Followers

Monday, February 15, 2010

Dah terbang dah dia ke Aussie..Saya bila nak fly nih?

saya dengan Kak Ani..

My sista of my BF, Kak Ani dah selamat terbang ke Melbourne semalam..
14 Februari..
Sayapun join sekaki menghantar di KLIA..

Sepatutnya planning kena kumpul kat KLIA kul 6 petang..
Oleh kerana gerak awal, kami sampai sejam awal..
Apa lagi terus pegi layan McD Prosperity 1..
Memang lapar tak makan berat dari pagi..
Masa on da way ke KLIA tu kepala dah pening semacam..
Perutpun macam dah sebu..
Janganlah tak makan lain kali..
Takut gak kena gastrik pulak..

Lepas dah makan sempat pergi tempat tinjau...
Boleh nampaklah kapal terbang landing baik punya..

Di menara tinjau. Nampak gelas McD tu..bukti kukuh tu..

Of course saya agak 'jakun' sebab ini first time saya ke KLIA..
Tak pernah langsung..
Dan memang saya tak pernah naik flight ke mana-mana..
Owh...sungguh ketinggalan saya ni kan..

Bila dah puas meninjau kapal2 terbang, kami gerak ke tempat kumpul.
Lepak2 dulu dengan keluarga si BF yang meriah punya ramai..
Sempat lagi pergi minum2 kat 2nd floor..
Tepat jam 8.30, Kak Ani dah kena masuk Balai Berlepas..
Kamipun dapat hantar dia sampai di situ sahaja..
Selepas bersalaman sampai menitiskan air mata especially dengan mak dia dan sang suami, diapun masuk Balai Berlepas..

Terpaksalah separate sekejap dengan suami sampai bulan 6,7 camtu sebelum Kak Ani cuti sem..
Huhu..macam susah sahaja kan bila kena bercinta jarak jauh ni..
Semoga mereka berdua tabah dan cekal menghadapi dugaan ini..
Tak apa sebab zaman sekarang ni ada webcam, YM, facebook dan email...
Tidak sukar untuk keep in touch kan..

p/s : tu la, bila la saya boleh terbang jauh2 nih..(eleee...yang dekat2(Sabah) pun baru nak pergi hujung bulan ini, inikan pula nak ke oversea..sabar lah dulu..)..

14 comments:

Blog Pasal Shaklee lah~

Related Posts with Thumbnails

Dah menjadi sejarah~

Web Analytics