Followers

Wednesday, April 21, 2010

My Version of Grooming Tips

Kali ini nuffnang telah keluarkan topik terbaru yang agak hangat untuk minggu ini.
So, saya mencuba nasiblah sebab katanya hanya 50 entry pertama akan dipilih.
huhu.

My version of grooming tips dalam erti kata lainnya ialah tips untuk grooming versi peribadi saya.
Kalau nak diikutkan maksud grooming bagi saya ialah hias diri sendiri untuk jadi lebih menojol daripada biasa.
Grooming tips saya ialah kenali wajah anda dari segi bentuk muka, tekstur kulit, warna kulit dan jenis anggota yang ada di muka itu dan hias se 'natural' mungkin.
Contohnya mata, hidung, kening dan mulut.

Setiap orang mempunyai mata yang berbeza. Ada yang sepet dan ada juga yang bundar.
Mata yang sepet, boleh dibesarkan dengan mengenakan celak dan eyeliner yang tebal sedikit untuk menampakkan mata galak dan besar.
Mata yang bundar tak perlu nak bercelak dengan galak sebab mata yang besar akan jadi lebih besar (nampak scary la kan).

Setiap orang juga punya kening yang berbeza.
Ada yang punya kening tebal, sederhana dan ada juga yang nipis.
Jika tebal sangat boleh dibentuk menjadi nipis guna kesan eyebrow. Tak perlu nak potong sebenarnya.
Jika nipis, sangat boleh ditebalkan guna eyebrow juga.
Kena ikut kepakaran masing2 la.

Setiap orang juga punya hidung yang berbeza.
Hidung yang mancung tak perlukan sentuhan apa-apa untuk menampaknya cantik.
Tapi kalau tak cukup mancung, kenalah sapukan bedak yang gelap pada tulang hidung memanjang ke bawah untuk menampakkan kesan mancung.

Bibir pula semua orangpun tahu.
Selain daripada mengenakan gincu yang bersesuaian dengan keadaan dan warna kulit, bibir juga sangat sensitif dan mudah pecah-pecah jika kurang jagaan.
Pakailah lib balm selalu dan banyakkan minum air mineral atau air masak supaya bibir tak mudah kering.
Kadang kala, bila penjagaan bibir tu berkesan kita tak perlu nak pakai gincu pun untuk nampak cantik.

Lagi satu dan ini merupakan anggota paling besar di muka ialah kulit muka.
Kulit muka memang sensitif. Jika tidak dijaga dengan betul, maka banyaklah noda-noda terhasil seperti jerawat, jeragat dan sebagainya.
Cara paling berkesan ialah pastikan kulit muka bersih daripada mekap semasa nak tidur.
Sebab kulit kita perlu bernafas.
Kalau sepanjang masa termasuk waktu tidurpun pakai mekap matilah dia kan.
Tak dapat bernafas dengan teratur.
Dan tips lain banyakkan makan buah tomato, pisang, betik dan sayur-sayuran hijau.
Kajian menunjukkan sistem penghadaman dan perut yang terjaga juga boleh menyumbang kepada kesihatan kulit.

Project Alpha episod 1 dan 2 telah ke udara.
Episod pertama..

Episod kedua..

Episod 3..

http://projectalpha.com.my/download/week8a_img.jpg

Project Alpha Season 2 is presented by Adidas Action 3 and supported by P1 and MAS.

No comments:

Blog Pasal Shaklee lah~

Related Posts with Thumbnails

Dah menjadi sejarah~

Web Analytics