Followers

Sunday, April 11, 2010

Review novel Jaja love Din~

Seperti yang saya dah bagitahu dalam entry sebelum ni saya buat pertama kalinya dalam sejarah hidup lepas dah bekerja ni tidur jam 3 pagi.
Memang tak sangka saya boleh tahan mata sampai begitu sekali.
Hakikatnya saya memang dah mengantuk sangat sejak pukul 11 tapi disebabkan novel di bawah ni saya tegar untuk tidak tidur awal dengan harapan ia bisa dihabiskan segera.



Ya novel Jaja love Din hasil tulisan Noor Suraya ni macam ada dadah pula sebab buat saya addicted untuk habiskan.
Malangnya bila dah pukul 3 pagi mata dah tak seirama dengan hati.
Hati meronta-ronta nak habiskan tapi mata pula menekan-nekan minta tutup.
Haruslah hati kalah dengan mata.
Kalau dah mata tertutup, bagaimana nak baca kan?
haha~

Sudahnya saya terus tidur hingga menginjak kul 4.56 pagi dikejutkan pula dengan dentuman petir sabung mengabung dan bilik jadi gelap gulita.
Gelap je tak apa tapi masalahnya kipaspun dah berhenti berputar.
Panas la pula.
Lepas dah ON balik Main Switch, elektrik OK semula.
Baru je lelap 5 minit, perkara sama berulang disebabkan petir juga.
Saya terus bertekad tutup semua suis2 yang ON atau dalam STANDBY MODE lepas ON balik Main Switch buat kali ke 2.
Alhamdulillah, lepas itu lena sampai ke pagi.

Bila dah bangun, solat subuh.
Mata ni macam kena tindih la pula.
'TER'sambung tidur sampai pukul 9.
Aduh, apa punya anak dara bangun lambat.
Yang tak boleh belahnya, saya terus sambung baca novel tu sampai habis sebelum bangun dari tempat beradu tu.

Saya nak review sikit pasal novel ni sebelum lupa.


Ksah seorang perempuan bernama Faiza di panggil Jaja bekerja sebagai Media Planner untuk company US tiba2 terjatuh cinta pada seseorang dalam gambar yang diambil oleh kawannya secara curi di tanah perkuburan lama di Parit Buntar.

Dua tahun dia mencari lelaki dalam gambar itu dan sanggup dia menolak calon pilihan keluarga Abang Long yang cukup serba serbi yang Kaya, hensem, baik, sopan (complete package yang jadi kegilaan bakal2 mak mertua dan anak2 dara) kerana dia hanya mencintai lelaki dalam gambar itu walaupun tak pernah jumpa dan kenal.

Mereka akhirya bertemu tanpa sengaja di stesyen LCCT Air Asia masa Jaja mahu menjemput Mira (rakan sekerja). Dia hanya pakai tshirt, seluar bawah lutut dan free hair
Itupun dia hanya dapat tengok dari jauh hingga lelaki itu naik bas.
Dia boleh menangis dan melambai sayu tanpa kesedaran ke arah dalam bas itu.
Mira yang perasan perlakuan dia yang pelik tu dapat agak yang lelaki itu istimewa bagi Jaja.
Mira memberitahu nama lelaki itu Din dan bekerja sebagai ustaz.
Dia tahu sebab dia terdengar perbualan Din dengan sebuah keluarga semasa tunggu Jaja.
Tapi pertemuan itu tidak membantunya untuk ke pertemuan seterusnya.

Mereka bertemu sekali lagi di majlis perkahwinan kakak kepada sahabatnya, Qaulah yang tinggal di Baling.
Tetapi pertemuan itu membutakan dia lagi sedih sebab dia ternampak Din makan dengan seorang peremuan yang beranak tiga.
Dia ingatkan Din sudahpun berbini.
Rupanya perempuan itu bukan bini Din.
Legalah dia kerana masih ada peluang.

Bila Jaja pindah ke rumah pemberian ayahnya di Wangsa Maju, dia mendapatkan khidmat seorang lelaki melayu untuk pasang kabinet di rumahnya.
Kebetulan, lelaki yang bernama Hatim itu ialah sepupu kepada Din.
Dan Din turut ke rumah Jaja semasa itu untuk pasang kabinet.

Jaja akhirnya mendapat semangat baru untuk memastikan dia dapat berkahwin dengan Din.
Dia sanggup walaupun ibu dan ayahnya yang bertugas sebaga doktor harus pergi meminang Din untuknya.
Dia menggunakan kuasa seorang media planner yang byk contact dengan orang surat khabar untuk pergi menginterview perniagaan Hatim dalam masa yang sama berbincang cara nak satukan keduanya itu (yang berbincang itu orang surat khabar dengan hatim sahaja. Jaja tunggu di luar).

Jaja sudah dapat tahu details berkenaan Din.
Din merupakan lepasan Universiti Al-Azhar, ustaz di sekolah agama rakyat yang mengaajr kesusasteraan Arab.
Sesekali dia membantu Hatim sebagai tukang kayu.

Jaja berterus terang terus kepada keluarga dan minta mak ayah meminang Din untuknya.
Pada mulanya mak ayah dia terkejut dan keras membantah tapi setelah dipujuk oleh Jaja mereka bersetuju.
Jaja dengan Hatim mebuat perancangan untuk membawa Din ke rumah ibu bapanya di Alor Setar dengan alasan mengukur ruang untuk buat rak buku.
Di masa itulah Jaja mula memakai tudung dan bersopan demi memikat hati Din
Din di jemput makan di rumah mereka sahaja bersama dengan bapa saudara kesayangan Jaja sekali.
Rupanya bapa saudara Jaja pernah berjumpa dengan Din di Makkah dulu.
Bapa sauadara Jaja memilih Din untuk membuat upah haji dengan upah yang cukup banyak.
Entah macam mana semasa itu Jaja tiba2 jadi rasa bersalah yang amat sangat kepada semua orang kerana terlalu mngikut perasaan untuk berkahwin dengan Din.
Dia terus insaf selepas itu.

Akhirnya Din dengan Jaja berkahwin.
Din banyak mengajar Jaja untuk menjadi seorang yang ikhlas, jihad,reda, zuhud, dan taat.
Daripada seorang yang tidak menjaga aurat, culas untuk solat, tidak tahu jawi apatha lagi membaca A lQuran, dia belajar dengan tekun.
Jaja pula berusaha untuk menjadi isteri yang solehah kepada Din.
Jaja juga telah berhenti kerja kerana kerja yang dilakukan berkitan dengan iklan arak.
Dia memilih untuk menjadi penulis skrip drama sahaja.
Mereka hidup sebagai pasangan yang hanya berjumpa hujung minggu kerana Din bekerja di Parit Buntar manakala dia pula bekerja di KL.
Sehinggalah suatu hari Din menyatakan hasratnya untuk pergi berjihad di Afghanistan.
Walaupun sedih, Jaja redha untuk membenarkan suaminya pergi berjihad.
Tetapi Din hanya pergi selepas Jaja melahirkan zuriat mereka, Umar.
Sepanjang ketiadaan Din, Jaja terus membesarkan Umar dengan baik dan sentiasa mendoakan keselamatan suaminya.
8 bulan kemudian, dia mendapat khabar bahawa Din telah hilang di medan perang.
Yang dijumpai hanyalah cincin perak hadiah perkahwinan Jaja untuknya.
Jaja redha dengan pemergian suaminya dn bertekad untuk membesarkan anak mereka sendirian.
Walaupun mendapat pinangan daripada Abang Long, dia menolak kerana menganggap pekerjaan beliau sebagai orang kuat NASA membantu pihak US memerangi pejuang Islam di Afghanistan.
Dia tidak mahu makan harta syubhah.

Sehinggalah suatu hari semasa malam Hari Raya Qurban, Din pulang.
Rupanya Din tidak mati lagi hanya dua jarinya putus (termasuk jari tempat dia sarung cincin perak)
Dia telah diselamatkan oleh orang semasa kawasan dia berada diletupkan.
Merekapun meneruskan hidup bersama sehingga ke akhir hayat.


Sebenarnya ada banyak cerita yang saya skip.
Tapi, memang best la novel ni.
Sedih, gembira, suprise sahaja bila baca =)
Yang paling menarik, rupanya Din juga pernah jumpa dengan Jaja masa kecik dulu.
Dan memang dalam setiap pertemuan mereka, Din rasa tertarik dengan Jaja.
Mesti terkejutkan..

Oklah, kalau nak buku ni nanti saya buat Giveaway.
Nak tak?
(Padahal boleh je beli sendiri kat kedai. Haha)

17 comments:

kakngah said...

nakkkkkk!!!

noorafzan.blogspot.com said...

ahahaha~
orait.nanti saya akan buat giveaway yang mudah je..
=)

joegrimjow said...

aiyok
nampak cam best ni
dah la lama xbaca novel ni
mencari novel2 bagus untuk dibaca

noorafzan.blogspot.com said...

haha.
joe.
nak tunggu giveaway jugak k?
maybe sempena besday saay sok..=)

Maryam said...

yup~ novel ni memang best! buah tangan kaksu selalunya meninggalkan kesan.

(haih ngantuknya, nak gi baca novel la.. hehe)

noorafzan.blogspot.com said...

salam maryam..
betul2..

MyaFiza said...

nak jugakk..
hehe...best baca review ni..
camner jaja ngan din leh jumpa waktu kecik dulu? kalau buat drama best ni.

noorafzan.blogspot.com said...

MyaFiza..
haha..
teruja kan..
=)

Aida Effarina said...

sis, naakkkk!
buat giveaway n make sure i'll be shortlisted. hehhee :D

alaa boleh laa. my birthday dh dekat ni. (sambil buat muka tak malu) hehh. :D

aishahumairah said...

wahhh!! menarik jln citenya...
suka3..=)

noorafzan.blogspot.com said...

Aida..
cepat join sis..
saya dah buat giveaway..
=)

noorafzan.blogspot.com said...

aishahumairah..
memang best cerita ni..=)

AtieAbid said...

nak jugak nak jgak...heehhe...

Jard The Great said...

owh.. buku neh.. ehehehe...

abigemok said...

mcm best je tu :D

Nekmo said...

kak sy kata best novel ni..masa tu sy xbaca g..
pas baca review novel ni...
mmg best pun!!hahaha...
t nk join gak..hehe

Di said...

wahh..mmg best!!

Islamik,mcm jalan cerita Titian Nabi :)

Blog Pasal Shaklee lah~

Related Posts with Thumbnails

Dah menjadi sejarah~

Web Analytics