Followers

Saturday, April 10, 2010

Keropok Wasabi RM1~

Kepada penggemar makanan jepun atau paling2 pun sushi mesti kenal apa itu WASABI.
Saya salah seorang penggemar sushi.
Sushi yang paling saya suka ialah yang murah je iaitu keluaran JUSCO Tebrau City.
Jauh tu kalau nak pergi beli sushi di sana.
Kalau teringinpun sekarang saya beli di JUSCO OU je.
Seriously, sushi yang lain tu bukan tak sedap tapi macam tak setara je dengan harga..
Kalau harga mahal, sepatutnya lagi berganda2 sedapnya berbanding sushi JUSCO kan.

Ok, melalut pula saya ke laut.
Sebenarnya saya nak share tentang kerepek WASABI.
Ni ha rupa bentuknya.
Tulisan wasabi terpampang jelas pada tengah bungkusan tu.

Harganya seringgit sebungkus.
Oleh kerana teruja sebab tak pernah jumpa keropok/kerepek sebegini, sayapun belilah sebungkus.
Lagipun ianya dijamin HALAL.
Ada cop kat belah kanan bawah bungkusan tu.

Balik sahaja ke rumah, saya terus sahaja merasmikan kerepek itu.
Memang betul2 rasa WASABI beb.
Bagi saya, memang tak berapa sedap la.(berangin kepedasan je setiap kali kunyah)
Kalau anda peminat WASABI, bolehlah cuba dapatkan di pasaran.
Hargapun murah je.
Setakat kat GIANT or TESCO tu ada kot.

p/s :saya beli kat OTK je..

3 comments:

Nadiene said...

hehehe, pernah tengok tak akibat makan susyi? hehehe

Nadiene said...

hehehe, pernah tengok tak akibat makan susyi? hehehe

noorafzan.blogspot.com said...

penah..
tapi nak tahu tak wasabi ni berfungsi untuk membunuh kuma2 yang ada pada sushi..
sebab tu kalau makan sushi kenalah makan dengan wasabi nih..
=)

maybe mamat jepun tu makan sushi bodo2 je..
=)

Blog Pasal Shaklee lah~

Related Posts with Thumbnails

Dah menjadi sejarah~

Web Analytics