Seperti yang saya dah bagitahu dalam entry sebelum ni saya buat pertama kalinya dalam sejarah hidup lepas dah bekerja ni tidur jam 3 pagi.
Memang taksangka saya boleh tahan mata sampai begitu sekali.
Hakikatnya saya memang dah mengantuk sangat sejak pukul 11 tapi disebabkan novel di bawah ni saya tegar untuk tidak tidur awal dengan harapan ia bisa dihabiskan segera.
Ya novel Jaja love Din hasil tulisan Noor Suraya ni macam ada dadah pula sebab buat saya addicted untuk habiskan.
Malangnya bila dah pukul 3 pagi mata dah tak seirama dengan hati.
Hati meronta-ronta nak habiskan tapi mata pula menekan-nekan minta tutup.
Haruslah hati kalah dengan mata.
Kalau dah mata tertutup, bagaimana nak baca kan?
haha~
Sudahnya saya terus tidur hingga menginjak kul 4.56 pagi dikejutkan pula dengan dentuman petir sabung mengabung dan bilik jadi gelap gulita.
Gelap je tak apa tapi masalahnya kipaspun dah berhenti berputar.
Panas la pula.
Lepas dah ON balik Main Switch, elektrik OK semula.
Baru je lelap 5 minit, perkara sama berulang disebabkan petir juga.
Saya terus bertekad tutup semua suis2 yang ON atau dalam STANDBY MODE lepas ON balik Main Switch buat kali ke 2.
Alhamdulillah, lepas itu lena sampai ke pagi.
Bila dah bangun, solat subuh.
Mata ni macam kena tindih la pula.
'TER'sambung tidur sampai pukul 9.
Aduh, apa punya anak dara bangun lambat.
Yang tak boleh belahnya, saya terus sambung baca novel tu sampai habis sebelum bangun dari tempat beradu tu.
Nanti saya review novel ni dalam post lain.
Ynag pasti memang lain dari lain garapannya.
Tunggu k.=)

1 comment:
kalau dh baca novel, memang addicted kan? macam tak boleh nak stop je. :D
Post a Comment