Followers

Monday, April 12, 2010

Jalan-jalan mengenali Putrajaya~

Tadi, saya pi Putrajaya atas tiket jemputan ke majlis makan2 kecil-kecilan oleh @lambaian team members, Abang Azam dan Kak Min yang baru sahaja dapat baby kedua mereka.
Baby boy yang baru berusia 3 bulan.
Oleh kerana tak prepare apa2 saya dengan my F terus pergi Alamanda untuk beli hadiah for baby dan juga makanan untuk potluck.
Donut Big Apple jadi pilihan kami untuk dibawa ke sana.

Kami datang agak lewat la juga.
Kami sampai sahaja mereka baru habis makan.
So, kami berdua sahajalah makan lepas itu.
Ada nasi dengan lauk kari, daging kicap dan telur goreng dadar.
Alhamdulillah~
Antara yang memeriahkan acara makan2 ialah Abg Sport, Kak Syila, Kak Ayu (@lambaian members) dan juga adik serta sepupu Kak Syila.
Sebenarnya yang memeriahkan suasana ialah anak sulung Abg Azam dengan Kak Min la.
Entah macam mana saya tak merakamkan apa2 gambar di sana hari ni.
So, tak adalah bukti berbentuk gambar.
Yang ada hanyalah rakaman kenangan peristiwa yang saya transform jadi entry post kali ni.
=)

Kul 3.30 sahaja kami minta diri untuk pulang.
Semua pulang pada masa yang sama pula tu.
Saya dan my F pecut untuk pergi solat Zohor.
Usai sahaja Zohor, kami ambil keputusan ronda2 cari tempat menarik kat Putrajaya ni.
Mula2 kami ke Taman Wetland.
Sebenarnya kami tak jalan2 sangatpun di sana sebab ada warga asing macam melepak ramai2 di tepi tasik.
Rasa terganggu jugalah bila ramai2 berkumpul macam tu.
Teringin nak berkayak tapi ditangguhkan dulu sebab bulan ini kewangan agak terbatas.
Kena berjimat.

Selepas itu, kami cuba untuk survey tempat lain.
Ada signboard Taman Rimba Alam (ke Taman Alam Rimba?)
Kamipun try untuk ke sana pula.
Signboard besar dah berdiri megah tepi simpang nak masuk ke sana.
Tapi, bila sampai rupanya taman itu masih dalam peringkat pembinaan.
Belum ada apa2 lagi di sana.
Dan setiap penghujung jalan ialah jalan mati, pagar berkunci atau kawasan lapang yang tiada apa-apa.
Kenapalah mereka letak signboard siap2?
Buat orang lain confuse sahaja.
haihh.~

Kami beralih pula ke Taman Putra Perdana.
Sinipun tak ada apa sangat yang menarik melainkan ada teropong, mercu tanda simbol kelahiran Putrajaya yang dirasmikan Tun Dr Mahathir Mohamad pada 29 Ogos 2005 dulu dan ada trek untuk berjogging.
Ada hotel 5 bintang di situ tapi apalah faedahnya pada kami yang hanya nak berjalan-jalan di situ.
Best jugalah lepak kat situ petang2 sebab ia berada di atas bukit dan udara petangnya sangat nyaman.

Lain kali saya nak cuba cari Taman2 lain pula di Putrajaya.
Taman Botani dah pernah pergi. (lebih 2 kali masuk sana)
Mungkin lepas ini akan ke Taman Warisan Pertanian pula.
Siapa pernah pergi?
Agak2 best ke tempat tu yea?

2 comments:

Aidy Shahiezad said...

congrats utk baby baru itu...

neway, jln2 kt putrajaya tue xde benda... melainkan malam2nya ade lampu neon yg mengasyikkan dri jauh (kalo tgk dr tepi jambatan cyberjaya, lg best!!)...

Firol said...

soalan akhir tu yang tak leh jawab

Blog Pasal Shaklee lah~

Related Posts with Thumbnails

Dah menjadi sejarah~

Web Analytics