Followers

Thursday, July 22, 2010

Hapetitis B Vaccine :Perlu ke untuk orang dewasa?

Saya tahu mesti ramai yang tak ambil peduli pasal Hepatitis B ini.
Sebab masa usia kita baby, kita dah disuntik vaksin ini.
Samalah macam saya.

Hepatitis B ni macam penyakit yang disebabkan gaya hidup bebas sahaja.
Berkongsi pasangan kelamin ataupun berkongsi jarum suntikan.
Dalam kepala ini masih lagi terkepung oleh anggapan ataupun mitos lapuk itu.
Tapi semua itu berubah sejak minggu lepas semasa buat medical check up.
Doktor tu cakap saya kena pergi dapatkan vaksin Hepatitis B.
Uuu...masa tu agak terkejut tapi buat-buat cool sahajalah.


Saya tak buat kerja-kerja macam gini.Kenapa kena juga?

Bila balik ke office, rupanya ramai juga kawan-kawan yang dapat nasihat yang sama.
So, sayapun cubalah cari sendiri apakah itu Hepatitis B yang sebenar-benarnya.
So, saya copykan sahaja info yang saya ceduk dari SINI.

Apakah maksud Hepatitis B
Hepatitis B adalah disebabkan oleh virus Hepatitis B, HBV. Virus ini boleh didapati di dalam darah dan cecair badan orang yang telah dijangkiti dan boleh merebak jika anda terdedah kepada darah, cecair darah(serum) atau cecair dari alat kelamin mereka. Ini boleh berlaku jika anda berkongsi jarum dan picagari atau melalui hubungan kelamin. Wanita yang dijangkiti boleh menyebabkan bayi mereka terdedah kepada virus ini.

--> Eh, doktor tak pula mention pasal ini. Dia cuma cakap ada something yang kurang dalam darah saya. Ni yang risau ni. Adakah saya terkena virus ini? uuu...adakah ini terjadi kerana menderma darah? arrrghh..betul-betul tak faham.
Nampaknya saya kena pergi dapatkan vaksin inilah.

Simptom yang berlaku bila terkena jangkitanpun memang berbahaya.
Tanda-tanda awal dijangkiti Hepatitis B adalah :

* Penat
* Sakit kuning
* Gatal-gatal
* Hilang selera makan
* Hilang berat badan
* Sakit perut
* Sakit-sakit sendi

Cuba check kalau-kalau andapun turut mengalami masalah macam saya ini.
Sebab bila dah kronik, lagi teruk sakitnya.
Pembawa virus hepatitis B yang kronik adalah berisiko tinggi untuk mengalami komplikasi seperti berikut:

* Radang hati yang kronik (Chronic hepatitis)
* Cirrhosis hati (Liver cirrhosis)
* Kegagalan fungsi hati (Liver failure)
* Barah hati

Memang bahayalah kan kalau betul-betul macam ini akibatnya.
huhu~

Info terkini : Rupanya vaksin Hepatitis B yang kita dapat masa berusia baby tu hanya bertahan sehingga umur 17 tahun atau lebih (depends kepada sistem badan orang tu la). Patutlah bila dah lepas 17 tahun doktor sarankan dapatkan vaksin Hepatitis B itu. Macam saya ini umur sudah 25 tahun baru doktor suruh dapatkan vaksin. Err..kiranya sistem badan saya ini kuat la kan..=)

Sumber gambar : pakcik google

11 comments:

Unknown said...

nice info :D

my recent post:
KORANG BERANI BUKAK BLOG NIE??

Unknown said...

salam..oo terima kasih bebanyak bagi link akak yer..

nak join apa event kena cepat sbb byk tul yg apply skrg ni..sape cepat dia dpt..hari-hari bukak web nuff tau kalau nak tau apa event yg mereka nak buat..pastu cpt komen atau hantar email.

semuga di jauhkan dari penyakit merbahaya cam ni..

Nur Suaidah Bachok said...

dah kena dah tiga kali untuk vaksin hepatits B nih. masa matrik dulu dah suntik dah :D

noorafzan.blogspot.com said...

Josh..
hai..
its ok.
thanks invite me.

zairie..
thanks =)

noorafzan.blogspot.com said...

kak ina..
haha..
sama2 kak ina.
tu la.
pasni rasa macam nak join la.

achu..
oo..ye ke?
asal time matrik dulu takdepun kena.
huhu~

Sharinginfoz said...

thanks

cikpia said...

info yang sangat berguna.... nak pi check gak ah!!!

noorafzan.blogspot.com said...

sharinginfoz..
ur welcome =)

s.o.f.i.a..
tu la.
better pi check sebelum jadi worst kan.=)

Unknown said...

afzan, mmg kita kena ambik lg suntikan tu..doctor advise seelok-eloknya b4 kawen..tkt bila pregnant jd apa2 kat baby..
sy pun baru tau jgk..

noorafzan.blogspot.com said...

yott..
la ye ke?
isk2 kena amik cepat ni.
dah la tahun dpn nak kawen dah.

alamonline said...

tq utk info ni..sy pun baru tahu..sy ada check darah hari tu dan dia kata kena amik suntikan ni. sesape ada info brapa caj utk hosp kerajaan or klinik swasta?

Blog Pasal Shaklee lah~

Related Posts with Thumbnails

Dah menjadi sejarah~

Web Analytics