Followers

Friday, April 2, 2010

Pemergian Allahyarham Din Beramboi sukar diganti~

Saya memang bet ramai akan update pasal pemergian Allahyarham Din Beramboi ke rahmatullah hari ni.
Saya memang dari dulu meminati lawak2 beliau.
Dia pengubat duka dalam masa yang sama punya hati yang bersih.
Dia jujur dengan apa yang dia cakap.
Tak ada lagi pelawak yang dapat replace Din Beramboi pada pandangan saya.
Dia amatlah unik dah sukar dicari ganti..

Ramai juga yang keliru dengan penyakit yang dihidapi beliau..
Ada spekulasi yang menyatakan beliau meninggal disebabkan terkena air kencing tikus yang umum mengetahui juga boleh menyebabkan kematian.
Tapi, berita yang saya dengar dari dalam radio menjelaskan yang beliau meninggal disebabkan oleh demam denggi berdarah.
So, usah percaya dengan khabar angin ye.

Buat keluarga Allahyarham, saya nak ucapkan takziah.
Semoga pemergian beliau pada penghulu hari ini akan memudahkan segala urusan beliau menemuiNya.
Dan semoga rohnya termasuk dikalangan orang2 yang beriman dan beramal soleh..
Aminnn yaa rabbal aalamin..

7 comments:

Blog Pasal Shaklee lah~

Related Posts with Thumbnails

Dah menjadi sejarah~

Web Analytics