Followers

Saturday, February 6, 2010

Dah kahwin officemates ku berdua~Part 1

Saya hujung minggu lepas busy dengan aktiviti2 luar..
Kali ni saya ke Kuantan..
More specific Balok..
Officemates kami kahwin..
Kenapa ada 's' belakang officemate tuh..
Sebab dua2 mempelai lelaki dan perempuan itu adalah officemate saya.
Memang WAJIB pergi la majlis kali ni.

Kami gerak 8.30 pagi..
Rombongan kali ini bertiga..
Saya, Mazilah dan Carolin..
Singgah di RNR Temerloh beli air dan kerepek2..
Terjumpa dengan pasangan pengantin lama..
Bazilah dan Anwar..(dulu saya pernah review majlis walimah mereka di SINI..)

Budget perjalanan 4 jam..
Rupanya sejam awal kami sampai..
Huhu..
Baru 11.30..
Majlis Nikah baru sahaja selesai..
Kamipun ikut rombongan perempuan balik rumah..
Lagipun dewan makan pukul 12 baru mula.
Nilah rupa bentuk bilik pengantin..
Bertema kuning..(macam baju saya)..

Sempat kami bergambar di tangga..
Sebab dalam bilik ada sesi photography untuk pengantin..
Bila dah habis sesi, kami serbu bilik nak ambil gambar dengan pengantin baru, Iffah..
Inilah baju nikah beliau..
Belum sempat saya nak bergambar dengan dia, bateri kamera habis..
Kecewa saya dan Carolin. Mazilah sahaja yang sempat..
sob2..
Dan baru saya perasan ini sahajalah satu2nya gambar pengantin perempuan berpakaian nikah yang berjaya ditangkap..
huhu~
Minta maaf kepada Mazilah sebab terpaksa masukkan picta dia yang pemalu tu dalam blog saya.

Rasa-rasanya akan ada part 2 la..
Sebab gambar pengantin lelakipun tak ada.
Nantikan yea..=)

2 comments:

Faarihin said...

wah.. kasi sambung.. nak tengok pengantin lelaki plak.. hahaha..

noorafzan.blogspot.com said...

pengantin lelaki..?
hehe..
sabar ye faarihin..

Blog Pasal Shaklee lah~

Related Posts with Thumbnails

Dah menjadi sejarah~

Web Analytics