Followers

Sunday, February 21, 2010

Sedihnya drama TV3 malam ni..Dunia Batinku..

Dari tadi saya terpacak depan TV tengok drama TV3..
Lakonan mantap Sheila Rusly dengan pelakon utama filem Mukhsin (x ingat lak nama betul dia)..
Sedih2..
Berapa kali dah saya tersedu-sedu depan TV..
Nasib baik layan sorang2..
Mak dan Ayah pergi minum kat luar..
Abang dan adik2 semua lepak bilik masing2..

Feeling habis la..
Kalau bab2 melibatkan ayah dan ibu ni saya sensitif sikit..
Tapi cerita ni lebih kepada pengorbanan seorang ibu kepada 3 anak merangkap anak menantu kepada si nenek yang kurang upaya..
Sang suami pula dah meninggal..

Mudah sangatlah touching..=)
Rugilah siapa yang tak layan cerita ini..
K la..nak layan sambungan lagi nih..

update : aduh, tak berapa berkenan masa part dorang kat kubur nenek mereka. memey punya pakaian tuh..fuhh...kat situpun masih nak ada 'cutting baik punya'.
bukan pe, pelik sikitlah..=)

update lagi khas untuk cik intan : lepas mak mereka meninggal, adik bongsu dorang masukkan ke rumah kebajikan. nenek mereka belikan wheelchair . Tapi at last, dorang dah tak hantar si adik ke rumah kebajikan sampailah besar. Scene last ialah di kubur, nenek mereka pula pergi ke rahmatullah. Mereka dah besar dan dan digambarkan telah berjaya dalam hidup.
Nak cerita panjang lebar tak berapa nak feel..Better tengok sendiri la ye kat TV3 online.
Esok2 adalah tu..=)

update lagi..: baru ku tahu rupanya TV3 Online takde tayangkan cerekarama..
patut adalah kan..macam mana nak tgk cite2 best yang terlepas kalau tak ada di situ..?
TV3 Team, tolong ambil perhatian..(haha..macam la dorang baca blog ni kan..huhu~)

40 comments:

Blog Pasal Shaklee lah~

Related Posts with Thumbnails

Dah menjadi sejarah~

Web Analytics