Followers

Showing posts with label mimpi. Show all posts
Showing posts with label mimpi. Show all posts

Friday, April 9, 2010

Mimpi kahwin tapi...

Korang yang bujang2 atau masa bujang2 dulu ada tak pernah mimpi berkahwin?
haaa.
Jujur ye jangan tipu2.

Semalam entah macam mana saya bermimpi dah kahwin seminggu.
Masalahnya dalam tu mula2 saya rasa macam dah kahwin dengan my F.
Tak lama lepas itu tiba2 saya bercakap dengan suami tapi bukan my F.
Tapi orang lain yang saya kenal sangat.
Masalahnya orang yang saya mimpi tu dah kahwin dan ada seorang anak yang comel.
Eeeeiii, menakutkan la pula.

Yang tak boleh belahnya.
Dah kawin seminggu tapi langsung tak ehem2..
So, dah kawin tapi masih bujang la kan.
Semasa saya bersembang dengan orang tu di meja, dia tunjukkan cara yang ada dalam satu buku macam mana nak uji isteri dia tu bukan hantu pontianak.
Memang tak boleh belah la mimpi tersebut.

Bila saya cerita kat my F, dia gelak sahaja.
Saya memang dah menggelabah ayam bila mimpi2 mengarut macam ni.
Anda punyamimpi macam mana pula?
Best?
Scary?
lawak?

Wednesday, February 24, 2010

betulkah kalau mimpi gigi tercabut, maka orang yang tersayang nak pergi jauh.?

Seriuosly,
dulu my besties cerita dia mimpi gigi dia tertanggal..
Tak lama lepas itu dia dapat berita nenek kesayangan dia meninggal dunia..

Dan lebih serious lagi..
dulu my F cerita yang mak dia mimpi gigi tertanggal gak..
Tak lama lepas itu bapa dia pergi jua..

Dan yang buat saya lagi serious..
Semalam diapun mimpi gigi dia tertanggal...
Tapi, setakat ini tiada apa yang berlaku..
dan berharap tiada apa yang berlaku..

Tapi,
Kenapa terlalu banyak kebetulan..?
Atau memang itulah petunjuk yang Allah SWT bagi kepada kita yang terpilih bila insan yang kita sayangi akan pergi jauh menemuiNya..?
Yang pasti segala yang berlaku bukanlah dapat dijangka atau ditelah dengan hanya sebuah mimpi..
Kerana..
Hanya Dia sahajalah yang tahu jodoh pertemuan, ajal dan maut..
Kita hanya mampu merancang dan berusaha..tapi Dialah yang menentukan..

Sunday, February 14, 2010

Kelmarin saya mimpi Ngeri..seolah2 kiamat~

Salam ye semua..
Semalam...
Ke kelmarin..?

Saya mimpi sedang memerhati langit biru yang indah dan cerah..
Tiba2 kelihatan 3 bebola seperti planet yang sedang bergerak ke arah barat...(arah kiblat)
Bebola yang paling hadapan memang merah menyala dengan api..macam meteor..
Bebola di tengah rupanya seperti bumi tapi ada juga api2 sikit2..
Bebola yang ketiga saya kurang jelas..

Tiba2 bebola yang tengah itu semakin membesar..
Makin mendekat dengan saya..
Saya terasa amat takut..
Bila dah hampir tu saya tersedar..
hoho~

Apakah petanda mimpi itu?
Saya kadang2 mimpi perkara-perkara yang macam ini..
Yang pelik2...
huish...
Anda pernah mimpi macam saya..?

Monday, February 8, 2010

Saya teringin...tapi tak dapat2...huhu~anda?

Semua orang ada je teringin sesuatu..
ala2 wishlist la..
jangka panjang atau pendek tak jadi masalah..
Once seseorang tu ada keinginan maka dia adalah kena menarik nafas lega sebab termasuk dalam kategori manusia yang normal..

bak kata orang..
dalam dunia ni ada 3 jenis manusia..
satu, yang ada keinginan tapi tak usaha untuk mendapatkannya..
dua, yang ada keinginan serta berusah sekadarnya untuk mencapai keinginan..
tiga, orang yang ada keinginan tapi berusah keras hingga mendapat lebih daripada apa yang diinginkan..

Anda termasuk dalam kategori mana ek?haha~
Kategori 2 itu adalah kategori orang yang normal..
Biasa kita jumpa..=)
Yang number satu tu tak harap pun nak jumpa..
Yang number 3 tu memang jarang2 jumpa..
Mungkin milionnaire dan orang2 yang berjaya dengan cemerlang, gemilang dan terbilang dalam bidang yang mereka ceburi itulah yang termasuk dalam kategori ini..
errr...saya rasa saya setakat kategori 2 tu sahaja pernah gapai..

Ni mimpi ke berangan ni?
gambar ihsan daripada http://www.dapino-colada.nl/tag/love


Apa yang saya inginkan sangat ni?
First, saya nak pakai kereta sendiri..
dapat dah walaupun tak dapat kereta idaman Honda Civic 2.0..
Si oren tu pun cantik ape..=)

Second, saya nak blogging secara tegar..?
Susah juga sebab saya ni banyak komitmen..
Kerja...family..kawan2...
Kena adil dan saksama..=)
Blogging tetap di hati..
Cuma tak bolehlah nak ngadap blog 24 jam sehari..(ada ke yang tegar sampai macam tu sekali..?)

Third, nak pergi travelling jauh2..
Yang inipun susah juga..
Selain kekangan wang, masa juga turut tak mengizinkan...
Satu hari nanti berimpian nak travelling around the world..
perrghhh~
Beranganlah dulu..=)

Fourth, nak jadi scorer time belajar dulu..
Kadang2 je dapat score..Tapi banyaknya tak score manapun..
Sama sahaja dengan orang lain..
Kiranya masuk kategori 2 la..=)

Banyak lagi sebenarnya tapi tak terlarat nak tulis semua di sini..
Kawan2 ada tak keinginan yang belum tercapai?
Share mari...

Monday, February 1, 2010

Cerita budak nakal siapkan kerja sekolah..=)

Minah hari ni pergi ke sekolah dengan semangat berkobar-kobar..
Dia yakin kerja sekolah telah 'siap'.
Hanya tunggu untuk dihantar sahaja.

Masuk sahaja kelas, Minahpun terus duduk di mejanya yang terletak dihadapan meja guru..
Tak lama selepas itu Cikgu Bakar yang mengajar Sains pun masuk ke kelas.
Kelas bermula dan seperti biasa semua pelajar di kehendaki menghantar buku latihan masing2..

Setelah semua murid menghantar buku latihan, Cikgu Bakar memeriksa sekali lalu setiap buku2 tersebut.
Mukanya berkerut apabila sampai ke buku latihan Minah.
Di panggilnya Minah ke hadapan.

"Minah, kenapa kamu hantar buku yang tak siap latihannya?"

"Eh, biar betul cikgu. Saya ingat lagi latihan itu sudah siap."

"Kenapa kamu yakin sangat ni?. Dah sah buku latihan ini awak punya. Takkan saya nak berbohong."
Cikgu Bakar dah mula terbakar dengan murid seorang ini.

Minahpun mula menerangkan dengan gaya bebasnya. Turun naik tangannya meyakinkan Cikgu Bakar.
"Betul cikgu.Begini ceritanya cikgu. Semalam, sedang saya memerah idea untuk menjawab latihan saya tiba-tiba rasa dunia jadi gelap.
Tiba2 datang seorang bidadari cantik.
Dialah yang membantu saya menyiapkan latihan ini dan telah masukkan buku latihan ini ke dalam beg sekolah saya selepas itu. Betul cikgu. Saya tidak bohong."

"Ye, kamu memang tak bohong..kamu mimpi latihan kamu dah siap..
Sekarang, kamu pergi bawa kerusi kamu ni ke luar kelas.
Berdiri di situ sampai kelas saya tamat."

Minahpun akur dan berdiri di luar kelas sambil memandang ke dalam kelas melalui celahan tingkap dengan pandangan sayu..
Cubaan kali ni tak berjaya..

Wednesday, October 14, 2009

Mimpi yang hampeh~

Entah macam mana semenjak dua menjak ini saya sering bermimpi perkara2 yang kurang elok..
Mungkin saya terlupa membaca doa tidur, ayat kursi..?
tidak, saya yakin mengamalkannya sebelum tidur..

mungkin juga kerana saya selalu memikirkan perkara yang bukan2 sebelum melelapkan mata.?
mungkin juga tapi tidaklah teruk sangat.
Sekadar memikirkan kalau2 kena 'kacau' atau ternampak sesuatu dalam kegelapan bilik..
err..kadang2 terpikir kalau tidur sorang2 lepas akak kawen ape jadi..
err..kadang2 terpikir pasal masalah2 negara yang nak kena handle..(x boleh belah ayat nih..)
teruk ke tu? taklah teruk sangat kan? kan?

Semalam saya bermimpi saya menikam seekor binatang yang menakutkan.
rupanya ia adalah adik saya sendiri..
macam binatang jadi-jadian pulak..
sungguh tak best..
Nasib baik saya tidak trauma.
lagipun..
Mimpi kan mainan tidur..

Tapi rasa tak best juga kalau asyik mimpi je kan..
Rasa macam tidur tak puas gitu..
Any suggestions?

Tuesday, August 4, 2009

Nur kasih lagi..

Salam semua..
Semalam tak sempat nak update blog..
Just sempat blogwalking jer.
sebab..
erm..computer saya sekali lagi pengsan x kebah2 semalam after saya buka youtube.
Bukan wat pe pun. Just nak layan Nur Kasih jer..
Episod latest episod 10..
Lebih interesting sebab endingnya Adam nak pulak Nur Amina..
Saya rasa saya tahu kenapa dia nak sangat Nur Amina tu jadi isteri dia lagi..
Pada pendapat saya sebab dia nak bergantung harap pada Nur Amina tuk bimbing isterinya yang sorang lagi Katrina.
Itu saja la yang saya dapat assume sekarang.

Tapi masa first time die bertentang mata ngan Nur Amina selepas bertahun tak jumpa..
Saya kaget juga sebab pandangan Adam tu lain macam..
Macam rindu sangat2 kat Nur Amina.
Kalau dia benar2 ikhlas memang bagus la kan..
Tapi frust la abang Aidil..
Terlepas chances lagi..

Lepas layan Nur kasih je.
Saya memang langsung tak bukak blog..
Tau2 je dah nak masuk tidur..
Tau2 je dah bangun pagi nak pergi kerja.
Dah la malam tadi mimpi pergi karnival Jom Heboh kat Sabah..
Lepas nih Jom Heboh kat Sabah ye?
Tapi baru nak jalan2 tgk artis tetiba terdengar bunyi jam loceng..
potong betul..
huhu~

Blog Pasal Shaklee lah~

Related Posts with Thumbnails

Dah menjadi sejarah~

Web Analytics