Followers

Wednesday, March 31, 2010

Firefox kena blocked pulak dah~

pic ehsan google

Sebelum ini nak nak update entry and upload picta kat office, tak ada hal..
Memang la masa break server agak perlahan sebab ramai tengah online masa tu.
tapi itu semua tak menjejaskan acara blogwalking saya.

Tapi, pagi Isnin minggu ni seperti biasa saya bersemangat masuk office seawal 7.00 pagi..
On PC, sementara tunggu ready pergi buat kopi putih panas secawan.
Bila dah ready segala, try la klik kat Firefox macam selalu2 tapi kali ini tak seperti biasa.
Keluar pop up yang bagitahu application tu dah kena block.

Bila dah tak boleh buka Firefox, saya try buka Internet Explorer (IE).
Memanglah boleh buka tapi azabnya hanya saya sahaja yang tahu.
Lembab macam siput khinzir..grrr~
Nak buka blog sendiripun kena tunggu loading seminit..
FB pula boleh view je.Nak komen, shout, tekan 'like' pun tak lepas2..
Kalau silap tekan, tiba2 tab ter open dengan banyaknya non stop (secara auto)..
Virus dah menyerang weyh.
Terpaksa saya OFF kan PC tu sebab kalau saya clearkan guna Task Manager pun, dia akan muncul balik..
Suka2 dia je buka window IE, lepas itu buka tab banyak2 dan seterusnya hang..

Mulai minggu ni semangat nak blogwalking apatah lagi berfacebooking di office dah tak ada..
zero ok..
Huhu..saya cubalah blogwalking dengan ceria2 kalau server OK..
Kalau nampak saya tinggal jejak kat blog2 kawan tu maknanya mood server dan juga mood saya OK.

p/s : saya blogwalking bukannya time office hour..tapi time break je..n awal pagi before office hour. hoho~

No comments:

Blog Pasal Shaklee lah~

Related Posts with Thumbnails

Dah menjadi sejarah~

Web Analytics