Followers

Wednesday, April 14, 2010

Kad raya yang hanya akan tinggal kenangan!

Kadang2 kita tak dapat nak imbas balik masa silam kita melainkan kita ada simpan barang kenangan.
Macam kad raya yang saya terima daripada kawan sejak sekolah rendah.
Saya simpan sebab bila dah tua2 esok bila baca mesti saya akan gelak sensorang sebab saya je yang faham isi kad.
Mungkin bukan saya je gelak sebab ada certain kad yang isinya bila di baca semula sekarang memang buat orang lainpun guling2 ketawa.

Ini sebahagian daripada kad2 raya pemberian kawan.
Masa sekolah rendah dulu bila dekat2 nak raya semua orang akan bertukar-tukar kad raya walaupun duduk satu kelas mahupun satu meja.
Masa sekolah menengah ketika saya masih belum tinggal di asramapun sama.
Bila masuk sekolah asrama tingkatan 4, saya dah pandai kirim2 kad raya melalui pos kepada kawan2 sekolah lama dan begitulah sebaliknya.
Hari2 ada sahaja kad raya masuk kotak surat depan rumah.
Ini tak masuk kawan2 sekolah baru punya kad.
Bila dah habis SPM, makin banyak dan lebat kad raya dikirimkan melalui pos daripada semua kawan2.
Sehinggalah masuk matrikulasi keadaan tu berlangsung sebab masa itu internet tidak begitu meluas.
Tiada kad2 digital mahupun ucapan raya melalui SMS, email,facebook, friendster dsb nya.
Zaman kad raya berkurang bila saya masuk U la.
Sekarang dah tak ada langsung.
Hasilnya lihatlah sebahagian kad raya yang berjaya dikumpul.

Close up sikit untuk menampakkan impak lebih banyak.
haha~

Sebenarnya ada lagi kad2 yang masih saya simpan dalam sampul.
Malas nak dikeluarkan dari sampul maka tak adalah di upload gambarnya di sini.
Saya nak share 1 kad yang saya kirimkan pada kakak saya yang hanya duduk serumah sahajapun.(fikiran masa tu memang nak bagi kad untuk semua orang termasuk adik beradik sendiri. Excited terlebih.)

Biarlah saya tulis balik di bawah ni.

Assalamualaikum.....

FOR YOU MY OLDER SISTER.
I ucapkan Selamat Hari Raya TO YOU Aida.
I HOPE YOU CAN EXCUSES MY SIN dengan hati yang terbuka.
Kalau makan kuih kat rumah kawan tu, ingatlah Afzan IN MY FRIEND HOUSE. REMEMBER ME ALWAYS.
Raya nanti Aida tak raya rumah Lin ke?.
Afzan tak tahu lagi nak raya kat mana.
Nanti DAD GIVE RAYA COINS tak. Berapa gaknya kan.
Finally DONT FORGET ME. THANKS FOR ALL.

Yg. iklas,
Afzan 98

Pantun untuk Aida,

tengok cerita si alibaba,
sambil makan biskut raya ke,
raya pun dah nak tiba,
tak buat rancangan raya ke,

TULISAN KU BURUK MACAM KAIN BURUK DALAM TONG SAMPAH DI TEPI SUNGAI KLANG.

Masa ni saya baru masuk Form 1.
Entah macam mana kena sampuk nak tulis kad raya guna English sikit.
Padahal terabur habis.
Ada yang saya tak faham langsung.
Lagi2 yang IN MY FRIEND HOUSE tu.
Apakah?

Lepas itu, pantun tu memang lagi hampeh.
Cikgu BM tengokpun pening~

Note last tu lagi tak tahan.
Dahlah cakap tulisan buruk, dibanding pula dengna kain buruk dalam tong sampah.
haiihhh~

p/s : macam gitulah bila bagi kad raya pada adik beradik sendiri.

Blog Pasal Shaklee lah~

Related Posts with Thumbnails

Dah menjadi sejarah~

Web Analytics