaklee lah~

Related Posts with Thumbnails

Dah menjadi sejarah~

Web Analytics