Followers

Showing posts with label FOLLOWERS. Show all posts
Showing posts with label FOLLOWERS. Show all posts

Friday, August 6, 2010

Apa ada pada ribuan Followers kalau..

Hari ini saya rasa teruja sebab blog saya yang picisan ni dah ada 1000 follower..
Wow, macam tak percaya sahaja dah sebanyak ini.

Apapun sebab musabab anda klik butang follow blog saya ini saya hargai.
Dan kalau suatu hari yang tenang dan damai, tiba-tiba anda nak un follow blog sayapun tak apa, saya pasrah.
Pastinya saya sama seperti manusia-manusia lain (blogger-blogger lain yang punya kelemahan, cacat celanya dan juga sedar masa itu bukan milik kita..)

Bila sedar yang masa itu bukan milik kita.
Dan lebih dari itu bila saya sedar semua itu dipinjam sahaja daripadaNya yang Maha Berkuasa.
Secara automatik saya akan rasa macam kerdilnya diri ini.
Cuba kira berapa sangatlah ibadat yang kita kerjakan sebagai menghargai nikmat melimpah ruah yang Dia bagi.
Adalah setimpal?
Huhu..jauh sangat..Saya yakin nak capai 1% pun susah.
Biasalah, benda-benda positif ni memang mudah je dikalahkan benda-benda negatif bila kita tak cukup kuat.

Bila ingat itu semua saya mula rasa macam ada satu semangat.
Semangat untuk menjadi blogger yang berkualiti.
Yup, blogger yang tak mengejar trafik, mengejar duit, mengejar follower..
Tapi mengejar untuk hasilkan entry yang bermanfaat untuk semua.
Tak banyakpun sikitlah.

Bila kita tak kejar semua itu dengan terlalu kuat, kita akan rasa free..
Dan jika ada rezeki memang tak ke mana.
Still juga dapat trafik..
Still juga dapat duit..
Dan sekarang still juga ada yang sudi follow.
Sampai dah jadi 1001 orang.

Saya akui terlalu ramai yang follow sampai tak terkejar untuk ucapkan terima kasih kepada mereka seorang demi seorang kerana sudi follow blog saya yang serba daif ini.
So, di sini saya nak ucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada kawan-kawan yang sudi jengah blog ini..
Terima kasih kepada yang drop comment di shoutbox..(yang ini kadang-kadang tak terkejar untuk BW balas)
Terima kasih kepada yang drop comment di blog post.. (yang ini memang sedaya upaya saya serang balas menjenguk blog mereka)
Terima kasih kepada yang berkunjung ke sini sebagai silent readers..
Terima kasih kepada mereka-mereka yang 'like' entry saya..
Terima kasih kepada mereka yang follow saya..(yang ni terlalu ramai dan tak terkejar dah..takpe, saya akan cuba juga kejar kalau boleh..)
Terima kasih juga kepada nuffnang yang sudi menyumbangkan earning untuk blog saya ini.
Ingat nak cash out dalam hujung bulan 10..

Berbalik kepada tajuk, apa ada pada ribuan Followers kalau tidak follow dengan ikhlas =)
Dari dulu saya memang tekankan, konsep i follow u, u follow me itu sebenarnya tak beri manfaat jangka panjang pada blog. Nanti ramai follower tidur daripada yang aktif.

p/s : semalam tak sempat nak menyahut cabaran Day 3 Jard..Akan kuusahakan hari ini.

Monday, July 5, 2010

Rasa nak tukar Header..

Header sekarang =)

Header sekarang ini bagi saya tak cukup 'kick'
So, rasa macam nak tukar lagi la.
Mungkin penukaran itu akan effect template gak.
Lagi satu rasa macam serabut la pulak widget2 yang ada ni.
Rasa nak kurangkan tapi kena analysis dulu la kot.

Saya rasa maca nak masukkan gambar yang ceria dan meriah gitu.
Tapi tetap tak berminat nak menonjolkan muka sangat pada header.
Tak gemar benar atau tak rasa sesuai.
Mungkin juga sebab saya ni jenis blogger low profile.

Ada yang tanya macam mana nak ramaikan followers.
Ok, terus terang saya cakap kuncinya jadi 'friendly' dan juga jangan guna konsep 'i follow u, u follow me'
Saya minta maaf kalau2 ada kawan2 blogger yang masuk tinggalkan jejak minta saya 'follow' tapi saya tak 'follow'
Bagi saya biarlah kita follow satu2 blog sebab kita memang nak follow.
Dalam erti kata lainnya ikhlas.

Ramai menganggap bilangan Followers menentukan tahap glamour blog tersebut.
Ada betulnya bagi blogger2 yang memang berusaha keras untuk mempopularkan blog2 mereka.
Cara2 nak jadi popular secara typical ialah dengan rajin blogwalking, buat entry mantap2 dan berkala, rajin bermain dengan SEO, guna tips untuk up kan trafik yang lain yang terlalu banyak diturunkan oleh blogger2 famous.
Saya tabik spring la pada mereka2 ini sebab mereka berusaha untuk tarik trafik.
Tak sampai setahun berblogging dah dapat beribu followers.
Trafik pun mencanak sahaja.

Tapi mungkin juga ia tidak betul lagi2 bagi blogger2 yang jenis low profile.
Bagi blogger yang jenis2 macam ni bilangan followers mungkin boleh tunjuk tanda aras ke'otai'an blogger.
'otai' = orang lama
orang lama tak semestinya famous.
Makin banyak followers tu makin 'lama' lah dia dalam dunia blogging ini.

p/s : saya berblogging untuk 'suka-suka' sambil2 kumpul duit saku nuffnang.
p/s : betul ke header juga memainkan peranan untuk tarik trafik blog?

Thursday, May 20, 2010

700++ Followers Award presented to you!

Pejam celik pejam celik dah 700 followers saya..
Wow..tak tercapai akal saya sebelum ni.
Terima kasih kerana sudi follow blog saya yang sederhana sahaja ini.
Sebagai tanda penghargaan yang saya dah delay sejak followers saya cecah 600 disebabkan kekangan masa dan masalah kesihatan, hari ni saya nak bagi award istimewa untuk semua followers saya.
Yang baru follow lepas 700 ni pun boleh ambil dan tepek kat blog masing2 sebab kat award ni saya mention 700++ .


Sudilah kiranya kawan2 ambil yea.
Jasa kamu semua amatlah saya kenang.
Saya sayangkan kamu semua.
So, jengah2 la blog ni selalu ye pas ni.
=)

update : saya nak ucapkan terima kasih yang tak terhingga pada intanurulfateha sebab dah tolong saya create kan code untuk followers saya copy-paste award atas ni.
thanks yup =)


p/s: maaf sebab saya tak reti nak design award cantik2. Ni la design paling cantik saya buat =)

Tuesday, April 27, 2010

Pengumuman : Pemenang NoorAfzan Birthday Giveaway~

Assalam semua..
Seperti yang saya janjikan saya akan umumkan pemenang contest yang saya buat julung2 kalinya.
Saya gunakan random.org supaya ia adil dan saksama.

Lagi satu seperti yang saya bagitahu, saya hanya mampu nak bagi hadiah kepada 2 orang sahaja contestant.
Kalau lebih 100 orang join, memang saya berhajat nak tambah hadiah.
Tapi sebab tak sampai, maka saya tambah satu sahajalah.

Bukti2 cabutan telah di capture supaya semua rasa adil.
Saya tidak ada video cam canggih untuk merakam aktiviti cabutan.
minta maaf la banyak2..

Mula2 saya buka page random.org

Kendian, saya masukkan number min = 1 dan max = 59 (sebab ada 59 contestant)

Lepas tekan generate sekali, number ni keluar.
Number bertuah pertama ialah number 29.

Bila saya tekan generate kali kedua, number ini pula yang keluar.
Number bertuah ke 2 ialah 37.


Saya telah mencabut undi pada pukul 08.09 malam untuk pemenang pertama..
Yang akan dapat novel Jaja love Din..

dan 08.10 malam pula saya cabut lagi satu undi untuk pemenang kedua..
Yang akan dapat novel Jauh karya Aisya Sofea yang sulung..

Malangnya tak ada buktilah pula untuk menunjukkan masa2 tersebut.
hoho~

Bila saya check list contestant tu, barulah saya tahu pemenang2 nya ialah;

29) ayuselalu

37) ija fareeza

Tahniah kepada mereka berdua.
Seperti yang saya dah hebahkan dalam entry INI, Hadiah saya akan post seawal-awalnya 04/May/2010.
Kenapa lewat sangat? Minta maaf saya cuma akan betul2 free untuk ke pejabat pos pada hari tersebut sahaja.=)

Harap pemenang dapat menghantar details berupa nama penuh, alamat dan number phone sebelum 03/May/2010 9 malam untuk memudahkan urusan pengeposan hadiah..=)

Kepada yang tak menang, sekali lagi saya minta maaf. Harap2 anda teruskan sokongan anda kepada blog ini.(muka penuh mengharap.)
Kalau ada rezeki lebih (kot2 nuffnang nak bagi buffered earning banyak2 lepas ini), saya akan buat lagi contest dengan hadiah yang lebih menarik.
InsyaAllah =)

Thursday, April 22, 2010

NoorAfzan Birthday Giveaway akan tamat 25hb ni.Sempat lagi kalau nak join.

Hari ni dah 22hb April.
Yang saya ingat hari ini birthday sahabat saya merangkap course mate masa di UTM dulu, Aizuddin Supee.
Sekali nama penuh dia saay ingat daa~
Actually dia dah jadi orang tetap di UTM nun.
Jadi tutor tapi kat fakulti lain.
Kalau tak silap dalam masa terdekat ini dia akan terbang ke UK untuk sambung master.
Seronoknya.
Tahniah bro sebab dah masuk group sukuan abad.

Esok saya dah mula cuti sampai Isnin.
Haaa..ada projek besar sebenarnya selama 4 hari tersebut.
Projek baeekk punye..=)
Tinggal kurang 3 hari lagi giveaway anjuran saya sebelum ditutup.
Saya ada cakap kalau penyertaan menggalakkan saya akan tambah hadiah.
tapi setakat ini baru 52 sahaja penyertaan.
(macam sikit sangat la pula.)
Hajat nak tambah hadiah tu kalau cecah 100 penyertaan.
So, apa lagi tunggu.
Cepatlah ajak kawan2 join yea giveaway ni.
meriahkan lagi sampai cukup 100 penyertaan.

Oh ya, pemenang hanya akan diumumkan seawal-awalnya 27/April.
Dan selewat-lewatnya 30/April.
Hadiah pula akan dihantar kepada pemenang melalui pos seawal-awalnya 04/May/2010.

Ingin diingatkan jika pemenang tak feedback selewat-lewatnya pada 03/May/2010 9 malam, cabutan lain akan dilakukan pula.

Good luck!
Terima kasih kepada 52 peserta yang gigih join giveaway sulung saya ini.=)

Tuesday, April 13, 2010

Alhamdulillah..mendapat sambutan juga Giveaway saya~

Saya nak mengucapkan terima kasih kepada sahabat2 yang join Giveaway sambil2 menghebah-hebahkan kepada blogger yang lain.
Saya amat menghargainya.
Hari ni saya dah pun berumur 25 tahun 1 hari.
Dan sehingga malam ini ada 16 peserta dah join giveaway saya.

InsyaAllah, jika penyertaan menggalakkan, saya akan tambah hadiah.
Mungkin lebih dari seorang yang akan menerima giveaway ini.
Ini bergantung kepada berapa ramai yang join.

Kepada yang belum join giveaway simple ni, anda masih lagi ada peluang.
Sebab giveaway ini hanya akan di tutup pada 25hb April 2010 nanti.
Cepat hantar penyertaan anda =)

Oh ya..
Setiap hari jika ada kelapangan saya akan update list peserta yang join giveaway saya ni di sidebar kanan blog saya ini.
Kalau nama anda tak tersenarai, sila inform ye untuk saya buat semakan.
mungkin terlepas pandang..=)

Saturday, April 10, 2010

Dah nak dekat 500 followers..tak sangka!

Pagi ni saya tengok followers saya dah 497..
Lagi 3 orang akan genaplah 500..

Tak sangka dah ramai ikuti blog saya yang tak seberapa ini.
Walaupun hit nya tidaklah saebanyak blog2 lain yang paling2 pun 300 unique visitors setiap hari..
Tapi, saya haruslah rasa bersyukur sangat.

At least saya tahu saya tidak berblog secara syok sendiri.
Sebab masih ada yang sudi baca dan tinggal komen sama ada di comment box mahupun di shoutbox.
Memang saya akan reply semua komen2 yang berkenaan dengan entry2 tu tapi cepat atau lambat sahajalah.
=)

Buat bloggers2, selamat berhujung minggu.
Planning tengahari nanti nak pi Putrajaya jenguk anak abang Azam dan Kak Min.
Mereka ni alumni Lambaian, kelab kesayangan masa di UTM dulu.
Tapi, kita hanya merancang hanya Allah SWT menentukan.
So, tunggu je la apa yang jadi k.

Ni dah dekat pukul 3 masih nak hantar post.
Macam manalah nak cergas pagi nanti?
Haiihhh.
ok, saya pergi tidur sahajalah lepas ini.

Saturday, March 6, 2010

Pengumuman : Reveal Hadiah cenderahati Sabah dan 3 pemenang viewer bertuah

Baiklah, saya terus direct to the point sahajalah..
Pemenang viewer bertuah nya jatuh kepada..

jeng3..

1) Izzati Azwani viewer ke 26000
2) Syuhada viewer ke 26262
3) CikMin viewer yang dah 2 kali bertuah sebagai viewer ke 27072


Hadiahnya berupa..
Keychains (sebab ada 2..)

Gelang mutiara..

Dannn...
Butang Baju Melayu mutiara..
Semua gambar hadiah ehsan google sahaja. TQ pakcik google k..=)

Tahniah kepada yang berjaya..
Minta maaf sebab hadiah2 tak sehebat mana..=)
Time di sana gaji yang diharapkan masuk 25hb, tak masuk2..
katanya bank ada technical problem yang menyebab gaji pekerja di banyak company lewat dapat..
termasuklah saya..huwaaa..


p/s/s : kepada yang termiss tu jangan risau..Lain kali kalau ada budget lebih saya akan buat contest tuk menang cenderahati from Pulau Kapas pula..
Comingggg soonn...=)

p/s : kepada pemenang, hadiah telahpun saya poslajukan tengahari tadi dan akan sampai minggu depan kot..=)

Friday, February 5, 2010

Promoting my 300th follower's Blog- FID~

Salam semua blogger2 semalaysia..
Hari ni saya rasa terpanggil nak bayar 1 hutang yang belum langsai sejak 27 January lepas..
Saya berjanji nak review blog FID yang cambest sebab jadi follower saya yang ke 300 dalam entry ni...
Sekali lagi tahniah untuk FID..
Yeay..tepuk3 yea..

Ini adalah view blog beliau..
mfirdaus@blogGer nama blog beliau..

Klik kat picta di atas untuk terus ke blog beliau..

FID nih sejak jadi follower saya memang seorang yang sangat loyal..
Sebab hampir setiap entry saya dia komen.
Terima kasih yea FID sebab memeriahkan blog saya yang biasa2 sahaja nih..=)

FID nih sayapun baru kenal dalam dunia blogging..
Sebagai seorang student, post dia banyak jugalah yang menyentuh pasal dunia seorang student..
Lebihnya, dia banyak kupas isu semasa dalam bentuk yang simple dan mudah hadam..
Followers diapun ramai gak sekarang..
Dah 182 orang..
Blog dia simple dan tak berat aku rasa sebab tak banyak widget2..
So, keep it up okay bro..

Teruskan berblogging tanpa jemu..=)

Wednesday, January 6, 2010

Followers itu apa ye?

Follow = ikut..
Followers = pengikut..

details :

pengikut yang mengikuti perkembangan setiap updates yang di buat..

ataupun..

lawat blog dengan kekerapan max..contohnya sekali sehari..

ataupun..

pengkomen tegar setiap post..

ataupun..

sebab..(isi tempat kosong)..

Apapun sebabnya saya tak kisah walaupun ada rasa pelik..
Mungkin ada yang follow tapi tak buat follow up..
Atau ada yang mempunyai tafsiran sendiri yang tidak sama dengan pendapat saya tentang makna followers..
Sebab unique viewers saya tak sampai pun 200 sehari..
Kadang2 tu tak sampai 100 pun..
Maknanya Jumlah followers tak semestinya sama dengan jumlah viewers..
Kan?


p/s : pepun, terima kasih kepada followers2 sekalian..tak sangka followers saya dah cecah 200..

Monday, November 30, 2009

Terhaarruuu,dah lebih 100..

*STICKY MODE*
ENTRY TERKINI KAT BAWAH YE

Saya rasa sungguh terharu sejak daripada balik JB..
Perasaan nih x de kena mengena ngan projek2 di JB tapi..
Ia dirasakan sebaik sahaja saya terjah blog saya..
Yaaa..followers saya sudah mencecah 100..
Yeay..yeay..
Terima kasih kepada yang sudi follow blog saya..
Saya juga nak bagitau, saya suka orang follow blog saya sebab mereka suka blog saya..
bukan sebab ikut trend..
Apapun sebab musabab anda menjadi followers saya, saya tetap menganggap anda suke blog saya~
dan sayapun suke..
bukan sekadar suke malah sayangkan anda...

Untuk itu, saya dah buat award khas untuk followers2 saya..
Semua followers..
Kalau anda baru je jenguk blog saya dan terklik butang 'follow' kat blog saya nih,
secara automatiknya anda juga layak untuk terima award nih..
sila ambil ye..
tak usah malu2..



Kalau dah follow tu, jenguk2 la blog nih selalu..
sama2 kita sokong blogger2 ok..
lagi satu, kalau ada iklan nuffnang tuh, klik la sama ek?
setiap 'klik' akan membantu saya 'mendirikan masjid' cepat2..
ahaks~

Saturday, September 19, 2009

Kad raya dari NoorAfzan Simple Me untuk kawan2 semua~

Saya nak bagi gak kad raya tuk semua..
x kira la pelawat silent readers.
followers2 blog saya..

ermm..
jap yer saya edit sket..
x reti amat..

...sejam kendian...

k saya tepek yer..
amek tau kawan2..
ikhlas daripada saya...

Photobucket

Blog Pasal Shaklee lah~

Related Posts with Thumbnails

Dah menjadi sejarah~

Web Analytics