Followers

Thursday, February 18, 2010

Apalah nak jadi dengan abangku seorang ni..

Saya berasa hairan dan pelik sebab..
Sejak dia beli VCD cerita Jangan Pandang Belakang Congkak bulan lepas..
Hampir setiap hari dia layan cerita tu..
Best sangat ke ye?

Lepas itu,
Dia juga dia suka pula nak beli caller ringtone untuk henpon dia..
Tiap kali dia bosan2, dia minta tolong tukar caller ringtone.

Dia juga sudah semakin rajin memasak..
Kadang2 saya balik kerja dah ada gulai ikan keli dia masakkan..
wallaweyh..best kan ada abang macam ni..
Kadang2 bila balik ada cekodok goreng panas2 atas meja..
Bila tanya siapa yang masak?
Mak jawab.. abang..

Lepas itu,
Bila perabot rumah berhabuk tak berlap..
Dia mulalah bising2..
Bising2pun tak apa sebab dengan tangan dia jalan lap2 segala..
Saya? layan blogging..

Bila tanya pasal awek?
Nantilah. Kena beli rumah. Kena ada harta sikit2.
Baru boleh fikir pasal awek.
Dia cakap kalau boleh nak yang anak yatim piatu..
Tak adalah gaduh nak raya kat mana bila dah kahwin sok..
haha =)

p/s : kadang2 sahaja abang saya rajin masak. Selalunya saya..=)
tapi bab mengemas memang saya hanya mampu kemas bilik sendiri sahaja..

6 comments:

Blog Pasal Shaklee lah~

Related Posts with Thumbnails

Dah menjadi sejarah~

Web Analytics