Followers

Thursday, July 15, 2010

Dapat beli buku Lagenda Budak Setan!

Kelmarin, saya ada menceritakan berkenaan kesukaran untuk mendapatkan novel terlaris yang dah jadi filem, Lagenda Budak Setan (LBS).

Nak dijadikan cerita, sebelum filem ni masuk panggung lagi saya sudah gigih mencari.
Tapi memanjang sahaja tiada stok.
Kalau ada stok pun semua itu sudahpun reserved.
Memang bikin hati panas sahaja.
Cari-cari bagai nak rak at last bila tanya di kaunter, stok sudah kena reserve.
Saya ingin mencadangkan sistem carian buku di MPH di upgrade dengan masukkan juga column availability status buku2 tu. Reserve atau available.
Tak adalah susah2 pengguna macam saya ni berbunga harapan lepas itu harapan itu musnah.
Sudah pastilah sedikit 'makian' dalam hati ini ada walaupun sekelumit cuma bila jadi macam gitu kan.
(Ada sesiapa daripada MPH yang baca entry ini. Silalah ambil tindakan sewajarnya ok!)
Macam beberapa hari yang lepas pun saya ada cerita pasal pencarian novel LBS yang gagal.
Disebabkan dah rasa give up untuk cari novel LBS, saya nekad nak buat reservation juga di MPH secara online.
So, mulalah godek2 website dia cari buku LBS.
Ada jumpa dan sayapun register account untuk beli buku secara online.
Lepas register tu saya memang terus sahaja beli dan bayar harga buku secara online juga.
So, MPH akan poskan sahaja buku tu nanti.

Wahh..ini sudah senang.
Kalau tahu dari dulu dah beli secara online.
haiihh..

Semalam buku itu sudahpun selamat sampai ke tanganku.
Punyalah seronok dapat beli buku tu.
Cetakanpun terkini punya sebab siap ada cover Edisi Terhad sempena sambutan Jubli Perak novel LBS tu.

macam ginilah rupa cover luar novel yang saya beli.

Rupa cover dalamnya sama macam kat bawah ini tapi hanya ada watak lelaki dan perenpuan ini sahaja manakala background semua warna biru kosong.
(nanti2 saya upload rupa buku tu versi 2010.


Rupanya novel ini terhasil masa tahun kelahiran saya.
Means umur novel LBS ini sama dengan umur saya.
Wow!

Ok, saya akan update pasal novel ini lagi nanti yea.
Tak sabar nak membacanya.

p/s : sebenarnya saya tak pernah baca novel LBS sebelum ini. Padahal novel ini pernah menjadi kegilaan kawan2 sebaya saya masa sekolah dulu. Dulu tak minat baca novel kot. Ahaha~

15 comments:

Hazzy Ishak said...

tak tgk pun filem ni.huhu

noorafzan.blogspot.com said...

hazzy..
la ye ke?
tak minat eh?

jaya jr said...

haha,x tonton lagi movie nye yg kluo aritu..huhu

FikriTheFrankrie said...

salam.. leh komen ke???
(jemput la komen blog sy sama :D)

novel nie dah pernah baca.. tapi movie lom tgk lagi

nice post :)

noorafzan.blogspot.com said...

JJ..
ada lagi ke kat cinema..?
kalau takde, tunggu je la kalau ada yang upload kat youtube.
=)

fikri..
oo..really.
awak ada novel ni yea?

Leena said...

oo boley tempah buku online ea...tp mcm tak berani je..

Nur Suaidah Bachok said...

yeahhhh! akhirnya dpt. tahniah :)

ayen =D said...

tak tgk muvi lagi.. apatah lagi bc novelnye.. tp bila tengok cover tu, dlm hati "laaarr.. ahadiah akashah punya novel ke" patut lah glamor (nampak sangat dulu tak kesah langsung novel2 ni)

pe2 pn, tahniah.. n, selamat menikmati kemudahan alam siber (booking via MPH online)

noorafzan.blogspot.com said...

leyna..
mula2 takut gak,.
tapi alhamdulillah buku pun dah selamat sampai.=)

achu..
eheh..
yeay2..
suka sangat bila dapat buku ni.

noorafzan.blogspot.com said...

ayen..
betul ayen..
dulupun mmg tak kesah sangat pasal novel2.
skang ni baru la mula minat.

yup, new experience beli buku MPH online.
mudah dan pantas =)

joegrimjow said...

dah baca versi yg dimakan anai2

noorafzan.blogspot.com said...

haha..tahu..
ada baca entry joe pasal buku tu.
tapi rasanya sama je kan content nya =)

comment pasal buku?
best kan =)

darkbatman said...

sng kan beli on9.. xhabis duit myk n xabis tenaga nk mencri..hehe

shida anwar said...

awak...dulu saya ada 1st edition LBS ni...tp cerita menyayat hatinya...x taulah sapa dah pinjam dan dah buat harta sendiri...makanya saya beli online puas hati...bila update kat fb member nak borrow...sory ek...x masuk list untuk di sewa...tunggulah bulan depan saya beli lagi satu baru noleh masuk list...hihi...kedekut sikit pasal LBS ni...ahaks..

noorafzan.blogspot.com said...

darkbatman..
betul2..
=)

me..
first edition lain kan daripada yang skang punya.
kalau dapat yang 1st edition tu lagi best!
huhu =)

Blog Pasal Shaklee lah~

Related Posts with Thumbnails

Dah menjadi sejarah~

Web Analytics