Followers

Tuesday, April 27, 2010

Pengumuman : Pemenang NoorAfzan Birthday Giveaway~

Assalam semua..
Seperti yang saya janjikan saya akan umumkan pemenang contest yang saya buat julung2 kalinya.
Saya gunakan random.org supaya ia adil dan saksama.

Lagi satu seperti yang saya bagitahu, saya hanya mampu nak bagi hadiah kepada 2 orang sahaja contestant.
Kalau lebih 100 orang join, memang saya berhajat nak tambah hadiah.
Tapi sebab tak sampai, maka saya tambah satu sahajalah.

Bukti2 cabutan telah di capture supaya semua rasa adil.
Saya tidak ada video cam canggih untuk merakam aktiviti cabutan.
minta maaf la banyak2..

Mula2 saya buka page random.org

Kendian, saya masukkan number min = 1 dan max = 59 (sebab ada 59 contestant)

Lepas tekan generate sekali, number ni keluar.
Number bertuah pertama ialah number 29.

Bila saya tekan generate kali kedua, number ini pula yang keluar.
Number bertuah ke 2 ialah 37.


Saya telah mencabut undi pada pukul 08.09 malam untuk pemenang pertama..
Yang akan dapat novel Jaja love Din..

dan 08.10 malam pula saya cabut lagi satu undi untuk pemenang kedua..
Yang akan dapat novel Jauh karya Aisya Sofea yang sulung..

Malangnya tak ada buktilah pula untuk menunjukkan masa2 tersebut.
hoho~

Bila saya check list contestant tu, barulah saya tahu pemenang2 nya ialah;

29) ayuselalu

37) ija fareeza

Tahniah kepada mereka berdua.
Seperti yang saya dah hebahkan dalam entry INI, Hadiah saya akan post seawal-awalnya 04/May/2010.
Kenapa lewat sangat? Minta maaf saya cuma akan betul2 free untuk ke pejabat pos pada hari tersebut sahaja.=)

Harap pemenang dapat menghantar details berupa nama penuh, alamat dan number phone sebelum 03/May/2010 9 malam untuk memudahkan urusan pengeposan hadiah..=)

Kepada yang tak menang, sekali lagi saya minta maaf. Harap2 anda teruskan sokongan anda kepada blog ini.(muka penuh mengharap.)
Kalau ada rezeki lebih (kot2 nuffnang nak bagi buffered earning banyak2 lepas ini), saya akan buat lagi contest dengan hadiah yang lebih menarik.
InsyaAllah =)

10 comments:

Blog Pasal Shaklee lah~

Related Posts with Thumbnails

Dah menjadi sejarah~

Web Analytics