Followers

Wednesday, March 24, 2010

Majlis Perkahwinan Huda ex-schoolmate~

Kalau tak silap, bulan lapan tahun lepas saya ada tulis entry pasal majlis pertunangan sahabat sekolah saya ni..
Majlis tunang dia memang meriah sangat..
Pakaian tunang diapun meriah macam nak kawen..
ekeke~
Boleh godek kat SINI kalau nak tengok kemeriahan majlis tunang dia
Saya tepek satu gambar masa tunang dia dulu sebab gambar dia kahwin belum ada..

tema time tunang purple..

2 minggu lepas hari Isnin saya dapat mesej darinya menjemput secara tak formal ke majlis perkahwinan dia yang bakal berlangsung 14/Mar/2010..(minggu lepas)
Saya jawab ringkas sahaja "InsyaAllah, kalau takde urusan akan sampai ke majlis"

2 hari selepas itu saya panggilan darinya di waktu malam.
Dia nak hantarkan kad jemputan dan saya mencadangkan dia menghantarnya esok sebab dah lewat malam untuk dia menghantarnya masa itu juga.

Esoknya, dapat panggilan di waktu tengahari.
Dia sudah sampai depan rumah saya untuk menghantar kad jemputan.
Sedangkan saya masih di office.
Saya cuma cadangkan dia selitkan kad itu di bawah pintu rumah.
Alhamdulillah balik sahaja dari kerja,saya nampak kad tu dah selamat atas meja.

Hari yang dinantikan tiba.
Alhamdulillah berjaya juga saya menjejak kaki buat kali ke berapa ke rumahnya..
Memang keadaan dalam rumah dah berubah.
Mungkin family dia dah renovate rumah sampai ruang tamu jadi besar sampai ke dapur.
Dulu ruang antara dapur dan ruang tamu dipidahkan dinding dan hanya dihubungkan dengan satu pintu..
Sekarang nampak lebih luas.

Malangnya sampai sekarang gambar yang ada gagal di upload sebab saya guna hset kakak yang canggih itu untuk ambil gambar.
tak sempat lagi nak masukkan ke PC..
Tema dia oren putih.
Cantik juga..

Bunga pahar yang diletakkan di sisi kiri dan kanan pelamin bukan dihiasi sebiji telur setiap satu seperti yang biasa kita lihat di majlis2 kahwin.
Tapi lebih mewah sebab dihiasi sebiji coklat Ferrero Rocher..
Pergghhh..maalangnya saya tak sempat nak dapat sebab balik sebelum majlis bersanding..
Kalau saya join tepung tawar mesti dapat punya..
cisss~

Saya memang berjaya sampai ke majlis dia tapi tak lama..
Tak sampai sejampun saya di majlis Huda..

Di sini saya ingin mengucapkan tahniah sekali lagi kepada Huda yang secara rasmi dah bertukar status daripada Cik Huda kepada Puan Huda..
Tahniah, awak memang namapak sangat cantik pada hari tu.

p/s : Nanti dah ada gambar saya update k..=)
p/s/s : tengah tunggu gambar tengok hot balloon dan majlis tunang sahabat yang lain..

Blog Pasal Shaklee lah~

Related Posts with Thumbnails

Dah menjadi sejarah~

Web Analytics