Followers

Sunday, February 28, 2010

Broga Hills. Sesuai tak untuk buat Pre Wedding photoshoot? Part 2

Salam, saya dah dapat tengok gambar2 yang di snap oleh sorang lagi photographer iaitu Azlan..aka Lan..
Cantik gak gambar2 yang dia snap..
Lagi2 ada pulak saya di situ..
ahak2~

Ni saya bersama photographer pertama aka my F and photographer ketiga KakLong aka Farah Hana..
Suka sebab gambar diambil di celah2 lalang..

Di camera si Lan ni pun sempat jadi model tak rasmi..haha~
Ni view Broga Hills daripada bawah..
Sekali tengok memang boleh bikin gayat duduk di atas nun..~
Suasana bila hampir nak sunset..
Sunset picta diorang ada ambil tapi mungkin tak jadi sebab awan tebal pula..
Yang buat kami motivated ialah ada budak2 kecik pun join pendakian bukit ini..
Lingkungan umur 5-6 tahun dah di bawa join mendaki..
Besar2 sok ada harapan naik Everest nih..=)
Malangnya, tiada picta mereka diambil sebab masa kami sampai di puncak tu, mereka sekeluarga dah nak turun..

Saya tak tahulah bila picta from 3rd camerawoman akan di share.
Yang itu paling di tunggu2 sebab banya kgak gambar di ambil..
ahaaa~

Saturday, February 27, 2010

Dunia gelap Batinku dulu jadi sejarah yang kuharap tak berulang~

Sekarang ini saya dalam mood mengimbau post2 lama dulu.
Masa itu, blogging tak begitu popular..
Memang saya berblogging for my own self..
Ibarat macam diari la..

Belek punya belek saya terjumpa post saat2 saya begitu 'down'..
Masa2 terluka saya dulu..
Masa itu, macam2 perasaan saya rasa..
Sangat2 tenat sehingga rasa seluruh dunia tidak memihak sedikitpun kepada saya..
Tapi itu dulu..
Dan ia sangat2 memberi pengajaran berguna kepada saya..

Nak baca luahan saya itu?
Boleh click kat picta di bawah ini..

Widget pengkomen tegar?

Saya belek2 blog orang masa aktiviti blogwalking..
Saya tengok ada beberapa blog letak widget Pengkomen tegar blog mereka..
Macam blog Melz, SiLampuNeon, Faarihin, dan ramai lagi..

Dulu saya pernah letak tapi lepas itu sya remove dengan reason yang saya sendiripun lupa..
bwahahahaha~
Semangat sahaja masa pasang widget ini dulu untuk check siapalah yang rajin komen post saya dulu...
Tiba2 semangat tu datang kembali tapi saya lost..
Tak ingat macam mana nak add widget tu balik..
Siapa2 boleh tolong..
Any site suggestion?
help me..=)

Friday, February 26, 2010

Best ke jadi Engineer ni?

kenapa typical engineer kena pakai topi keselamatan dan tengok plan? saya tak macam ni pun.
Picture credited to http://www.thecolor.com/

Salam semua..
Dulu masa kecil, saya punya cita2 nak jadi cikgu..
Sebab, saya nampak kerja yang ada hanya cikgu.
Maklumlah dunia hanay di sekolah..
haha~

Tapi, bila besar sikit dan dah masuk alam menengah saya mula tukar plan..
Jadi cikgu ni bukan tak best tapi macam tak kena dengan jiwa..cehh~
Tambah2 bila tengok susah payahnya cikgu2 nak handle student bermasalah..
Mulalah saya fikir nak jadi lain..
Mula nak jadi peguam..(sampai form 2)
Lepas itu tukar pula kepada ahli arkeologi sebab saya suka pula subject Geografi dan Sejarah..
Tapi, bila masuk form 4 saya ambil sains stream (except bio) + akaun..
Saya mulalah suka nak jadi accountant (konon2 la)

Tapi, dah takdir pula.
Saya apply matriks untuk course account tapi dapat Physic Science..
Serius, masa mula2 belajar Fizik dan Kimia secara extreme dulu saya amat2lah tak berminat..
Hasilnya first sem amat memalukan..
Room mates saya ada 3 orang..
Semua scorer..3.5 and above..
Saya? 3.12 (ok lah daripada below 3.00 kan)

Masuk sem 2 saya belajar terima hakikat.
Dan mula minat pada 2 subjek tersebut..
Memang berusaha keraslah masa itu..
Saya dah mula tercari-cari cita2 sebenar saya..
Saya cuma ada 2 choices of courses that suit me based on 1st sem result tu..
(berdasarkan kepada carta yang dikeluarkan universiti masa pameran U di matrik saya tu..)
First is Science (Kimia or Physic) or Engineering (Mechanical or Civil)..
Range for Electrical and Electronic kalau tak silap kena 3.30 and above..
So, masa isi UPU, saya apply course2 tersebutlah..
Berkat usaha keras, sem 2 saya dapat 4 flat (alhamdulillah..)
Masa tu matrik hanya 2 sem sahaja (tak macam sekarang..)

Saya dapat masuk UTM course Engineering (Mechanical)..
Starts from that, saya tahu sayaperlu jadi Engineer..
Ya, Engineer..
Dan after habis belajar, memang saya jadi engineer..
Tapi, best ke jadi engineer..?
Actually, Engineer ni memang kena kuat dari segi technical..
Tapi sebenarnya jadi engineer ni tak sehebat doktor, lawyer atau accountant lagi2 dari segi salary..(bagi sayalah..lain orang lain pandangan k..=))
Nama memang gempak...
Tapi tanpa engineer tak adalah kereta, mesin basuh, PC, TV dan lain2..
betul tak?

Dulupun masa kecil2 saya cukup teruja dengar orang yang kerja engineer..
Rasa sangat gempak sangat..
Sampai rasa macam tak confident pun untuk jadi engineer..
Sebab itu tak pernahpun terlintas di hati masa dulu2 nak letak cita2 jadi engineer..
Tapi at last jadi juga..=)

Thursday, February 25, 2010

Broga Hills. Sesuai tak untuk buat Pre Wedding photoshoot? Part 1

Salam..
Pembuka tirai untuk post saya kali ini...
Pernah pergi Broga Hills tak?
Located at Semenyih. tempat ini kurang popular kecuali untuk orang2 yang suka aktiviti lasak tapi baru nak berjinak2..(tak berapa extreme)

Kalau nak pergi daki gunung, better test dulu stamina di sini..
haha~
Walaupun hanya bukit tapi anda boleh tengok sendiri betapa tingginya ia..
see gamabr bawah ni..kami masih perlu mendaki walaupun dah halfway kami panjat..
Marvelous..
Walaupun tujuan sebenar tak tercapai dek kerana awal tebal di kala matahari melabuhkan tirainya ke barat..
Dapat ambil gambar sebelum sunset..
Masa sunset awan tebal lak..

Nak tunggu sunrise lama lagi..
Sudahnya kami turun lepas maghrib masuk..=)
Oh ya..Rombongan kami seramai 6 orang..
4 gadis2 dan 2 jejaka2..
haha~
Maaf seorang lagi jejaka sedang gigih mengambil gambar kami ini..=)


Photographer 3 orang..
Model bidan terjun termasuk saya 3 orang..
ekeke~

Sila lihat keterujaan saya menjadi model untuk trip kali ini..
wakaka~


Ini baru gambar dari BF saya punya camera.
Ni nak tunggu gambar from other 2 camera..
kalau cantik, saya share..
Kalau buruk, diam2 sudah..
hakhak~

Wednesday, February 24, 2010

3 viewers bertuah ke 26000,26262 dan 26543 bakal dapat souvenir daripada Sabah..=)

Sempena saya nak ke Sabah ni saya nak umumkan satu lagi contest untuk anda semua bloggers..
Sesiapapun boleh take part dalam contest ini..

Anda cuma perlukan kesungguhan dan kena ada ciri2 tuah dalam diri..
Sebab hanya 3 sahaja pemenang yang bakal dipilih..

Caranya senang sahaja..
1) Lawatlah blog saya selalu dan anda akan berpeluang cerah untuk menjadi viewers yang ke ;

1) 26000

2) 26262

3) 26543


2) Anda hanya perlu view blog saya dan perhatikan number yang tertera di penjuru atas kanan blog saya.Rujuk gambar di bawah ini untuk lebih jelas.

3) Kalau salah satu daripada 3 number di atas tertera di situ, sila print screen number tersebut dan send kan bukti ke email saya bejangutm@gmail.com
4) Sila beritahu terus nama penuh, number phone dan alamat lengkap dalam email tersebut supaya senang saya nak poslajukan hadiah2..

Hadiah belum ada lagi keyh sebab akan dibeli di Sabah..
So, stay tune~
Pemenang akan diumumkan selepas sahaja saya balik dari Sabah..=)

betulkah kalau mimpi gigi tercabut, maka orang yang tersayang nak pergi jauh.?

Seriuosly,
dulu my besties cerita dia mimpi gigi dia tertanggal..
Tak lama lepas itu dia dapat berita nenek kesayangan dia meninggal dunia..

Dan lebih serious lagi..
dulu my F cerita yang mak dia mimpi gigi tertanggal gak..
Tak lama lepas itu bapa dia pergi jua..

Dan yang buat saya lagi serious..
Semalam diapun mimpi gigi dia tertanggal...
Tapi, setakat ini tiada apa yang berlaku..
dan berharap tiada apa yang berlaku..

Tapi,
Kenapa terlalu banyak kebetulan..?
Atau memang itulah petunjuk yang Allah SWT bagi kepada kita yang terpilih bila insan yang kita sayangi akan pergi jauh menemuiNya..?
Yang pasti segala yang berlaku bukanlah dapat dijangka atau ditelah dengan hanya sebuah mimpi..
Kerana..
Hanya Dia sahajalah yang tahu jodoh pertemuan, ajal dan maut..
Kita hanya mampu merancang dan berusaha..tapi Dialah yang menentukan..

Award from Misz Nierah

Salam allz..
Sebelum saya bercuti panjang..
eloklah saya ambil award ni yang di buat special oleh MiszNierah..
Award ni untuk follower2, link list dan rakan2 nuffnang dia dan tak lupe juga untuk mereka2 yang menjenguk ke blog dia..

Bukti saya layak terima award nih..

mana award dia?

jeng jeng jeng....

..........................................

........................................

......................................

.................................

.............................

.........................

.....................

..................

...............

............

..........

tadaaaaaaaaaaaaaa.......





Dia cakap dia sayang tau snowglobe ni, hadiah hari jadi yg ke-23 oleh family dia..

Ini friensdship award I guess..
pepun thanks yep MiszNierah..

Tuesday, February 23, 2010

Lagu Best - Kelebihan sujud~

Jom layan sekejap lagu Mawi berkolaborasi dengan KRU..
Lagu credited to youtube..bukan itube k..



Layan tu layan la juga..
Tapi hayatilah liriknya sama keh..
jom hayati..

[Mawi]
Bila dilanda musibah
Hati tabah mula rebah
Jangan biarkan dugaan
Rapuhkan pedoman hidup

Andai waktu itu tiba
Semaikan sifat bersabar
Hanya Dia saja menentu
Dan kita hanya mampu sujud

[KRU]
Jika direnung kembali
Dari kehidupan
Pelbagai halangan kutempuh penuh cabaran
Tiada satupun ku hadapi dengan senang dan
Tiada satupun ku hadapi dengan tenang

Tapi ku bersyukur
Di saat ku murung
Ku musikkan dalam kedua telapak tangan
Semangat yang dah luntur
Harapan yang dah terkubur
Diberi arah tukku teruskan

[Mawi]
Bila dilanda musibah
Hati tabah mula rebah
Jangan biarkan dugaan
Rapuhkan pedoman hidup

Andai waktu itu tiba
Semaikan sifat bersabar
Hanya Dia saja menentu
Dan kita hanya mampu sujud……

Hanya mampu sujud…..

[KRU]
Pernah kulihat mereka
Yang hilang segalanya
Insan yang tersayang
Atau harta benda
Pancaroba bencana juga malapetaka
Adalah sebahagian ujian dunia

Di sebalik kesusahan
Tidak letih mengerti erti kesenangan
Harusku akur dengan apa yang telah dikurnia
Barangkali esok semua berubah

Janganlah kita melupakanNya
Ketika langit cerah bersinar
Janganlah kita melupakanNya
Ketika langit mendung tak bercahaya

[Mawi]
Bila dilanda musibah
Hati tabah mula rebah
Jangan biarkan dugaan
Rapuhkan pedoman hidup

[KRU & Mawi]
Andai waktu itu tiba
Semaikan sifat bersabar
Hanya Dia saja menentu
Dan kita hanya mampu sujud……

Hanya mampu sujud…..

lirik ehsan dari http://www.liriklagumuzik.co.cc/

ok, berbalik kepada tajuk kita, saya tak tipu..
Nak tahu kelebihan bersujud..
Meh tengok kat sini..dan sini
Tak rugi beb..
Banyak faedahnya kita bersujud...

p/s : entry ni untuk mengingatkan diri sendiri dan juga kawan2 supaya kita tidak lupa untuk solat bersujud kepadaNya kerana kita hidup inipun kerana Dia dan untuk Dia..=)

Monday, February 22, 2010

Preparation untuk berjalan jauh..apa perkara yang perlu disediakan?

Saya dah beli back pack satu..
Saya dah beli 2 blaus baru..
Saya dah pilih2 baju, seluar, baju, seluar...
Saya dah plan cuti lama gak la..dah apply awal2pun..
Saya dah booking bilik untuk 2 orang siap print out booking receipt and map untuk ke sana from airport..
Saya dah siap survey di mana stesyen bas jlong distance terdekat dengan tempat penginapan..
Saya dah tanya my sis. Dia cakap kat Sabah tu susah nak jumpa CIMB Bank. Betul ke?
Haihh..bank yang adapun x leh nak terima CIMB ATM Card..Betul ke?
Takkan sampai macam gitu sekali kan..=)

Tapi, mak saya demam pula sekarang ini..
Harap2 dia cepat sembuh sebelum kami bertolak 24hb nih..
doakan jua ye rakan2 blogger~

Sunday, February 21, 2010

Sedihnya drama TV3 malam ni..Dunia Batinku..

Dari tadi saya terpacak depan TV tengok drama TV3..
Lakonan mantap Sheila Rusly dengan pelakon utama filem Mukhsin (x ingat lak nama betul dia)..
Sedih2..
Berapa kali dah saya tersedu-sedu depan TV..
Nasib baik layan sorang2..
Mak dan Ayah pergi minum kat luar..
Abang dan adik2 semua lepak bilik masing2..

Feeling habis la..
Kalau bab2 melibatkan ayah dan ibu ni saya sensitif sikit..
Tapi cerita ni lebih kepada pengorbanan seorang ibu kepada 3 anak merangkap anak menantu kepada si nenek yang kurang upaya..
Sang suami pula dah meninggal..

Mudah sangatlah touching..=)
Rugilah siapa yang tak layan cerita ini..
K la..nak layan sambungan lagi nih..

update : aduh, tak berapa berkenan masa part dorang kat kubur nenek mereka. memey punya pakaian tuh..fuhh...kat situpun masih nak ada 'cutting baik punya'.
bukan pe, pelik sikitlah..=)

update lagi khas untuk cik intan : lepas mak mereka meninggal, adik bongsu dorang masukkan ke rumah kebajikan. nenek mereka belikan wheelchair . Tapi at last, dorang dah tak hantar si adik ke rumah kebajikan sampailah besar. Scene last ialah di kubur, nenek mereka pula pergi ke rahmatullah. Mereka dah besar dan dan digambarkan telah berjaya dalam hidup.
Nak cerita panjang lebar tak berapa nak feel..Better tengok sendiri la ye kat TV3 online.
Esok2 adalah tu..=)

update lagi..: baru ku tahu rupanya TV3 Online takde tayangkan cerekarama..
patut adalah kan..macam mana nak tgk cite2 best yang terlepas kalau tak ada di situ..?
TV3 Team, tolong ambil perhatian..(haha..macam la dorang baca blog ni kan..huhu~)

Dah booking bilik di KK..Nasib baik sempat..fullbooked beb~

Kelmarin, ayah tiba-tiba duduk kat tepi saya masa saya sedang berblogging..
Biasalah.
bila dah lepas maghrib tu saya memang terpacak depan PC sahaja..

Ayah minta tengokkan hotel2 atau chalet2 yang ada kat Kota Kinabalu(KK).
Sebab flight kami kul 9.25 pm..
Dan dijangka sampai sana kul 12.00 am..
So, better kami booking siap2 bilik untuk bermalam.
Nak terus gerak ke Kota Marudu confirm tak larat.
2 jam perjalanan from KK.

Bila survey untuk tarikh 24 -25 Feb tu banyak hotel 3 bintang hampir fullbooked.
Requirement kami kena dekat dengan Airport, Pusat Bandar dan paling penting sekali dekat dengan Long Distance Bus Station.
Survey punya survey, at last kami book last 2 rooms that available at Winner Hotel.
Tengok dari luar macam chinese style hotel tapi tak kisahlah.
Janji ia murah (reasonable price) dan menepat i3 requirement yang saya mention tadi..
Menang dekat sangat dengan Bus Station.
Dan memang kami book 2 bilik terakhir yang available.
Nasib baik sempat..
haha~
Total cost lebih kurang RM250 la..for 2 rooms siap ada breakfast untuk 4 orang..
Takut juga kalau jarak antara bili ktu jauh..
haishh..~

Nanti saya review pasal kualiti service di hotel tu yea..
tunggu saya pergi sana dulu yea..=)

Ok, now nak print out slip booking sebagai bukti masa check in nanti..=)

Saturday, February 20, 2010

Tribute to the my First day as Blogger~

Post ini sebenarnya 1st post saya dalam blog ini..
Tarikh tertulis 20hb May 2005 means 20052005(pergh...tarikh yang cun..)
Masa itu umur saya baru masuk 20 tahun..
muda remaja dah buka topik pasal cinta..
ekeke~

Tapi rasanya content ini eloklah di share sekarang sebab takkan kamu2 nak selak2 post2 lama eden tu kan..
Ini kira re-post punya entry la..
Gila ke'skema'an terserlah di situ..=)
Time tu saya guna kata ganti nama 'aku'..

Bismillahirrahmanirrahim..

Di sini mukadimah tak perlu di beritahu kerana sebaik sahaja tangan ini menekan butang keyboard maka terciptalah satu mukadimah bagi satu cerita...

Aku bukan mahu mengelirukan mahupun menipu sesiapa tapi ingin sekali menegaskan bahawa kata-kata yang terlontar adalah luahan dan pandangan aku..Bukan satu fakta yang mesti dipercayai dan diterima tapi satu ilmu yang harus diketahui..

Bercakap pasal ilmu..Adakah ilmu itu wajib untuk kita ketahui semuanya..Yang pasti jawapan yang akan diberi oleh setiap orang adalah berbeza versinya.Ada yang akan kata ..ya...Ada yang akan menggelengkan kepala..Ada yang akan menjawab 'mungkin'...Juga ada manusia yang akan mengerutkan dahi .Tak kurang juga yang buat muka blur..Seolah-olah mengejek persoalan yang diutarakan..Sebab tak ada jawapan yang tepat untuk menjawab soalan tersebut.

Itu kata orang tapi bagi aku ilmu tu penting untuk kita tahu tapi tak semua wajib kita fahami..Dalam dunia ni banyak sangat benda yang tak terjangkau oleh kudrat seorang manusia.Bagaimana otak kita bisa menerima seluruh isi bumi dari masa ia dicipta hingga sekarang.

Aku bukan nak fokus sangat pada ilmu tapi apa yang aku nak kongsi di sini ialah persoalan cinta yang juga merupakan salah satu ilmu yang begitu luas skopnya.Cinta memberi impak yang besar dalam hidup seseorang.Yang kita tahu cinta kepada Allah ialah cinta yang paling agung bagi umat Islam.Tidak mungkin bertukar ganti.Allah itu Esa.

Tapi berapa ramai yang telah menyalahgunakan kuasa cinta.Cinta itu suatu kuasa yang cukup kuat..

Orang selalu menyebut..Cinta itu Buta..Tinggal anak,tinggal saudara,kerana kasih aku turutkan..

Seseorang yang memilikinya harus pandai mengguna dan mengolah kuasa cinta itu dengan baik.Kegagalan memelihara cinta itulah yang merosakkan diri seseorang itu.

Bagi orang Islam,ada yang kata bercinta itu tidak salah tapi ada batasannya.Manusia memang tak dapat lari daripada memiliki kuasa cinta...Ingin mencintai dan dicintai..

Kata orang kalau dah yakin itu jodoh kita maka tak salah untuk kita bercinta tapi yang penting kenalah ada kesepakatannya antara dua pihak yang bercinta itu.Matlamat haruslah jelas iaitu ke arah membina rumahtangga yang bahagia.Apabila dah ada kesepakatan dan sama-sama ingin mencapai matlamat yang mulia ini maka sudah pastilah mereka akan berusaha sebaik mungkin untuk memelihara hubungan tersebut daripada maksiat dan niat jahat.

Tapi kadangkala bila jodoh kita bukan dengan orang yang kita cintai maka akan terputuslah ikatan cinta tersebut atas kuas Allah.Ada hikmah di sebalik perpisahan yang terjadi dan ambillah ikhtibar daripada musibah tersebut.

Kata orang hidup tanpa cinta ialah hidup tanpa cita-cita.Hidup tanpa cita-cita ialah sia-sia ...

Begitulah kuatnya panahan kuasa cinta..

Ada satu lagi fakta yang aku tak berapa pasti kebenarannya..Betul ke kalau nak bertunang@bercinta kena lebih 6 bulan..6 bulan yang pertama tu merupakan tempoh ujian cinta..

Sebab 3 bulan pertama dan 3 bulan terakhir akan menentukan keserasian pasangan tersebut.

Kata orang kalau 3 bulan pertama baik,3 bulan terakhir tak berapa baik..

Maka baik tamatkan aje hubungan tu..

Kata orang lagi kalau 3 bulan pertama tak berapa baik tapi bulan seterusnya jadi baikMaka kita memang dah jumpa jodoh kita..

Akupun tak pasti akan kebenarannya..

Ok, habis dah entry pertama eden tuh..
Nak tahu gak pendapat kamu2 pasal last statement tu..
Yang saya highlight warna merah itu..
Ini sebenarnya pendapat yang pernah kuterima masa zaman tu la..
Tapi, macam tak betul sahaja..=)

Sebab bagi saya, jodoh itu di tanganNya..bukan di tangan tok kadi..

Friday, February 19, 2010

Aried, Romantik itu bukan MIMPI!!




Assalamualaikum..
Kali ini Aried ingin membuat 1 contest yang sangat menarik yang bertajuk

"Aried, Romantik itu bukan MIMPI"

Ha.... Sahabat semua pasti nak tahu bagaimana contest ini berlaku kan?
Jadi, mari duduk rapat-rapat dengar Aried bercerita..,

Cara-cara:
1. Buat 1 post bertajuk " Aried, Romantik itu bukan MIMPI!!". --> dah buat..

2. Tuliskan:

pengalaman anda bersama orang tersayang yang anda rasakan perkara paling romantik ANDA PERNAH LAKUKAN kepadanya.

atau

kongsikan pengalaman dari rakan-rakan atau family yang anda ketahui dan lihat

atau

perkara romantik yang kamu impikan dari seseorang
-->done

3. Copy banner contest ini dan pastekan dalam post anda serta di sidebar anda. --> done

4. Panjang @ kreativiti tidak terhad. --> orait bro..

5. Linkkan banner dalam post dan sidebar anda ke URL contest di blog Aried ini. --> siap!

6. Selepas siap, war-warkan URL POST ANDA kepada Aried dibahagian komen. --> sudah..

7. Contest bermula serta merta dan berakhir pada 28hb ini --> sempat..

p/s: Anda tidak diwajibkan pun untuk menjadi followers Aried kerana tiada paksaan ya, namun sekiranya mahu menjadi followers, Aried alu-alukan kerana tiada halangan. Anda juga pasti akan mendapat update dari blog Aried mengenai post dan contest Aried ini.
--> rasa macam dah lama follow..

Ok, biarlah saya teruskan kepada content contest ini..

Apa yea pengalaman paling romantik saya dengan si dia?
Kejap pikir..

Thursday, February 18, 2010

Apalah nak jadi dengan abangku seorang ni..

Saya berasa hairan dan pelik sebab..
Sejak dia beli VCD cerita Jangan Pandang Belakang Congkak bulan lepas..
Hampir setiap hari dia layan cerita tu..
Best sangat ke ye?

Lepas itu,
Dia juga dia suka pula nak beli caller ringtone untuk henpon dia..
Tiap kali dia bosan2, dia minta tolong tukar caller ringtone.

Dia juga sudah semakin rajin memasak..
Kadang2 saya balik kerja dah ada gulai ikan keli dia masakkan..
wallaweyh..best kan ada abang macam ni..
Kadang2 bila balik ada cekodok goreng panas2 atas meja..
Bila tanya siapa yang masak?
Mak jawab.. abang..

Lepas itu,
Bila perabot rumah berhabuk tak berlap..
Dia mulalah bising2..
Bising2pun tak apa sebab dengan tangan dia jalan lap2 segala..
Saya? layan blogging..

Bila tanya pasal awek?
Nantilah. Kena beli rumah. Kena ada harta sikit2.
Baru boleh fikir pasal awek.
Dia cakap kalau boleh nak yang anak yatim piatu..
Tak adalah gaduh nak raya kat mana bila dah kahwin sok..
haha =)

p/s : kadang2 sahaja abang saya rajin masak. Selalunya saya..=)
tapi bab mengemas memang saya hanya mampu kemas bilik sendiri sahaja..

First baby born from my coursemate..perghh~

Entry ni macam dah terlewat tapi saya tetap mahu bagi tahu..
Tahniah kepada sahabat kami Apisya yang telah selamat melahirkan baby pertama form SMB Production (course kami masa di UTM dulu..)

Jap, saya cuba untuk mengingati nama anak beliau itu tapi jap2 saya fikir yea..
arggghhh...kenapa susah sangat nak ingat nih..
Ok, nama dia Muhammad Hadif Amzar bin Mohamad Hafiz
Sebenarnya anak beliau ni lahir pada 22 January 2010..
Pada jam 6.32 pagi camtu..(exact time tak hingat juga..aduh, berkarat ingatan saya ni.)

Pepun, tahniah sekali lagi kepada sahabat kami ini Apisya (Mohamad Hafiz bin Zakaria) dengan Azma (juga UTM product..)
Tak dapat nak pergi melawat sebab jauh sangat.
Nun di Terengganu sana..
hoho~
Next time kalau ada gathering join keyh bro?


Inilah Azma dengan Apis Yaa..time konvo dulu~

Wednesday, February 17, 2010

Keberangkatan pasangan sejoli ke Sabah =)

Pagi tadi pergi kerja baru teringat..
My sis and her husband will be going to Sabah malam ini..
Kalau my family bertolak ke LCCT awal maka saya tak sempat la nak menghantar mereka..
Sebab saya hanya akan sampai rumah paling cepat kul 6.20 ptg..
Itupun kalau tiada aral melintang seperti kesesakan atau hujan lebat..

Nak buat2 demampun tak boleh..
Kerja kat office pun banyak.
maklumlah CNY cuti lama..(lamalah sangat..)
Next week pula dah nak fly to Sabah.
Nak tak nak kerjalah juga sampai ke petang.
Bila dah 5.30 cabut balik rumah..

Baru keluar gate company, hujan dah mula mencurah-curah..
Sampai tak nampak jalan..
Ni siapa lagi la golongan diraja yang mangkat sampai hujan sepanjang jalan nak balik..
Angin pula kuat macam ribut.
Takut juga nak lalu bawah pokok-pokok..
Risau ada dahan yang patah jatuh..

Kesan hujan lebat ialah trafik menjadi perlahan.
Nasib baik mood CNY masih ada dan jalan tak sesak.
Kalau tidak, mungkin kesesakan luar biasa berlaku.
Hasilnya saya sampai rumah sebelum 6.30..
Dan my sis and her husband belum bertolak lagi..
Apa lagi follow la kan..
Kali ini first time pergi LCCT.
Ahad lepas first time pergi KLIA.

Lepas hantar mereka berdua, kami singgah R&R Dengkil.
Rupanya kat situpun ada Restoran Satay Haji Samuri..
Biasanya yang popular di Kajang dan R&R Awan Besar (berhampiran Bukit Jalil)..
Tapi, kami makan nasi lemak bungkus dengan teh tarik segelas seorang..

Next week keberangkatan kami pula ke Sabah..=)
Sayang pula nak tinggal blog lama2..huhu~

Saya dah cash out nuffnang..ngee~

Saya selalu je terbaca berkenaan dakyah2 dakwaan2 blogger2 bahawa kalau kita dah cash out, nant inuff earning selepas itu akan lebih lebat dan lebat..hebat dan hebat..

Jadi dek kerana terpedaya dengan janji2 manis fakta mereka, sayapun cash out la walaupun earning tak banyak..
Takpe, lepas ini saya akan tunggu sampai jadi riban2 seperti cik epal kita..
Mampu ke? haissh..
takpe, usaha tangga kejayaan..
Kalau sanggup tunggu bertahun boleh kut..


See, baru je cecah 3 angka dah nak cas out..
tak apalah..
dah ter. No regret.=)

Tuesday, February 16, 2010

My-Alia.com Giveaway datang lagi!!!

Sedang saya berblogwalking hari ni, tiba2 saya terjumpa giveaway ni.
Disebabkan ia senang, sayapun join la..

Ibu Alia yang buat. Mai kita terjah yea..
Ni la hadiah2 yang bakal diterima pemenang bertuah..


dan tiga lagi barangan Lovely Lace berharga dalam RM20 - RM25 sebuah
kepada pemenang yang bertuah.

caranya senang saja:


1. Menjadi Follower blog ini

2. Meninggalkan komen di post ini...

(cth: Saya nak join giveaway ini!)


itu je! :)

so, setiap orang yang join akan diberi nombor, and pemenang akan dipilih secara random (oleh Random.org)

Giveaway ini akan berakhir pada 25 Februari 2010! (Khamis) pada pukul 12.00 tengah hari.

:) good luck!


Pisang Goreng terbaik di Shah Alam..Jom terjah..

sumber : http://inforesep.com/

Tahu tak di mana nak dapatkan Pisang Goreng termasyur di Shah Alam..
Smapai orang PJ pun pergi cari kat situ beb..
Percaya atau tidak..itulah kenyataannya..

Gerainya sangat tak ekslusif..
Malah, hanya menggunakan bus stop MBSA sebagai tapak niaga..
Tapi, percayalah..
Pengunjung gerai ini tak henti2 dan sanggup berbaris panjang untuk mendapatkan pisang goreng ini..
Rahsia kesedapannya terletak pada ramuan tepung salutannya yang begitu rangup dan sedap..
Kerangupannya tahan sampai berjam-jam lamanya..
Itulah kelebihan pisang goreng mereka..
Pelanggan tak pernah surut daripada start buka sampailah habis semua bekalan pisang..

Nak mencuba nasib ke?
Kalau anda nak tahu senang sahaja..
Lokasinya di Seksyen 19 berhampiran stesyen komuter..
Berhampiran juga dengan sekolah rendah seksyen 19..
Rasanya kalau dah sampai situ boleh tanya kepada pendudk sekitar..
Sebab gerai tu dah famous amos..
Tapi kena tahan fizikal dan mental sebab kena beratur panjang kan..

Dan orang yang beli tu bukan beli seringgit dua je..
Paling2 pun lima ringgit..
Pernah sampai kena masuk 4 plastik besar sekali order..
Ni makan ke melantak yea..?
Haissshhh~

Saya ada ambil gambar bukti kena beratur panjang tu tapi since bluetooth device hilang, saya tak dapat nak upload gambar.
Kalau ada nanti saya upload sini yerp..
till then...
see ya~

Monday, February 15, 2010

Dah terbang dah dia ke Aussie..Saya bila nak fly nih?

saya dengan Kak Ani..

My sista of my BF, Kak Ani dah selamat terbang ke Melbourne semalam..
14 Februari..
Sayapun join sekaki menghantar di KLIA..

Sepatutnya planning kena kumpul kat KLIA kul 6 petang..
Oleh kerana gerak awal, kami sampai sejam awal..
Apa lagi terus pegi layan McD Prosperity 1..
Memang lapar tak makan berat dari pagi..
Masa on da way ke KLIA tu kepala dah pening semacam..
Perutpun macam dah sebu..
Janganlah tak makan lain kali..
Takut gak kena gastrik pulak..

Lepas dah makan sempat pergi tempat tinjau...
Boleh nampaklah kapal terbang landing baik punya..

Di menara tinjau. Nampak gelas McD tu..bukti kukuh tu..

Of course saya agak 'jakun' sebab ini first time saya ke KLIA..
Tak pernah langsung..
Dan memang saya tak pernah naik flight ke mana-mana..
Owh...sungguh ketinggalan saya ni kan..

Bila dah puas meninjau kapal2 terbang, kami gerak ke tempat kumpul.
Lepak2 dulu dengan keluarga si BF yang meriah punya ramai..
Sempat lagi pergi minum2 kat 2nd floor..
Tepat jam 8.30, Kak Ani dah kena masuk Balai Berlepas..
Kamipun dapat hantar dia sampai di situ sahaja..
Selepas bersalaman sampai menitiskan air mata especially dengan mak dia dan sang suami, diapun masuk Balai Berlepas..

Terpaksalah separate sekejap dengan suami sampai bulan 6,7 camtu sebelum Kak Ani cuti sem..
Huhu..macam susah sahaja kan bila kena bercinta jarak jauh ni..
Semoga mereka berdua tabah dan cekal menghadapi dugaan ini..
Tak apa sebab zaman sekarang ni ada webcam, YM, facebook dan email...
Tidak sukar untuk keep in touch kan..

p/s : tu la, bila la saya boleh terbang jauh2 nih..(eleee...yang dekat2(Sabah) pun baru nak pergi hujung bulan ini, inikan pula nak ke oversea..sabar lah dulu..)..

Teh Tarik HomeMade..Nak try?

Semasa hujung minggu lepas mak saya minta saya beli susu dalam tin jenama Gold Coin..
Kami sebelum ni guna Susu Cap Teko (Teapot)..
Kami belilah suss yang untuk Teh Tarik dalam 3 tin..

Kemudian, petang ahad itu kakak sedara saya datang rumah..
Mak saya pula minta dia buatkan Teh Tarik...
Pergghhh...terrornya dia.
Lepas ini tak perlulah ke kedai mamak untuk pekena teh tarik..
Sebab, saya tengok senang sangatlah cara nak buat..

Esoknya,saya cuba buat..
Mak teringin nak minum teh tarik katanya.
Lusa dan tulatpun mak minta buat lagi..
Sampai terpaksa pakai susu cap Teko sebab susu jenama Gold Coin itu dah habis.

Jom tengok macam mana nak sediakan..
Mula2 masukkan air panas dengan teh serbuk (saya guna BOH je dalam 3 sudu besar) dalam kole dan panaskan lagi sampai menggelegak..

Tebuk susu satu tin...(ohooo..hanya Susu Cap Teko je ada..)


Masukkan susu secukup rasa dalam bancuhan teh yang menggelegak tadi tu..
Better masukkan gula sikit supaya dapat imbang ke'kaw'an teh dengan kadar kemanisan air..
Kalau letak susu banyak sangat tak kaw la pula kan..
Kacau sehingga sebati sebelum tapis masuk dalam bekas air yang lebih besar.

Proses penapisan berjalan..

Process ini boleh diulang dengan menambah air panas,susu dan gula sehingga mendapat rasa teh tarik yang manis tapi kaw..
Now, dah siap untuk diminum..

Ohoo..dah habispun.
Sedap sangat ke ni haa..?

Selamat mencuba..

p/s : sila abaikan objek2 lain yang wujud di sekitar mereka seperti botol sabun, remote tv, kunci kereta, pendrive, kotak tisu dsb..ia hanya hiasan semata-mata. Tiada kaitan dengan isi entry.ahaks~

Sunday, February 14, 2010

Korang layan National Geographic tak?

picta ehsan google

National Geographic (NG) sekarang ini ditayangkan di TV1 setiap hari kul 7 malam..
Hampir setiap hari saya, ayah dan emak akan jadi penonton wajib..
Setiap kali nak dekat pukul 7, semua dah landing depan TV menanti kemunculan haiwan2 bergaduh, harimau makan rusa, dubuk ganduh dengan singa, singa laut mkan penguin, ikan jerung makan orang, dan lain2 lagi..
Mula2 tengok tak rasa apa2..
Lama2 rasa macam ketagih pula..

Dan ingatkan kami sekeluarga sahaja yang addicted..
Rupanya kawan office sayapun macam kami..
Kakak sayapun mengadu suaminyapun suka tengok rancangan tu.
Walaupun ada channel NG ni di astro, tapi kami jarang menonton di situ.
Tak tahu kenapa..
huhu~

Kamu2 di luar sana ada tak yang macam kami?
Addicted dengan NG di TV1 tu...
Kalau belum tengok atau baru tahu, silalah tunggu depan TV kul 7 malam..
Mesti kamu2 pun akan addicted macam kami...
wakaka~

Kelmarin saya mimpi Ngeri..seolah2 kiamat~

Salam ye semua..
Semalam...
Ke kelmarin..?

Saya mimpi sedang memerhati langit biru yang indah dan cerah..
Tiba2 kelihatan 3 bebola seperti planet yang sedang bergerak ke arah barat...(arah kiblat)
Bebola yang paling hadapan memang merah menyala dengan api..macam meteor..
Bebola di tengah rupanya seperti bumi tapi ada juga api2 sikit2..
Bebola yang ketiga saya kurang jelas..

Tiba2 bebola yang tengah itu semakin membesar..
Makin mendekat dengan saya..
Saya terasa amat takut..
Bila dah hampir tu saya tersedar..
hoho~

Apakah petanda mimpi itu?
Saya kadang2 mimpi perkara-perkara yang macam ini..
Yang pelik2...
huish...
Anda pernah mimpi macam saya..?

kena tangkap basah? siapa tu?

Tangkap basah...
Artis mana yang kena nih..?
haha~

Tajuk saja bagi gempak padahal ceritanya taklah segempak mana..
Ni ha..
Saya nak share sikit keindahan Pantai Cherating time kami ke Kuantan tempoh hari..
Ni suasana pantai waktu lewat petang..
Cantik sangat..
Subhanallah..ciptaanNya memang indah..

Mataharipun dah nak dekat terbenam..
kalaulah ada DSLR sebiji, mesti laagi cun kan..(berangan..)

ini pula view arah lautan yang luas..


Ini pula bukti kukuh yang saya telah bertapak sulaiman kaki di Cherating..
Saya bersama officemate, Carolin...
Yang snap picta kami ni ialah seorang lagi sahabat..

Kami berdualah 'artis yang kena tangkap basah' yang dimaksudkan..
Memang betulpun, gambar kami ditangkap masa kami lencun dengan air laut..
haha~

Sepanjang trip kami ke Kuantan, aktiviti inilah paling happening..
Dan buat semangat berkobar-kobar untuk buat next trip pula..
Hmm..ke mana pula ye?
Air terjun...=)

Saturday, February 13, 2010

Dapat limau juga akhirnya..

Saya tunggu jugalah kalau-kalau ada di kalangan ahli keluarga saya yang bawa balik limau sekotak dua..
Selalunya abang saya pembekal buah limau berjaya setiap kali raya cina.
Tapi macam tak ada sahaja..
Saya? Setakat 3.4 biji limau tu boleh la dapat di office..=)

Sampailah semalam bila saya sampai sahaja di rumah, sekotak buah limau dah ada tersengih di ruang tamu..
Yeay..yeay..
Adik saya bawa balik..=)
Dah la cuti seminggu (company dia kerja company cina..)
Lepas itu dapat pula cabutan bertuah slow cooker saiz besar..
Lupa nak snap tadi..=)

Yang penting kita makan buah limau dulu..
nyum2..
Abang sayapun join makan buah limau sambil tengok cerita Sepah.
haha~
Inilah buah limau sekotak hasil pencarian adik saya..=)
Dah luak saya, abang dan emak makan..
hehe~
Maybe esok lusa abang saya pula yang bawa balik limau..
Maklumlah Chinese sangatlah pemurah bila menjelang perayaan..
Betul tak?
Nak angpau..heee~

Friday, February 12, 2010

Layan Bujang Sepah kat TV lagi~

Malam ni tiba-tiba di TV Astro Prima ni menayangkan semula cerita bujang Sepah versi masak lemang..
haha~

Semua nak layan cerita ni..
Mak, ayah, abang..sayapun..
sambil blogging sempat lagi layan lawak diorang..
sempat le snap picta dorang..time berbuka makan lemang masin..


Tiba-tiba adik datang nak tengok cerita best katanya..
Rupanya Pemandu Jelita lakonan Julia..
Semua tak bagi can..
Semua nak layan Sepah..
Pelagi, merajuk la si adik masuk bilik..
Adik bongsu gitulah..

Tapi dan 3 lawan 1..
Kalahlah beb..

Jom layan..
Esok2 mesti ada lagi ulangan..
Semalam ada sambungan versi Lemang nih..
Tapi tak berapa best la..
Macam tergantung sangat2 endingnya..
Harap2 cepatlah ada sambungan..

p/s ; siapa lagi minat kat Sepah angkat tangan..hehe~

Dah kahwin officemates ku berdua~Part 4

Salam..
Berjumpa lagi dalam Part 4 Majlis officemates di Kuantan..
ehehe~

Kasihan pula pada kawan2 yang semuanya datang dari jauh semata-mata nak meraikan saat2 gemilang 'wedding of the year office saya'
hak2..

Atas rasa perikemanusiaan yang kuat saya glamour kan officemates saya yang lain dalam blog saya ini..

Yang freehair tu Zura..
Dia ni jenis yang suka pakai pakaian yang tak feminin..
So, sekali sekala jumpa di majlis walimah macam ni memang superb..
Kali ni siapa pakai high heel..mekap cun..
Dalam picta ni dia tengah ukur tinggi dengan Miss Malaysia Sato yang tinggi tuh..
Bila pakai high heel tu boleh jadi tinggi pula Zura tu..(hak2..)
Miss Sato tu bukan Miss lagi tapi Mrs.
Sedang berbadan dua lagi..ahaks~

Masa aktiviti makan2 tamat, saya ambil kesempatan bergambar dengan pasangan Bazilah dan Anwar..
Bazilah sedang pregnant juga.Due bulan March ini..
Tapi, tak nampak boyot kan perut dia..?

Then minta tolong Anwar snap picta kami pula..

Ni macam tengah buat iklan ubat gigi di bawah pintu gerbang..
hakhak..
Perasan tak kasut saya merah..Tak kena langsung dengan dress color..
Nak buat macam mana.
Kasut2 semua dah hilang entah ke mana.
Tinggal ini sahaja..sebat sahajalah janji tak berkaki ayam..=)

Last sekali gambar semua officemates yang sampai ke majlis ini..
Meriah tak meriahlah..
Siap anak bini pun join sekaki..
Tapi kesian sebab pengapit pompuan terlindung..

Aduh, lupa lak nak update aktiviti2 sebelum bergambar ni..
Sat na..tunggu part akhir, part 5..=)

Chinese New Year holiday nanti nak ke mana?

Esok Jumaat sudah...
Lusa Sabtu..maknanya cuti..
Ahad pula dah CNY..
Isnin masih boleh lagi berblogging tak hingat 24 jampun boleh..
Tapi Selasa saya dah masuk kerja beb..
OT Maut..ahaks~

Kerja terlalu banyak sekarang mengejar keuntungan company untuk Financial Year 2009..
Aik, dah lebih sebulan masuk 2010 kenapa tak habis2 dengan 2009..
Untuk pengetahuan kawan2, most of company Jepun buka buku baru bukan 1st January macam yang biasa digunapakai di negara barat dan negara kita sendiri..
Mereka bermula dengan 1st April..(macam April Fool tuh..)
So, masih ada lagi masa untuk berusaha..
Tu yang busy sahaja sekarang ini..
Nak2 pula banyak pula cuti umum masa bulan Feb dan March..

Saya pula berusaha untuk mengumpul cuti..ahaks~
Rasa macam ramai pula member2 yang duk jauh akan kahwin sepanjang tahun ini..(rasa-rasanyalah..)
Banyak aktiviti yang dirancang juga tahun ini..
Paling tak sabar nak pergi Sabah hujung bulan ini dan trip Pulau Kapas dengan ex-schoolmates..

p/s: selamat bercuti kepada kawan2 yang bukan Cina dan selamat tahun baru untuk kawan2 yang berbangsa cina..Tahun ini Tahun Tiger. Banyakkan makan Biskut Tiger k..=)

Thursday, February 11, 2010

Fakta2 tentang CNY Celebration..=)

Chinese New Year dah semakin hampir..
Ada beberapa perkara yang saya nampak agak 'menggila' sejak akhir2 ini..

1) Jalan time balik kerja sesak luar biasa setiap hari..
Saya punya hipotesis pasal ini banyak..
--> sebab semua orang lagi2 chinese balik awal sebab nak prepare untuk raya..
--> sebab semua orang tak kira bangsa gila shopping. Maklumlah ada SALES..
--> sebab semua orang tak cuti (semua gi kerja tak amik cuti..) sebab cuti raya kan lama..

2) Shopping Mall semua nampak merah..
Maklumlah decoration semua berkaitan dengan CNY yang berkonsepkan warna merah..

3) Ini saya nampak di Office..
Kebanyakan chinese akan tukar style rambut. Ada yang mewarnakan rambut menjadi
merah (sama dengan warna konsep CNY).. Ada juga yang potong pendek, kerintingkan
dll..

4)Yang ini saya rasa semua orangpun tahu..
Masa inilah buah limau dalam kotak warna merah, berbalut plastik merah berlambak di
pasaraya.. Heaven2..=) (hantu limau macam ni lah..)

p/s : Cuti kali ini family saya tidak balik kampung seperti selalu..
Jadi, sayapun berpeluang untuk buat OT sehari (OT kami lain..tak dapat duit, tapi
dapat extra cuti..)

Wednesday, February 10, 2010

Cikgu Sekolah Gay?

Saya hari2 telah menjadi rutin check berapa unique visitors, referrals dan paling best sekali keyword..
Tapi hari ini saya agak pelik dan hairan..
Ada gak keyword yang rasa2nya tak adapun saya mention dalam blog saya tapi muncul kat list keyword untuk hari ni..
Gay? Bila pula saya berdiskusi pasal Gay ni ye?
ermm...jap2 pikir..

Tak percaya tengoklah bukti ni..
Tak ada kerja lain agaknya sampai cikgu sekolahpun jadi mangsa..

Nasib baiklah tak teruk sangat..
Kalau keluar keyword yang lagi teruk, memang kena investigatelah entry mana yang jadi mangsa tu..
Nak tahu juga kan..=)
Update: rasa-rasanya entry pasal kes liwat la..haisshhh~

p/s :Sumber di print screen dari Nuffnang engine

Apakah isu masa kini beb...

Malas nak komen banyak..

Bulan lepas pasal blogger yang membuat entry menghina kesultanan Johor..
Aduka Taruna yang glamour tak hengat lepas itu..

Isu paling hangat bulan ini ialah..
Kes Perbicaraan Kes Liwat Saiful- DSAI..

Lepas itu yang hangat hari ni pula..
Pemilihan MB Perak yang dimenangi dengan majoriti 5 berbalas 0..
Dasyat tak dasyat lah kan..=)

Macam2 kes sekarang ni buat saya rasa macam pelik..
Malaysia dah tak seperti dulu..
Nampak semakin pincang bagi kami rakyat yang memandang..
Hati saya makin gusar..bimbang..
Kadang2 rasa tak selamat di negara sendiri..

Dengan pelbagai kes2 tak berperi kemanusiaan yang dilaporkan akhbar2 akhir2 ini..
Lagilah saya takut..
Seolah2..
tanda2 hari kembali yang besar itu semakin jelas dan nyata..


p/s : tiba2 rasa seram2 sejuk pula...

Tuesday, February 9, 2010

Kenapa dah lama tak layan panggung wayang..

Lamanya..
Last film tengok apa ek?
Rasanya macam Filem Twilight New Moon..
Ataupun filem 2012..
Which one yang kemudian ye?
Serius tak hingat beb..

Banyak juga Filem2 menarik selepas itu yang saya terlepas..
Antaranya..

1) Avatar..
2) Adnan Sempit..
3) Tooth Fairy..
4) Sherlock Holmes..
5) lupa..
6) tak hingat..
7) oh..banyaknye..=(

Paling kecewa tak dapat tengok Avatar lah..
Sebab first time tengok trailer pun dah jatuh cinta..

Ohh..ruginya tak tengok mereka..
picta credit to http://www.koffii.com/

Saya bukan tak mahu jengah cinema tu..?
Cuma kaang2 tak ada chances..
Bila ada dah ada duit, free time pula tak ada...
Bila dah ada free time, tak ada geng pula nak diajak menonton..
Bila dah ada geng, cerita menarik dah tak ada di cinema..
Ada sahaja alasan2 munasabah yang menghalang..

Bila tengok member2 review cerita2 tu, rasa macam nak terbang pergi tengok juga..
tapi apakan daya diri ini tidak berdaya..
haha~
Ayat tak boleh blah..=)

Terpaksalah tunggu..
2 tahun lagi keluarlah kat Star Movie kot..
huahua..

Dah kahwin officemates ku berdua~Part 3

Seperti yang dijanjikan Part 3 ada muka pengantin..
hehe..

Ni masa acara perarakan gergasi dari luar dewan sampai ke meja makan beradap..
Ni banner sempena perkahwinan mereka berdua..
Amir dan Iffah..
Tak boleh belah tengok muka Amir..
Member saya seorang cakap "Tengok muka Iffah dan cun dah sesuai dengan majlis, muka Amir macam muka balik kerja je"

Sebaik sahaja pengantin sampai, saya terus je serbu.
Dalam gambar ni nampak 2 daripada 4 photographer dia.
Dasat tak dasatlah sampai 4 jurugambar..
Kalau masuk saya, adalah 5 orang..
hehe~
Close up sikit muka pengantin-pengantin..

Masa ini kami tahan dia sekejap di pintu masuk dewan.
Senang sikit nak ambil gambar.
Ini pula rombongan pengiring yang bawa hantaran2..
Hantaran kaler pink pulak..(Mungkinkah tema belah lelaki?)
hehe~
Ok, nanti saya cerita pula pasal acara2 selepas ini.
Saya tak nak la post ni jadi terlalu panjang meleret..
jemu pula nanti...=)
Next...Part 4..

Jap2..
nak tambah sikit..
Hari ini adalah Ulang Tahun kelahiran ke 25 besties saya time di UTM, Farahdilah..
Selamat Hari Lahir ye Farah..
Tahun ini tiada apa yang mampu aku berikan since dah berhabis sikit..
Anggaplah hadiah perkahwinan yang aku bagi tu merangkap hadiah besday tuk ko ngan sang suami, Abg Khai tu yea..=)

Blog Pasal Shaklee lah~

Related Posts with Thumbnails

Dah menjadi sejarah~

Web Analytics