Bercakap berkenaan my favourite sport ataupun sukan kegemaran ramai saya, ada beberapa peringkat pertukaran jenis sukan yang saya gemari daripada saya kecil sehinggalah saya dewasa. Tapi tang dewasa itu dah tak ada lagi kot sukannya selain daripada berkuak lentang di bilik ataupun dalam bahasa yang mudahnya ialah tidur.
Masa saya kecil dulu dengan badan yang memang kecil molek tu saya suka berlumba lari. Walaupun tak berbakat besar dalam olahraga tapi saya tetap suka berlari. Saya cuma layak mewakili rumah sukan dalam acara 100 meter tetapi dapat tempat kedua terakhir. Itupun sebab peserta yang terakhir itu berbadan gempal. Kalau tidak, sayalah yang paling akhir. (malulah saya!)
Bila saya dah sedar diri yang tak ada bakat olahraga, sayapun berhenti berlari. Sudahnya badan saya naik semacam. Bila badan dah besar, saya mengesan pula potensi diri untuk menceburi sukan yang bersesuaian iaitu lontar peluru, lempar cakera dan lompat jauh (ops, lompat jauh ni terpaksa jadi bidan terjun)
Hasil usaha gigih saya berjaya merangkul emas dalam 2 sukan yang saya minat itu. Bonus menang pingat gangsa untuk sukan yang saya masuk secara bidan terjun itu. Rasa nak gelak jugalah masa itu bila membayangkan saya yang ketika itu gemuk dapat melompat jauh meninggalkan beberapa peserta lain yang kurus melidi. (sila membayangkan secara berjemaah yea..kahkahkah!)
Memasuki alam remaja saya dah semakin kurus. Biasalah. Bila dah jadi remaja mesti nak nampak cantik kan. Akibatnya, saya dah hilang keupayaan untuk konsisten dalam sukan yang saya gemari. Sayapun cuba beralih kepada sukan yang lebih mencabar seperti bola jaring, bola baling dan bola tampar tapi jiwa ini bagaikan tidak dapat menerima sukan-sukan tersebut.
Akhirnya saya melekat pada badminton yang nampak macam begitu mudah. Hanya memerlukan sekurang-kurangnya 2 sahaja pemain dalam satu-satu masa.
Sampai sekarangpun jika ada acara sukan yang dipertandingkan saya akan memilih badminton. Nak berlatihpun mudah sahaja sebab tidak memerlukan ruang yang luas dan boleh dilakukan di mana sahaja dan pada bila-bila masa dengan hanya perlukan seorang lagi sahaja pemain.
Oh ya, kalau dah namanya bersukan, sudah tentulah akan berpeluh. Untuk mengelakkan peluh itu berbau kurang enak maka kita disyorkan untuk menggunakan deodorant yang terbaik. Contohnya macam di bawah ni Adidas Action 3. Bawalah bersama kita apabila nak bersukan ya!.
Project Alpha Season 2 is presented by Adidas Action 3 and supported by P1 and MAS.
p/s : jangan lupa untuk tekan 'like' pada post saya ini di wall Project Alpha Facebook.

2 comments:
saye suke maen guli...
wakil rumah sukan lagik..
haha..
saya tak reti lak main guli..
huhu~
batu seremban reti la.
Post a Comment